SEJARAH, SKOP DAN PERKEMBANGAN
- Tradisi keilmuan Islam membanggakan berbagai Ilmu mencapai tahap kecemerlangan
- Ia terbantut apabila ia melalui zaman taqlid dan hilang kreativiti para Ilmuan
- Ia hanya berbentuk pengulangan tanpa unsur pembaharuan
- Alquran dan hadis adalah bahan mentah yang menjadi begitu suci hingga takut didekati kecuali agamawan
- Fungsinya bertukar dari kitab panduan dan pedoman harian dalam berbagai bidang menjadi sekadar kitab mendapat berkat dan penawar penyakit
- Pemikiran Islam terpisah antara fiqh al syar'l dan fiqh al-waqi'
- Masa kini orang berilmu duduk dibawah orang yang berpolitik yang banyak bertaqlid
- Sepatutnya orang berilmu duduknya ditempat yang tinggi lebih tinggi daripada orang politik, artis dan sebagainya
Definisi Pemikiran Islam
"Gagasan idea dan fikiran dari perspektif Islam sebagai respon intelektual kepada persoalan manusia, alam, tuhan dan kehidupan dalam pertembungan Islam dan kebudayaan dan peradaban asing atau respon terhadap masalah tamadun umat Islam"
- Ia secara khusus selalu difokus kepada falsafah Islam, Pemikiran Akidah, Pemikiran Fiqh, Usul Fiqh dan Tasawuf
- Cara umum lebih luas merangkumi politik, ekonomi, sosial dan budaya
- Masa kini ustaz2 ustazah2 sheikh2 dr timur tengah balik ke Malaysia menyebarkan dakwah mengenai hukum2 pemikiran2 zaman dahulu zaman Nabi zaman Sahabat
- Sepatutnya mereka mengaitkan pemikiran barat dengan pemikiran Islam supaya selari dengan zaman aliran pemikiran masa kini
- Sepatutnya masa kini menjual agama hanya dengan memakai serban, pakain jubah, masuk tv nak populariti kerana penyelewengan berlaku dari atas sehingga ke bawah
- Masyarakat masa dulu dan kini berkelahi kerana berebut fatwa
Faktor mempengaruhì Pemikiran Islam
- Perbezaan pendapat tentang isu kepimpinan melahirkan khawarij, syiah, jumhur muslimin, murjiah, jabariyyah, mu'tazilah. Kemudian berkembang menjadi aliran pemikiran dalam akidah
- Perbezaan tempat dan persekitaran melahirkan mazhab fekah khususnya aliran nassi dan aqli
- Pengaruh asing membawa kemunculan aliran falsafah metafizik, falsafah fizik dan falsafah ishraqi yang memunculkan pula aliran tasawwuf sunni dan falsafi
- Pengaruh perkembangan masyarakat dan tamadun. Ini semua merupakan tahap pertama pemikiran Islam yang menjadi respon terhadap kehidupan
- Tahap kedua membina masyarakat yang dijangkiti unsur negatif muncul para mujadid yang mencari faktor kelemahan dan perpecahan untuk membangun semula (islah) dan tajdid. Tahap ini meredakan fanatisma mazhab.
- Tahap ketiga cabaran daripada jajahan barat yang menguasai umat Islam sepenuhnya
Masalah Umat Islam
- Bermula kejatuhan Baghdad dari serangan Tartar menjadi politik dan intelektual umat Islam lemah. Sama juga perang Salib dan penjajahan barat yang kemudiannya menjadikan orang Islam pak turut mengimport pemikiran asing sebagai penyelesaian masalah. Ia turut melemahkan:
- Bidang pengajaran dan pendidikan
- Penguasaan media asing
- Serangan sosial
- Aliran tradisional pula berkubu dalam kepompong maksud agama yang sempit
- Berlaku krisis pemikiran dan krisis kepimpinan politik dan intelektual
- Fahaman sekularisme menguasai umat Islam dengan berbagai teori moden seperti aliran liberalisme dalam politik dan ekonomi
- Zaman Renaissance dan selepasnya menjadi sains dan teknologi sebagai maharaja ilmu. Ilmu-ilmu tradisi diketepikan. Cabaran Orintalisme yang datang bersama penjajahan membawa kesan buruk
- Aliran tradisional diserapi bid'ah dan taqlid
Keperluan kepada Tajdid
- Tajdid berlaku sepanjang zaman daripada zaman Umar Abdul Aziz hinggalah kepada imam-imam mazhab. Tajdid politik, tajdid hukum dan metodologi, tajdid dakwah
- Tajdid masakini khususnya selepas kemerdekaan negara-negara Islam paling penting, tajdid tamadun. Bermulanya tajdid ilmu.
- Tajdid, islah dan kepimpinan tamadun manusia berasaskan iman dan pemikiran
- Jalan kearah itu dengan memahami kaedah syariat, memahami realiti semasa dan bagaimana aplikasi nas dari ijtihad dalam suasan semasa. Ia juga bergantung kepada kejayaan memobilisasi seluruh potensi dengan mengurangkan perbezaan pendapat dan mengurangkan kerenah remeh temeh di antara pendukung Islam
Pemikiran Islam Semasa
- Kebangkitan Islam tidak cukup dengan retorik tetapi turun kelapangan merawat penyakit sosial, menghapus kejahilan dan kemiskinan hidup. Mampu menghadapi aktiviti kumpulan dan pertubuhan asing
- Pembaharuan ekonomi membebas umat dari belenggu riba' dan eksploitasi pemodal
- Tajdid politik meneruskan jihad siyasi membebas bumi Islam dari cengkaman kuffar
- Tajdid dakwah menyebarkan fikrah yang tepat dengan syumuliyyah dan wasatiyyah tanpa mengenepikan wasilah termoden dan teknik tercanggih sehingga tasawwur Islam benar-benar jelas dari segi idea dan praktis dikalangan kaum muslimin dan kalangan bukan Islam
- Tajdid amali bukanlah mudah. Ia ternyata belum berjaya sama ada di Timur Tengah atau di Nusantara
- Satu saf kepimpinan yang tangkas berwawasan serius dan beriltizam perlu dirancang secara rapi dan tersusun. Kata Ali Syariati fikiran yang segra harus dibebaskan dari kerangka agama yang kaku sebagai satu ideologi bukannya yang ortodox dan fanatis. Para pemimpin tidak harus datang dari kelas gila kekuasaan dan pencinta wang
- Ilmu bukan hanya sekadar analisa ilmiah yang bersifat natural tetapi mengandungi kesedaran ilmiah yang ada tanggungjawab sosial. Gerakan tajdid tidak akan berlaku di tangan ilmuan yang sanggup menjual diri dengan harga yang murah atau sekadar membincangkan mengenai upah yang tinggi atau kemewahan
Pemikiran Islam Mendepani Zaman
- Hadis Nabi mengatakan setiap abad akan ada pembaharuan dalam pemikiran agama seperti sejarah menunjukkan adanya pendekatan pembaharuan dalam pemikiran akidah, politik bermula dengan tokoh-tokoh mujadid dulu sehinggalah zaman mutaakhir seperti Afghani, Abduh, Muhammad Iqbal dan seumpamanya
- Nasnas Syarak tetap kekal. Tafsiran terdahulu untuk zaman dan kondisi masing-masing. Pemikir Islam masa depan bergantung pada situasi dan pesekitaran baru dalam politik, budaya dan sebagainya. Setiap zaman mempunyai permasalahan masing-masing
- Ini bukan bermaksud ijtihad lama ditolak ke tepi, tetapi ia sebagai rujukan atau bahan perbandingan. Cabaran pemikiran Islam paling besar mengembalikan manusia menjadi hamba Allah bukan hamba sesama manusia atau ideologi, malah apa sahaja yang bersifat makhluk. Kegagalan menangani cabaran ini meninggalkan dunia dalam keresahan, kacau bilau, kezaliman, ketakutan dan persengketaan.
- Saling mengenali amat penting. Kemesraan sesama insan lebih penting. Jaminan sosial masyarakat antarabangsa dan tempatan sewajarnya manjadi agenda utama sehingga dunia menjadi bumi makmur, aman sentosa dan diredhai tuhan
- Kata Malek Bennabi,
"jika umat Islam mahu memipin dunia, mereka terlebih dahulu haruslah menunjukkan kewibawaan. Selagi umat Islam dipandang rendah kerana politik tidak stabil, ekonomi pincang, masyarakat bermasalah ia hanya menjadi angan-angan Mat Jenin"
Penutup
- Gerakan pemikiran Islam masakini dan akan datang mesti berusaha membentuk generasi baru yang bersatu dalam asas akidah dan pemikiran. Dengan kekuatan Iman dan ilmu, ketegasan sikap dan jihad mampu menanggap hakikat hidup dan perubahan besar yang berlaku
- Pemikiran Islam tersusun dari tiga unsur pertama:
i. Wahyu sebagai sumber yang kemudiannya mutlak
ii. Kefahaman akal yang kebenarannya relatif
iii. Persekitaran tempat dan masa dengan metodologi yang tepat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan