Isnin, 10 Jun 2019

FFIQH JINAYAT - PENDAKWAAN DAN KETERANGAN

PENDAKWAAN DAN KETERANGAN


PENDAKWAAN 
"SATU PROSES BAGI SESEORANG MENUNTUT, MEMPEROLEH ATAU MENJAGA HAKNYA MELALUI MAJLIS KEHAKIMAN"

KETERANGAN
"PROSES MEMBERI KETERANGAN DENGAN MENGEMUKAKAN HUJAH DAN BUKTI BAGI MENSABITKAN SESUATU KES"

DAKWA
"PEMBERITAHUAN KEPADA HAKIM TENTANG SESUATU HAK BAGI SESEORANG KE ATAS ORANG LAIN"

PENDAKWA
"IAITU ORANG YANG MENDAKWA (PROSECUTOR). DALAM KES JENAYAH IA DIRUJUK KEPADA ISTILAH PENDAKWARAYA. DALAM KES SIVVIL DIPANGGIL PLAINTIF (PENUNTUT)"

PIHAK YANG KENA DAKWA (TERDAKWA)
"IAITU ORANG YANG DIKENAKAN DAKWAAN. DALAM KES JENAYAN DIPANGGIL TERTUDUH MANAKALA DALAM KES SIVIL DIPANGGIL DEFENDEN(PIHAK KENA TUNTUT)"


PROSES PENDAKWAAN

Pihak pendakwa membuat dakwaan
 > 
Pihak yang kena dakwa diberi peluang menjawab dakwaan samaada mengaku atau diam atau ingkar
 > 
sekiranya mengaku atau diam dikira sabit dan selesai kes 
sekiranya ingkar, bebanan ke atas pendakwa untuk mengemukakan bukti. jika berjaya terbukti maka sabitlah kes 
>
Jika tidak berjaya atau lansung taiad bukti maka pihak pendakwa boleh meminta pihak terdakwa bersumpah menafikan dakwaan
>
Sekiranya pihak terdakwa bersumpah tidak melakukan maka gugurlah kes tersebut
 > 
sekiranya pihak terdakwa enggan bersumpah: (nukul)
1. sebahagian ulama seperti Hanafi dan Hanbali - menetapkan sebahagian kes boleh disabit dengan nukul
2. Sebahagian ulama menetapkan pendakwa perlu bersumpah tentang kebenaran dakwaannya (yamin mardudah) iaitu sumpah yang dikembalikan kepada pendakwa



FIQH JINAYAT - TA'ZIR

TA'ZIR

TAKRIF: Penolakan, pencegahan, pertolongan

JENIS KESALAHAN:
1. KESALAHAN ASAL TA'ZIR

  • CEROBOH HAK ALLAH: tidak solat, puasa
  • CEROBOH HAK MANUSIA : Rasuah
  • CEROBOH HAK ALLAH DAN HAK MANUSIA : Tidak membayar zakat
2. KESALAHAN DARI HUDUD DAN QISAS
  • HUDUD DAN QISAS TIDAK CUKUP SYARAT : Curi harta tidak cukup haul
  • TAMBAHAN ATAU SAMPINGAN KEPADA HUDUD DAN QISAS
HUKUMAN TA'ZIR BERTUJUAN UNTUK:
  1. Menolak dan menghalang penjenayah daripada mengulangi kesalahan yang mereka lakukan
  2. Memberi pengajaran dan pendidikan kepada penjenayah dan masyarakat
DALAM MEMILIH HUKUMAN YANG SESUAI DAN MUNASABAH, HAKIM HENDAKLAH MENGAMBILKIRA:
  1. Hak yang hendak dijaga
  2. Mudarat yang hendak ditolak dan maslahat yang hendak diambil


PEMBUKTIAN:
  1. IQRAR (Pengakuan): penyataan yang menceritakan tentang sesuatu kebenaran atau mengakui                                      kebenaran tersebut
  2. SHAHADAH (Penyaksian): pemberitahuan yang benar untuk membuktikan sesuatu kebenaran                                                di depan pengadilan
  3. QASAMAH (Sumpah): Yamin dan Yamin Mardudah
  4. QARINAH : Bukti petanda yang jelas dan kuat tentang tindakan jenayah

FIQH JINAYAT - ZINA, QAZAF,AL-SHURB, SARIQAH, HIRABAH, MURTAD DAN BUGHAH

HAD ZINA

TAKRIF: 
"Persetubuhan haram yang sengaja antara lelaki dan perempuan pada qubulnya tanpa sebarang syubhah"

PERUNTUKAN HUKUMAN : Surah al-Nur ayat 2

NIAT SENGAJA: 1. AL-IDRAK - Terkeluar yang tak sampai pengetahuan
                              2. AL-IKHTIYAR - Terkeluar yang dipaksa

PENSYARIATAN JENAYAH ZINA:
الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ وَلا تَأْخُذْكُمْ بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِنْ كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِنْ الْمُؤْمِنِين

       Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya 100 kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

CARA PEMBUKTIAN:
1. IQRAR (pengakuan)

  • Pengakuan daripada penzina sendiri bahawa dia melakukan zina
  • Faham hakikat zina
  • Mampu melakukan persetubuhan
2. SHAHADAH (penyaksian)
  • Melalui keterangan atau kenyataan saksi yang menyaksikan perkara tersebut 
  • 4 orang lelaki yang adil (Ahliyyah-Islam-faham hakikat zina-tidak pelupa-boleh melihat)
3. QARINAH (tanda-tanda yang kuat)
  • tanda-tanda yang boleh menjadi petunjuk berlakunya perbuatan zina
PROSES PENDAKWAAN DI MAHKAMAH
1. Peertuduhan dibaca oleh Pendakwa (PP) di hadapan hakim di Mahkamah
2. Jika OKT (Orang Kena Tuduh) mengaku jenayah disabit. Jika tidak mengaku...
3. PP kena mengemukakan bukti
4. Jika berjaya dibuktikan sampai ke tahap yakin 100% tiada syubhah dan tidak berjaya dipatahkan oleh OKT/ peguam...
5. Jenayah disabitkan dan dikenakan hukuman

HUKUMAN 
GHAYR MUHSAN : 100 Kali sebatan dan dibuang daerah selama setahun
MUHSAN: Direjam dengan batu sampai mati


QAZAF

TAKRIF: 
Melempar tuduhan zina atau penafiaan nasab terhadap seseorang yang baik

HUKUM: Haram dan berdosa besar

PENSYARIATAN: SURAH AL-NUR AYAT 4

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاءَ فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمْ الْفَاسِقُون


"Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yg terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan 4 orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebatan; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang2 yg fasik"

RUKUN:
1. PERUNTUKAN
2. TINDAKAN :
                          - TUDUHAN ZINA : Tuduhan zina atau penafian nasab terhadap seseorang
                                                              Tanpa bukti iaitu 4 orang saksi lelaki
                                                    QAZIF (Penuduh) : mukallaf, bukan usul kepada maqzuf, tidak
                                                                                     dipaksa
                                                     MAQZUF (Orang yang kena tuduh): Muhsan, balighm berakal,
                                                                                                                 muslim, iffah, maklum
                                                                                                                 orangnya, mampu bersetubuh

CARA PEMBUKTIAN:
1. IQRAR (pengakuan)

  • pengakuan penuduh
  • Boleh sabit dengan sekali pengakuan sahaja
2. SHAHADAH (penyaksian)
  • Keterangan saksi
  • dua orang lelaki yang adil
3. SUMPAH

HUKUMAN QAZAF
- 80 kali sebatan
- Tidak diterima kesaksiannya selagi mereka belum bertaubat

KEADAAN YANG MENGGUGURKAN HAD QAZAF
  • Saksi bagi pihak maqzuf menarik balik kesaksian mereka terhadap qazif
  • Maqzuf mengaku melakukan zina
  • Maqzuf menolak keterangan saksinya sendiri
  • Kelayakan saksi terbatal sebelum pembalasan terhadap qazif dilaksanakan
AL-SHURB

TAKRIF: Meminum minuman yanng memabukkan

RUKUN:
1. PERUNTUKAN HUKUMAN
2. PERBUATAN MINUM : Iaiatu perbuatan memasukkan cecair minuman memabukkan melalui halkum
3. NIAT SENGAJA

CARA PEMBUKTIAN:
1. IQRAR ((pengakuan)
  • Iaitu pengakuan peminum
  • boleh sabit dengan sekali pengakuan sahaja
  • faham terhadap pengertian dan perbuatan meminum arak
2. SHAHADAH (penyaksian)
  • Keterangan saksi
  • 2 orang saksi yang adil
3. QARINAH ( tanda-tanda yang kuat)

HUKUMAN:
BERLAKU PERBEZAAN PENDAPAT DALAM MENETAPKAN KADAR HUKUMANNYA. INI BERLAKU KERANA TIDAK TERDAPAT SATU PUN NAS AL-QURAN YANNG MENETAPKANNYA MANAKALA AL-SUNNAH PULA AMALAN RASULULLAH TIDAK MELEBIHI 40 SEBATAN BEGITU JUGA SAHABAT KECUALI SAIDINA UMAR YANG PERNAH MENYEBAT 80 KALI DAN DIPERAKUKAN OLEH SAIDINA ALI


SARIQAH

TAKRIF:
AMBIL HARTA MILIK ORANG LAIN SECARA DIAM DAN SEMBUNYI



RUKUN/UNSUR JENAYAH CURI:
1. ADA PERUNTUKAN HUKUMAN
2. TINDAKAN SALAH

  • Mengambil harta
  • orang lain
  • secara sembunyi
3. NIAT
  • al-Idrak : sedar tindakan itu salah
  • ikhtiyar: dengan kehendak bukan dipaksa
SYARAT HARTA
1. Harta yang diiktirafoleh syarak
2. Harta milik orang lain
3. Jenis harta alih
4. Harta dalam simpanan dan dibawah kawalan yang sepatutnya
5. Cukup nisab

CARA PEMBUKTIAN
1. IQRAR (pengakuan)
  • Iaitu pengakuan mencuri
  • boleh sabit dengan sekali pengakuan sahaja
  • pencuri benar-benar faham terhadap pengertian dan perbuatan mencuri
2. SHAHADAH (Penyaksian)
  • keterangan saksi
  • 2 orang saksi lelaki yang adil
3. SUMPAH MARDUD

HUKUMAN:
  1. HUKUMAN FIZIKAL: potong anggota tangan dan kaki
  2. HUKUMAN MATERIAL: Memulangkan harta curi atau menggantikannya
HIRABAH

TAKRIF: Tindakan keluar sama ada secara individu atau berkumpulan untuk merampas atau merompak atau menyamun harta dengan menggunakan kekerasan dalam keadaan mangsa sukar mendapat pertolongan

PENSYARIATAN JENAYAH HIRABAH

ِنَّمَا جَزَاءُ الَّذِينَ يُحَارِبُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الأَرْضِ فَسَادًا أَنْ يُقَتَّلُوا أَوْ يُصَلَّبُوا أَوْ تُقَطَّعَ أَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُمْ مِنْ خِلافٍ أَوْ يُنفَوْا مِنْ 
الأَرْضِ 
Balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum).


RUKUN
1. PERUNTUKAN HUKUMAN
2. TINDAKAN KELUAR UNTUK MELAKUKAN ROMPAKAN : 4peringkat tindakan yang boleh berlaku dalam hirabah
  • menggangu dan menakut-nakutkan awam: Syafie - ta'zir atau buang daerah
  • mengambil harta secara kekerasan : Jumhur - potong tangan kanan dan kaki kiri serentak
  • merompak dan membunuh: Syafie dan Ahmad - Bunuh dan disalib (3 hari ditempat awam)
  • membunuh tetapi tidak sempat merompak : Syafie dan Hanafi -  Bunuh tanpa disalib
3. NIAT

MURTAD

TAKRIF: Tindakan keluar dari agama Islam

RUKUN:
  1. PERUNTUKAN HUKUMAN
  2. TINDAKAN KELUAR DARI ISLAM
  • Boleh berlaku samaada melalui perbuatan atau tinggalan, perkataan, iktikad
      3. NIAT

 PENSYARIATAN JENAYAH MURTAD
وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُوْلَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَأُوْلَئِكَ 
أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُون

Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya). (al-Baqarah 2: 217)


HUKUMAN:
1. HUKUMAN ASAL - Hukuman bunuh
2. HUKUMAN GANTI - Dikenakan apabila hukuman asal digugurkan kerana telah bertaubat dan kembali kepada Islam atau wujud unsur syubhah
3. HUKUMAN SAMPINGAN - Selain dibunuh hartanya tidak boleh diwarisi

HUKUMAN BUNUH TIDAK TERUS DILAKSANAKAN KECUALI SELEPAS ISTITABAH IAITU MEMINTA ORANG MURTAD TERLEBIH DAHULU BERTAUBAT. SEBAHAGIAN ULAMA TERMASUK RIWAYAT YANG RAJIH DARI IMAM AL-SHAFIE MENETAPKAN IA WAJIB. MANAKALA TEMPOH ULAMA SYAFIE BERBEZA PENDAPAT



BUGHAH 

TAKRIF: Pemberontakan dan penentangan terhadap pemerintah/kerajaan yang adil dengan neggunakan kekerasan dan kekuatan senjata

وَإِنْ طَائِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا فَإِنْ بَغَتْ إِحْدَاهُمَا عَلَى الأُخْرَى فَقَاتِلُوا الَّتِي تَبْغِي حَتَّى تَفِيءَ إِلَى أَمْرِ اللَّهِ فَإِنْ فَاءَتْ فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا بِالْعَدْلِ وَأَقْسِطُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ
Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah. Sekiranya mereka telah kembali, damaikanlah antara keduanya menurut keadilan, dan hendaklah kamu berlaku adil; Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil (al-Hujurat 49: 9



RUKUN:

1. PERUNTUKAN HUKUMAN
2. PERBUATAN MENDERHAKA
 - Menentang arahan dan perintah kerajaan yang tidak bertentangan dengan syarak atau enggan melaksanakan tanggungjawab yang ditetapkan atau menubuhkan jamaah untuk menggulingkan kerajaan. Pemerintah tersebut mestilah seorang yang adil  tidak fasiq
- Penggunaan kekuatan dan kekerasan
- Kekerasan tersebut menimbulkan huru-hara
3. NIAT JAHAT

HUKUMAN: Terlebih dahulu perlu nasihat dan bincang tentang tuntutan mereka

Hukuman yg berupaya menghalang dan mematahkan tindakan tersebut, sehingga mereka tunduk. Boleh sampai tahap memerangi - bunuh. Jika dalam pemberontakan itu berlaku kesalahan-kesalahan lain seperti bunuh, mencedera, rogol maka ia dikenakan mengikut jenayah khusus tersebut.










Ahad, 9 Jun 2019

FIQH JINAYAT - JENAYAH HUDUD

JENAYAH HUDUD

KESEKSAAN YANG TELAH DITETAPKAN BENTUK DAN KADAR HUKUMANNYA OLEH SYARAK BAGI MENJAGA HAK ALLAH DAN JUGA HAK HAMBA


CIRI-CIRI KHUSUS HUDUD
- Hak Allah yang lebih dominan
- Hukuman yang diperuntukkan adalah tetap dan tidak berubah. Manusia tidak ada hak untuk mengubah atau menukarnya
- Tidak ada ruang perdamaian, kemaafan atau syuf'ah setelah kes dibawa ke pengadilan
- Pelaksanaan hukuman mesti oleh pemerintah yang berkuasa. Tidak boleh oleh orang perseorangan atau kelompok tertentu dalam masyarakat
- Hukuman dilaksanakan serentak bagi kesalahan yang berulang tetapi belum disabitkan
- Kaedah pembuktian terkeluar dari kaedah umum
- Tiada ganti rugi bagi kerosakan/kebinasaan pada penjenayah akibat pelaksanaan hukuman


FALSAFAH UNDANG-UNDANG HUDUD
PERLINDUNGAN DAN PENCEGAHAN MENJADI KEUTAMAAN BUKAN PENGHUKUMAN
PERUNTUKAN HUKUMAN LEBIH KEPADA TUJUAN MENIMBULKAN RASA KEGERUNAN AGAR TIDAK MELAKUKAN KEJAHATAN
PENSABITAN KESALAHAN DENGAN SYARAT YANG CUKUP KETAT







FIQH JINAYAT - KONSEP DAN KATEGORI JINAYAT

KONSEP JENAYAH

TAKRIF: UMUM - Tindakan salah yang beri mudarat dikenakan                                      hukuman didunia
                KHUSUS - Tindakan yang diharamkan dan ditegah melibatkan 
                       5 perkara asas yang dijaga diperuntukan hukuman; 
                       hudud, qisas atau ta'zir


ASAS الضرر يزال :
AGAMA حفظ الدين
JIWA RAGA حفط النفس
AKAL حفظ العقل
MARUAH DAN KETURUNAN حفظ العرض والنسب
MAL حفظ المال


RUKUNUNSUR JENAYAH:
1. ADA PERUNTUKAN: - NAS
                                           - PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG
2. TINDAKAN SALAH: - PERBUATAN
                                          - TINGGALAN
                                          - PENYEBAB
3. NIAT : - AL-IDRAK DAN AL-IKHTIYAR

