NABI MUHAMMAD SAW
BIODATA
NAMA: Muhammad bin Adbullah bin Abdul Mutalib bin Hashim
KETURUNAN: Kaum Quraysh
TARIKH LAHIR: 12 Rabi'ul Awal Tahun Gajah 570 M
AYAH: Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim, seorang peniaga, meninggal dunia di Yathrib ketika Baginda dalam kandungan
IBU: Aminah binti Wahab bin Abd Manaf
IBU SUSUAN: Suwaibah dan Halimah binti Abi Shu'ayb al-Sa'diyyah, wanita Badwi
PERISTIWA SHAQ AL-SADR BERLAKU KETIKA BAGINDA BERUSIA 4 TAHUN
INI SEBAGAI PERSEDIAAN AWAL KEROHANIAN BAGINDA UNTUK MA'SUM DAN MENERIMA WAHYU PADA SUATU MASA KELAK, BERSIHKAN HATI BAGINDA DARIPADA GANGGUAN SYAITAN
- Ketika berumur 6 tahun, Ibu Nabi meninggal dunia
- Baginda dipelihara pula oleh datuknya 'Abd al-Muttalib
- Ketika berumur 8 tahun, datuk Nabi pula meninggal dunia
- beliau dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu Talib
- Kehidupan Nabi sebagai anak yatim dan tidak merasai kasih sayang ibu dan ayah
- Surah al-Dhuha menerangkan perihal ini
- Kehidupan Baginda bersama Abu Talib tidak mewah kerana Abu Talib mempunyai ramai anak
- Baginda mengambil upah mengembala kambing dan membantu Abu Talib sekeluarga
* Sebagai latihan awal agar mampu bertanggungjawab terhadap
umatnya
* Memupuk perasaan belas kasihan, cekal, sabar dan tabah
menghadapi pelbagai kerenah umatnya
* Berusaha untuk mencari rezeki halal
- Baginda turut mengikut Abu Talib berniaga ke Sham; menimba pengalaman dan melihat sosial luar dari Makkah
- Ketika berusia 20 tahun, Baginda terlibat dalam Harb al-Fijar yang tercetus antara Quraysh dengan Kinanah dan Hawazin
- Peperangan untuk mempertahankan kesucian bulan-bulan yang diharamkan berperang (Zulkaedah, Zulhijah, Muharam dan Rejab)
- Peperangan ini mendedahkan Nabi SAW kepada selok belok peperangan
- Baginda juga telah menghadiri Hilf al-Fudul
- Pakatan Quraysh untuk membantu golongan peniaga yang
tertindas di Makkah
- Mendedahkan Nabi kepada aktiviti sosial masyarakat
- Memberi pertolongan kepada sesiapa sahaja yang dianiayai
di Makkah
- Ketika berumur 25 tahun, Baginda terlibat dengan kegiatan ekonomi; membawa kafilah Khadijah ke Tihamah dan Jarash peroleh untung
- Khadijah mula tertarik hati dengan peribadi dan sahsiah Baginda
- Ketika berumur 35 tahun, Baginda telah menyertai orang Makkah memperbaiki Ka'bah yang hampir rosak akibat banjir dan kebakaran
- Baginda juga telah menyelesaikan krisis Hajar al-Aswad
- Pengiktirafan orang Quraysh terhadap Nabi apabila Baginda dijadikan sebagai hakim
- 3 tahun sebelum menerima wahyu, Nabi mula amalan tahnnuth, amalan sebilangan orang Quraysh pada bulan Ramadan
- Selesai bertannuth, Nabi melakukan tawaf di Ka'bah sebelum pulang ke rumah
- Ketika berumur 40 tahun, ketika menjalankan amalan tahannuth, Nabi menerima wahyu
- Al-Tahannuth merupakan satu jalan untuk mencintai Allah (s.w.t.).
- Ia menjadi ketentuan Ilahi bagi diri Baginda untuk melaksanakannya.
- Proses selama 3 tahun ini adalah semata –mata untuk Baginda mempersiapkan diri bagi menjalankan usaha dakwah.
- Setelah bertahannuth, Allah muliakan Baginda dengan menurunkan Jibril membawa wahyu Ilahi.
- Dari ‘A’ishah: Jibril datang pada malam Sabtu & malam Ahad. Jibril datang sekali lagi pada malam Isnin, iaitu 17 Ramadan, membawa risalah nubuwwah.
- Nabi Muhammad berusia 40 tahun.
- Jibril mendekati Nabi Muhammad dan menyuruh Baginda membaca (Iqra’).
- Surah al-‘Alaq, ayat 1-5, ayat pertama.
- Ia memaparkan keagungan Allah sebagai Pencipta manusia.
AJARAN ISLAM AWAL
Pada peringkat awal, penekanan diberikan kepada aspek tauhid (mengesakan
Allah, beriman dengan hari Akhirat dan pengadilan Ilahi serta bersyukur).
Aspek tauhid (mengesakan Allah) amat penting kerana ia
menentukan akidah hamba-Nya.
- Ia menjadi tonggak kekuatan Islam.
- Ia memaparkan hubungan hamba dengan Penciptanya.
Kalimah La ilah illa Allah, mengarahkan kepada pengesaan Allah
dan membebaskan diri daripada perhambaan sesama manusia.
Keyakinan ini perlu kepada susulan dengan amalan tidak menyekutukan
Allah.
Tidak seperti Quraysh, mereka yakin akan Allah sebagai pencipta, tetapi
pada masa yang sama mereka sembah berhala.
Ini kerana mereka sebenarnya tidak yakin dengan keesaan Allah (s.w.t.).
Malah mereka sifat jalan penyekutuan itu sebagai jalan mendekatkan diri
kepada Allah (s.w.t.).
Mereka menjadikan berhala sebagai perantaraan antara mereka dengan Tuhan
Pencipta Alam.
Tugas Nabi Muhammad (s.a.w.) adalah untuk mengembalikan umat manusia
agar mengesakan Allah (s.w.t.).
Ajaran kedua ialah beriman dengan hari Akhirat dan pengadilan Ilahi.
*
Diterangkan dalam ayat ke-2 surah al-Muddaththir : ‘Bangunlah dan
berikanlah peringatan tentang hari akhirat dan pengadilan Ilahi’
*
Amalan yang baik akan dibalas baik dan begitu juga sebaliknya.
*
Pengadilan Ilahi amat penting kerana ia boleh memberi kesedaran bahawa
apa sahaja yang dilakukan di dunia, ada ganjarannya.
*
Ini menjadikan manusia berhati-hati dalam bertindak.
*
Manusia sama sekali tidak akan leka.
*
Akan tetapi, Quraysh menganggap balasan ini hanya untuk orang Islam
sahaja.
*
Jika mereka menolak Islam, mereka akan terlepas daripada seksaan ini.
*
Ini tidak benar kerana ia meliputi seluruh generasi manusia dari Adam
hingga akhir zaman kelak.
Ajaran ketiga ialah agar manusia menjadi hamba yang sentiasa
bersyukur.
*
Manusia perlu banyak bersyukur atas segala nikmat yang diterima.
*
Ini menggambarkan satu bentuk pengiktirafan bahawa manusia amat
bergantung kepada yang lebih berkuasa.
*
Orang yang tidak bersyukur akan dicela Allah dan menerima balasannya.
*
Cara bersyukur ialah menerusi ibadat.
*
Ibadat yang boleh dilakukan ialah seperti solat dan tahannuth.
METODE PENYEBARAN DAKWAH DI MAKKAH
Dakwah secara sulit.
Dakwah secara terbuka kepada kaum kerabat.
Dakwah secara terbuka kepada seluruh penduduh Makkah.
Dakwah sebagai tanggungjawab bersama.
Dakwah kepada pemerintah yang dihormati dalam sesebuah masyarakat seperti
di Ta’if.
AL-SABIQUN AL-AWWALUN
Khadijah bt. Khuwaylid (r.a.).
‘Ali b. Abi Talib (r.a.).
‘Abd Allah b. ‘Uthman (Abu Bakr r.a.).
Zayd b. Harithah (r.a.).
Anak-anak perempuan Nabi (r.a.).
Abu Bakr juga berdakwah, ramai yang peluk Islam (‘Uthman, al-Zubayr, ‘Abd al-Rahman, Sa’d dan
Talhah).
Abu ‘Ubaydah, Abu Salamah, al-Arqam dan ramai lagi.
Mewakili pelbagai lapisan masyarakat.
DAKWAH RASULULLAH
- Berdakwah secara rahsia dan disebarkan
secara bersendirian.
- Kalangan keluarga Baginda dahulu.
- Quraysh tidak rasa terancam dengan agama baru
ini.
- Mereka samakan dengan agama lain di kalangan
mereka seperti Hanif.
- Selepas 3 tahun, dakwah secara terbuka.
- Menyerang pelbagai bentuk khurafat dan kekufuran.
- Quraysh mula rasa terhina dan terancam dengan
usaha dakwah Muhammad.
- Penentangan mereka bermula terhadap Nabi dan umat
Islam.
- Penyiksaan, penghinaan dan pemulauan dilaksanakan
secara giat.
- Baginda berdakwah kepada Banu Hashim, ada yang
sokong, ada juga yang protes.
- Nabi berhadapan pelbagai kesukaran.
FAKTOR PENENTANGAN
Dakwaan Muhammad sebagai seorang Nabi memberi kesan politik kepada
pentadbiran Makkah. Kepimpinan mereka berkurangan.
Aktiviti ekonomi di Makkah yang memberi keuntungan akan terjejas. Jualan
berhala memberi keuntungan. Sumber ekonomi terganggu.
Pemikiran kolot/kuno/konservatif. Mereka amat kuat dengan fahaman
Jahiliah, tidak akan ditinggalkan.
Faktor dorongan Quraysh menentang Islam:
*
Isu perhambaan
*
Gemar bertelagah
*
Persaingan dan perebutan kuasa
*
Hak persamaan (tuan-hamba)
*
Takut pada Hari Kebangkitan
*
Tradisi nenek moyang
Faktor ekonomi
Antara penentang: Abu Lahb, Abu Jahl, al-Nadr, ‘Uqbah, al-Walid, ‘Utbah,
al-Aswad, al-Harith, Umayyah, Ubayy, al-‘As, Nubayh, Tu‘aymah, Rukanah dan
Arwa.
REAKSI RASULULLAH TERHADAP PENENTANGAN
·
Merdekakan hamba. Baginda bebaskan mereka daripada siksaan Quraysh.
·
Hijrah ke Habashah. Hijrah pertama dalam Islam: 10 lelaki dan 4
wanita. Hijrah kedua ke Habashah: 83 lelaki dan 18 wanita.
·
Haqq al-jiwar. Tradisi yang sudah wujud dalam masyarakat
Jahiliah. Al-Mustajir: orang yang disiksa. Al-Mujir: pemberi
perlindungan (suaka politik).
·
Dakwah di Ta’if, ditolak dengan kasar.
·
Peristiwa Isra’ dan Mi‘raj, mukjizat Nabi.
DAKWAH DI MADINAH
Apabila Nabi ditentang hebat di Makkah, Baginda mula mencari tapak baru
untuk dakwah Islam. Perjanjian Aqabah adalah titik awal permulaan hijrah
Perjanjian ‘Aqabah I (Tahun
Ke12 Kenabian):
·
12 orang memeluk Islam (10 lelaki Khazraj, 2 lelaki ‘Aws)
·
Nabi menghantar Mus ‘ab b. Umayr sbg guru agama
·
Isi perjanjian : tidak menyirikkan Allah, tidak mencuri, tidak berzina,
tidak membuah anak2 mereka, taat setia kpd Nabi, menyeru kebaikan dan melarang
kemungkaran dan membantu Nabi.
Perjanjian ‘Aqabah II (Tahun ke13 Kenabian):
·
70 lelaki & 2 wanita
·
12 org Naqib dilantik (9 khazraj, 3 Aws) menggiatkan dakwah di Madinah.
ASAS PEMBINAAN MASYARAKAT ISLAM DI MADINAH
1. Pembinaan masjid
Utk menunjukkan kepentingan institusi ini dlm menegakkan Islam.
Utk membuktikan seluruh ibadah Islam menjurus kpd pembersihan jiwa,
pemurnian akhlak, pengukuhan kasih sayang.
Utk menjadi tempat menyatukan umat Islam, mendidik jiwa dan
menyelesaikan permasalahan.
Asal: tempat menjemur kurma.
Ia dimiliki oleh dua orang anak yatim bernama Sahl dan Suhayl.
Nabi sendiri turut terlibat sama dalam pembinaan masjid.
Atap masjid diperbuat daripada daun pelepah tamar yang keras.
Fungsi:
*
tempat bermesyuarat,
*
mengatur urusan pentadbiran,
*
menerima perwakilan asing dan
*
tempat tinggal mereka yang tak mampu.
*
Tempat beribadat – azan dilaungkan
*
Tempat perlindungan kepada ahl al-suffah
*
Tempat perlindungan kepada wanita Islam yang lemah dan tiada pelindung
semasa tiba di Madinah
*
Menempatkan tawanan perang Mushrik – memberi kesedaran kepada mereka
*
Tempat untuk mendirikan khemah bagi
merawat tentera Islam yang cedera dalam peperangan
2. Persaudaraan Muhajirin-Ansar
·
Persaudaraan ini merupakan manifestasi keadilan Islam dari segi akhlak
kemanusiaan.
·
Muhajirin telah meninggalkan semua harta benda mrk di Makkah, mrk hanya
aktif dlm perniagaan.
·
Ansar mahir dlm pertanian dan pertukangan. Memberi bantuan kpd Muhajirin
krn mrk perlu berjihad.
·
Malah ada yang sanggup beri isteri.
3. Sahifah Madinah
·
Bagi menjamin keselamatan, hak dan keharmonian, satu perundingan dibuat
dengan semua kelompok di Yathrib. Mereka diwakili oleh pemimpin kabilah
masing-masing.
·
Ia dilakukan di rumah Anas b. Malik. Umat Islam merupakan minoriti,
selebihnya ialah Arab Jahiliyyah, Yahudi dan Kristian.
·
Mereka bersetuju Nabi jadi ketua.
·
Keperluan kepada Sahifah Madinah:
-
Wujud masalah yang perlu
diselesaikan segera
-
Wujud keinginan untuk membina
komuniti yang selamat
·
Selepas beberapa perbincangan, satu dokumen dirangka yg menyentuh hak
dan tanggungjawab bagi pemerintah dan rakyat.
·
Pengisytiharan Piagam Madinah dibuat sblm Perang Badr berlaku.
PEMBAHAGIAN SAHIFAH MADINAH:
BAHAGIAN 1-
Fasal 1 hingga fasal 23:
Peraturan mengenai Muhajirin
dan Ansar
BAHAGIAN 2 –
Fasal 24 hingga fasal 47:
Mengenai hak dan kewajipan
masyararakat Yahudi di Madinah
KANDUNGAN SAHIFAH MADINAH
-
Perjanjian berkaitan dengan golongan Muslimin
-
Perjanjian berkaitan dengan golongan Yahudi
-
Perjanjian berkaitan dengan golongan Mushrikin
-
Perjanjian yang melibatkan semua pihak yang berkaitan dengan peraturan
umum
Kedudukan Nabi semakin kukuh.
Nabi diakui sbg ketua negara.
Dakwah berbentuk offensive.
Penghantaran beberapa kumpulan Muslim mula digiatkan.
Musuh baru: munafiq. Umat Islam mula berkelompok.
Musuh baru: Yahudi. Tidak bersetuju untuk menerima Islam.
METODOLOGI PENYEBARAN DAKWAH DI MADINAH
Penyebaran dakwah melalui perkahwinan:
-
Perkahwinan Nabi dgn Juwayriyah bt. al-Harith (Bani Mustaliq)
Menerusi penghantaran surat dan utusan:
-
Al-Najjashi, Kisra, Hercules, Jayfar, al-Muqawqis, al-Harith, Hawdhah
Melakukan penyebaran dakwah kepada pemerintahan dan orang yang
dihormati:
-
Al-Najjashi (Habashah)
-
Al-Mundhir (Bahrayn)
Dakwah tanggungjawab bersama.
RASULULLAH PEMBINA TAMADUN
KEMANTAPAN AKIDAH
Ajaran asas Nabi Muhammad ialah ketauhidan
yang jitu kepada Allah (s.w.t.).
Akidah tauhid ini bersifat mutlak.
Ramai yang mengucap syahadah, tapi tidak
dapat realisasikan pengakuannya dgn sewajarnya.
Mengaku untuk menyembah Allah (s.w.t.),
tetapi turut tunduk kepada kuasa yang lain.
Rububiyyah dan uluhiyyah ada perbezaan, perlu kedua2nya
KECEMERLANGAN SISTEM KEMASYARAKATAN
Ajaran Islam yang dibawa Nabi merupakan
peraturan terakhir untuk dilaksanakan oleh umat Islam.
Turut diperkenalkan ialah peraturan
kemasyarakatan yang dikenali sbg Sahifah Madinah, aspek penyatuan
masyarakat melalui gagasan ummah.
Gagasan ummah ini boleh diterima oleh semua
kaum yang berada di Madinah.
Kejayaan Nabi menyatukan pelbagai kaum dan
agama masyarakat Madinah merupakan satu perkara luar biasa.
Terdapat 2 perkara penting:
Aspek mu’amalah
Aspek jenayah
Keunikan sesebuah msyrkt bergantung kpd:
Kesempurnaan sistem
Sikap & komitmen ahli msyrkt
NABI MUHAMMAD SAW SEBAGAI PEMIMPIN NEGARA
-
Mengamalkan prinsip syura
o
Cth: dapatkan pandangan wakil bagi setiap kelompok masyarakat di Madinah
berhubung cadangan membentuk sebuah masyarakat yang selamat di Madinah
-
Mempertingkatkan sistem pertahanan dan mewujudkan kerjasama dalam
mentadbir kota Madinah
o
Cth: dapatkan pandangan sahabat mengenai lokasi penempatan tentera Islam
dalam peperangan Badr
-
Laksanakan sistem pengagihan kuasa – agih kuasa kepada
o
Na’ibin (spt Sa’d b. ‘Ubadah – Khazraj, Sa’d b. Mu’adh – Aws, Zayd b.
Harithah – Mawla Nabi, ‘Amru b. Umm Maktum – Sahabat buta dari puak tidak
terkemuka dalam kabilah Quraysh),
o
Rusul (spt ‘Amr b. Umayyah-Habsyah, Dihyah b. Khalifah-Rom, ‘Abd Allah
b. Hudhafah-Parsi, Hatib b. Abi Balta’ah-Mesir, ‘Amru b. al-’As-Oman dan
al-‘Ala’ b. al-Hadrami-Bahrain),
o
Katib (spt Shurahbil b. Hasanah),
o
Mufti (spt Abu Bakr al-Siddiq, ‘Umar b. al-Khattab, ‘Uthman b. ‘Affan
dan ‘Ali b. Abi Talib)
o
Muqri’ (spt ‘Abd Allah b. Mas’ud dan Mu’adh b. Jabal)
-
Pastikan perluasan gerak kerja dakwah – Islam untuk seluruh umat manusia
§
sebarkan Islam kepada Yahudi di Madinah
§
sebarkan Islam kepada puak Arab spt Bani Mu’awiyyah dan Bani ‘Amru b.
Himyar
§
sebarkan Islam kepada negara luar spt Habsyah, Mesir, empayar Rom dan
Parsi, Oman dan Bahrain
-
Tidak amalkan kronisme – bukti – pelantikan awal sebagai Na’ibin diberi
kepada
§
puak Khazraj (Sa’d b. ‘Ubadah)
§
Aws (Sa’d b. Mu’adh)
§
‘Amru b. Umm Maktum sebagai Na’ib sebanyak 12 atau 13 kali
NABI MUHAMMAD SAW SEBAGAI SUAMI DAN PEMIMPIN KELUARGA
Isteri-isteri Nabi –
Khadijah bt Khuwaylid,
Sawdah bt Zam’ah,
‘A’ishah bt
Abi Bakr,
Zaynab bt Jahsh,
Hafsah bt ‘Umar,
Hind bt Abi Umayyah (Ummu Salamah),
Juwayriyah bt al-Harith, Ramlah bt Abi Sufyan (Ummu Habibah),
Zainab bt. Jahsh,
Safiyyah bt Huyay dan Maymunahbt al-Harith
Faktor berlakunya perkahwinan
- Khadijah dan Sawdah (fitrah semulajadi manusia)
- Hafsah dan Ramlah (untuk menjaga kehormatan
wanita)
- Juwayriyah (melancarkan gerakan penyebaran
dakwah)
- ‘A‘ishah dan Hafsah (mengukuhkan hubgn dgn
pembantu)
- ‘A‘ishah (membolehkan Islam disebarkan)
- Zaynab bt Jahsh (menjelaskan hukum)
- Juwayriyah dan Safiyyah (perkahwinan dengan
wanita bukan Islam)
- Menunjukkan poligami dibenarkan (ayat 3, surah
al-Nisa’)
Qudwah hasanah sebagai suami
- Memberi keadilan sama rata kepada para isteri
- Menjalani kehidupan sederhana
- Memberi hak yg sepatutnya diterima, memulia &
mengangkat kedudukan, memberi hak bersuara, berbincang serta membantu dlm
urusan rumahtangga
- Mewujudkan muamalah dan hubungan yang mesra dengan
para isteri
- Mengurus dan mentadbir rumahtangga dengan bijaksana
Tiada ulasan:
Catat Ulasan