Khamis, 6 Jun 2019

FIQH MUAMALAT - KONSEP HARTA DAN PEMILIKAN HARTA

Takrif Harta

Bahasa

  • Emas & Perak
  • Sesuatu benda yang dimiliki oleh manusia samaada dalam bentu ain atau manfaat
Istilah
Jumhur:
  • Sesuatu benda yang ada nilai, perlu diganti jika rosak 
(كل ما له قيهة يلزم متلفها بضمانه)
  • Sesuatu benda yang ada nilai boleh dimiliki, dikawal, dimanfaatkan 
(كل ما له قيمة يمكن حيازته واحرازه وينتفع به)

Unsur Harta
  • Ada nilai - tabie & syara
  • Boleh dimiliki - tiada halangan syarak & peraturan
  • Boleh dikawal - mampu dikuasai
  • Boleh dimanfaatkan
Bentuk Harta
  • Harta Ain
  • Harta Manfaat
Kategori Harta
1. Keharusan penggunaan :
     i. Bernilai
▪ harta yang dikitiraf oleh syarak bagi pemilikan dan penggunaannya
▪ contoh : Tanah

     ii. Tidak bernilai
▪ Harta yang tidak diiktiraf oleh syarak bagu pemilikan dan penggunaannya
▪ Contoh : dari sudut syarak- babi, bangkai
                  Dari sudut tabie manusia - sebiji beras

2. Persamaan Juzuk :
     i. Mithliy
▪ Harta yang ada persamaannya di pasaran atau banyak seumpamanya di pasaran. Jika berbeza pun hanyalah perbezaan yang kecil yang tidak menjejaskan nilai
▪ Bentuk persamaan : Sukatan (المكيلات) Timbangan (الموزونات) Bilangan (العدديات) Ukuran (الذرعيات)
     ii. Qimiy
▪ Harta yang tidak ada atau sukar diperolehi persamaannya di pasaran. Jika ada pun wujud perbezaan yang tinggi dari segi nilainya
▪ Contoh : seekor lembu, batu permata, barang antik

3. Keanjalan fizikal
     i. Aqar
▪ Harta yang fizikalnya tidak boleh dipindahkan dari sesuatu lokasi pada adatnya. Samada secara mutlak seperti tanah/bangunan atau akan rosak kalau dipindahkan seperti pokok besar
     ii. Manqul
▪ Harta yang fizikalnya boleh dipindahkan dari sesuatu lokasi
▪ Contoh : Kereta, Motosikal

4. Kekekalan zat
     i. Istihlakiyy
▪ Harta yang zat dan manfaatnya akan habis setelah digunakan
▪ Contoh : Wang, Makanan, Kayu api
     ii. Isti'maliyy
▪ Harta yang zat dan manfaatnya berterusan boleh digunakan setelah diguna pakai. Iaitu tidak habis atau rosak dengan sekali pakai
▪ Contoh : Rumah, Tanah, Kereta

PEMILIKAN HARTA
TAKRIF 
BAHASA : Milik, simpan & kuasai sesuatu benda
ISTILAH : Perolehan hak yang diikritaf oleh syarak ke atas sesuatu harta dengan memberi kuasa urus dan menghalang pencerobohan
علاقة بين الانسان والمال أقرها الشرع

KEPENTINGAN 
1. Pengiktirafan hak
2. Kuasa untuk menguruskan, menggunakan, transaksi dan perniagaan
3.  Tidak boleh diceroboh, diberikan hak dan jika kepada perlu ganti rugi

KLASIFIKASI HARTA BERDASARKAN KEBENARAN MILIK
1. Tidak boleh diberi milik dan terima milik secara mutlak. Harta awam : seperti sungai, jalan
2. Tidak boleh dimiliki kecuali dengan keizinan syarak. Contoh : Tanah wakaf
3. Boeh dimiliki secara mutlak

CARA PEMILIKAN (اسباب الملك)
1. Perolehan hak milik (Syarat: Niat + Penguasaaan) 
i. Penguasaan harta mubah
ii. Pertambahan harta

2. Perpindahan hak milik 
i. Kontrak pindah (العقود الناقلة)
Syarat : Penuhi rukun + syarat akad
ii. Penggantian


BENTUK PEMILIKAN
1. Milik sempurna : ain dan manfaat bersama
2. Milik tidak sempurna : ain sahaja atau manfaat sahaja

MILIK SEMPURNA(Al-Milk Al-Tam)
TAKRIF : Iaitu pemilikan terhadap sesuatu harta itu pada ain dan juga manfaatnya sekaligus

CONTOH : Memiliki zat/ain rumah dan manfaatnya sekaligus. Umpamanya memiliki rumah melalui jual beli

CIRI-CIRI PEMILIKAN SEMPURNA:
- Hak tasarruf terhadap barang adalah secara sempurna
- Hak penggunaan adalah bebas
- Had tempoh pemilikan tidak terbatas
- Tiada gantirugi bagi kerosakan yang berpunca dari pemiliknya

MILIK TIDAK SEMPURNA (AL-MILK AL-NAQIS)
TAKRIF : Iaitu pemilikan terhadap sesuatu harta pada salah satu bentuk sahaja samaada ainnya sahaja atau manfaatnya

CONTOH : Memiliki manfaat rumah (mendiami rumah) sahaja melalui sewaan

JENIS PEMILIKAN TIDAK SEMPURNA
1. Milik Ain sahaja
2. Milik manfaat sahaja (haq al-intifa')
     i. Haq al-Syahksi : manfaat individu
     ii. Haq al-Aini : ikut ain harta

CIRI-CIRI PEMILIKAN TIDAK SEMPURNA
- Hak penggunaan bileh dibataskan
- Had tempoh pemilikan terbatas
- Pemilik manfaat sebagai pemegang amanah

KEADAAN YANG MENAMATKAN PEMILIKAN MANFAAT
- Habis tempoh yang ditetapkan
- Orang yang berhak mati
- Ain harta yang diambil manfaatnya telah rosak

Tiada ulasan:

Berita Mengejut Tergempar

Hari nie last day untuk Rakan Digital (RD) dan kitaorg jumpa larh like make a farewell day.. Yg dapat join 3 RD, I dgn kak Khai. Kitaorg car...