Selasa, 19 Julai 2022

Pekerjaan Luar Dari Bidang Belajar

Setelah sekian lama tidak kembali bermadah dalam blog..

Kalau realiti blog ni konferm berhabuk, berdebu.. 

Untuk tahun 2022, this is my second job.. Jan 2022 hingga Mac 2022 still kerja sebagai teacher and overall I really have fun kerja dekat situ sebab mostly I will use my english during conversation with my student. 

And on February 2022, I got an interview as assistant manager. Tunggu punya tunggu tiada panggilan lulus atau tidak. Suddenly, during lunch I get a call from HQ company yang interview. Beliau maklumkan yang I get a job as asisstant manager bukan dekat tempat yang aku interview tapi dapat lagi dekat dengan rumah. 

Wow..amazing sebenarnya. Percaturan Allah itu indah sebab masa interview sebenarnya takut kalau dapat dekat tempat yang dinyatakan dalam surat interview. First sebab jauh, second tempat tu new site. If I get at there, how and what should I do. And Alhamdulillah bila dapat dekat Masjid Tanah ni, hati gembira. Dekat, senang nak hantar dan jemput adik balik sekolah.

And most important dapat partner yang perghh..First time masa jumpa tu memang impress habis. Nampak profesional. Cara my manager explain one by one, show all place and you know, she doesn't look bossy. 

Malam sebelum datang dekat tempat kerja baru, my mom betul-betul risau sebab takut aku tak dapat adapt dengan orang yang profesional, orang yang kerja office. But, don't worry mom, I'm a daughter can survive my self.

Actual, tak kisah pun my manager ada degree ke ada phd ke ada rumah besar ke ada keluarga kaya ke.. Yang penting is how can I get closer to her. I made it. Really caring especially masa second and third day I kerja. DIsebabkan time tu cuti mingguan dia, so I kerja alone. And you know she whatsapp at me for asking how am I.

Oh My God. I really appreciate it. And start from that slowly I getting closer to her. Memang mula-mula rasa awkward tapi nak kata aku mulut manis pun ye jugak kowt.. Bukan susah nak getting closer dengan orang baru kita kenal..banyakkan tanya khabar, always caring and surely dia pun give back to us. 

Skrang selesa sangat working dengan my manager dengan anak-anak di comel je..nak nak yang bongsu..comel sangat.. bila my manager bawak anak dia kat tempat kerja aku suka sbb bila lagi nak dgr riuh suara budak2 sejak dah benti kerja tadika.

Skrang ni tengah dilema nak sambung belajar nak amik DPLI dekat usim. Nak kerja jadi guru tapi takut nak sambung belajar. Lagi pun masih dalam pertimbangan sbb mana larh nak cekau 10K..InshaAllah ada rezeki yang lebih baik sedang menanti.

Ok that's all for my new place work.. Ada lagi nak share pasal new work ni, tapi nanti dulu larh..

Jumpa lagi.

Selasa, 18 Jun 2019

PEMIKIRAN KRITIS - PERATURAN ASAS DALAM MEMBINA PENGHUJAHAN YANG BAIK

PERATURAN ASAS DALAM MEMBINA 
PENGHUJAHAN YANG BAIK


    BEZA MUKADIMAH DAN NATIJAH
* Konklusi ialah pernyataan yang untuknya (perkuatkannya) kita bagi hujah atau alasan
* Pernyataan yang memberi alasan dipanggil premis

PERSEMBAHKAN IDEA DALAM SUSUNAN TERATUR
Penghujahan ringkas ditulis dalam satu atau dua paraps
* Letakkan konklusi dulu dan diikuti alasan atau sebaliknya, alasan dulu diikuti konklusi
* Dalam apa kespun susun idea secara natural untuk membuka jalur pemikiran kita kepada pembaca

MULAKAN DARI PREMIS YANG BOLEH DIPEGANG-TERIMA
* Tidak kira walaup macam mana baikpun kita berhujah dari premis kepada konklusi, konklusi jadi lemah jika premis lemah
* Contoh: Tidak ada seorangpun dalam dunia benar-benar gembira, dengan demikian manusia tidak dicipta untuk gembira.
* Jadi kenapa kita berharap pada apa yang kita akan dapati? Premis ini lemah

GUNA BAHASA DEFINIT, SPESIFIK DAN KONKRIT
*  Tulis secara konkrit, elak abstrak (tak jelas), kabur dan istilah umum
*  Contoh: Kami berjalan berjam-jam dibawah pancaran matahari, ratusan kali lebih baik dari “ianya merupakan masa yang panjang dan memenatkan dengan kerja keras”

ELAKKAN BAHASA PADAT-PENUH
*  Jangan buat hujah nampak baik dengan mempermainkan lawan kita
*  Biasanya manusia mempertahankan posisi kerana alasan ikhlas dan serius
*  Cuba memahami pandangan itu sekalipun kita rasa salah
*  Orang yang menentang penggunaan teknologi moden bukanlah mirip balik ke zaman gua

GUNA TERMA/ISTILAH YANG KONSISTEN
Pegang pada satu set terma bagi setiap idea
* Jika mahu berhujah yang pandangan Senator Gunderson adalah liberal, jadi guna istilah liberal adalah liberal.
* Guna istilah liberal dalam premis, tidak istilah cenderung kiri

KEKAL KEPADA SATU MAKNA BAGI SETIAP TERMA
* Kecenderungan bertentangan ialah guna satu perkataan – makna lebih dari satu keadaan
* Ini merupakan falasi klasik yang dipanggil equivocation
*  Contoh: Wanita dan lelaki secara fizikal dan emosi berbeza. Jantina adalah tidak sama, jadi undang-undang janganlah berpura-pura untuk kata kita sama

PEMIKIRAN KRITIS - PENTAKRIFAN PEMIKIRAN KRITIS MENURUT TOKOH BARAT


John Dewey

- Menggelarkan ia sebagai ‘reflective thinking’

 “Active, persistent and careful consideration of abelief or supposed form of knowledge in the light of the grounds which support it and the futher conclusions to which it tend”

       - ‘aktif’, Dewey membezakannya dengan jenis pemikiran di mana mereka hanya menerima idea dan maklumat dari orang lain
-     - Dalam mendefinisikan pemikiran kritikal sebagai ‘berterusan’ dan ‘berhati-hati’, Dewey membezakannya dengan jenis pemikiran yang tidak berfikir contohnya apabila kita ‘melompat’ membuat kesimpulan atau membuat keputusan ‘snap’ tanpa memikirkannya
-      - Walau bagaimanapun, yang paling penting mengenai definisi Dewey adalah dalam apa yang dia katakan tentang 'alasan yang menyokong' kepercayaan dan 'kesimpulan selanjutnya yang mana ia cenderung'.
-   - Untuk menyatakan ini dalam bahasa yang lebih biasa, dia mengatakan bahawa apa yang penting ialah sebab-sebab yang kita miliki untuk mempercayai sesuatu dan implikasi kepercayaan kita

Robert Ennis

Critical thinking is reasonable, reflective thinking that is focused on deciding what to believe or do

-   Perhatikan penekanan pada 'munasabah' dan reflektif ', yang mengambil takrif awal tetapi perhatikan juga bahawa Ennis bercakap mengenai' memutuskan apa yang harus dilakukan '
      - Membuat keputusan  adalah sebahagian daripada pemikiran kritis dalam konsep Ennis.

      Edward Glaser
-           
     Glaser menentukan pemikiran kritikal sebagai:

1) sikap dilupuskan untuk dipertimbangkan dengan cara yang bijak tentang masalah dan subjek yang datang dalam jangkauan pengalaman seseorang
2) pengetahuan mengenai kaedah penyelidikan logik dan pemikiran
3) sesetengah orang menggunakan kaedah ini.

Pemikiran kritikal memerlukan usaha berterusan untuk meneliti sebarang kepercayaan tentang
-           bentuk pengetahuan yang sepatutnya berdasarkan bukti yang menyokongnya dan kesimpulan              selanjutnya yang mana ia cenderung
-           - Glaser merujuk kepada 'bukti' sebagai pengganti 'alasan' jika hukuman kedua adalah sama.
-           - Kalimat pertama bercakap tentang sikap atau disposisi untuk menjadi masalah dan mengakui            bahawa anda boleh memohon apa yang dia panggil 'kaedah penyelidikan logik dan pemikiran'            dengan lebih sedikit 'kemahiran'.
-          - Tradisi telah mengambil kedua-dua elemen ini, menyedari bahawa pemikiran kritis                            sebahagiannya adalah satu perkara yang mempunyai kemahiran pemikiran tertentu.
-          - Tetapi bukan hanya soal memiliki kemahiran ini, ia juga merupakan perkara yang dilupuskan            untuk menggunakannya

Richard Paul
-           Critical thinking is that mode of thinking – about any subject, content or problem – in which the thinker improver the quality of his or her thinking by skilfully taking charge of the structures inherent in thinking and imposing intellectual standards upon them

-   - Pemikiran kritikal adalah cara pemikiran - tentang mana-mana subjek, kandungan atau masalah 
    - di mana pemikir memperbaiki kualiti pemikirannya dengan mengurus struktur yang melekat dalam pemikiran dan mengenakan piawaian intelektual kepada mereka
-   - takrif ini kepada ciri pemikiran kritikal di mana guru dan penyelidik dalam bidang seolah-olah telah dipersetujui sebahagian besarnya, satu-satunya cara yang realistik untuk membangunkan keupayaan berfikir kritis adalah melalui 'berfikir tentang pemikiran seseorang' dan dengan sengaja bertujuan untuk memperbaikinya dengan merujuk kepada beberapa model pemikiran yang baik dalam domain itu

Jumaat, 14 Jun 2019

MAQULAAT ASYR - ILMU MANTIK


MAQULAAT ASYR
Ahamd bin Ahmad bin Muhammad telah menyebut 10 maqulat dalam bentuk nadham:

ان المقولات لديهم تحصر في العشر وهي عرض وجوهر. فأول له وجود قاما بالغير والثاني بنفس داما ما يقبل القسمة بالذات فكم والكيف غير قابل بها أرتسم اين حصول الجسم في المكان متى حصول خص بلأزمان ونسبة تكررت اضافة نحو أبوة اخا لطافة وضع عروض هيئة بنسبة لجزئة وخارج فأتبت وهيئة بما أحاط وانتقل ملك كثوب أو اهاب اشتمل أن يفعل التاثير أن ينفعلا تأثر 
ما دام كل كملا

1.        Yang pertama bermakna sesuatu yang berwujud dengan sebab yang lain
– yang dimaksudkan “yang pertama” adalah aradh yakni sesuatu yang tidak dapat maujud secara mandiri (istiqlal) kerana kewujudannya memerlukan zat lain seperti warna

2.        Sedangkan yang kedua tsubut (exist) dengan sendirinya
 – yang dimaksudkan “yang kedua” adalah jauhar yakni sesuatu yang mumkinat yang kewujudannya wujud dengan sendiri contoh manusia dan jisim

3.        Aradh yang menerima pembahagian dengan itibar zatnya disebut dengan “kam”
– Kam berbeza dengan kaif dimana kaif terima pembahagi tetapi bukan dengan zat contoh kam ialah bilangan
-   Kam terbahagi kepada 2: kam muttashil – berbilang-bilang juzu tubuh manusia seperti tangan, mata. Kam munfashil – bilangan manusia

4.        Sedangkan al-kaif didefinisikan dengan yang tidak menerima pembahagian dengan I’tibar zat
 – Maksud dengan I’tibar zatnya, al-kaif tidak dapat dibahagikan contoh ilmu

5.        اين  keberadaan jisim dalam tempat

6.        متى keberadaan yang khusus kepada zaman

7.        Nisbah yang berulang-ulang adalah idhafah 
– yang dimaksudkan dengan nisbah adalah yang tidak dapat digambarkan kecuali dengan membandingkan dengan yang lain

8.        Wazha adalah sifat yang datang dengan I’tibar bahagian-bahagiannya dan yang diluar darinya maka tetapkanlah

9.        Keadaan dengan sesuatu yang meliputi dan dapat berpindah-pindah adalah milik seperti baju atau kulit

10.     Sedangkan fil adalah memberi bekas (ta’sir) dan adapun infial menerima ta’sir selama keduanya itu sempurna

QIYAS - ILMU MANTIK


Qiyas – Ucapan yang dilafazkan atau difikirkan yang tersusun daripada beberapa ucapan yang apabila ia diterima maka ia mewajibkan secara zatnya agar wujud daripada ucapan lain
Contoh:
Q1: Alam itu berubah-ubah
Q2 : Setiap yang berubah-ubah itu baharu
Qiyas: Alam itu baru

·          الحد الاصغر – maudu qiyas (alam)
·          الحد الاكبر – mahmul qiyas (baru)
·          الحد الاوسط – yang berulang-ulang (berubah-ubah)

1.        Al-Istisna’I atau al-syarty – tersusun daripada dua mukadimah iaitu mukadimah kubra : qadiyah syartiyah manakala
mukadimah sughra : qadiyah hamliyah
Contoh:
MK: Jika matahari terbit maka siang wujud
MS: memang matahari terbit
Qiyas: maka siang wujud

2.        Al-iktirani – Dua mukaddimah dalam al-Qiyas yang mengandungi bahan-bahan natijah bukan mengandungi bentuk natijah
Contoh:
MK: Semua jisim adalah susunan
MS: Semua susunan adalah baharu
Qiyas: maka semua jisim adalah baharu

SINAAT KHAMAS
Burhan – qiyas yang tersusun daripada mukadimah-mukadimah yang yakin untuk menghasilkan keyakinan

1.Awaliat : perkara yang utama
2.Mushahadat: perkara yang dirasai pancaindera
3.Mujarabat : perkara yang diuji kaji
4.Hadsiat:
5.Mutawatirat : perkara yang dikhabarkan oleh orang ramai
6.Qadaya yang kiasnya bersamanya

    Jadal – Qiyas yang tersusun daripada mukadimah-mukadimah yang masyhur

Khatabah – Qiyas yang tersusun daripada mukadimah-mukadimah yang diterima daripada seseorang yang diyakini padanya atau sangkaan

Shi’ir – Qiyas yang tersusun daripada mukadimah-mukadimah yang dengannya jiwa menjadi lapang atau sempit

Mughalatah – Qiyas yang tersusun daripada mukadimah-mukadimah yang dusta yang menyerupai kebenaran atau perkara masyhur ataupun ia terdiri daripada mukadimah-mukadimah yang bersifat andaian lagi dusta

AKAS - ILMU MANTIK


AKAS – Menjadikan mauduk > mahmul dan mahmul > mauduk dengan mengekalkan keadaan ijabah dan salibah serta benar dan dustanya. 
Contoh:
Q1: Semua insan adalah hayawan
Akas: sebahagian hayawan adalah insan

1.        Mujabah kuliyah + juz’iyah salibah
Q1: Semua insan ialah hayawan
Q2: Sebahagian hayawan ialah insan

2.        Mujabah juz’iyah + mujabah juz’iyah
Q1: Sebahagian orang melayu adalah kaya
Q2: Sebahagian yang kaya adalah orang melayu

