Ahad, 9 Jun 2019

FIQH MUAMALAT - KONTRAK PERKONGSIAN

KONTRAK PERKONGSIAN
عقود الشركة

TAKRIF UMUM SYARIKAT:
BAHASA - Berasal dari kalimah "sharaka" yang bermaksud perkongsian (الاجتماع), percampuran (الاختلاط), perhimpunan
ISTILAH - Perkongsian antara dua orang atau lebih atau percampuran dua harta yang tidak boleh diasingkan 

JENIS SYARIKAT:
1. Al-Ibahah (keharusan mengguna)
2. Al-Imlak (syarikat milik; Ijbariyyah dan Ikhtiariyyah)
3. Al-Uqud (syarikat kontrak terbahagi kepada 3 bahagian: al-amwal (harta), al-ashkhas (individu), mudarabah

JENIS SYARIKAT AL-UQUD (syarikat yang berasaskan kontrak percampuran harta dan kerja bertujuan berkongsi keuntungan):
* INAN: gabung harta > kongsi untung
* MUDARABAH: serah wang > kongsi hasil niaga
* MUZARAAH: serah tanah > kongsi hasil buah
* MUSAQAH: serah pokok> kongsi hasil buah
* TAKAFUL: ada elemen mudarabah pada sebahagian takaful

ELEMEN UTAMA DALAM UQUD SHIRKAH:
- Harta/modal
- Kerja
- Untung

PEMBENTUKAN SYARIKAT DALAM ISLAM
1. AQIDAN : DUA PIHAK YANG BERKONTRAK
  • Berakal, baligh
  • Berkeahlian menerima wakil dan memberi wakil
2. MA'QUD ALAIH : SUBJEK AKAD
  • Modal: boleh sama ada dalam bentuk harta atau kerja/kepakaran
  • Harta: samada matawang (naqdan) atau barangan (arud)
  • Kerja : samaada daripada semua rakan kongsi atau kerja pada salah satu pihak dan harta pada salah satu pihak yang lain
  • Keuntungan: nisbah yang maklum dari bakal untung keseluruhan aktiviti
3. SIGHAH : Ijab (penawaran) dan qabul (penerimaan)

SYARAT UMUM BAGI KESAHIHAN SYARIKAT UQUD
  • Maklum terhadap modal bagi pihak-pihak yang bersyarikat
  • Modal wujud dan hadir ketika melakukan akad
  • Keuntungan diperkirakan berdasarkan nisbah daripada keseluruhan dan maklum kadarnya
  • Subjek akad daripada perkara yang boleh menerima wakil
  • Kegiatan rakan kongsi selaras dengan kemaslahatan dan matlamat akad
PEMBATALAN SYARIKAT

PERKARA-PERKARA UMUM YANG MEMBATALKAB SYARIKAT:
- Pembatalan kontrak syarikat boleh difasakhkan kerana ia adalah kontrak jaiz bukannya kontrak lazim
- Kematian ahli syarikat
- Ahli syarikat murtad dan lari ke negara musuh
- Ahli syarikat menjadi gila yang berterusan

PERKARA-PERKARA KHUSUS YANG BOLEH MEMBATALKAN SEBAHAGIAN KONTRAK SYARIKAT:
- Berlaku kerosakan seluruh harta syarikat atau harta salah seorang ahli syarikat
- Dalam kes syarikat mufawadah, tidak wujud persamaan diantara dua modal

PERBANDINGAN ANTARA MUDARABAH, MUZARAAH, MUSAQAH DAN INSURAN

MUDARABAH
MUZARAAH
MUSAQAH
INSURAN
Perkongsian antara pemodal (modal wang) dan pengusaha terhadap aktiviti perniagaan dengan nisbah keuntungan yg maklum drp keseluruhan keuntungan.
Spt 60:40 drp jumlah untung. Pemodal 60, pengusaha 40.

Perkongsian antara pemodal ( modal tanah dan benih) dan pengusaha terhadap aktiviti pertanian dengan nisbah keuntungan yg maklum drp keseluruhan  hasil pertanian.

Perkongsian antara pemodal (modal kebun) dan pengusaha terhadap aktiviti pertanian dengan nisbah keuntungan yg maklum drp keseluruhan  hasil pertanian.

kontrak perjanjian persetujuan antara satu pihak untuk membayar gantirugi /manfaat tertentu kepada satu pihak yang lain yang membuat caruman dengan jumlah tertentu kerana sesuatu musibah atau peristiwa.



ILUSTRASI
MUDARABAH :

Pemodal SERAH WANG modal kepada pengusaha + Pengusaha LAKSANAKAN aktiviti perniagaan = Hasil keuntungan perniagaan DIBAHAGIKAN MENGIKUT NISBAH bedasarkan persetujuan semasa akad

MUZARAAH:

Pemodal SERAH TANAH DAN BENIH kepada pengusaha + Pengusaha/petani MENANAM = Hasil pertanian DIBAHAGI MENGIKUT NISBAH berdasarkan persetujuan semasa akad

MUSAQIAH:

Pemodal SERAH KEBUN kepada pengusaha + Pengusaha/petani MENANAM = Hasil pertanian DIBAHAGI MENGIKUT NISBAH berdasarkan persetujuan semasa akad

MUDARABAH
1. MUTLAQAH - Pemodal serah modal tanpa penetapan syarat dan batasan tertentu
                                                                                 + 
                                      Pengusaha bebas mengusahakan selama tidak bertentangan dengan syarak
* Jenis ini diharuskan oleh semua ulama

2. MUQAYYADAH - Pemilik serah modal dengan menetapkan syarat seperti tempat, jenis perniagaan atau waktu
* diharuskan oleh Abu Hanifah dan Ahmad
* tidak mengharuskan Maliki dan Syafie

ISU PADA KONTRAK PERKONGSIAN

PELABURAN 'FIX RETURN'
Isu pada syarat keuntungan: pulangan atau keuntungan yang telah ditetapkan semasa kontrak seperti janji keuntungan sebanyak 10% daripada modal yang diberikan adalah dikira riba hutang walaupun dinamakan pelaburan. Dalam muamalat Islam ia dikira pelaburan yang rosak oleh itu modal yang diberikan dari segi takyif fiqh adalah sebagai hutang. Oleh itu
 keuntungan yang diberikan = faedah = riba hutan

PELABURAN ASB YANG DIPERDEBATKAN
Isu pada syarat amal/kerja; sebahgaian pelaburan ASB adalah aktiviti perniagaan dengan perbaankan konvensional. Peratusan penglibatan dengan perbankan konvensional didapati melebihi daripada kadar max yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) iaitu 5%. Pihak yang mengharuskan melihat pada aspek maslahat lain. Perkara khilaf. Perkara ijtihadiyyah.

'ILLEGAL DEPOSIT TAKING'- 'KONONNYA' AMBIL MODAL UNTUK PELABURAN/PERNIAGAAN
Isu pada syarat perusaha; syarat maklum direalisasikan melalui pendaftaran syarikat yang perlu mengikut undang-undang. Tujuan untuk mengelakkan penipuan. Jika pelanggan ditipu, mereka susah untuk tuntut hak mereka dibawah undang-undang

'MONEY LAUNDERING'
Isu modal: helah yang digunakan oleh penjenayah membersihkan harta kotor mereka antara jalannya melalui menjadikannya modal dalam perniagaan atau pelaburan yang dibenarkan undang-undang


Tiada ulasan:

Berita Mengejut Tergempar

Hari nie last day untuk Rakan Digital (RD) dan kitaorg jumpa larh like make a farewell day.. Yg dapat join 3 RD, I dgn kak Khai. Kitaorg car...