Isnin, 20 Mei 2019

Nota ringkas Isu-isu kontroversi dalam sejarah pemerintahan Khulafa al-Rasyidin Marzuki Haji Mahmood Part 2

Isu-isu Kontroversi
- Sering menjadi fokus pengkaji sejarah pemerintahan Islam ialah pimpinan dan pemilihan pemimpin.
- Al-Imam Abu Hassan Asy'ari menjelaskan banyak perkara yang diperselisihkan orang selepas Nabi menyebabkan mereka berpuak-puak
- perkara pertama perselisihan di kalangan muslimin selepas Nabi ialah perselisihan tentang pimpinan

ISU PERLANTIKAN ABU BAKAR AL-SIDDIQ
- Isu awal yang menjadi bahan penyelidikan para ahli sejarah ialah sejauhmana kesahihan perlantikan Abu Bakar diangkat menjadi pemimpin Islam
- Terdapat beberapa golongan yang terang-terang bercanggah pendapat iaitu dua golongan besar di kalangan umat Islam :
1. Golongan Syiah
2. Golongan Ahli al-Sunnah (Sunni)

PENDAPAT GOLONGAN SYIAH
• Dasar pegangan Syiah Imamiyah ialah mempercayai Imam adalah wajib
• Tugas Imam atau ketua negara ialah

1. Menguruskan keadilan
2. Mengepalai masyarakat
3. Memimpin ketentaraan
4. Mengimamkan solat
5. Menguruskan kewangan negara
6. Menyelenggarakan kepentingan negara

• Mazhab Syiah Imamiyah telah menetapkan bahawa mempercayai Imam menjadi rukun agama
• Oleh itu Nabi saw berkewajipan menentukan Imam yang akan menerajui negara selepas Baginda
• Imam yang dilantik berkewajipan untuk menetapkan seseorang untuk menggantikannya kelak
• Syiah Imamiyah menganggap apabila keadaan ini dilaksanakan dengan sempurna, maka apabila Imam meninggal dunia ia akan menemui Tuhan dengan perasaan lega tanpa khuatir memikirkan tentang rakyat dan negara
• Ini kerana Syiah Imamiyah menyatakan tugas utama seseorang Imam ialah menghindar dan menyelesaikan perselisihan yang berlaku di kalangan rakyat
• Oleh itu, tidak logik masalah Imam diserahkan begitu sahaja kepada rakyat tanpa menentukan siapa penggantinya terlebih dahulu
• Dikhuatiri rakyat menggunakan pendapat masing-masing yang pasti menimbulkan pertelagahan dan menimbulkan perbezaan sikap dan tindakan dalam kalangan mereka

Nas al-Quran dan al-Hadith
• Pemimpin yang layak dan berwibawa merupakan penyelamat ummah dalam Islam
• Pada zaman awal dalam kalangan umat Islam Ahl al-Bait menjadi pilihan utama menjadi pemimpin
• Menurut penilaian semasa tokoh yang bakal menggantikan Rasulullah saw ialah Saiyidina Ali ra.
• Sebab Saiyidina Ali menjadi tokoh pengganti:

1. Pilihan Allah swt
2. Orang pertama yang memeluk Islam dalam kalangan kanak-kanak
3. Dibesarkan dirumah Rasulullah dibawah didikan Baginda
4. Satu-satunya sahabat nabi yang berhak menerima anugerah Allah dengan Imamah

• Ini bererti Imam Ali merupakan imam seluruh muslimin dengan penentuan dan pilihan Allah
• Sebenarnya Allah telah mewahyukan kepada Rasul-Nya supaya melantik Ali agar menjadi lambang bagi seluruh manusia
• Dalam al-Quran sendiri terdapat ayat-ayat yang menerangkan penentuan Ali ra menjadi pemimpin selepas Rasulullah saw : Surah al-Maidah ayat 55
• Kebanyakan ahli tafsir telah bersepakat bahawa ayat tersebut diturunkan sebagai menjawap persoalan tentang siapa yang harus ditaati dan dipatuhi
• Kebetulan ketika itu antara para sahabat Nabi saw yang sedang tunduk rukuk ialah Saiyidina Ali
• Lalu dibuat keputusan bahawa penentu Imam yang dilakukan oleh Rasulullah saw adalah terang-terang nas yang bukan penerangan secara diskripsi
• Tidak terdapat lerselisihan di kalangan golongan Syiah bahawa ayat dari Surah al-Maidah diturunkan khusus menyatakan kedudukan Ali ra
• Berasaskan ayat-ayat al-Quran yang diturunkan dalam berbagai suasana secara khusus menyentuh Saiyidina Ali
• Begitu juga dengan hadith Nabi adalah pembuktian sebagai nas yang kukuh buat pegangan Syiah Imamiyah
• Bahawa satu-satunya tokoh yang berhak menggantikan Rasululah selepas Baginda wafat ialah Ali ra
• Walaubagaimanapun jawatan khalifah jatuh kepada Abu Bakar, kemudian Umar, Uthman dan Ali ra.
• Cuma menurut pandangan golongan Syiah sederhana menyatakan bahawa Ali ra hanya merungut

" orang ramai memilih Abu Bakar ra sedangkan aku lebih utama dan berhak daripadanya. Maka aku mengambil sikap taat dan setia kerana takut orang ramai menjadi kafir semula, membunuh antara satu sama lain. Kemudian orang ramai memilih pula Umar sedangkan aku demi Allah lebih layak dan berhak daripadanya maka aku cuma patuh dan setia kerana bimbang nanti orang ramai kembali kafir dan berbunuh-bunuhan. Kemudia orang ramai mahu melantik Uthma oleh itu aku juga taat dan setia dan orang ramai memasukkan aku bersama lima orang yang lain, aku yang keenamnya, sedangkan mereka tidak tahu kelebihan aku mengatasi yang lain-lain.."

