Jumaat, 14 Jun 2019

QADAYAH - ILMU MANTIK


KADAYA : Ucapan yang sah untuk dikatakan kepada pengucapnya bahawasanya dia adalah benar dalam ucapannya ataupun dusta

1.        Hamliah – seperti ucapan kita (sesuatu kenyataan yang dihukum atau ditentukan zat dan dirinya dengan sesuatu objek lain) : Ali sedang tidur
Ali: juzuk pertama dinamakan mauduk
Tidur: juzuk kedua dinamakan mahmul

2.        Shartiah – yang menerangkan tentang sesuatu kenyataan atau hukum yang tergantung atau khabar yang tidak lengkap : Jika awak berusaha tentu awak akan berjaya

         i.            الشرطية المتصلة : dimana terdapat hubungan atau hubungkait antara bahagian pertama dengan bahagian kedua : Kalau saya diberi peluang, saya akan belajar setinggi mungkin

        ii.            الشرطية المنفصلة: sesuatu qadiyah yang dihukum dengan nisbah diantara satu Qadiyah lain sebagai nisbah yang berlainan dan bertentangan: Ahmad ada kalanya pergi, ada kalanya  tidur
Ahmad ada kalanya pergi : Juzuk pertama dinamakan muqaddam
Ada kalanya tidur : Juzuk kedua dinamakan tali

Kadaya adalah sama ada:
1.        Mujabah : Zaid ialah penulis
2.        Salibah : Zaid bukan penulis

Setiap satu daripada kedua-duanya adalah sama ada:
1)        Makhsusah : seperti yang dinyatakan
2)        Musawarah :

a.        Kulliah -  kenyataan yang mana maudunya dimulai dengan sur berbentuk kulli (كل) : Semua yang hidup akan mati
b.  Juz’iyah -  kenyataan dimana maudunya dimulai dengan al-Sur berbentuk juz’I : Sebahagian binatang adalah kancil
3.        Muhmalah – dimana maudunya terdiri daripada lafaz-lafaz kulli yang tidak mengandungi sebarang bentuk al-Sur samaada bentuk kulli atau juz’I : Insan ialah penulis dan insan bukan penulis

Mutasilah adalah sama ada:
1)        Luzumiah – Jika matahari terbit maka siang wujud
2)        Itifakiah – Jika insan ialah pemikir maka himar ialah perengeh

Munfasilah adalah sama ada:
1)        Hakikiah – sesuatu Qadiyah yang diberi hukum tentang adanya pertentangan diantara mukaddam dan tali atau tidak ada pertentangan diantara keduanya dari segi benar dan bohong atau nafi (mani’atul jamak dan mani’atul khulu secara bersama): Bilangan adalah sama ada genap atau ganjil
2)        Mani’atul:
a.        Jamak : Qadiyah yang diberi hukum dengan adanya pertentangan diantara mukaddam dan tali dalam keadaan berhimpun dan tidak dalam keadaan hilang kedua-duanya (القضية الموجبة) - benda ini adalah sama ada pokok atau batu
b.        Khulu:Tiada salah satu daripada dua bahagian melahirkan tetapnya bahagian yang lain sahaja, tidak sebaliknya (القضية السالبة) -  Zaid adalah samaada di dalam laut atau tidak tenggelam

Tiada ulasan:

Berita Mengejut Tergempar

Hari nie last day untuk Rakan Digital (RD) dan kitaorg jumpa larh like make a farewell day.. Yg dapat join 3 RD, I dgn kak Khai. Kitaorg car...