3.        Salibah kuliah + salibah kuliah
Q1: Tiada satu pun insan ialah batu
Q2: Tiada satu pun batu ialah insan

4.        Salibah juz’iyah + tiada akas

TANAQUDH - ILMU MANTIK


TANAQUDH – Perbezaan antara dua qadiyah dari sudut mujabah dan salibah yang mana ia menuntut secara zatnya agar salah satu daripada dua qadiyah adalah benar manakala satu lagi dusta

الكم – Kulli dan Juz’i
الكيف – Mujabah dan Salibah

Tidak berlaku tanakud melainkan ada persamaan dari sudut:
Mauduk : subjek
Mahmul : prediket
Masa
Tempat
Hubungan
Bakat-buat
Semua-sebahagian
Sharat

Syarat al-tanaqudh:

1.        Bercanggah dari sudut kaif (mujabah dan salibah)
Q1: Semua besi galian
Naqidh : Sesetengah besi bukan galian

2.        Bercanggah dari sudut kam (kulliah dan juz’iyah)

QADAYAH - ILMU MANTIK


KADAYA : Ucapan yang sah untuk dikatakan kepada pengucapnya bahawasanya dia adalah benar dalam ucapannya ataupun dusta

1.        Hamliah – seperti ucapan kita (sesuatu kenyataan yang dihukum atau ditentukan zat dan dirinya dengan sesuatu objek lain) : Ali sedang tidur
Ali: juzuk pertama dinamakan mauduk
Tidur: juzuk kedua dinamakan mahmul

2.        Shartiah – yang menerangkan tentang sesuatu kenyataan atau hukum yang tergantung atau khabar yang tidak lengkap : Jika awak berusaha tentu awak akan berjaya

         i.            الشرطية المتصلة : dimana terdapat hubungan atau hubungkait antara bahagian pertama dengan bahagian kedua : Kalau saya diberi peluang, saya akan belajar setinggi mungkin

        ii.            الشرطية المنفصلة: sesuatu qadiyah yang dihukum dengan nisbah diantara satu Qadiyah lain sebagai nisbah yang berlainan dan bertentangan: Ahmad ada kalanya pergi, ada kalanya  tidur
Ahmad ada kalanya pergi : Juzuk pertama dinamakan muqaddam
Ada kalanya tidur : Juzuk kedua dinamakan tali

Kadaya adalah sama ada:
1.        Mujabah : Zaid ialah penulis
2.        Salibah : Zaid bukan penulis

Setiap satu daripada kedua-duanya adalah sama ada:
1)        Makhsusah : seperti yang dinyatakan
2)        Musawarah :

a.        Kulliah -  kenyataan yang mana maudunya dimulai dengan sur berbentuk kulli (كل) : Semua yang hidup akan mati
b.  Juz’iyah -  kenyataan dimana maudunya dimulai dengan al-Sur berbentuk juz’I : Sebahagian binatang adalah kancil
3.        Muhmalah – dimana maudunya terdiri daripada lafaz-lafaz kulli yang tidak mengandungi sebarang bentuk al-Sur samaada bentuk kulli atau juz’I : Insan ialah penulis dan insan bukan penulis

Mutasilah adalah sama ada:
1)        Luzumiah – Jika matahari terbit maka siang wujud
2)        Itifakiah – Jika insan ialah pemikir maka himar ialah perengeh

Munfasilah adalah sama ada:
1)        Hakikiah – sesuatu Qadiyah yang diberi hukum tentang adanya pertentangan diantara mukaddam dan tali atau tidak ada pertentangan diantara keduanya dari segi benar dan bohong atau nafi (mani’atul jamak dan mani’atul khulu secara bersama): Bilangan adalah sama ada genap atau ganjil
2)        Mani’atul:
a.        Jamak : Qadiyah yang diberi hukum dengan adanya pertentangan diantara mukaddam dan tali dalam keadaan berhimpun dan tidak dalam keadaan hilang kedua-duanya (القضية الموجبة) - benda ini adalah sama ada pokok atau batu
b.        Khulu:Tiada salah satu daripada dua bahagian melahirkan tetapnya bahagian yang lain sahaja, tidak sebaliknya (القضية السالبة) -  Zaid adalah samaada di dalam laut atau tidak tenggelam