  • Melalui petikan diatas dapat dilihat Ali ra sanggup membelakangkan kepentingan diri demi kemaslahatan umum yang lebih besar iaitu perpaduan ummah
  • sikap yang ditunjukkan oleh Saiyidina Ali merupakan prinsip Taqiyah yang menjadi pegangan utama golongan Syiah
  • Taqiyah digunakan bagi mengelakkan kemudaratan terhadap diri, harta dan kehormatan diri
  • Prinsip Taqiyah tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya kerana ia digunakan dalam keadaan seseorang itu benar-benar menghadapi keadaan yang cukup kritikal dan bahaya yang tidak mampu menghindarinya atau melawannya
  • Sekiranya prinsip Taqiyah tidak dilaksanakan akan mendatangkan bencana kepada diri, harta dan kehormatan diri
PANDANGAN AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH
  • Golongan Ahl al-Sunnah mempertahankan kesahihan perlantikan Abu Bakar ra sebagai calon yang paling layak selepas Rasulullah saw
  • Perkara ini merujuk kepada asas pentadbiran Rasulullah saw iaitu Syura dan Bai'ah
  • Perlantikan Abu Bakar adalah hasil perhimpunan syura yang berlaku di Balai Bani Saidah
  • Fenomena perbincangan pemilihan ketua negara atau khalifah dapat disimpulkan beberapa perkara iaitu:
  1. Pemilihan Abu Bakar sebagai khalifah berlansung secara persetujuan ramai ijma' diantara perwakilan Muhajirin dan Ansar
  2. Pemilihan dilakukan dalam dua sesi, pertamanya di Balai Bani Saidah yang disertai elit khas muslimin sahaja dan kedua berlansung di atas mimbar masjid Nabawi
  3. Perlantikan Abu Bakar menjadi khalifah berlaku secara aman dan tidak ada sebarang kekerasan atau paksaan
  4. Perbincangan memilih ketua negara memperlihatkan satu metod permesyuaratan yang amat unik 
Dasar Kesahihan Abu Bakar al-Siddiq sebagai Khalifah
  • Terdapat beberapa peristiwa yang terjadi pada diri Rasulullah ketika hayatnya yang memberi petanda bahawa Abu Bakar merupakan tokoh utama yang wajar menggantikannya apabila Baginda wafat
  • Antara peristiwanya ialah:
  1. Ketika Rasulullah saw sedang gering yang terakhir yang membawa kepada kewafatannya, Abu Bakar diminta secara serius untuk mengambil tempat menggantikan Baginda sebagai imam solat bersama-sama seluruh muslimin
  2. Peristiwa hijrah dari Makkah ke Madinah yang mana baginda memilih Abu Bakar untuk sama-sama membangunkan era perkembangan Islam
  3. Detik penting dalam sejarah Islam yang dibataskan garis hubungan terakhir antara Islam dengan orang kafir di Semenanjung Arab melalui tahun fardhu haji yang mana Rasulullah melantik Abu Bakar menjadi ketua rombongan para jemaah haji pada bulan Zulkaedah tahun ke9 hijrah
Penilaian dan Analisis
  • Masalah utama yang dihadapi oleh pengkaji sejarah ialah pertembungan penganut-penganut mazhab dalam Islam khusus Syiah dan Ahl al-Sunnah tentang Khilafah
  • Bagi Syi'ah : Khilafah ditentukan oleh Rasulullah saw kepada Ali ra namun apa yang berlaku Abu Bakar dan penyokong-penyokongnya bertindak membelakangi nas tersebut
  • Mereka tetap mempertahankan teori wasiat Nabi saw kepada Ali Abi Talib dengan menggunakan hadith sahih al-Bukhari dan Muslim:
"Daripada Saad bin Abi Waqqa berkata bahawa Rasulullah saw telah keluar untuk berperang Tabuk dan meninggalkan Ali sebagai gantinya, maka Baginda bersabda: Apakah engkau bersedia menggantiku menguruskan urusan kanak-kanak dan kaum wanita? Katanya lagi: Apakah kamu tidak rela menjadi kedudukan engkau di sisiku sebagai Harun dari Musa cuma bezanya tidak ada lagi Nabi selepas aku."
  • Bagi Ahl al-Sunnah : Rasulullah tidak meninggalkan apa-apa pesanan atau wasiat bakal pengganti Baginda.
  • Asas pegangan Ahl alSunnah dalam pemilihan ketua negara:
  1. Merangkumi himpunan atau ijtimak para sahabat
  2. Mempraktis amalan syura
  3. Bai'ah ketua negara

Tiada ulasan:

Berita Mengejut Tergempar

Hari nie last day untuk Rakan Digital (RD) dan kitaorg jumpa larh like make a farewell day.. Yg dapat join 3 RD, I dgn kak Khai. Kitaorg car...