Ahad, 9 Jun 2019

FIQH MUAMALAT - RIBA, HAK DAN TANGGUNGJAWAB

RIBA

TAKRIF: Berasaskan jenisnya yang ada dua -

1. Riba hutang : Lebihan atau tambahan daripada jumlah asal hutang yang disyaratkan ketika hutang atau berlaku penangguhan bayar hutang
2. Riba jual beli: Pertukaran barangan ribawi yang tidak diketaahui persamaannya atau diketahui tetapi berlaku penangguhan salah satu pertukaran

HIKMAH:
- Elak penindasan
- Wujud ekonomi yang seimbang
- Lahirkan masyarakat tolong-menolong
- Lahirkan masyarakat berkasih sayang

PEMBAHAGIAN RIBA 
 1. RIBA AL-DUYUN (hutang piutang) :
- Riba al-Qard : Sesuatu lebihan/manfaat/faedah terhadap hutang asal yang disyaratkan semasa
berhutang
 - Riba al- Jahiliyyah : Sesuatu lebihan terhadap hutang asal kerana penangguhan atau kelewatan membayar hutang

2. RIBA AL-BUYU':
 - Riba al-Fadl: Pertukaran jual beli barangan ribawi yang sama jenis dengan
lebihan pada salah satu barang
- Riba al-Nasa: Pertukaran barangan ribawi yang sama atau berbeza jenis dengan menetapkan penangguhan atau ansuran salah satu barang
 - Riba al-Yad: Pertukaran barangan ribawi yang sama atau berbeza jenis yang tidak diserta terima dalam majlis akad

MAL RIBAWI DAN ILLAH RIBA
1. EMAS
2. PERAK
3. GANDUM
4. BARLI
5. KURMA
6. GARAM

SYARAT PERTUKARAN BARANGAN RIBAWI TIDAK MENJADI RIBA

BARANGAN RIBAWI SAMA JENIS

  • AL-HULUL: Secara tunai atau tidak sebut tempoh sama sekali
  • AL-MUMASALAH: Sama banyak
  • AL-TAQABUD: Serah terima dalam majlis
BARANGAN RIBAWI BERBEZA JENIS
  • AL-HULUL: Secara tunai atau tidak sebut tempoh sama sekali
  • AL-TAQABUD: Serah terima dalam majlis

KHIYAR

TAKRIF: Hak pilihan yang diberikan kepada dua pihak atau satu pihak sama ada untuk fasakh atau teruskan akad
KEDUDUKAN KHIYAR: Pada asalnya akad yang sudah lazim tidak boleh dibatalkan kecuali dengan persetujuan kedua belah pihak yang berakad. Namun khiyar memberi ruang pilihan yang diberikan kepada pelaku kontrak semasa kontrak atau selepasnya samaada nak teruskan akad atau batalkannya selepas ia sempurna

HIKMAH:
- Beri ruang untuk pihak yang berakad membuat pilihan muktamad
- Memuaskan hati kedua-dua belah pihak
- Mengelakkan penyesalan dan pertikaian
- Menghindarkan dari ditipu
- Akad benar-benar berlaku atas asas reda-meredai

KHIYAR MAJLIS
TAKRIF: Hak pilihan yang diberikan kepada pihak yang berakad samaada untuk meneruskan akad atau memfasakhkannya selama mana kedua-dua belum berpisah atau masih berad di dalam majlis akad
HUKUM: Ia sabit pada pendapat Syafie dan Hanbali tetapi batal di sisi Hanafi dan Maliki

MAKSUD BERPISAH DARI MAJLIS AKAD:
1. KEDAI KECIL: Keluar dari kedai
2. KEDAI BESAR: Berpaling atau beredar dua tiga langkah dari tempat tersebut
3. MENGIKUT ADAT/URUF: Mengikut tabie dan kebiasaan keadaan sesuatu majlis itu dikira berpisah. Keadaan ini dipergunakan pada akad melalui surat internet dan lain-lain yang majlisnya tidak mempunyai fizikal sepertimana sebuah kedai

KHIYAR RU'YAH
TAKRIF: Hak pilihan yang diberikan kepada pihak yang berakad sama ada untuk meneruskan akad atau memfasakhkannya setelah melihat barang yang diakadkan
HUKUM: Harus mengikut jumhur Maliki, Hanafi, Hanbali kecuali Syafie menolak khiya ini

SYARAT-SYARATNYA: 1. Barang yang diakad belum dilihat sebelum atau semasa akad
                                         2. Barang yang diakad suatu benda yang tertentu
                                         3. Akad tersebut adalah akad yang boleh menerima fasakh

KHIYAR AIB
TAKRIF: Hak pilihan yang diberikan kepada pihak yang berakad samaada untuk meneruskan akad atau memfasakhkannya apabila wujud kecacatan pada barang yang diakadkan
HUKUM: Harus
SYARAT AIB: 1. Aib berlaku sebelum diterima oleh pihak berakad/pembeli
                         2. Aib tidak diketahui
                         3. Tiada syarat tengok terlebih dahulu semasa akad
                         4. Tuntutan ada aib mestilah dibuat dengan segera selepas diketahui

KHIYAR SYARAT
TAKRIF: Hak pilihan yang diberikan kepada pihak yang berakad samaada untuk meneruskan akad atau memfasakhkannya berdasarkan syarat tempoh yang ditetapkan
HUKUM: Jumhur- HARUS

SYARAT TEMPOH:

PENENTUAN TEMPOH
* Imam Syafie dan Hanbali: Perlu tentukan tempoh, kalau tidak khiyar itu terbatal
* Imam Hanafi: Perlu tentukan jika tidak ditentukan maka ia fasid
* Imam Malik: Tidak perlu penentuan masa tertentu- tempohnya boleh dinilai dengan uruf dalam masyarakat

KADAR TEMPOH

*Imam Hanafi dan sebahagian al-Shafiyyah: Tidak lebih 3 hari
*Imam Hanbali dan sebahagian al-Shafiyyah: berdasarkan persetujuan pihak yang berakad meskipun lebih 3 hari
* Imam Malik: Mengikut keperluan jenis barang - 
Buah: Tidak lebih 3 hari
Pakaian: 3 hari
Tanah dan bangunan: 2 minggu hingga sebulan


AL-SHUF'AH
TAKRIF: Hak yang diberi kepada orang yang berkongsi untuk membeli semula secara paksaan daripada pemilik baru harta yang telah dijual oleh bekas rakan kongsinya tanpa pengetahuannya
HUKUM- Harus
RUKUN: AQIDAN - Al-Syafi': Orang yang mempunyai hak syuf'ah
                                 - Al-Masyfu' Alaiyh: Orang yang menyebabkan wujudnya hak shuf'ah
                                 - Al-Masyufu'fih: Orang yang berpindah padanya harta yang mempunyai hak                                                                    syuf'ah
               HARTA: - Harta kongsi (hanya harta aqar), hanya perpindahan harta secara jualbeli, rakan                                    kongsi asal yang berhak, mesti tuntut segera, bayar dengan kadar yang sama                                          seperti dibeli

LUQATAH
TAKRIF: Harta tercicir yang dijumpai tidak diketahui pemiliknya
HUKUM AMBIL: WAJIB - Ditempat yang tidak selamat jika dibiarkan
                               HARAM - Jika ambil, pengambil yakin tidak amanah
                               HARUS - Ditempat yang selamat meskipun dibiarkan

Tiada ulasan:

Berita Mengejut Tergempar

Hari nie last day untuk Rakan Digital (RD) dan kitaorg jumpa larh like make a farewell day.. Yg dapat join 3 RD, I dgn kak Khai. Kitaorg car...