KONTROVERSI DALAM PEMERINTAHAN
ALI BIN ABI TALIB R.A
- Pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Talib r.a berlansung kira-kira lima tahun sahaja kerana pada 17 Ramadhan beliau dibunuh oleh salah seorang puak Khawarij bernama Ab. Rahman bin Muljam
- Dua isu kontroversi yang melibatkan puak Syi'ah dan Sunni ialah:
- PEPERANGAN JAMAL di antara pasukan Ali dengan pasukan Ummu al-Mukminin Aisyah pada tahun 37H
- PEPERANGAN SIFFIN diantara Ali dengan Muawiyah Abu Sufyan pada tahun 36H
KONTROVERSI PERANG JAMAL
- Antara sebab tercetusnya Perang Jamal ialah
- Dendam lama Ummu al-Mukminin, Aisyah terhadap Ali merujuk peristiwa al-Ifk
- Rasa tidak puas hati para sahabat serta orang ramai terhadap perlantikan Saiyidina Ali sebagai Khalifah
- Hubungan saidatina Aisyah dengan Fatimah sememangnya tidak baik
- Ummu al-Mukminin berusaha menentang Khalifah
- Aisyah mendendami dan marahkan Ali bermula sejak perhimpunan di Safiah Bani Saidah
- Segala andaian sejarawan terhadap faktor tercetusnya perang Jamal sesuatu yang tidak benar dan tidak bersesuaian kerana:
- Pergeseran kecil yang berlaku diantara Aisyah dan Ali disebabkan perbuatan golongan munafiq yang cuba mengambil kesempatan atas peristiwa al-Ifk
- Saidatina Aisyah diyakini adalah wanita terbaik
- Peristiwa perang Jamal tidak diambil kira dendam lama atau dendam baru
- Tidak benar apa yang dikatakan mengenai hubungan Aisyah dan Fatimah
- Adalah tidak benar dikatakan kononnya Aisyah menentang Ali
KONTROVERSI PERANG SIFFIN
- Antara sebab tercetusnya Perang Siffin disebabkan oleh sikap Ali dan Muawiyah dalam beberapa perkara:
- Tindakan Ali apabila menjadi khalifah memecat pegawai kanan negara
- Muawiyah dipecat selepas lebih dua puluh tahun mentadbir wilayah Syam tanpa sebarang alasan
- Muawiyah terkilan dengan pemecatannya dengan mengambil sikap Talhah dan al-Zubair yang sedia memberi ketaatan apabila pembunuh Uthman dihukum terlebih dahulu
- Muawiyah menganggap Ali terlibat melindungi penyokong-penyokong gerakan Ibn Saba yang melakukan jenayah ke atas Khalifah Uthman
- Penilaian terhadap keseluruhan masalah mengambil kira tiga aspek penelitian:
- Berhubung dengan perkara sebenar titik perselisihan diantara Ali dengan Muawiyah
- Tentang kedudukan tugas rasmi
- Pendedahan khusus tentang latar belakang Abu Musa al-Asya'ri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan