MAQULAAT ASYR
Ahamd bin Ahmad bin Muhammad telah menyebut 10 maqulat
dalam bentuk nadham:
ان المقولات لديهم تحصر في العشر وهي عرض
وجوهر. فأول له وجود قاما بالغير والثاني بنفس داما ما يقبل القسمة بالذات فكم
والكيف غير قابل بها أرتسم اين حصول الجسم في المكان متى حصول خص بلأزمان ونسبة
تكررت اضافة نحو أبوة اخا لطافة وضع عروض هيئة بنسبة لجزئة وخارج فأتبت وهيئة بما
أحاط وانتقل ملك كثوب أو اهاب اشتمل أن يفعل التاثير أن ينفعلا تأثر
ما دام كل
كملا
1.
Yang pertama bermakna sesuatu yang berwujud
dengan sebab yang lain
– yang dimaksudkan “yang pertama” adalah aradh yakni
sesuatu yang tidak dapat maujud secara mandiri (istiqlal) kerana kewujudannya
memerlukan zat lain seperti warna
2.
Sedangkan yang kedua tsubut (exist) dengan
sendirinya
– yang dimaksudkan
“yang kedua” adalah jauhar yakni sesuatu yang mumkinat yang kewujudannya wujud
dengan sendiri contoh manusia dan jisim
3.
Aradh yang menerima pembahagian dengan itibar zatnya
disebut dengan “kam”
– Kam berbeza dengan kaif dimana kaif terima pembahagi
tetapi bukan dengan zat contoh kam ialah bilangan
-
Kam terbahagi kepada 2: kam muttashil –
berbilang-bilang juzu tubuh manusia seperti tangan, mata. Kam munfashil –
bilangan manusia
4.
Sedangkan al-kaif didefinisikan dengan yang
tidak menerima pembahagian dengan I’tibar zat
– Maksud dengan
I’tibar zatnya, al-kaif tidak dapat dibahagikan contoh ilmu
5.
اين keberadaan jisim dalam tempat
6.
متى keberadaan yang khusus kepada zaman
7.
Nisbah yang berulang-ulang adalah idhafah
– yang
dimaksudkan dengan nisbah adalah yang tidak dapat digambarkan kecuali dengan
membandingkan dengan yang lain
8.
Wazha adalah sifat yang datang dengan I’tibar
bahagian-bahagiannya dan yang diluar darinya maka tetapkanlah
9.
Keadaan dengan sesuatu yang meliputi dan dapat
berpindah-pindah adalah milik seperti baju atau kulit
10. Sedangkan fil
adalah memberi bekas (ta’sir) dan adapun infial menerima ta’sir selama keduanya
itu sempurna
Tiada ulasan:
Catat Ulasan