FALASI
PENGERTIAN FALASI
·
Berasal
daripada perkataan Yunani iaitu Fallacia atau Fallaccy yang
bermaksud sesat berfikir
·
Menurut
Kamus Dewan Melayu-Inggeris: Mistaken belief, delusion iaitu salah
anggapan
·
Menurut
pengajian pemikiran kritis:
1.
Falasi
ialah hujah yang lemah atau satu bentuk hujahan yang tidak disertakan dengan
alasan yang kuat bagi menyokong pendapat yang dikemukakan
2.
Falasi
juga diertikan sebagai suatu hujah yang salah disebabkan penggunaan kaedah
qiyas yang tidak menepati syarat-syarat umum Qiyas atau pernyataan yang dibina
daripada mukaddimah yang tidak diyakini
Contoh:
“Seorang lelaki berhasrat untuk meminang seorang wanita, tiba-tiba
ada seorang lelaki lain terlebih dahulu meminangnya, lelaki tersebut membuat
kesimpulan andainya dia meminang terlebih dahulu daripada lelaki tersebut pasti
pinangan dia diterima”
Berlaku falasi dalam kenyataan
diatas kerana penghujahan ini dibuat menggunakan andaian bahawa sesiapa yang
meminang terlebih dahulu akan diterima sedangkan belum pasti pinangannya diterima
FALASI DALAM PEMIKIRAN KRITIS
Falasi boleh berlaku dalam dua
bentuk falasi formal dan falasi tidak formal
Faktor berlakunya falasi tidak
formal
1.
Tidak
menepati syarat dalam peringkat istiqra
2.
Hanya
berpegang kepada deria pancaindera sahaja
3.
Hanya
berpandu kepada akal semata-mata
4.
Bukti
yang tidak cukup
5.
Taasub
kepada pendapat yang belum pasti kebenarannya
6.
Percaya
kepada perkara khurafat dan tahayul
7.
Bias
(berat sebelah) bagi menutup kelemahan diri sendiri
8.
Bukti
palsu bertujuan mewajarkan kata-kata, perbuatan dan keputusan yang dilakukan
9.
Kerana kesalahan dan ketidak tepatan fakta-fakta dalam argument
10.
Disebabkan oleh kesalahan logic dari perspektif linguistic
11.
Disebabkan oleh pengaruh emosi
BENTUK-BENTUK FALASI
FALASI
ARGUMEN/ KESIMPULAN TIDAK RELEVEN
-
Kesimpulan yang dibuat berdasarkan
emosi dengan meninggalkan unsur- unsur logik
|
1.
Falasi Ad Hominen (Falasi
Menerjah Lawan)
|
-
Berlaku apabila argument yang
dibuat untuk menentang latar belakang lawan berbanding dengan usaha
mengemukakan bukti yang berkaitan
-
Apabila A dan B
bertelagah, B akan lupa isu sama ada benar atau salah terhadap hujah
yang dibawa A. B menentang A dengan membawa argument
peribadi A sehingga kelemahan A tertonjol.
|
a.
Ad Hominen
Abusive
-
B memberi
respon kepada A dgn melakukan penyalahgunaan konklusi secara verbal.
Disebabkan A mempunyai keperibadian tidak baik, segala kesimpulannya
ditolak
b.
Ad Hominen
Circumstantial Abusive
-
B memasukkan
elemen lain untuk merendah-rendahkan A dan menjejaskan kredibilitinya
c.
To Quoque
(you too)
-
Disebabkan faktor yang sama, B cenderung
mengatakan A hipokrit atau berhujah dalam bentuk bad faith
|
2.
Falasi Ad Populum
|
-
Konklusi yang popular
-
Mendakwa semua mempunyai ciri-ciri
yang dinyatakan walaupun hakikat sebenarnya tidak
-
Dua pendekatan digunakan dalam
konklusi ini:
1.
Apabila berargumen depan orang
ramai untuk menarik minat mereka
·
Mempengaruhi mentality pendengar
2.
Melalui argument secara tidak
lansung
·
Meransang pendengar menerima
kesimpulan
|
*
Melayu lemah
*
Lelaki mata keranjang
1.
*
Golongan propagandist memerlukan
sokongan besar rakyat
2.
*
Ibu-ibu yang penyayang memilih
planta untuk kesejahteraan anak-anak
*
Artis-artis yang jelita memilih
sabun lux. Tentu anda juga
|
|
3.
Falasi Ad Misericordian (falasi
minta kasihan)
|
-
Berlaku apabila seseorang itu
berhujah membuat kesimpulan menarik belas kasihan pendengar
|
Pesalah
jalanraya kepada Polis Trafik : Datuk, saya anak ramai, saya bukan orang Kuala Lumpur. Saya
tidak pernah melalui jalan ini. Rupa-rupanya ia jalan no entry. Jika saya
kena denda Datuk,susahlah anak-anak saya. Isteri saya memerlukan duit untuk
membeli susu anak
·
Kesimpulan dialog ini ialah yang
pasti saya tidak bersalah.
·
Kesimpulan yang dibuat tidak
releven dengan hujah yang diberikan.
·
Argumen yang diberikan semata-mata
untuk menarik belas kasihan bukan
mengutamakan logic
|
|
4.
Jahil Intipati (Ignoratio
Elenchi)
|
-
Membuat kesimpulan yang lari
daripada persoalan asal
|
Umpamanya
apabila ada cadangan penggubalan undang-undang mengenai perumahan, golongan
penggubal akan bercakap dengan memihak undang-undang tersebut dan berhujah
bahawa rumah yang baik bagi semua orang adalah diperlukan
Kesimpulan
yang mereka simpulkan bahawa rumah yang baik bagi semua orang adalah tidak
perlu kepada undang-undang
Iaitu
keperluan undang-undang untuk mendapatkan rumah yang baik
|
|
FALASI
INDUKSI YANG LEMAH
(FALLACY
OF WEAK INDUCTION)
-
Disebabkan oleh hubungan yg sangat
lemah antara premis dengan konklusi
-
Premis memberikan bukti yang tidak
kuat bagi menghasilkan konklusi
-
Falasi ini banyak dipengaruhi oleh
emosi
|
1.
Falasi ad Ignorantium
(falasi kejahilan)
|
-
Berlaku disebabkan oleh salah satu
keadaan:
1.
Mengatakan sesuatu itu benar
kerana tiada sesiapa mengatakan ianya tidak benar
2.
Mengatakan sesuatu itu salah
kerana tiada sesiapa mengatakan tidak salah
-
Terdapat unsur yang belum ada
bukti atau tidak ada bukti yang menyebabkan kesimpulan dibuat
|
i.
Ruh adalah wujud kerana belum ada
mereka yang membuktikan ia tidak wujud
ii. Ruh
adalah tidak wujud kerana belum ada mereka yang membuktikannya wujud
|
2.
Falasi ad verecundiam
(Falasi autoriti)
|
-
Apabila seseorang menyandarkan
hujah mereka kpd autoriti namun mereka bukanlah orang yang pakar
|
Seorang
pakar perubatan diminta memberi
pandangan dalam masalah agama dianggap memberi pandangan bersifat falasi
|
|
3.
Falasi analogy lemah
|
-
Berlaku apabila analogy yang
dibuat sangat lemah untuk menyokong kesimpulan yang dibuat
-
Sebenarnya analogy tidak dapat
membuktikan apa-apa kerana ia bukanlah fakta
-
Ia digunakan sekadar untuk
meyakinkan orang lain
|
·
Isteri ibarat kasut. Makin lama
dipakai makin longgar
·
Masa itu ibarat emas
·
Wanita ibarat pakaian. Boleh
ditukar ganti atau dibuang mengikut keperluan
|
|
4.
Falasi Post Hoc, Ergo Propter
Hoc (After this, Therefore Because of This)
|
-
Kesimpulan yang dibuat berdasarkan
satu sebab
-
Ia berlaku secara kebetulan
-
Walaubagaimanapun terdapat keadaan
tertentu yang menunjukkan adanya positive correlation antara dua keadaan
tetapi kesilapannya ialah terlalu cepat membuat kesimpulan tanpa mengira
faktor yang sebenar
|
·
Kalau PAS memerintah, semua
masalah dapat diselesaikan
·
Kalau UMNO terus diberi
kepercayaan memerintah, negara akan terus maju
*popular
dalam masyarakat Melayu terutama dalam bentuk kepercayaan
|
|
5.
Falasi Pemikiran Stereotaip (Fallacy
of Accident/ Hasty-Generalization)
|
-
Disebabkan oleh pengalaman
seseorang dengan beberapa orang, objek atau tempat
-
Apabila berlaku pemikiran
stereotaip sukar untuk mengubah metodologi pemikirannya
-
Berlaku akibat false
generalization
-
Disebabkan oleh keyakinan logic dalam
diri seseorang aku punya lebih betul
-
Sikap menafikan pemikiran luar dan
hanya menerima pegangan yang sedia ada
walaupun ada bukti atau dalil baru
|
·
Orang cina pandai matematik
·
Orang Jawa rajin
·
A menerima hanya parti X yang
memperjuangkan Islam dengan tanpa sebarang keterbukaan untuk menerima
bukti-bukti bahawa parti Y juga memperjuangkan Islam
|
|
FALASI PRA
ASUMPSI, KEKABURAN DAN ANALOGI GRAMATIK
-
Berlaku sebab premis
menyembunyikan sesuatu perkara dengan tujuan mendorong pendengar membuat
kesimpulan yang salah
|
1.
Falasi soalan-soalan yang kompleks
(Fallacy of Many Questions)
|
-
Berlaku apabila soalan-soalan
dikemukakan secara bertubi-tubi
-
Strategi bersifat desepsi atau
cuba memerangkap atau meragukan penjawab menyimpulkan jawapan
|
Contoh
klasik falasi ialah soalan: Adakah anda pernah memukul pasangan anda?
Walau
dalam bentuk apa pun jawapan diberikan, penjawab soalan telah disimpulkan
terlebih awal bahawa ia telah memukul pasangannya
|
2.
Falasi komposisi
|
-
Berlaku apabila A berhujah bahawa
disebabkan oleh bahagian-bahagian mempunyai sifat-sifat X
-
Maka apabila dicantumkan sifat-sifat
ini keseluruhan dia bersifat X
|
Tidak lama dulu seorang tokoh politik dilepaskan dari tuduhan :
pecah amanah, melakukan seks dengan gadis di bawah umur, mengisytihar
hartanya harta isteri dan anak-anak
Beliau
berkata dirinya adalah bersih daripada hujung rambut ke hujung kuku. Falasi berbentuk
ini memperdayakan orang ramai
|
|
3.
Petitio
Principii (Begging the Question)
|
-
Berlaku apabila seseorang berhujah
dalam lingkaran di mana kesimpulan yang dibuat terdapat dalamnya premis
sendiri
-
Argument dalam falasi ini biasanya
selari dengan konklusi
-
Namun ia masih menjadi bad argument
-
Sebab premis tidak memberikan alasan
kenapa seseorang harus menerima konklusi
|
Demokrasi terpimpin ala Malaysia adalah bentuk pemerintahan
terbaik kerana bentuk pemerintahan yang terbaik adalah sebuah pemerintahan
yang memiliki kepimpinan demokratik yang kuat seperti Malaysia
*
Kebiasaan hujah bentuk falasi ini
dimulakan ungkapan yang popular dan meyakinkan
*
Seperti: setiap orang menerima
hakikat bahawa… pada umumnya ia diterima…jika semuanya jelas…
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan