Pemikiran Lateral (Lateral Thinking)
- Pemikiran Lateral telah diperkenalkan oleh Edward de Bono dan merupakan penyelesaian masalah melalui pendekatan kreativiti dan tindak lansung.
- Pemikiran Lateral ialah tentang pemikiran yang tidak jelas dan idea-idea yang tidak mungkin diperolehi dengan menggunakan langkah logik secara tradisional
- Teori ini telah diperkenalkan dalam buku beliau yang bertajuk New Think: The Use of Lateral Thinking pada 1967
- Pemikiran Lateral ataupun pemikiran kritikal adalah kemahiran berfikir yang lebih menekankan kepada nilai kenyataan dan idea-idea baru
- Seandainya seseorang itu ingin berpindah kepada idea yang baru yanng lebih kreatif, maka individu itu harus menggunakan pemikiran secara kritikal
- Terdapat 4 jenis alat yang telah diterangkan oleh Edward de Bono dalam bukunya bertajuk Lateral Thinking: The Power of Provocation Manual:
- Idea akan menghasilkan alat yang digunakan untuk memecahkan pemikiran terkini
- Fokus alat yang direka untuk memperluaskan idea
- Penjagaan alat yang direka untuk mempertimbangkan batasan dunia nyata, sumber daya dan sokongan
- alat yang direka untuk memastikan lebih banyak nilai yang diterima dan idea output
- Dari segi definisi pemikiran lateral bermaksud cara menyelesaikan masalah dengan menggunakan daya imaginasi (bukan menggunakan cara logik atau cara-cara pemikiran yang biasa) sehingga dapat menghasilkan pelbagai pendekatan yang luar biasa tetapi amat berkesan
- Pemikiran lateral ialah satu cara penyelesaian masalah dengan menggunakan daya imaginasi bukan secara logik atau tradisional
- Ia adalah pemikiran yang menitikberatkan pelbagai jenis jawapan dan ia digunakan untuk lari daripada idea-idea lama dan sudah biasa diamalkan.
- Pada masa yang sama ia juga bertujuan melepaskan diri daripada persepsi-persepsi lama dan mencipta idea-idea baru
- Edward de Bono memperkenalkan corak pemikiran jenis ini setelah melihat dan mendapati terdapat banyak halangan pada corak pemikiran konvensional
- Ia bukan bertujuan menyingkirkan corak pemikiran yang sedia ada tetapi mencari jalan terpantas dan berjaya menyelesaikan masalah dengan berkesan
Pemikiran Selari (Parallel Thinking)
- Didefinisikan sebagai proses tumpuan pemikiran yang dibahagikan kepada beberapa arah yang tertentu.
- Dilakukan didalam kumpulan secara berkesan dan menghindari kesan-kesan pendekatan permusuhan seperti yang digunakan sewaktu perbicaraan di kamar mahkamah
- Debat ini diadakan bertujuan untuk membuktikan kebenaran atau kesalahan penyataan yang diajukan oleh satu pihak yang lain
- Kaedah ini turut dikenali sebagai kaedah dialektik
- Sebuah kenyataan akan diajukan dan para pendengar akan mengkaji subjek penyataan tersebut dan mengutarakan pendapat mereka sendiri menggunakan fakta, perasaan dan sebagainya.
- Kaedah ini merupakan kaedah yang melalui proses disiplin dan kesemua peserta terlibat bersama dan memberi pendapat menggunakan kaedah yang ditetapkan