HAD ZINA
TAKRIF:
"Persetubuhan haram yang sengaja antara lelaki dan perempuan pada qubulnya tanpa sebarang syubhah"
PERUNTUKAN HUKUMAN : Surah al-Nur ayat 2
NIAT SENGAJA: 1. AL-IDRAK - Terkeluar yang tak sampai pengetahuan
2. AL-IKHTIYAR - Terkeluar yang dipaksa
PENSYARIATAN JENAYAH ZINA:
الزَّانِيَةُ
وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ
مِنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ وَلا تَأْخُذْكُمْ
بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِنْ كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ
وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِنْ
الْمُؤْمِنِين
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya 100 kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.
CARA PEMBUKTIAN:
1. IQRAR (pengakuan)
- Pengakuan daripada penzina sendiri bahawa dia melakukan zina
- Faham hakikat zina
- Mampu melakukan persetubuhan
2. SHAHADAH (penyaksian)
- Melalui keterangan atau kenyataan saksi yang menyaksikan perkara tersebut
- 4 orang lelaki yang adil (Ahliyyah-Islam-faham hakikat zina-tidak pelupa-boleh melihat)
3. QARINAH (tanda-tanda yang kuat)
- tanda-tanda yang boleh menjadi petunjuk berlakunya perbuatan zina
PROSES PENDAKWAAN DI MAHKAMAH
1. Peertuduhan dibaca oleh Pendakwa (PP) di hadapan hakim di Mahkamah
2. Jika OKT (Orang Kena Tuduh) mengaku jenayah disabit. Jika tidak mengaku...
3. PP kena mengemukakan bukti
4. Jika berjaya dibuktikan sampai ke tahap yakin 100% tiada syubhah dan tidak berjaya dipatahkan oleh OKT/ peguam...
5. Jenayah disabitkan dan dikenakan hukuman
HUKUMAN
GHAYR MUHSAN : 100 Kali sebatan dan dibuang daerah selama setahun
MUHSAN: Direjam dengan batu sampai mati
QAZAF
TAKRIF:
Melempar tuduhan zina atau penafiaan nasab terhadap seseorang yang baik
HUKUM: Haram dan berdosa besar
PENSYARIATAN: SURAH AL-NUR AYAT 4
وَالَّذِينَ يَرْمُونَ
الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا
بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاءَ فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلا
تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمْ الْفَاسِقُون
"Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yg terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan 4 orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebatan; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang2 yg fasik"
RUKUN:
1. PERUNTUKAN
2. TINDAKAN :
- TUDUHAN ZINA : Tuduhan zina atau penafian nasab terhadap seseorang
Tanpa bukti iaitu 4 orang saksi lelaki
QAZIF (Penuduh) : mukallaf, bukan usul kepada maqzuf, tidak
dipaksa
MAQZUF (Orang yang kena tuduh): Muhsan, balighm berakal,
muslim, iffah, maklum
orangnya, mampu bersetubuh
CARA PEMBUKTIAN:
1. IQRAR (pengakuan)
- pengakuan penuduh
- Boleh sabit dengan sekali pengakuan sahaja
2. SHAHADAH (penyaksian)
- Keterangan saksi
- dua orang lelaki yang adil
3. SUMPAH
HUKUMAN QAZAF
- 80 kali sebatan
- Tidak diterima kesaksiannya selagi mereka belum bertaubat
KEADAAN YANG MENGGUGURKAN HAD QAZAF
- Saksi bagi pihak maqzuf menarik balik kesaksian mereka terhadap qazif
- Maqzuf mengaku melakukan zina
- Maqzuf menolak keterangan saksinya sendiri
- Kelayakan saksi terbatal sebelum pembalasan terhadap qazif dilaksanakan
AL-SHURB
TAKRIF: Meminum minuman yanng memabukkan
RUKUN:
1. PERUNTUKAN HUKUMAN
2. PERBUATAN MINUM : Iaiatu perbuatan memasukkan cecair minuman memabukkan melalui halkum
3. NIAT SENGAJA
CARA PEMBUKTIAN:
1. IQRAR ((pengakuan)
- Iaitu pengakuan peminum
- boleh sabit dengan sekali pengakuan sahaja
- faham terhadap pengertian dan perbuatan meminum arak
2. SHAHADAH (penyaksian)
- Keterangan saksi
- 2 orang saksi yang adil
3. QARINAH ( tanda-tanda yang kuat)
HUKUMAN:
BERLAKU PERBEZAAN PENDAPAT DALAM MENETAPKAN KADAR HUKUMANNYA. INI BERLAKU KERANA TIDAK TERDAPAT SATU PUN NAS AL-QURAN YANNG MENETAPKANNYA MANAKALA AL-SUNNAH PULA AMALAN RASULULLAH TIDAK MELEBIHI 40 SEBATAN BEGITU JUGA SAHABAT KECUALI SAIDINA UMAR YANG PERNAH MENYEBAT 80 KALI DAN DIPERAKUKAN OLEH SAIDINA ALI
SARIQAH
TAKRIF:
AMBIL HARTA MILIK ORANG LAIN SECARA DIAM DAN SEMBUNYI
RUKUN/UNSUR JENAYAH CURI:
1. ADA PERUNTUKAN HUKUMAN
2. TINDAKAN SALAH
- Mengambil harta
- orang lain
- secara sembunyi
3. NIAT
- al-Idrak : sedar tindakan itu salah
- ikhtiyar: dengan kehendak bukan dipaksa
SYARAT HARTA
1. Harta yang diiktirafoleh syarak
2. Harta milik orang lain
3. Jenis harta alih
4. Harta dalam simpanan dan dibawah kawalan yang sepatutnya
5. Cukup nisab
CARA PEMBUKTIAN
1. IQRAR (pengakuan)
- Iaitu pengakuan mencuri
- boleh sabit dengan sekali pengakuan sahaja
- pencuri benar-benar faham terhadap pengertian dan perbuatan mencuri
2. SHAHADAH (Penyaksian)
- keterangan saksi
- 2 orang saksi lelaki yang adil
3. SUMPAH MARDUD
HUKUMAN:
- HUKUMAN FIZIKAL: potong anggota tangan dan kaki
- HUKUMAN MATERIAL: Memulangkan harta curi atau menggantikannya
HIRABAH
TAKRIF: Tindakan keluar sama ada secara individu atau berkumpulan untuk merampas atau merompak atau menyamun harta dengan menggunakan kekerasan dalam keadaan mangsa sukar mendapat pertolongan
PENSYARIATAN JENAYAH HIRABAH
ِنَّمَا جَزَاءُ الَّذِينَ يُحَارِبُونَ
اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَسْعَوْنَ فِي
الأَرْضِ فَسَادًا أَنْ يُقَتَّلُوا أَوْ يُصَلَّبُوا أَوْ تُقَطَّعَ أَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُمْ مِنْ خِلافٍ أَوْ يُنفَوْا مِنْ
الأَرْضِ
Balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum).
RUKUN
1. PERUNTUKAN HUKUMAN
2. TINDAKAN KELUAR UNTUK MELAKUKAN ROMPAKAN : 4peringkat tindakan yang boleh berlaku dalam hirabah
- menggangu dan menakut-nakutkan awam: Syafie - ta'zir atau buang daerah
- mengambil harta secara kekerasan : Jumhur - potong tangan kanan dan kaki kiri serentak
- merompak dan membunuh: Syafie dan Ahmad - Bunuh dan disalib (3 hari ditempat awam)
- membunuh tetapi tidak sempat merompak : Syafie dan Hanafi - Bunuh tanpa disalib
3. NIAT
MURTAD
TAKRIF: Tindakan keluar dari agama Islam
RUKUN:
- PERUNTUKAN HUKUMAN
- TINDAKAN KELUAR DARI ISLAM
- Boleh berlaku samaada melalui perbuatan atau tinggalan, perkataan, iktikad
PENSYARIATAN JENAYAH MURTAD
وَمَنْ يَرْتَدِدْ
مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُوْلَئِكَ حَبِطَتْ
أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَأُوْلَئِكَ
أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ
فِيهَا خَالِدُون
Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya). (al-Baqarah 2: 217)
HUKUMAN:
1. HUKUMAN ASAL - Hukuman bunuh
2. HUKUMAN GANTI - Dikenakan apabila hukuman asal digugurkan kerana telah bertaubat dan kembali kepada Islam atau wujud unsur syubhah
3. HUKUMAN SAMPINGAN - Selain dibunuh hartanya tidak boleh diwarisi
HUKUMAN BUNUH TIDAK TERUS DILAKSANAKAN KECUALI SELEPAS ISTITABAH IAITU MEMINTA ORANG MURTAD TERLEBIH DAHULU BERTAUBAT. SEBAHAGIAN ULAMA TERMASUK RIWAYAT YANG RAJIH DARI IMAM AL-SHAFIE MENETAPKAN IA WAJIB. MANAKALA TEMPOH ULAMA SYAFIE BERBEZA PENDAPAT
BUGHAH
TAKRIF: Pemberontakan dan penentangan terhadap pemerintah/kerajaan yang adil dengan neggunakan kekerasan dan kekuatan senjata
وَإِنْ طَائِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا فَإِنْ
بَغَتْ إِحْدَاهُمَا عَلَى الأُخْرَى فَقَاتِلُوا الَّتِي تَبْغِي
حَتَّى تَفِيءَ إِلَى أَمْرِ اللَّهِ فَإِنْ فَاءَتْ فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا
بِالْعَدْلِ وَأَقْسِطُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ
Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah. Sekiranya mereka telah kembali, damaikanlah antara keduanya menurut keadilan, dan hendaklah kamu berlaku adil; Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil (al-Hujurat 49: 9)
RUKUN:
1. PERUNTUKAN HUKUMAN
2. PERBUATAN MENDERHAKA
- Menentang arahan dan perintah kerajaan yang tidak bertentangan dengan syarak atau enggan melaksanakan tanggungjawab yang ditetapkan atau menubuhkan jamaah untuk menggulingkan kerajaan. Pemerintah tersebut mestilah seorang yang adil tidak fasiq
- Penggunaan kekuatan dan kekerasan
- Kekerasan tersebut menimbulkan huru-hara
3. NIAT JAHAT
HUKUMAN: Terlebih dahulu perlu nasihat dan bincang tentang tuntutan mereka
Hukuman yg berupaya menghalang dan mematahkan tindakan tersebut, sehingga mereka tunduk. Boleh sampai tahap memerangi - bunuh. Jika dalam pemberontakan itu berlaku kesalahan-kesalahan lain seperti bunuh, mencedera, rogol maka ia dikenakan mengikut jenayah khusus tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan