Ahad, 9 Jun 2019

FIQH MUAMALAT - KONTRAK KEBAJIKAN, AMANAH DAN JAMINAN

AKAD KEBAJIKAN
- Akad kebajikan adalah akad yang tiada pertukaran/ balasan/ iwad. Hanya mengharapkan balasan pahala daripada Allah
- Oleh itu ma'qud alayh'nya hanya satu iaitu harta yaang diberikan
- Ada implikasi riba jika disyaratkan lebihan pada bayaran hutang

Kontark kebajikan:
1. Wakaf
2. Wasiat
3. Hibah
4. Sedekah
5. Pinjaman
6. Hutang

AL-QARD

BAHASA: Keratan
ISTILAH : Akad pemberian harta yang perlu diganti balik kemudiannya dengan kadar seumpama tersebut

HUKUM: harus bagi penerima - sunat bagi pemiutang

RUKUN:
1. AQIDAN - MUQRID (pemiutang) dan MUQTARID (penghutang)
2. Al-MAL AL-MUQRAD - Harta bernilai, Maklum, Sabit pada tanggungan
3. SIGHAH

TEMPOH HUTANG : Tak semestinya disyaratkan-  kalau syarat dan tempoh tertentu, wajib ikut tempoh. Digalakkan meletakkan tempoh

BEBERAPA ISTILAH BERKAITAN:

1. QIRAD
Istilah yang merujuk kepada mudarabah. Sama maksudnya dengan qard dari sudut bahasa iaitu potongan, kerana berlaku potongan dalam harta salah satu pihak yang berakad. Bezanya adalah, qard potong harta untuk dihutangkan atas dasar kebajikan manakala qirad potong harta untuk modal dalam pelaburan atas dasar perkongsian untung rugi

2. ARIYYAH
Iaitu pinjaman - pemberi atau pemilikan manfaat bagi sesuatu zat barang sahaja dan perlu dipulangkan kembali zat barang yang sama itu sendiri. Manakala qard pula ialah pemberian atau pemilikan manfaat dan juga zat sesuatu barang dan pelu diganti kembali seumpama zat tersebut bukannya zat harta itu sendiri

3.DAYN
Iaitu setiap harga yang sabit pada tanggungan kerana berhutang (qard) atau kerana akad seperti hutang harga pada jual beli (jual beli tangguh) atau kerana menanggung gantian bagi sesuatu kerosakan. Oleh itu qard adalah salah satu bentuk dayn kerana dayn lebih umum daripadanya


FAEDAH ATAU LEBIHAN DARI HUTANG
SEKIRANYA DISYARATKAN KETIKA KONTRAK SAMA ADA DARI PIHAK PEMIUTANG ATAU PENGHUTANG, IA MENJADI RIBA
CONTOH:
PEMIUTANG BERKATA "SAYA MEMBERIKAN HUTANG RM 5 RIBU DENGAN SYARAT AWAK MEMBAYAR RM5500 ATAU BAYAR FAEDAH/CAJ 10%
LEBIHAN YANG DIBERI ATAS KERELAAN = HARUS, MENJADI HIBAH, DIGALAKKAN DALAM ISLAM 


PERBEZAAN ASAS HUTANG DENGAN PINJAM

QARD
ARIYYAH
-          PADA JENIS HARTA ISTIKHLAKIYY DAN MITHLIYY
-          PADA HARTA ISTIMALIYY
-          HARTA HUTANG WAJIB DIGANTI/BAYAR
-          HARTA PINJAM WAJIB DIPULANGKAN


ISU DAN PEMASALAHAN HUTANG

KONTRAK HUTANG (QARD) TIDAK SESUAI DIJADIKAN PRODUK OLEH INSTITUSI KEWANGAN ISLAM KERANA KONTRAK INI SECARA EKSLUSIF SYARAK HARUSKAN UNTUK PERTOLONGAN (TA'WUN) TIDAK UNTUK KEUNTUNGAN.

SEBALIKNYA KONTRAK HUTANG ATAS NAMA LOAN; PERSONAL LOAN, HOME LOAN, CREDIT CARD DLL MENJADI ASAS DALAM PRODUK KEWANGAN KONVENSIONAL DENGAN MENGENAKAN INTEREST

KEWANGAN ISLAM MENGGANTIKANNYA DENGAN KONTRAK JUAL BELI YANG DIHARUSKAN SEPERTI PEMAKAIAN BAY' TAWARRUQ. PENJENAMAAN JUGA ATAS NAMA FINANCING (PEMBIAYAAN) BUKAN LOAN BAGI MEMBEZAKAN DENGAN PRODUK KONVENSIONAL SEPERTI PERSONAL FINANCING. ADA SESETENGAH PRODUK MELETAKKAN HURUF-i PADA PRODUK BAGI MENUNJUKKAN IA ADALAH ISLAMIC PRODUCT ATAU SYARIAH COMPLIANCE SEPERTI AKAUN PELABURAN-i

ISU RIBA HUTANG TERBIT DARIPADA PRODUK YANG BERASASKAN HUTANG. SELAIN PRODUK DI ATAS, PRODUK ATAU AMALAN LAIN IALAH PAJAK GADAI, LOAN AHLONG, PELABURAN TIDAK PATUH SYARAK. 

ISU CAJ PTPTN ADALAH BERKAIT DENGAN PERMASALAHAN RIBA. TETAPI TIDAK SEMUA CAJ DARIPADA SESETENGAH PRODUK HUTANG ITU ADALAH RIBA. IA DIKIRA UJRAH ATAU UPAH JIKA ADA 'ACTUAL COST' DALAM PROSES PERKHIDMATAN


AKAD DAMANAH

Akad jaminan adalah akad yang bermatlamatkan memberi jaminan pada harta dan tubuh badan
Rahn, Hiwalah dan Kafalah adalah kontrak untuk jaminan kepada sesuatu hutang
Kafalah selain jaminan hutang ia digunakan untuk jaminan penggantian harta. Ia juga boleh diaplikasikan untuk jaminan tubuh badan dalam kes jenayah
Takaful pula objektif asasnya adalah jaminan ke atas musibah yang berlaku pada harta dan tubuh badan
Jelas dalam akad jaminan mengandungi prinsip tabarru' (kebajikan) kerana ia membantu pihak lain dalam menyelesaikan keperluan dalam muamalat

AL-RAHN (الرهن)
BAHASA: Tahanan/ kekal/ ada
SYARAK: Akad jadikan sesuatu harta sebagai jaminan kepada sesuatu hutang
HIKMAH: - Tolong monolong
                  - Pemiutang rasa terjamin
                  - Penghutang dapat harta yang diperlukan
RUKUN DAN SYARAT:
1. AQIDAN (RAHIN-Penggadai, MURTAHIN-Pemegang gadai): Keahlian urus harta, Tidak dipaksa
2. MARHUN: Ain bukan manfaat. harus buat jualbeli, milik rahin- ada sewaktu aqad
3. MARHUN BIH: Maksud hutang, hutang sabit semasa aqad, maklum
4. SIGHAH


BEBERAPA PERMASALAHAN AL-RAHN

PENJAGAAN BARANG GADAIAN
Barang gadaian adalah menjadi barang amanah yang wajib dijaga dan sepatutnya oleh Murtahin - yad al-amanah. Dia wajib mengganti jika barang tersebut rosak kerana kecuainnya. Jika bukan kecuaian maka tidak wajib ganti. Bagi barang yang perlu kos penyelenggaraan maka murtahin boleh menuntut dari Rahin

PENGGUNAAN BARANG GADAIAN
Murtahin tidak boleh menggunakan barang gadaian kecuali diizinkan oleh Rahin. Begitu juga tidak boleh mengambil apa-apa manfaat atau pertambahan yang terhasil dari harta tersebut kerana ia boleh menjadi riba

PENEBUSAN BARANG GADAIAN
Rahin hendaklah membayar hutang apabila sampai tempoh yang disyaratkan. Apabila segala hutang dibayar maka Murtahin wajib menyerahkan Marhun Bih. Jika Rahin gagl atau enggan membayar seperti tempoh yang ditetapkan maka Murtahin boleh menjual Marhun Bih dan diambil hasil dari jualan tersebut untuk membayar hutangnya


AL-HIWALAH

TAKRIF : Satu akad pemindahan hutang dari tangunggan satu pihak kepada tangunggan pihak lain
HIKMAH: - Pihak ketiga membantu penghutang melunaskan hutang pemiutang dalam mendaptkan hak hutangnya
                  - Memberi kelapangan kepada pemiutang dalam mendapatkan hak hutangnya

RUKUN:
1. MUHIL - Penghutang
2. MUHAL - Pemiutang = pemberi hutang
3. MUHAL ALAYH - Orang yang dipertanggungjawabkan terhadap hutang
4. MUHAL BIH/MUHTAL - Hutang
5. SIGHAH