ISAGHUJI - ILMU MANTIK


ISAGHUJI
Lafaz yang menunjukkan makna secara tetap:
1)        Menunjukkan keseluruhan apa yang ditetapkan kepadanya secara mutabakah
2)        Menunjukkan juzuk maknanya secara
3)        tamadun iaitu jika ia mempunyai juzuk
4)        Menunjukkan apa yang melaziminya di zihin secara iltizam

Contoh: Lafaz ‘Insan

·          Menunjukkan makna hayawan pemikir secara mutabakah
·          Menunjukkan makna salah satu daripada kedua-duanya secara tamadun
·          Menunjukkan makna penerima ilmu dan tukang tulis secara iltizam

Lafaz adalah sama ada:
1.        Mufrad – lafaz yang tidak dikehendaki dengan sebahagian daripada maknanya (insan)
2.        Mualaf – lafaz yang tidak sebegitu (pelontar batu)

Mufrad adalah sama ada:
1.        Kulli – lafaz yang gambaran mafhumnya tidak menghalang berlakunya perkongsian padanya (insan)
2.        Juz’I – lafaz yang gambaran mafhumnya menghalang perkara tersebut (Zaid)

Kulli adalah sama ada:
1.        Zati – lafaz yang memasuki hakikat juz’iatnya (hayawan dinisbahkan kepada insan)
2.        Aradi’ – lafaz yang berkhilaf dengannya (penggelak dinisbahkan kepada insan)

Zati adalah sama ada:
1.        Ungkapan dalam menjawab persoalan apakah berdasarkan perkongsian semata-mata (hayawan dinisbahkan kepada insan dan kuda iaitulah jinis)
2.        Ungkapan dalam menjawab persoalan apakah berdasarkan perkongsian berserta pengkhususan (insan dinisbahkan kepada Zaid dan Amru iaitu Nauk)
3.        Ungkapan dalam menjawab persoalan mana satukah ia pada zatnya, membezakan sesuatu daripada perkara yang berkongsi dengan jinis iaitu fasal

Aradi adalah sama ada:
1)        Arad Lazim : terhalang pemisahnya daripada mahiah
2)        Arad Mufarik : tidak terhalang pemisahnya

Setiap satu daripada kedua-duanya itu adalah sama ada:
1)        Khassah : khusus untuk satu hakikat (kulli yang diungkapkan untuk perkara yang berada dibawah satu hakikat sahaja dengan ucapan yang aradi)
2)        Arad Am: umum untuk beberapa hakikat diatas satu hakikat (kulli yang diungkapkan untuk perkara yang berada di bawah beberapa hakikat yang berbeza dengan ucapan yang aradi

KAUL SHARIH

·          HAD – Ucapan yang menunjukkan mahiah sesuatu.

1)        Had tam = jinis qarib + fasal qarib (hayawan natiq dinisbahkan kepada  insan)
2)        Had naqis = jinis ba’id + fasal qarib (jisim pemikir dinisbahkan kepada insan)
3)        Rasam tam = jinis qarib + khasah (hayawan penggelak dalam mentakrifkan insan)
4)        Rasam naqis = ucapan yang terbina daripada aradi-aradi yang keseluruhannya adalah khusus untuk satu hakikat (mentakrifkan insan: sesungguhnya ia merupakan pejalan dengan dua kakinya, berkuku lebar, berkulit terdedah dan penggelak secara tabi’i)

BERMULA PERANG ANTARA KITA PART 3

    Detik-detik sebelum kena panggil dalam bilik training sebb kita budak nakal 🤭🤭🤭 Sehari sebelum kena panggil dia bubarkan group bertig...