KONTROVERSI ZAMAN KHALIFAH UTHMAN BIN AFFAN (R.A)
- Khalifah Uthman dilantik selepas Abu Bakar dan Umar pada tahun 23 H bersamaan 644 M
- Khalifah Umar tidak melantik sesiapa untuk menjadi penggantinya tetapi menyerahkan kepada Majlis Syura untuk memilih dariapad enam orang sahabat kanan Nabi saw
- Antara sahabat tersebut ialah
- Uthman
- Ali
- Talhah
- al-Zubair
- Ab. Rahman Auf
- Saad Abi Waqqas
- Melalui satu sesi syura, akhirnya Uthman dipilih menjadi khalifah ke tiga setelah menyanggupi untuk menjalankan arahan Kitabullah, Sunnah Rasul dan Sunnah dua khalifah yang dulu
Situasi Masyarakat
- Masyarakat dalam pemerintahan Uthman berbeza nilai pemikiran, ketahanan dan keimanan
- Sebagai contoh Khalifah Uthman mengendurkan pergerakan Quraisy dengan memberi peluang kepada seluruh masyarakat Islam mengecapi kesenangan
- Ini kerana Khalifah Uthman sentiasa menggalakkan para pegawai supaya menjadi pegawai yang pemurah.
- Khalifah Uthman merupakan antara sahabat nabi yang amat pemurah dan bersedia berbelanja untuk kebaikan Islam
- Oleh itu beliau ingin rakyat jelata juga senang dan kaya melalui mengendurkan sekatan yang dibuat oleh Umar dan membuka peluang kepada semua orang berusaha mendapat kesenangan
- Namun masyarakat mula mengambil kesempatan diatas kelembutan dan toleransi Khalifah Uthman lalu orang berani menyebut itu ini
Peranan Golongan al-Saba'iyah
- Sikap toleransi dan lemah lembut kahlifah telah membuka peluang kepada orang-orang yang mempunyai niat tidak baik terhadap Islam iaitu musuh Islam dan khalifah yang terkenal kumpulan al-Saba'iyah pimpinan Abdullah bin Saba
- Beliau berbangsa yahudi dan dikatakan memeluk Islam pada zaman pemerintahan Uthman serta aktif menjelajah sehingga ke Mesir
- Di Mesir beliau tertarik dengan asas agama melalui sifat pura-pura baik dan tutur kata yang baik namun yang lebih menghairankan banyak buah fikirannya mengelirukan dan menyimpang
- Antaranya:
- Setiap Nabi mempunyai wasiat tertentu dan Ali adalah wasiat nabi. Maka siapakah lagi zalim daripada orang yang membelakangi wasiat Rasulullah?
- Bagaimana orang boleh percaya Nabi Isa akan kembali sedangkan tidak mempercayai Nabi Muhammad saw
- Uthman bin Affan telah mengambil jawatan khalifah tanpa hak
- Lahirkanlah kegiatan bersselindung di sebalik amar makruf dan nahi mungkar
- Terdapat pengarang-pengarang mempertikaikan kewujudan golongan ini yang dipimpin Abdullah bin Saba dan menganggapnya sebagai dongeng atau personaliti khayali
- Namun masih terlalu ramai para ualam, pemikir dan penulis terkemuka menerimanya sebagai suatu realiti sejarah
- Antaranya:
- Ibn Khaldun
- Al-Syahrastani
- Al-Isfiraini
- Ahmad Amin : Dalam karyanya menyatakan beberapa kaedah dan cara tertentu digunakan oleh kumpulan Abdullah bin Saba antaranya:
* Mencari titik kelemahan Khalifah dan mengekploitasinya sehingga orang ramai tertarik dan benci kepada khalifah
* Berpura-pura disebalik slogan amar makruf dan nahi mungkar
* Memilih daerah yang jauh dari jentera khalifah
* Memainkan isu-isu sensitif di kalangan orang ramai
* Memporak perandakan pentadbiran kerajaan, menyingkir khalifah, memesongkan pegangan orang Islam dan memusnahkan Islam
Isu-Isu sensitif Zaman Pemerintahan Uthman bin Affan
- Ahli sejarah telah mengumpul berbagai isu sensitif zaman pemerintahan Khalifah Uthman antaranya:
- Khalifah Uthman tidak menjalankan hukum Islam
- Tidak mengambil berat dalam penyebaran Islam keran tidak mengikuti perang Uhud, Badar dan menghilangkan diri ketidka Baiah al-Ridhwan
- Bertindak kejam keatas beberapa orang sahabat nabi
- Menyalahi sunnah dua orang khalifah yang sebelumnya dalam perkara sembahyang Qasar ketika dalam musafir
- Melakukan bidah dalam pemerintahan kerana menyusun al-Quran kemudian membakar al-Quran yang masih dalam bentuk mushaf
- Bertindak membuang daerah ke atas sahabat nabi
- Bersikap cuai terhadap cincin amanah Rasulullah
- Melantik tokoh-tokoh dari kau keluarga sendiri bagi mengisi jawatan penting negara
- melantik orang yang dikenali fasiq memegang tugas negara
- Memecat tokoh sahabat daripada jawatannya tanpa sebab yang sah
- Menghadiahkan 1/5 hasil cukai kawasan Afrika kepada panglimanya semata-mata kerana diskriminasi
- Banyak menggunakan harta benda sebagai hadiah atau ganjaran kepada kaum keluarga ketika menerajui pimpinan negara
- Merancang tindakan kejam untuk membunuh para pengkritik dan penentang kerajaan
- Pengarang sejarah Islam telah mengkategorikan zaman pemerintahan Khalifah Uthman kepada dua bahagian:
- 6 tahun pertama dianggap sebagai peringkat yang baik, aman, harmoni
- 6 tahun terakhir dikatakan satu tempoh yang cukup negatif dan buruk
- Sebenarnya sasaran kritikan dan penentangan bukanlah terhadap kelemahan dan kekuatan Khalifah namun kesalahan cara memerintah negara merupakan sasaran utama untuk menghancurkan Islam
Cara Mengembalikan Kebenaran ke Lokasinya
- Terlalu banyak kekaburan yang berlaku sewaktu pemerintahan Khalifah Uthman sehingga banyak pihak memusuhi Islam dengan mengambil kesempatan atas pemerintahan Uthman
- Antara kaedah yang digunakan oleh pihak musuh ialah melalui sumber sejarah yang telah dikelirukan
- Sumber maklumat ini akan disampaikan kepada satu generasi ke generasi yang lain melalui pendidik yang tidak berperanan mendalami sejarah tersebut
- Perkara ini terjadi disebabkan oleh:
- Tidak mendapat pendidikan sejarah Islam secara formal
- Pengetahuan sejarah Islam tidak didapati dari sumber asal
- Terpesona dengan kaedah penyelidikan barat moden
- Berpandukan Sejarah Islam formal namun tidak beriltizam dengan semangat Islam
- Kesannya:
- Ramai kalangan generasi muda menjadi keliru ketika berhadapan dengan sesuatu yang bersifat keagamaan
- Sejarah Islam dihuraikan dengan pemerintahan yang lemah dan keburukan
- Cara untuk mengurangkan kekeliruan dan menjernihkan sejarah hidup tokoh Khalifah Uthman adalah melalui latar belakang dan biodata Khalifah Uthman seperti:
- Orang pertama yang berhijrah ke negeri Habsyah atas arahan Rasulullah
- Tokoh yang terlalu banyak menyumbangkan hartanya ke jalan Allah
- Uthman telah membeli perigi dengan wangnya dan diwakaf untuk kegunaan muslimin di Madinah sedangkan di Madinah waktu itu sukar mendapat sumber air
- Keberanian dan kesanggupan Uthman menempuh maut semata-mata kerana arahan Rasulullah sebagai wakilnya kepada pihak Musyrikin di Makkah dalam perjanjian Hudaibiyah
- Uthman satu-satunya manusia yang mendapat penghormatan daripada Allah dan Rasulnya kerana mengahwini dua orang puteri nabi
- Uthman telah menghadiahkan bahan makanan dan minuman sewaktu pemerintahan Khalifah Abu Bakar akibat kemarau panjang
- Merupakan sahabat nabi yang dijamin masuk syurga
- Berperibadi terlalu mulia, baik dalaman mahupun luaran sehinggakan para malaikat segan dan malu padanya
- Dipilih sebagai penulis wahyu pada zaman Rasulullah
ANALISIS TERHADAP ISU-ISU YANG TIMBUL
ISU PERTAMA: Khalifah Uthman Mengabaikan Hudud
- Ini adalah berdasarkan kisah Ubaidillah yang menuntut bela atas pembunuhan yang dilakukan oleh 3 orang sehingga menyebabkan kematian ayahandanya Khalifah Umar.
- Beliau telah membunuh orang yang terlibat dengan kematian ayahandanya yang sepatutnya diserahkan kapada pemerintah negara yang baru iaitu Khalifah Uthman
- Selepas peristiwa tersebut, Ubaidillah telah dibebaskan dan menyambung hidupnya seperti biasa
- Musuh-musuh Islam menggunakan kes ini sebagai kelemahan pemerintahan Uthman yang tidak melaksanakan hukum Islam
- Pengkaji telah membongkar hakikat sebenar:
- Saiyidina Uthman telah menjatuhkan hukuman mati terhadap Ubaidillah tetapi telah dimaafkan oleh waris mati
- Sumber Ibn al-Arabi menyatakan Ubaidillah telah ditangkap dan dikurung dirumah Saad bin Abi Waqqas. Waris mati telah memaafkan Ubaidillah dan Khalifah Uthman telah membayar diyat bagi pihak Ubaidillah
ISU KEDUA: Khalifah Uthman tidak menyertai Perang Uhud, Badar dan Bai'ah al-Ridhwan
- Berdasarkan hadith riwayat Imam al-Bukhari dan al-Tirmizi amat jelas tentang sebab Khalifah Uthman tidak menyertai perang
- Perang Uhud: Khalifah Uthman telah melarikan diri pada hari peperangan tersebut namun Allah telah mengampunkan dan memaafkannya
- Perang Badar: Khalifah Uthman sedang menjaga isterinya Ruqayah yang sedang sakit dan Baginda telah bersabda "Engkau tunggulah dia, sesungguhnya ganjaran engkau sama seperti lelaki yang menyertai perang Badar dan habuannya"
- Baiah al-Ridhwan : Berlaku sewaktu Uthman pergi ke Makkah dengan pengetahuan Baginda saw
ISU KETIGA: Khalifah Uthman bertindak kejam ke atas Sahabat Nabi seperti Abu al-Darda
- Pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman Abu al-Darda dilantik menjadi Hakim di Syam dan gabenor di Syam ialah Muawiyah
- Sebagai ketua pentadbiran, Muawiyah telah mejalankan pentadbiran berdasarkan perkembangan masyarakat setempat namun tidak diterima oleh Abu al-Darda kerana bertentangan dengan cara Umar dalam kehidupan masyrakat dan telah menimbulkan kacau bilau
- Atas dasar tersebut beliau dipecat semuanya kerana kemaslahatan umum yang melibatkan masyarkat setempat
ISU KEEMPAT: Bertindak menyalahi al-Sunnah, Tidak Qasar Sembahyang ketika Musafir
- Isu ini terjadi dalam musim haji pada tahun 29H seperti yang dicatatkan oleh al-Tabari
- Antara sebab Khaliah Uthman tidak mengqasarkan solatnya waktu itu:
- Katanya, keluarganya iaitu anak dan isterinya tinggal di Makkah maka dengan itu beliau dikira bermukim dan terkeluar daripada hukum orang yang bermusafir
- Telah sampai ke pengetahuan Khalifah Uthman bahawa orang-orang diluar ibu kota ketika pulang ke kampung masing--masing telah sembahyang dua rakaat (secara qasar)
- Beliau melihat ramai orang sudah terkeliru sehingga ada yang sudah solat qasar di rumah sendiri
- Oleh itu beliau telah berijtihad bahawa lebih baik meninggalkan asar kerana takut berlaku kekeliruan dalam menunaikan ibadat kepada Allah
ISU KELIMA: Khalifah Membuat Kerja Bid'ah dengan mengumpul Mushaf kemudian Membakarnya
- Langkah yang diambil oleh Saiyidina Uthman sangat baik bagi menyelamatkan al-Quran dan generasi al-Quran
- Pembukuan dan menghapusan mushaf lama telah mendapat restu daripada beberapa sahabat besar Nabi saw
- Tetapi perkara ini sengaja diputar belit oleh musuh-musuh Islam termasuk yang bergiat dibawah topeng Islam
ISU KEENAM: Khalifah menjatuhkan hukuman buang Daerah ke Atas Abu Zar al-Ghifari
- Isu ini berdasarkan kisah Abu Zar al-Ghafari yang tinggal di Syam ketika Muawiyah menjadi gabenor yang mana beliau berpendapat semua harta yang bukan milik sendiri perlu dibahagikan kesemuanya namun berbeza dengan Muawiyah
- Muawiyah berpendapat bahawa negara dan masyrakat perlu mempunyai wang yang secukupnya untuk pembangunan
- Buat ketika itu Abu Zar mengkritik para pegawai kerajaan termasuk Muawiyah di Syam menyebabkan Khalifah Uthman menjemput Abu Zar ke Madinah untuk berbincang bersama beliau sebelum isu ini merebak dalam kalangan masyrakat
- Setelah berbincang, Abu Zar sendiri meminta untuk keluar dari negri Syam dengan bantuan Khalifah Uthman
- Abu Zar telah memilih tempat tinggal baru di Rabazah dan beliau dibekalkan dengan membina masjid, sekumpulan unta, dua orang pembantu
- Jelaslah bahawa pemergian Abu Zar atas kehendak beliau sendiri dan pemergian beliau disusuli dengan penghormatan istimewa khalifah yang membekalkan pelbagai keperluan
ISU KETUJUH: Bersikap cuai hingga menyebabkan cincin amanah Rasulullah hilang
- Cinicin cap mohor sentiasa berada di jari Rasulullah digunakan sebagai cop mohor apabila menulis surat-surat rasmi sehingga baginda wafat
- Cincin kemudiannya digunakan oleh dua orang khalifah yang lain
- Apabila tiba giliran Khalifah Uthman, cincin itu digunakan selama 6 tahun dan dalam peristiwa menggali perigi untuk sumber minuman penduduk Madinah, Khalifah Uthman turut menyertainya namun cincin tersebut terjatuh kedalam perigi
- Puas dicari sehingga mereka terpaksa mengeringkan perigi yang dibuat namun tidak ditemui
- Khalifah Uthman membuat replika cincin perak dalam bentuk dan ukiran tulisan yang sama sebagai ganti namun apabila beliau dibunuh didapati replika cincin cap mohor turut hilang
- Keadaan yang berlaku merujuk kepada asas aqidah yang mana satu suratan dan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah walaupun telah berusaha mencari cincin tersebut namun tidak dijumpai
ISU KELAPAN DAN KESEMBILAN: Bersikap diskriminasi dengan memilih ahli keluarga sendiri menjadi pegawai kerajaan walaupun mereka fasiq
- Dalam isu ini terdapat dua perkara utama yang menjadi sasaran para penentang:
- Khalifah Uthman melantik pelantik pegawai utama dari kalangan kaum kerabatnya sendiri
- Memilih pegawai tadbir yang tidak baik
- Kuasa melantik dan memecat seorang pegawai di dalam kerajaan merupakan ijtihad khalifah
- Terdapat dua syarat utama yang meletakkan seseorang khalifah ke tahap autoriti berkenaan
- Keadilan yang menyeluruh bagi semua syaratnya
- Memiliki ilmu yang memungkinkan seseorang khalifah berijtihad pada semua permasalahan dan hukum
ISU KESEPULUH: Memecat Abu Musa al-Asyari daripada jawatan Gabenor
- Abu Musa al-Asya'ri merupakan sahabat utama Rasulullah yang berkhidmat dalam pentadbiran Rasulullah
- DIsebabkan rekod cemerlang sebagai gabenor di wilayah Basrah, Khalifah Uthman mengekalkan jawatannya
- Kisah pemecatan beliau dikaitkan dengan penduduk Izaj dan Akrad yang telah murtad.
- beliau memerintahkan seluruh penduduk berjihad dengan berjalan kaki namun apabila tiba hari yang dijanjikan Abu Musa telah menunggang kuda diiringi empat puluh ekor baghal (haiwan kacukan antara kuda dengan keldai)
- Sebagai seorang ketua pentadbir seharusnya mengotakan janji beliau kepada rakyat
- Oleh sebab itu beliau dipecat kerana dimurkai oleh Allah taala
- Khalifah Uthman cukup faham sekiranya beliau tidak memecat Abu Musa akan timbul huru hara di Basrah dan akan menyukarkan lagi keadaan
ISU KESEBELAS : Menyerahkan 1/5 Rampasan Afrika Kepada Abdullah bin Abl al-Sarh
- Kisah yang sebenar ialah Khalifah Uthman memberikan kepaada panglima Abdullah hanya 1/5 daripada 1/5 bahagian yang diperuntukkan sebagai ganjaran berjihad di Afrika
- Walaupun kuasa khalifah boleh menentukan bahagian-bahagian tersebut namun Khalifah Uthman masih bertanya pandangan tentera-tentera yang terlibat
- Apabila mendapati mereka tidak bersetuju, khalifah menarik balik pemberian tersebut
- Namun orang luar kota Islam masih terus menghebohkan tentang pemberian tersebut tetapi tidak pula diperkatakan mengenai penarikan harta tersebut
- ini menyebabkan Khalifah Uthman dipandang serong oleh masyrakat
ISU KEDUABELAS: Menggunakan Harta Benda Negara sebagai Hadiah dan Ganjaran kepada Kaum Keluarganya Sendiri
- Punca kekeliruan masalah ini ialah harta benda dan barang-barang yang dijadikan hadiah atau pemberian milik negara atau milik peribadi
- Jika dilihat sewaktu beliau menjadi ketua negara dan dalam masa yang sama memberikan hadiah dan pemberian tentulah orang lebih cepat menganggap ianya merupakan harta kerajaan
- Persoalan ini dapat dilihat dalam latar belakang dan biografi khalifah:
- Khalifah paling banyak menyumbang harta ke jalan Allah
- Tokoh paling mulia pada pandangan Allah dan rasulnya
- Ikhlas dan yakinya kepada Islam mengatasi keberanian Umar
- Diberi penghormatan dan kepercayaan oleh Allah dan Rasul-Nya dengan mengahwini dua orang puteri Baginda
- Satu perkara yang perlu diberi perhatian dalam konteks negara Islam, harta negara diletakkan dibawah Bait al-Mal yang diurukan oleh Amin Bait al-Mal
- Khalifah sendiri tidak boleh sewenang-wenangnya keluar masuk dan memunggah harta benda Bait al-Mal sesuka hati kerana sebarang urusan mestilah melalui pengurus besarnya.
ISU KETIGABELAS: Merancang Strategi Membunuh Penentang Kerajaan
- Penentang kerajaan begitu tekad untuk menjatuhkan Khalifah Uthman dengan tiga matlamat
- Mereka tidak akan berundur melainkan Uthman dipecat
- Mereka membunuh Uthman
- Mereka sedia berperang habis-habisan
- Untuk membolehkan para penentang bertindak mereka telah bersandiwara dan mereka perkara yang tidak ada:
- Memalsukan surat arahan bunuh
- Menggunakan cap mohor palsu
- Merasuah budak suruhan berlagak seperti pembawa surat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan