Isnin, 20 Mei 2019

Nota ringkas Isu-isu kontroversi dalam sejarah pemerintahan Khulafa Al-Rasyidin Marzuki Haji Mahmood Part 1

Institusi Khilafah Islamiyah
- Istilah khilafah berasal dari kata dasar khalafa bererti orang yang menyusul selepas orang terdahulu atau pengganti kepada orang yang lalu
- Beberapa pemikir Islam ternama turut menghuraikan pengertian Khilafah antaranya:
1. Ibn Khaldun : Khalifah ialah tanggungjawab kepimpinan ke atas seluruh masyarakat berdasarkan pandangan syarak dalam urusan keakhiratan dan keduniaan mereka
2. Al-Mawardi : Khilafah ialah urusan pimpinan yang diperuntukkan bagi menggantikan tugas kenabian dalam memelihara agama dan politik dunia
3. Ibn Hazm : "Imam Agung" iaitu khalifah

Antara sistem khilafah dengan sistem-sistem yang lain
1. Sistem khilafah - merangkumi dua bidang kuasa iaitu keagamaan dan politik keduniaan. Sistem empayar yang lain - mempunyai bidang kuasa yang terbatas
2. Sistem khilafah - diikat rapat oleh undang-undang agama bersifat syarak. Sistem empayar yang lain - menjalankan pemerintahan menggunakan undang-undang politik
3. Sistem khilafah - pemerintah politik yang menguasai kedua-dua bidang kuasa duniawi dan rohani. Sistem empayar yang lain - terdapat dua pemerintah iaitu pemerintah duniawi Maharaja dan pemerintah rohani Pope

Pendapat mazhab-mazhab dalam Islam tentang Institusi Khilafah

Pendapat Syiah
1. Menegakkan Imamah atau Khilafah adalah wajib kerana ia adalah rukun agama
2. Seorang Imam/khalifah tidak boleh dipilih secara bebas
3. Seseorang Imam/khalifah wajib bersifat maksum

Pendapat Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah
1. Tiada kaedah yang wajib digunakan dalam pemilihan seorang pemerintah/khalifah
2. Tiada penentuan secara tepat syarat atau kriteria terperinci yang harus dipenuhi oleh bakal-bakal calon khalifah
3. Kaedah-kaedah am yang wajib diambil kira oleh seseorang pemerintah Islam dalam menjalankan pemerintahan
4. Mengambil kira ciri-ciri moral dan kesopanan yang wajib dipegang secara bersama diantara pihak pemerintah dan pihak yang kena perintah

Pendapat golongan al-Khawarij
1. Jawatan khalifah hendaklah dibuat secara pilihan bebas
2. Jika dipilih menjadi khaifah tidak boleh meletakkan jawatan
3. Seorang khalifah tidak semestinya berbangsa Quraisy
4. Khalifah yang menyeleweng dari jalan yang baik dan lari daripada kebenaran ia wajib dipecat atau dibunuh

Pendapat golongan al-Murjiah
1. Khifah semuanya mukmin, tidak boleh ditentang
2. Menyerahkan urusan khalifah kesemuanya kepada Allah semata-mata

Pendapat golongan Muktazilah
1. Berpegang kepada prinsip bahawa manusia mempunyai kebebasan
2. Umat berhak memilih ketua merekaa
3. Allah tidak menentukan jawatan khalifah kepada seseorang
4. Pemilihan khalifah tidak mengambil kira persoalan nasab (keturunan)

Bidang Kuasa Khalifah
1. Memelihara dan menjaga agama, mempertahankan kesucian agama dan umatnya
2. Melaksanakan hudud dan pengadilan
3. Urusan pertahanan dan keselamatan dengan menjadi panglima agung angkatan bersenjata negara
4. Pemungutan cukai dan perbelanjaan negara adalah mengikut arahan khalifahyang dipilih berasaskan kekuatan iman dan taqwa
5. Perlantikan kakitangan kerajaan
6. Mengawal perjalanan seluruh petugas-petugas negara bagi mendapat maklumat lengkap tentang seluruh keadaan dalam negara

Tiada ulasan:

Berita Mengejut Tergempar

Hari nie last day untuk Rakan Digital (RD) dan kitaorg jumpa larh like make a farewell day.. Yg dapat join 3 RD, I dgn kak Khai. Kitaorg car...