UNSUR

JENIS KESALAHAN
ADA PERUNTUKAN
NAS
Sebut bentuk kesalahan dan kadar hukuman
HUDUD
QISAS
PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG
Nas sebut bentuk tetapi tidak sebut kadar hukuman
TA’ZIR
Bentuk dan kadar hukuman dari ketetapan pemerintah
TA’ZIR
TINDAKAN SALAH
(ACTUS REUS)
·         PERBUATAN : Buat perkara yang dilarang
·         TINGGALAN: Tinggal perkara yang disuruh
·         PENYEBAB: Menjadi penyebab kepada kerosakan
NIAT
(MENS REA)
·         AL-IDRAK
·         AL-IKHTIYAR
·         Tahu salah; pengetahuan yang sepatutnya
·         Dengan sengaja, tidak terpaksa atau dipaksa

FALSAFAH HUKUMAN
MEMAKSA DAN MENAKUTKAN MANUSIA SUPAYA JANGAN MELAKUKAN MAKSIAT (KEJAHATAN) DEMI KEMASLAHATAN DIRI DAN MASYARAKAT
BERTUJUAN MEMPERBAIKI MASYARAKAT, MELINDUNGI MEREKA DARI KEMUDARATAN, MENYELAMATKAN MEREKA DARI KESESATAN DAN KEBINASAAN DENGAN MENGHALANG MEREKA DARI MAKSIAT DAN MENDORONG MEREKA KEPADA KETAATAN

OBJEKTIF DAN MATLAMAT
- Melindungi masyarakat
- Mencegah perbuatan jenayah
- Membalas dengan hukuman yang setimpal
- Memulih penjenayah
- Mendidik masyarakat

PERBEZAAN UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM DAN CIPTAAN 


ASPEK
UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM
UNDANG-UNDANG JENAYAH CIPTAAN
1
SUMBER
Allah dan akal manusia
Akal manusia
2
SKOP
Agama-nafs-akal-maruah-harta
Perkara yang membawa kemudaratan kepada manusia khususnya secara fizikal pada pandangan akal
3
SASARAN
Menyeluruh-Muslim
Kepada masyarakat tertentu – sempadan geografi
4
KESAN
Sosial-ibadah-akidah
Sosial sahaja
5
KEUTUHAN
Ada unsur tetap dan anjal
Semua anjal
6
OBJEKTIF
Pelbagai
Lebih kepada pembalasan
7
MATLAMAT
Bahagia dunia dan akhirat – reda Allah
Bahagia dunia


KATEGORI JENAYAH ISLAM
BOLEH DIBUAT DARI PELBAGAI ASPEK YANG BERBEZA. DALAM UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLA KEBIASAANNYA PEMBAHAGIAN YANG POPULAR BERASASKAN BERAT RINGAN KESALAHAN IAITU MERUJUK HAK SIAPA YANG DICEROBOH SAMAADA HAK ALLAH ATAU HAK HAMBA.
MAKA IA TERBAHAGI KEPADA 3

- JENAYAH HUDUD
- JENAYAH QISAS DAN DIYAT
- JENAYAH TA'ZIR

PERBANDINGAN ASAS JENAYAH HUDUD, QISAS DAN TA'ZIR


HUDUD
QISAS DAN DIYAT
TA’ZIR
TAKRIF
Keseksaan yang telah ditetapkan bentuk dan kadar hukumannya
Keseksaan yang sama dengan jenayah
Keseksaan bagi kesalahan selain dari hudud dan qisas
SKOP
Hak Allah yang lebih dominan
Hak hamba/individu yang lebih dominan
Hak Allah dan hak hamba; terserah kepada pemerintah untuk menentukannya
JENIS KESALAHAN
Zina, Qazaf, Sariqah, Hirabah, al-Shurb, Bughah, Murtad
Bunuh
Mencederakan
Selain hudud dan qisas
Hudud dan qisas tidak cukup syarat
BENTUK DAN KADAR HUKUMAN
Ditetapkan oleh syarak
Ditetapkan oleh syarak
Keluasan kepada pemerintah
KEANJALAN
Tetap tidak berubah. Tidak ada kemaafan setelah dibawa ke pengadilan
Tetap tidak berubah. Namun ada ruang kemaafan oleh mangsa
Anjal. Berdasarkan ketetapan dan kehendak pemerintah




BERMULA PERANG ANTARA KITA PART 3

    Detik-detik sebelum kena panggil dalam bilik training sebb kita budak nakal 🤭🤭🤭 Sehari sebelum kena panggil dia bubarkan group bertig...