Ahad, 26 Mei 2019

Pemikiran Kritis - Pemikiran Lateral vs Pemikiran Paralel Edward De Bono

Pemikiran Lateral (Lateral Thinking)


  • Pemikiran Lateral telah diperkenalkan oleh Edward de Bono dan merupakan penyelesaian masalah melalui pendekatan kreativiti dan tindak lansung. 
  • Pemikiran Lateral ialah tentang pemikiran yang tidak jelas dan idea-idea yang tidak mungkin diperolehi dengan menggunakan langkah logik secara tradisional
  • Teori ini telah diperkenalkan dalam buku beliau yang bertajuk New Think: The Use of Lateral Thinking pada 1967
  • Pemikiran Lateral ataupun pemikiran kritikal adalah kemahiran berfikir yang lebih menekankan kepada nilai kenyataan dan idea-idea baru
  • Seandainya seseorang itu ingin berpindah kepada idea yang baru yanng lebih kreatif, maka individu itu harus menggunakan pemikiran secara kritikal
  • Terdapat 4 jenis alat yang telah diterangkan oleh Edward de Bono dalam bukunya bertajuk Lateral Thinking: The Power of Provocation Manual:
  1. Idea akan menghasilkan alat yang digunakan untuk memecahkan pemikiran terkini
  2. Fokus alat yang direka untuk memperluaskan idea
  3. Penjagaan alat yang direka untuk mempertimbangkan batasan dunia nyata, sumber daya dan sokongan
  4. alat yang direka untuk memastikan lebih banyak nilai yang diterima dan idea output
  • Dari segi definisi pemikiran lateral bermaksud cara menyelesaikan masalah dengan menggunakan daya imaginasi (bukan menggunakan cara logik atau cara-cara pemikiran yang biasa) sehingga dapat menghasilkan pelbagai pendekatan yang luar biasa tetapi amat berkesan
  • Pemikiran lateral ialah satu cara penyelesaian masalah dengan menggunakan daya imaginasi bukan secara logik atau tradisional
  • Ia adalah pemikiran yang menitikberatkan pelbagai jenis jawapan dan ia digunakan untuk lari daripada idea-idea lama dan sudah biasa diamalkan.
  • Pada masa yang sama ia juga bertujuan melepaskan diri daripada persepsi-persepsi lama dan mencipta idea-idea baru
  • Edward de Bono memperkenalkan corak pemikiran jenis ini setelah melihat dan mendapati terdapat banyak halangan pada corak pemikiran konvensional
  • Ia bukan bertujuan menyingkirkan corak pemikiran yang sedia ada tetapi mencari jalan terpantas dan berjaya menyelesaikan masalah dengan berkesan

Pemikiran Selari (Parallel Thinking)
  • Didefinisikan sebagai proses tumpuan pemikiran yang dibahagikan kepada beberapa arah yang tertentu.
  • Dilakukan didalam kumpulan secara berkesan dan menghindari kesan-kesan pendekatan permusuhan seperti yang digunakan sewaktu perbicaraan di kamar mahkamah
  • Debat ini diadakan bertujuan untuk membuktikan kebenaran atau kesalahan penyataan yang diajukan oleh satu pihak yang lain
  • Kaedah ini turut dikenali sebagai kaedah dialektik
  • Sebuah kenyataan akan diajukan dan para pendengar akan mengkaji subjek penyataan tersebut dan mengutarakan pendapat mereka sendiri menggunakan fakta, perasaan dan sebagainya.
  • Kaedah ini merupakan kaedah yang melalui proses disiplin dan kesemua peserta terlibat bersama dan memberi pendapat menggunakan kaedah yang ditetapkan

Tiada ulasan:

Berita Mengejut Tergempar

Hari nie last day untuk Rakan Digital (RD) dan kitaorg jumpa larh like make a farewell day.. Yg dapat join 3 RD, I dgn kak Khai. Kitaorg car...