JENIS HIWALAH

HIWALAH MUTLAQAH
Pemindahan hutang kepada pihak lain tanpa mengaitkan dengan sesuatu hutang lain yang ada pada pihak penerima pindahan hutang (credit card)
hanya diterima oleh ulama mazhab Hanafi sebaliknya ulama Syafie, Hanbali dan Maliki tidak menganggapnya sebagai hiwalah tetapi kafalah kerana muhal alayh tidak berhutang dengan muhil

HIWALAH MUQAYYADAH
Pemindahan hutang kepada pihak lain dengan mengaitkan kepada sesuatu hutang lain yang ada pada pihak penerima pindahan hutang (debit card, Wang pos, Cek)
Para ulama bersepakat menerima hiwalah jenis ini



AL-KAFALAH

TAKRIF
BAHASA: Jagaan/ turut serta
ISTILAH: Menanggung sesuatu hak yang terdapat pada zimmah orang lain

RUKUN
1. AL-KAFIL - Orang yang menjamin dhamin
2. AL-MAKFUL ANHU - Orang yang dijamin haknya (Madhmun anhu) seperti penghutang
3. AL- MAKFUL LAHU - Orang yang diberi jaminan (Madhmun lahu) seperti pemiutang
4. AL-MAKFUL - Subjek yang dijamin sama ada hutang atau benda atau diri. Jika hutang, hendaklah maklum kadar, jenis atau sifatnya
5. SIGHAH



INSURAN//TAKAFUL

Jaminan perlindungan kepada pihak tertentu apabila berlaku musibah mengikut syarat yang dipersetujui. Dari sudut sistem-tiada dalam fiqh klaisk. Bermula pada abad yang ke-14 di Itali dalam bentuk insuran lautan. Walaubagaimanapun konsep dan prinsip perlindungan yang menjadi teras objektif insuran dikatakan telah pun wujud lebih awal lagi. Antaranya sistem Aqilah, Muwalah, Qasamah, Daman dan Kafalah

KONSEP INSURAN/TAKAFUL
Kontrak perjanjian persetujuan antara satu pihak untuk membayar pampasan/gantirugi/manfaat tertentu kepada satu pihak yang lain yang membuat caruman dengan jumlah tertentu kerana sesuatu musibah

ELEMEN DALAM INSURAN/TAKAFUL

POLISI (Kontrak perjanjian)

  • INSURAN: Guna kontrak jualbeli
  • TAKAFUL: Kontrak asas Hibah + lain-lain
INSURER (Pihak yang berjanji membayar gantirugi/ bayaran - syarikat)
  • Insuree dan Agent: Sebagai wakil - wakalah
  • Agent : Wakalah bil-Ujrah

PEMEGANG POLISI (Pihak yang akan diberi gantirugi/faedah

PREMIUM ( Caruman atau bayaran oleh peserta

PAMPASAN (Bayaran oleh pihak insurer: gantirugi/ faedah/ manfaat// keuntungan

JENIS TAKAFUL

TAKAFUL KELUARGA: Keluarga, Kesihatan, Pendidikan
TAKAFUL AM: Kebakaran, Kemalangan, Kenderaan, Kediaman, Pembiayaan


KONTRAK AMANAH

AL-WADIAH
Akad penyerahan dan simpanan sesuatu harta kepada sesuatu pihak untuk tujuan penjagaan dengan cara yang ditentukan

HUKUM:
SUNAT : Yakin dan mampu untuk menjaga barang tersebut
WAJIB: Apabila tidak ada orang lain yang layak
HARAM: Percaya tidak mampu untuk menjaga barang tersebut dengan sepatutnya - terdedah kepada kebinasaan
MAKRUH: Bagi mereka yang kurang yakin untuk menjaga

RUKUN DAN SYARAT
1. PENYIMPAN: Berkeahlian mengurus harta, berkeahlian memberi wakil dan menerima wakil
2. PENERIMA ATAU PEMEGANG SIMPANAN: Bertanggungjawab menjaga harta sebagaimana sepatutnya. Perlu ganti jika rosak kerana kecuaian. Kalau bukan kecuaian tidak wajib ganti
3. BARANG SIMPANAN: Harta yang diiktiraf oleh syarak,wujud dan boleh diserah terima untuk jagaan
4. SIGHAH

Tiada ulasan:

Berita Mengejut Tergempar

Hari nie last day untuk Rakan Digital (RD) dan kitaorg jumpa larh like make a farewell day.. Yg dapat join 3 RD, I dgn kak Khai. Kitaorg car...