Khamis, 6 Jun 2019

FIQH MUAMALAT - AKAD DAN AL-AHLIYYAH

AKAD

TAKRIF
BAHASA : Ikatan
ISTILAH : Ikatan satu atau dua pihak

RUKUN
1. Aqidan (dua pihak yang berkontrak)
2. Ma'qud alaih (subjek kontrak)
3. Sighah : iaitu Ijab (penawaran/pelepasan milik/ pernyataan permulaan) dan Qabul (penerimaan/ penerima milik/ pernyataan balas)

SYARAT IJAB DAN QABUL
- Selaras : dari segi subjek dan kandungan
- Jelas dan terang : Sama ada secara soreh atau kinayah
- Satu majlis : Ijab disambut segera dengan Qabul

TEORI AQAD
1. AQIDAN (Pelaku kontrak)
- Layak : Berakal, baligh, dibenarkan undang-undang/lesen
- Tiada halangan

2. MA'QUD ALAIYH (Subjek kontrak)
- Bernilai
- Dimiliki
- Wujud
- Maklum
- Tertentu
- Boleh serah terima

3. SIGHAH (Ijab dan Qabul)
- Difahami
- Jelas dan terang
- Selaras
- Satu Majlis
- Segera

KOMUNIKASI AKAD
BAGAIMANA SIGHAH AKAD DILAKSANAKAN?
1. Lisan : Lafaz pertuturan, Bahasa yang difahami, Jumhur : Harus
2. Tulisan : Mustabinah wa marsumah, Jumhur : Harus
3. Isyarat : Isyarat yang boleh difahami, Jumhur kecuali Maliki : Tolak kecuali bisu
4. Perbuatan : unjuk mengunjuk tanpa lafaz/muatah, Tidak disepakati

PEMBAHAGIAN AKAD
                       / Sah
KESAHIHAN
                       \ Tidak Sah

             / Musamma
NAMA
            \ Ghayr Musamma

               / Tamlikat
               / Isqatat
               / Itlaqat
TUJUAN -  Taqyidat
               \ Tausiqat
               \ Ishtirak
              \ Hifz

         / Aini
AINI
         \ Ghary Aini


              / Munjiz
KESAN - Mudaf li al-Mustaqbal
              \ Muallaq

AKAD DARI SUDUT TUJUAN
1. AKAD TAMLIKAT
  • Akad bertujuan pemilikan
  • Samaada dengan gantian seperti akad mu'awadat; jual beli, ijarah
  • Tanpa gantian seperti : akad tabrru'at ; hadiah, sedekah, qard, wakaf
2. AKAD ISQATAT
  • Akad bertujuan pengguguran hak
  • Samada dengan gantian seperti : khulu
  • Tanpa gantian seperti : talak
3. AKAD ITLAQAT 
  • Akad bertujuan pelepasan /pemindahan kuasa kepada orang lain
  • Seperti : wakalah, wilayah
4. AKAD TAQDIYAT
  • Akad bertujuan mengikat atau menyekat seseorang dari sesuatu tasarruf
  • Seperti : pemecatan hakim
5. AKAD TAUSIQAT
  • Akad bertujuan pengukuhan atau jaminan
  • Seperti : kafalah, hiwalah

6. AKAD ISHTIRAK
  • Akad bertujuan perkongsian
  • Seperti : syarikat, mudarabah, muzaraah, musaqat

7. AKAD HIFZ
  • Akad bertujuan penjagaan atau pengekalan harta kepada tuannya 
  • Seperti : wadiah

AL-AHLIYYAH

TAKRIF: Kelayakan seseorang untuk menerima segala HAK dan TANGGUNGJAWAB yang disyariatkan ke atasnya.
صلاحية الانسان لوجوب الحقوق المشروعة له وعليه

JENIS AL-AHLIYYAH
                          
AHLIYYAT WUJUB          
(kelayakan menerima atau memperoleh hak)
1. Naqisah - layak hak yang tidak memerlukan qabul seperti warisan, wasiat dan wakaf
2. Kamilah - layak secara sempurna tetapi hak yang terima sahaja

AHLIYYAT ADA'
(kelayakan melaksana atau menunaikan syar'iyyah)
1. Naqisah - layak laksana tetapi bergantung dengan pihak yang lain (wali)
2. Kamilah - layak laksana secara sempurna dan bebas mengikut kehendak mereka

HALANGAN KELAYAKAN
1. Halangan Samawiyah : halangan daripada ketentuan syarak bukan dari hasil usaha manusia
2. Halangan Muktasabah : halangan yang lahir hasil dari tindakan/usaha manusia

AWARID AL-AHLIYYAH
1. SAMAWIYAH
- Kanak-kanak
- Gila
- Dungu/atah
- Pengsan
- Tidur
- Marad al-maut
- Mati

2. MUKTASABAH
- Jahil
- Bodoh
- Mabuk
- Murtad
- Muflis

Tiada ulasan:

Berita Mengejut Tergempar

Hari nie last day untuk Rakan Digital (RD) dan kitaorg jumpa larh like make a farewell day.. Yg dapat join 3 RD, I dgn kak Khai. Kitaorg car...