Rabu, 26 September 2018

DISAAT AKU PERLUKAN PERTOLONGAN..

"Awak..Boleh tolong saya?"

Nie dikira sambungan hari tu..
"KAU KEMBALI LAGI"

Tapi dia kembali kerana aku perlukan pertolongan dia..sangat-sangat..
Dalam tempoh semingggu selepas jumpa Saiful..
Hujan panas bersilih ganti..
Aku redah jugak even baru nak baik demam..
tapi kali nie memang demam teruk sampai aku terpaksa call dia amik aku..

Hari ahad baru-baru nie ahli tanzim buat simulasi untuk Hari Interaksi Kelab Iqra' di Tasik Kejut
Disangka panas sepanjang hari tetapi hujan ditengah hari..
Aku dan Sham terpaksa redah hujan untuk balik ke kolej even pun hujan lebat..
Aku seronok dapat mandi hujan dan tak sangka kegembiraan itu hanya sebentar..
Malam tu aku tak dapat tido dgn lena and aku perlukan sesuatu..

Yes I need you..I need someone..
Aku tak fikir apa dah..
Malam tu jugak aku call mama..
Nak call Ibu tapi nanti mesti Ibu risau..
Better call mama dulu..

"Ma.." itu je yang mampu aku ungkapkan..dan as a woman..i'm crying..
"Sayang..Kenapa ni? kenapa ni Nurul?Ada apa-apa berlaku ke? Nak mama datang jumpa Nurul ke?" 
Air mata aku ni..Tolong larh stop..
"Mama..Sejuk.."
"Sayang..demam lagi ke? nak mama bawakkan pergi klinik?" Itu yang aku inginkan..Tapi..
"Nurul..cakap syg..Mama datang kolej ye?"
Ya Allah..Dah lewat malam ni..
"Ma..takpe..Nurul boleh tahan lagi..Nanti kalau Nurul betul-betul tak larat, Nurul call mama ye..Boleh Ma?"
"Boleh sayang..Call je Mama..Nanti mama datang kolej..Ok?"
"Mmmm..sorry Ma ganggu malam-malam,"
"Takpe sayang..Dah pergi tidur..Esok mama call lagi.."

And that was end..I try to fall asleep..But i can't..
esok aku ada kelas dari pukul 9 pagi sampai pukul 7 ptg..and 8 malam sambung perjumpaan citra kebudayaan..Oh my..I feel tired already..

That morning..I get a miscall from somebody..
and I wait for another call..
"Hello..Nurul,"
"Abg.." I was getting ready to go to class..but I want to go to cafe get some hot drink..
"Nurul sihat?"
"Abg.." and again..my tears fall.
"Demam lagi ke? Nak Abg bawak pergi klinik tak?"
"I'm okay..Nak pergi kelas dah nie"
"Ok..hati2..Nanti kalau tak larat call abg..Abg bawak pergi klinik..ok?"
"Ok,"
Just that..and I start my journey day with bad health..
Until that night..during meeting Citra kebudayaan..
I feel uncomfortable..
Sbb aku rasa penat yang amat..class straight dari 9 pagi sampai 7 ptg..and that time i just get short rest..
"Abg..Tak larat" itu je yang mampu aku cakap time aku call dia..and I call him during I arrive at Panggung Seni..
Lepas aku cakap straight aku end call sbb takkan aku nak on call time perjumpaan..
and that meeting end at 9.30 pm..
Aku balik kolej and park moto kat tempat biasa.And that time I get his call..
"Abang ada dekat depan foyer.."
And guest what I say..




-Sambung-

Khamis, 20 September 2018

ADVICE

















KAU KEMBALI LAGI 3

"Jom..Kata nak jalan-jalan.."
Aku pun keluar kereta and capai sekali bear yang beli tadi..
"Kenapa bawak patung tu? Tinggalkan je dalam kereta"
Mestilah dia tanyakan kenapa aku nak bawak bear aku nie sedangkan boleh je tinggalkan dalam kereta..
Aku buat tak tau je apa dia cakap bawak je bear tu..
Masa tunggu lif bukak tu aku nak cakap kat dia yg aku nak balik sendiri and cer teka apa yang berlaku..
Bukak je lif tu aku jumpa member2 dak2 usul aku
Allahu..Terima kasih ya Allah Kau menghantar penyelamat kepada aku..
Masuk dlm lif tu mcm-mcm soalan budak2 nie tanya..
Aku bagitau diaorg yg aku nak follow diaorg balik kolej sbb ada yang sama kolej dengan aku..
Diaorg ok je sbb diaorg dah OTW nak balik..
What?? inikah takdir untuk aku??
HAHAHAHAHHAHAH

"Abg..org balik dengan diaorg ye..Ada yang satu kolej dengan org..Bilik pun depan-depan je..Boleh eah?? Abang tak yah hantar orang balik kolej.."
Aku dah buat muka kesian dah nie..
aku tak nak dia anta aku balik
"Tadi kata nak jalan2..Takpe larh abg hantarkan sekali dgn kwn2 abg antakan.."
"Eah takpe..esokkan Abg kerja..nanti penat"
Aku mula dah buat senyuman tak ikhlas nie..
member2 aku dah jeling2 aku..
lama pulak lif nie nak turun..

Bukak je lif kami keluar and aku nak ucap bubye..
Dak2 nie dah kedepan..mungkin bagi ruang kat aku kowt..
"Abg thanks untk hari nie..Bayarkan ubat belanja makan patung nie jugak"
"Betul ke tak nak abg antakan? Nurulkan tak sihat lagi..Abg antakan yea"
Aduh2..jangan nak berdrama dekat sini pulak

"Takpe..kan ada member2 orang..Orang dah sihat larh..Kalau apa2 nanti org call mama ke baba ke..ok?"
"Call abg..Jangan call mama..nanti mama risau..Abg lagi risau.."
Memang tak larh aku nak call dia..Tapi aku anggukkan saje..
"Hati-hati balik..Makan ubat tau,"
"Baik abg..bubye"
Aku pun berlalu pergi meninggalkan dia and join dengan member2 aku..
lansung aku tak menoleh kebelakang
Aku cuba untuk menahan diri
Nie sume hasutan syaitan
Sedangkan berdua-duaan pasti ada yang ketiga
Yup..Start sem nie aku tajdid niat untuk menahan nafsu aku daripada perkara-perkara yang boleh membawa kepada kemungkaran
sem nie aku perlu ubah diri aku dengan niat belajar untuk mencari keredaan Allah
belum tiba masannya lagi aku perlu mencari pasangan
aku perlu meraih dahulu cinta ILAHI..

sambung balik cerita..
Aku dgn member2 balik kolej naik mrt makan masa jugak larh
sampai dekat kolej lebih kurang jam 9 lebih terus pergi meeting sekali bawak patung beruang tu..
memang dah tak larat..meeting habis jam 1 pagi memang penat sangat..
bilik pulak jauh dari tempat meeting..
memang hari yang memenatkan..
Sampai kat bilik aku tukar baju cuci muka
dah siap landing sekali dengan bear dalam pelukan dpt call
cer teka dari sapa??

hehehehehehehe

"Hello..Assalamualaikum,"
"Hello.."
Aku dah tak larat nak jawab..fon pun aku letak dekat telinga je..
"Abang"
"Ye..Dah makan ubat belum? Baru nak tido? dah pukul 1 pagi,"
"Abang..Sejuk.."
aku pun tak sedar apa aku cakap..n aku terasa air mata aku jatuh..
mungkin sbb terlampau penat sngat

"Nurul..hello..nurul"
tu je aku dgr n aku dah tertido sampai esok pagi..sedar-sedar dah pukul 10 pagi
nasib baik tak terlajak tido

memang tak berapa nak sihat..
semalam meeting
hari nie perkenalan kelab pulak..

Memang tak mencabar betul dua hari tu..
dengan dia dah start call aku..
Dia cuba untuk mengembalikan hubungan yang lama
kenapa??
beri larh aku ruang dan masa
Andainya tiba masanya pasti engkau akan kembali pada aku..
percaya larh


Yang benar
- yg meraih cinta Ilahi-

KAU KEMBALI LAGI 2

Sambung cerita yg hari tu..
Start je iklan aku dah ready nak tido..
Kepala memang tak boleh nak tegak dah..
Before that aku bagi tau Abg Amir kalau nak gi mana2 kejutkan aku..

N 1 2 3..
Aku pun tido..nasib baik pakai sweater tebal..selesa sikit mcm dah berselimut pulak..tapi tang kaki sejuk sikit..sbb aku pakai seluar nipis..
Tido memang tak sedar apa2 larh jawabnya..
Sbb aku rasa nyenyak sangat..

Guest what..cerita dah habis Abg Amir kejutkan aku tapi dia duduk sebelah kiri aku..kejap..bukan tadi Abg Amir duduk sebelah kiri aku ke?
And aku bahagian kaki aku ditutup dengan sweater..
Dan sebelah kanan aku sepatutnya Abg Amir eah..orang lain pulak..
Nie sweater siapa pulak..
Aku hulurkan sweater tu kat Abg Amir and
 "dia punya"
And I give back his sweater
"Thanks"
Angguk je??
Ok..

Keluar dari panggung tu fon Saiful berbunyi..
"Hello ma, dah habis dah"
Aku dgr larh jugak dia cakap dia jalan sebelah aku..
"Mama ajak makan. Diaorg dah tunggu kat restoren"
Kami ikut je larh..
Otw nak gi jumpa mama dgn baba tu kami lalu dpn farmasi..
"Abg Amir pergi dulu eah..kejap lagi org dtg"
"Ok" Abg Amir pun pergi and aku ingat si Saiful nie pergi jugak..dia berdiri je sebelah aku..

"Org nak pergi farmasi kejap"
"Jom abg temankan" Kami berdua pun pergi larh farmasi and aku mintak panadol, ubat batuk and ubat selsema..
"Abg bayarkan" Dia pun bayarkan ubat2 aku tu..
Masa dia hulurkan ubat tu dia ada hulur sekali duit..
"Nak buat apa duit nie?" Pelik gak larh dia bagi duit.
"Buat belanja. Pakai larh duit nie" aku pun pikir gak nak buat apa dgn duit nie sbb ayah dah kasi duit belanja untk beli buku..
Ptptn pun dh masuk untk bayar yuran..
Bukan apa aku tak nak dikatakan amik kesempatan..
Duit tu bukan hasil aku..

Aku amik larh duit tu mana tau berguna jap lagi..hehehehe
Kami pun pergi restoran..
Mama dgn baba dah order makan and kami sampai makanan pun dihidangkan..
And ada satu mangkuk sup diletakkan didepan aku..
Kenapa satu je??

Tu je makanan yg aku rasa aku boleh makan..
Nasi pun aku tak sentuh..
Kemusykilan disitu..hahahahaha..
Takde yg musykil..mungkin Abg Amir orderkan untk aku atau dia yg orderkan untk aku..

"Nurul tak sihat ke?"
Ah sudah..takkan aku nak bgtau semalam aku keluar pastu kena hujan..giler wei..tolong sesapa..apa nak cakap nie..
"Ma..tadi kat dlm wayang tadi sejuk sangat..tu abg orderkan sup untk nurul"
Bahang dah muka aku..thank you awak..nasib baik dia perasaan aku jeling kat dia..hahaahha..

"Larh yeke..tu larh..mama ajak teman mama jalan dekat Ikea tak nak..nak jugak ikut si Saiful tu"
Ma bukannya org tak nak ikut..tapi tak larat..sungguh..aku mampu ckp dlm hati je..
"Banyak ke barang mama beli?" Saje aku nak ubah topik..nanti aku jadi bahan pulak..
"Kamu bukan tak kenal dgn mama tu..habis kopak duit baba" dgr dah suara2 merungut..
Mula larh drama mama dgn baba...hahahaha..
Lama sungguh tak berborak dgn baba ngan mama..

Habis makan, mama dgn baba dah nak balik.
Aku pun ok je larh..nak buat apa lagikan..
Sbb malam nie aku ada perjumpaan tanzim..aku nak rehat2 dulu kat kolej..
"Mama balik dulu dgn baba sekali dgn Amir. Nanti Saiful hantar Nurul balik kolej yea,"
Oh no
"Ma..Mama..takpe larh..orang boleh balik naik mrt..kejap je sampai..nanti naik keta dgn jem lagi..lagi pun mamakan naik keta dgn abg Saiful.."
"Mana pulak..Saiful bawak keta sendiri..mama naik keta dgn Amir..Dia drive.."
Oh my God..
Oh no way..
"Ma..mama.."
"Takpe..baba dah cakap dekat Saiful suruh anta kamu balik kolej.Bahaya balik sorang2..Baba tak izinkan naik mrt sorang2"
"Baba..please.."aku dah merengek macm bdx2 kecik dah nie..
"Biar larh abg epul antakan..apa susah..buli je dia" Abg Amir pun tak nak backup kita..
Aku dah buat muka moyok dah nie..

"Mama nak balik dah nie. Nie ada duit belanja.."
Oh mama ku sayang..
Thank you..
And diaorg pun balik..
Jam dah pukul 3 lebih..
Nampak pulak surau.."pergi larh solat, tak elok lambat2"
"Tak boleh solat ke?" Boleh pulak dia tanya..
"Tak boleh..org tunggu kat luar"

Takde lama sangat nak tunggu lelaki solat..bukan kena bukak tudung pakai telekung..
Lepas siap solat dia tanya..
"Jom jalan2 kat bawah"
Aku on je even pun demam2..still berjalan tau..
Sbb aku dah ada duit..ingat nak beli apa2 yg menarik..banyak jugak kedai kitaorg masuk and sampai satu kedai nie KAISON tak silap..
Dia jual barang2 perhiasan dlm rumah..
And ada jugak bear2 comel...

Ini larh masanya nak spend kan duit..
Aku belek2 bear yg ada and ada satu bear tak besar n tak kecik..sedang2 je..boleh jadi peneman aku..bilik single..takde apa nak dipeluk..and aku lamar dia..
"Bearku yg comel.." aku tgh cakap dgn bear tu and ada jugak yg nak menyampuk..
"Kenapa beli bear?"
"Biar larh..org nak berborak dgn dia dlm bilik,"
"Borak larh dgn abg..Abg kan ada.."
Hmmm..dia nie sibuk je..Takde masa larh nak borak dgn dia..
aku sambung borak dgn bear tu
"Bear comel..saya lamar awak jadi pasangan saya..teman saya selalu yea.."
Nampak dah jelingan maut sebelah aku..
Peduli apa..yg penting aku dpt beli bear baru..
Aku pun bayar pakai duit dia kasi..
Nasib baik aku cepat bayar kalau tak dia bayar dulu..

"Nurul tak nak terima Abg sebagai teman hidup nurul ke?"
Argh...again..
"Abg..please stop..kita cuma berkawan je..bukan org tak boleh terima abg tapi bagi masa n ruang untk org tumpukan benda yg lebih penting"
"Habis tu abg tak penting? Tuntutan berkahwin tak penting?"

Serabut dah kepala otak aku..
Ada jugak aku lari nie..
"Abg park keta dekat mana?"
"Kenapa? Nak balik kolej? Abg hantar yea.."
Yes..aku nak balik kolej tapi aku nak balik sendiri..
"Tak..org nak makan ubat and nak tumpang dlm keta"
"Ok jom"

Nasib baik dkt dgn lif tau..
Masuk dlm kereta, aku duduk kat seat blkg
"Tak yah hidupkan enjen. Org nak tumpang rehat je."
Aku dah siapkan ubat tinggal nak air je..nampak pulak air kat seat belkg..
"Air nie elok tak?"
"Elok je..Pagi tadi abg bawak. Minum larh"
Aku makan ubat yg beli tadi and terus baring kat seat belakang..
Dalam aku lelapkan mata tu, aku try borak dengan dia
"Abg. Bagi masa dkt orng 3 tahun je..biar saya habiskan belajar dulu..baru kita pasal hbgn kita"
"Nurul..3 tahun tu lama..abg tak sanggup tunggu lama dgn tengok nurul keluar dgn kawan lelaki lain"
Ish dia nie..aku sepuk jugak..suka kaitkan dgn member2 aku..
"Abg..diaorg tu member je. Member biasa je."
"Memang larh member biasa tapi lelakikan..abg pun lelaki..abg tau lelaki mcm mana.."
Malas aku betekak ngan dia aku diam kan aje..pura2 tido..kepala dah berat dah sbb makan ubat batuk..
Sejuk wei..even tak bukak aircond keta tapi aku terasa sejuk..
And aku dgr pintu keta bukak and pintu dekat kepala aku terbukak..
Kepala aku dh terangkat sikit and terus aku bangun..
"Abg..please..org nak rehat kejap je..betul2 tak larat nie"
"Ye abg tau..baring atas pangku abg nie"
Aku pun lantak larh..beralas kowt bukan tak alas..
N aku terasa bahagian badan aku diletakan selimut..selesa nyer..
"Abg tau semalam nurul keluar dgn Shamkan pergi jalan naik moto dengan berhujan..
Abg risau bila mama kata nurul nak naik mrt jumpa mama..Abg nak jemput nurul tak nak..kalau tak kebah kejap lagi kita pergi klinik"
Tak larat aku nak jawab..
Aku pun tak sedar bila aku dah tertido..

Aku tersedar bila dia nak alihkan kepala aku dari pangkuan dia
"Dah masuk waktu asar. Abg pergi solat kejap"
"hmmm"
Aku dah rasa ok sikit..
sementara tunggu dia solat aku takde larh tido balik..
baru aku perasan bear yang aku beli tadi ada sebelah aku..
"Jom balik. Abang hantarkan"
Aku diam je sbb aku malas nak pergi meeting..kalau boleh aku nak balik lambat sebagai alasan aku tak nak datang meeting.
Tiba-tiba pulak dia duduk sebelah aku..
"Kenapa? Ada masalah ke? Abang hantarkan yea,"
"Abang.. Jom jalan2 lagi..Awal lagi nak balik kolej,"

Aku rasa mcm nak lari dari semua benda..
kalau boleh aku nak sendirian..
tak mau terlibat dgn tanzim2 bagai
tak mau ada assigment
tak mau ada gangguan2..

-sambung-

Rabu, 19 September 2018

KAU KEMBALI LAGI

Cuti2 satu Malaysia orang berjalan-jalan
Dating..family day..wayang..Shopping..
Guest what???
Hari Malaysia kali nie jadi sejarah buat aku..
oh my God

Mama call..
mama siapa??
Mama Saiful larh.. Dia ajak keluar sbb dia baru dapat tau aku dah sambung belajar balik and tepat harinya jatuh Hari Malaysia pulak..
Semalam aku dah keluar dgn member gi IOI City Mall..
dengan redah hujannya..Malam tu memang tak sihat larh..
Pagi lepas subuh dapat call mama nak datang kolej nak amik aku bawak keluar..
What?? Argh malas nyer hanya Allah je yang tau..
Aku pun bagitau larh kat mama tak perlu amik aku.. Aku naik MRT je..
Sbb nyer..jeng..jeng..jeng..Aku dah tak sedap hati tiba2 mama ajak keluar..
Dengan beraninya aku gi mandi lepas subuh tu nak terus bersiap..

Dalam pukul 9 aku dah gerak gi busstop naik bas MRT..bas kiffah lambat sangat..
tukar amik MRT gi Cochrane area Cheras..
Lama jugak larh duduk dalam mrt tu..14 stesen kowt dari kajang..
Sampai sana dalam jam 11 lebih..
Jumpa mama dengan baba dekat pintu masuk..
ingat berdua sebab memang nampak diaorg je..
Aku pun ajak mama masuk jalan2 kat dalam Mytown Cheras..
"Kejap larh..Abg Saiful ada sekali. Dia park kereta kejap."
What?? Giler kau tak terkejut.. Aku pandang je Baba dengan tanda tanya aku nie..
Baba senyum je larh..
"Bukan Baba ajak.. Tu mama yang ajak..Kata nak pergi shopping,"

Pasrah je larh..
beberapa minit lepas tu jumpa larh dia dengan adiknya..
disebabkan mama nak pegi shopping dekat IKEA and kami follow je..
Aku ingatkan kecik sekali besar mcm gudang..
Dalam otak aku pikir aku dah tak larat nak berjalan..
penat kowt turun naik bas naik mrt..
Dengan tak sihatnye lagi..

Mama dengan sukanya ajak aku masuk IKEA..
baru round kawasan pameran aku dah rasa penat sangat sangat sangat...
Baba, Abg Saiful dgn Abg Amir ikut je kami..
Kawasan pameran tu tak habis jalan lagi tapi aku asyik duduk je dekat sofa pameran tu..
Time tu larh Saiful dok sibuk dekat2 dgn aku..
Argh..kalau boleh nak tido je atas sofa nie..
Dah larh aku pakai sweater je dtg jumpa mama ngan baba..

Mama pulak dah sibuk belek2 perabot larh barang2 rumah..kesian aku kena tinggal kat belakang..
"Demam ke?" Bisikan halus..hahahaha..
Aku anggukkan aje..tak larat nak menjawab..
Dia tarik tangan aku..nasib baik sweater nie panjang..
Aku stopkan dia kejap..
"Nak jumpa mama kejap,"

Aku pun jumpa mama bagitau nak keluar pergi jalan dekat mytown..
Tapi..ada tapi wei..
Aku ajak sekali abg Amir adik Saiful..
Selamba aku je panggil Saiful..hahahaha..takpe..blog aku..peduli apa..

Kami pun keluar dari IKEA tu..
Saiful nie dah tarik2 sweater aku sampai tangan aku pun dah tak nampak..
Dia bawak kami pergi tengok wayang..
Sampai kat kaunter beli tiket..Guest cerita apa??
Munafik 2..aku dah larh tak larat nak tengok cerita..pilih larh cerita yang sedih2..nie pilih cerita seram..memang menjerit2 lerh dlm panggung tu..

Dah beli tiket kena tunggu lagi sbb cerita Munafik start jam 1.15..
Ada lebih kurang 1 jam lagi..
"Abang, orang nak pergi kedai handfon tu kejap,"
Abg Amir nak tinggalkan aku sorang2 dengan Saiful..
"Abg Amir, jangan lama2 tau,"
Dia senyum je..
awkward aku rasa bila berdua je..
Kami diam je..
Muka dia pun aku tak pandang..
Dia sibuk main fon..
fon aku pulak time2 nie masuk ws group tanzim..
aduh aduh aduh..

Pukul 1 tu kami bertiga dah masuk panggung..
aku memang dah tak larat..
nak tido je skrang..
movie pulak 2 jam..memang syok habis larh..
Seat kami ditengah2..
Aku masuk dulu sebab aku nak duduk sebelah Abg Amir..
kiranya Abg Amir duduk tengah antara kami berdua

Aku nampak dah muka reda si Saiful..
Hahahah..aku tak mau duduk sebelah dia..nanti mesti dia kacau2 aku..
Duduk je dekat kerusi tu aku selesakan diri nak tido..
disebabkan kami masuk awal so tak ramai lagi larh dalam panggung tu..
beberapa minit lepas tu segala jenis iklan start..aku tak tau berapa lama iklan tu..sbb bila dah digelapkan panggung tu aku dah lelapkan mata..


-sambung-

Jumaat, 14 September 2018

AKHIRNYA TERTUMPAH JUA 2

Sekian lama kau mendiamkan diri
Akhirnya kau kembali

-Dear crush
Aku tau kau busy
Tapi tak nak tau kabar aku ke
Selalu rajin ws aku
Kau buat aku ternanti2 tertunggu2
Dan kau jugak buat aku takut
Takut kenapa??
Takut terlalu menyanjungi
Takut terlalu memuja
Takut terlalu taksub

Tapi aku menahan diri aku
Aku tahu kalau aku biarkan hati aku terus menyanjungi kau
Aku pasti akan jauh dari Sang Pencipta
Sbb itu..
Akhirnya tertumpah jua
Sbb kau akhirnya ws aku..
'👀' emoji nie yang kau letak???
Why??
Why??
Kenapa cari aku dikala aku cuba untuk menahan diri aku dari terus merindui kau..
Kenapa??

Hati aku nie senang berbolak balik..
Aku cuba untuk meraih cinta Ilahi..
Tapi dalam masa yang sama aku jugak cuba menyekat hawa nafsu daripada terlalu cinta padamu..
Tiap kali aku teringatkan kau
Aku jadi berdebar
Bila ada orang tanya kau dah ada pasangan??
Hati aku rasa takut
Takut sangat
Takut sebb kau jadi milik orang..

Aku terlalu taksub dengan kau..
Tolong Ya Allah
Dekatkan aku dengan-Mu
Jauhilah aku dari perasaan yang mengikut hawa nafsu..
Jauhilah aku daripada lebih mencintai manusia yang kerdil berbanding Yang maha Mengasihi..

-Amiin Ya Rabb-

AKHIRNYA TERTUMPAH JUA..

11 September 2018
Selasa

Yup..kami senior2 UKM daftar masuk kolej..
Nak kata meriah tak jugak..
Ada je yg kecewa like me..
😂😂😂
Knp kecewa??
Dapat bilik single
Mau tak sedih..
Bayangkan dr form sampai masuk U tahun 1 kau dpt bilik yg ada roomate..
Masuk tahun 2 takde pun yg tanya sapa roomate aku..
Sbb bilik single..
Memang sedih larh..

Sapa je tak sedih..mana ada orang yang suka bersendirian..
Sume nak berpasangan
Samaada berpasangan dgn lainan jantina mahupun sama jantina..
Means dalam dunia nie perlukan teman..
Kawan..sahabat..

Dan malam tu malam pertama dibilik baru dengan keseorangan..
Akhirnya tertumpah jua..
Kenapa??
Tak tau kenapa..
Tiba2 rasa sayu..
Nak ada orang teman..
Rindu teruk buat pertama kali..
Rindu sapa..
Rindu kat dia..

Ye..boleh kata aku terlalu sanjung kat dia..
Tapi apakan daya..
Aku perlu dekatkan diri dengan-Dia dulu..
Baru aku boleh dekat dia..
Aku rasakan aku makin jauh dari-NYA..

Sungguh aku rindu padamu Ya Allah..
Tapi aku terlalu sanjung kepada hamba yang kerdil..
Jika benar dia jodohku dekatkan hati kami kepada-Mu dan berkatilah kehidupan kami..


  • -Dear rindu-

Ahad, 9 September 2018

ARGHHH!!! PENATNYA...

"Banyaknya barang..."
"Pindah rumah ke?.."
"Alang2 tu bawak je sekali almari.."
"Amboi..lari dari rumah ke?"
Bla bla bla...

Itu sering terjadi kpd semua perempuan wanita yang nak bercuti @ student daftar asrama @ camping n seangkatan dgnnya..
😂😂😂😂

Memang barang kami banyak..lebih banyak dari barang lelaki..
Kadang2 sampai jealous ngan orang lelaki..
Pernah sampai satu tahap perempuan akan give up nak buat sesuatu yg dia nak try..
Pernah sampai satu tahap perempuan rasa mcm nak jadi lelaki..
No tudung
No t-shirt lengan panjang
No pants..
No telekung..
Just simple..
Blouse
Free hair
No need pakaian solat..

Kau rasa apa jadi..
Mesti rasa semua ada..
Nak kata marah tak juga sbb kalau bawak tudung, telekung, t-shirt lengan panjang..
Tu sume makan banyak beg..silap hari bulan
Sebesar almari...
😅😅😅😅😅😅

But as woman..
We know..
Sesusah mana sekalipun..
Seberat mana sekali pun tetapi kami bawak..
Especially as a student..
You see and take a look..
Different girl room and boy room..
Girl so much complicated..
But boys..simple..no much things in their room..

Its okay..because all about yourself..
Maybe woman is complicated but they are the best in the world..
Go woman..
Go girl..
Keep fighting..😄😄😄😄

Isnin, 3 September 2018

KEHIDUPAN BARU😢😢😢

TAHNIAH🎉🎉🎉
TAHNIAH kpd pelajar-pelajar yang telah berdaftar untk sambung belajar..

Cuma tinggal kami yg pelajar senior je larh kan belum daftar..
Tapi U lain dah start kuliah dah..
Kami yg senior UKM masih bergolek2 menikmati saat2 cuti sem..😂😂😂

Apa2 pun tahniah buat pelajar junior sbb dpt dtg minggu mesra mahasiswa (3M)
Disebabkan tak jadi pemudahcara (PC) jadi tak tau larh macam mana perjalanan MMM korang..
Just tengok story2 yg ada je..

Yg tau semalam 2 hb Sept 2018 tarikh bersejarah korang daftar..Malam tu taklimat and sedikit ucapan dari naib Canselor (nc) ke setiap kolej..
Nasib larh yg kolej last2..kena tunggu nc dtg..😅😅😅

Relek sudah..memang bosan tapi apa yg nc cakap, mep cakap felo cakap tu sume untk korang..setiap kolej ada pentadbiran dia tersendiri..
So berbeza ok..good luck..next week kita jumpa eah untk memperkenalkan kelab-kelab yg ada dalm kolej ungku omar..huhu..

Hari nie hari ke2..
Tengok story pagi tadi semua gerak ke fac and dewan2 besar untk taklimat fakulti and kos..
Fpi konfem dewan dia kat DTAMS..😅😅 tau sangat dah..
Petang pulak tak silap ada karnival sukan..tengok story sume padang penuh..lawan antara kolej sbb tgk story sorakan kolej masing2..untg kolej yg ada alat untk main muzik..terutama KUO..
Sbb tu masa perang dectar tahun lepas kami bertahan 3 kolej yg bertakhta menakluki DECTAR..hahahaha..3 pagi balik jalan kaki..nasib baik dekat..tak dpt bayang dak2 kkm ngan kpz..

Untk esok dah start domain rasanya..domain kebudayaan paling best..
Terbaik..
Giler kau tahun lepaskan famous lagu dato seri vida..lagu tu jadi tarikan kowt..penuh satu dewan woi..😂😂😂 memang sporting habis..

Pusat kebudayaan paling banyak citra..mcm2..dari yg klasik sampai moden..yg islamik pun ada..nak belajar magik pun boleh..ada citra silap mata..hahahahaha..tak kesempatan nak amik sbb dah amik khat..takut bertindih kelas...

Apa2 pun tahniah and good luck korang..lepas mmm korang ada cuti 5 sbb NC kasi cuti..isnin takde kls..terus cuti awal muharam..hahahha..kan best tu..😁😁😁😁

Rabu, 29 Ogos 2018

WHO LIKE ME 2

Musim panas yg memenatkan..
Dikala cuti sem pada musim panas semua bergembira berjalan2..
Aku pulak??

Huarghhhh...
Demam yg memenatkan..
Mula dgn panas badan..lepas tu kena pulak selsema..
Dan selagi batuk tak dtg selagi itu demam takkan kebah..
Who like me?
Bila demam mesti 3 serangkai..
Badan panas, selsema, batuk..
Kadang2 sampai berminggu2..

Teringat masa first sem...baru sebulan masuk dah kena demam teruk..still ingat sbb time tu kelas campur dgn jabatan lain..arghhh..malu nyer...
Even pun tak sihat dtg jugak kelas..
Dtg jugak kuliah yg berjam2..
Paling perit bila batuk..
Memang menganggu sangat..
Sampaikan pergi kuliah yg 2 jam jadi 30 minit..
Ye larh..masuk dewan yg sejuk mcm peti beku dlm 15 minit..pastu bukak fon and rekod kuliah..pastu suruh member tengokkan..n keluar duduk kat luar..lagi 15 minit nak habis masuk balik dlm dewan..
Hahahahahaha...
Kadang2 rasa geram..
Dh larh dewan sentiasa senyap..
Batuk nie satu dewan boleh dengar..
Bila bersin pergh..nasib baik tiap kali keluar spare pack tisu travel..senang nak bawak..

Tak sukanyer..
Musim panas yg menyakitkan..
Tiap kali hari paling panas hari tu jugak kena demam..
Hari tu my crush mandi pantai..n i dm dia bagi tau hati2 musim panas..nanti kena demam..tak berapa jam lepas tu kena demam yg memeritkan..
Nasib baik cuti sem..
Harap baik2 je nanti sebelum naik sem..
Tak sampai 2 minggu..12 hari je lagi nak rehat kat rumah..

NOW I'M ASKING..
WHO SAME LIKE ME?
Becareful..
Take care of your self..
For my dear crush..

Isnin, 27 Ogos 2018

WHO LIKE ME???

Siapa yg bila dia demam dia tau mesti ada ahli keluarga dia yg demam jugak?
Siapa yg bila poket dia kosong means duit takde dia tau both parents dia pun tgh takde duit?
N macam2 lagi..

Who like me?
Saya salah seorang seperti diatas..
Mempunyai ikatan yg kuat dgn ahli keluarga

Means..bila saya  demam saya tau yg ada ahli keluarga saya jugak yg tgh demam..
Saya rasa benda nie berlaku sejak di tingkatan 6.. Saya dpt smbg belajar disana n duduk hostel..
Tiap kali saya demam saya akan call ibu n mostly salah seorang mesti jugak akan demam..
N until now saya smbg belajar kat U..
N jarang balik..
Demam tu datang bila nak period..

N saya akan call my parents..
"Ada yg demam ke?"
And yes..
That its..
Hubungan saya dgn family sangat rapat...
Itu juga menjadi asab untk saya jaga hubungan dgn family..

Restu ayah ibu sangat penting sebagai seorang anak..
Reda Allah terletaknya reda ayah dan ibu..
Taat kepada ibu ayah selagi tidak menyalahi kehendak syarak..
So kenapa bila parents kata jangan lepak malam2..bahaya..
Jangan bawak moto laju..
Jangan bawak anak dara orang naik moto..

Itu semua nasihat buat anak muda..
Sapa kata dia tak pernah lepak mlam..
Tipu kalau tak pernah..
Especially yg belajar jauh dr parents..
Ingat member tak pernah ajak..
On tak on malam nie..
Mesti korang punya..
Member punya hal..

Tapi ingat berpada2..
Ingat ibu ayah bila buat sesuatu perkara..
Mereka yg membesarkan kita..
Mereka yg bagi kita makan
Mereka yg bagi kita pakaian
Mereka jugak bagi kita tempat tinggal..

So hargai mereka selagi ada..
Jika korang ada kelebihan mcm saya..
Ingat lah sakit ibu ayah kat rumah..
Penat mnjaga kita siang malam..
Being with your family is a happiness..

Sabtu, 25 Ogos 2018

DULU VS SEKARANG

Dulu berbeza dgn sekarang


Kalau dulu aku sentiasa disinari dgn ucapan2 sayang daripd manusia
Sekarang aku sentiasa disinari dgn ayat2 yg merdu didengari

Kalau dulu aku sentiasa menghabiskan masa dengannya
Sekarang aku sentiasa menghabiskan masa dgn perkara yg diredai oleh-Nya

Kalau dulu aku setiap malam aku mendapat panggilan daripadanya
Sekarang aku menghabiskan malamku mendekatkan diri dengan-Nya

Kalau dulu aku menghabiskan masa dgn berborak dengannya
Sekarang aku lebih gemar berborak dgn-Nya

Kalau dulu aku menghabiskan masa dgn keluar dgnnya
Sekarang aku menghabiskan masa dgn keluar mencari ilmu

Itu lah lumrah manusia
Akan berubah dan terus berubah
Sama ada untk menjadi lebih baik atau sebaliknya
Syukurlah dgn nikmat Tuhan agar kita sentiasa berubah ke arah lebih baik dan jalan yg diredai oleh Allah..
Meninggalkan seorang manusia bukan bermakna membenci
Namun sebelum hadirnya dia didalam hati manusia ia maka hadirkan rasa cintai dan taat akan perintah Allah dan Rasul..
Itu yg paling utama..

Setiap manusia berhak untuk berubah untuk menjadi lebih baik..
Berubah kearah kebaikan yang memberi manfaat kepada seluruh manusia..
Ingatlah bahawa tiada siapa dapat mengubah hidup kita melainkan dengan kehendak sendiri..

Jabatan Usuluddin dan Falsafah, FPI UKM BANGI

Hari nie aku nak share sikit kursus yg diambil oleh student2 FPI Jabatan Usuluddin dan Falsafah atau Pusat Akidah dan Keamanan Global..
Kursus yg diambil akan terdiri drpd 5 komponen..
1. Kursus teras fakulti
2. Kursus teras jabatan
3. Kursus elektif
4. Kursus citra wajib
5. Kursus citra universiti

KURSUS TERAS FAKULTI
Subjek-subjek yg ditetapkan oleh pihak fakulti pengajian Islam. Subjek nie akan diambil oleh semua pelajar FPI tak kira jabatan mana sekalipun. Kecuali kalau ada yg nak buat transfer kredit. Selalunya student diploma..

KURSUS TERAS JABATAN
Subjek-subjek yg akan diambil mengikut jabatan masing-masing. Fpi mempunyai 5 jabatan.
Jabatan Syariah, Usuluddin dan Falsafah, Quran dan Sunnah, Dakwah dan Kepimpinan dan last Jabatan Arab dan Tamadun Islam.

KURSUS ELEKTIF
Subjek yg boleh dipilih. Selalunya untk pelajar tahun akhir. Sebab tahun 3 akan dibahagikan kpd 2 modul. Untk jbtn Usuluddin dan falsafah juga ada 2 modul.
1. Modul akidah dan kerohanian
2. Modul Agama dan Falsafah

KURSUS CITRA WAJIB
Kursus yg akan diambil oleh semua student UKM. Tak kira larh fakulti mana sekalipun. Semua pelajar akan mengambilnya mengikut yg telah ditetapkan oleh pihak UKM.

KURSUS CITRA UNIVERSITI
Kursus yg telah disediakan oleh pihak Pusat Citra. Banyak kursus yg disediakan diluar bidang drpd pengajian yg kita ambil. Citra diwujudkan bertujuan bagi memenuhi jumlah kredit yg telah ditetapkan. Selain itu juga pelajar2 boleh menceburi bidang diluar pengajiannya. Contoh kursus yg ditawarkan bahasa korea, seni khat, asas keusahawanan Islam dan pelaburan Emas dan banyak lagi..

So sini nak share kursus2 yg akan diambil oleh student JABATAN USULUDDIN DAN FALSAFAH (JUF) atau PUSAT AKIDAH DAN KEAMANAN GLOBAL ( PAKeG)

TAHUN 1
SEMESTER 1
Maharat al-Qiraah
Akidah Islam
Kemahiran Bahasa Inggeris
Kajian Tafsir
Kajian Hadith
Penghantar Falsafah
Pemikiran Islam Semasa
Citra Universiti

SEMESTER 2
Asas keusahawanan dan inovasi
Maharat al-Muhadathah wa al-Khatabah
Akhlak dan Tasawuf
Metodologi Dakwah
Kaedah Penyelidikan
Kemahiran Bahasa Inggeris
Falsafah Islam
Ilmu Kalam
Citra Universiti
Citra Universiti

TAHUN 2
SEMESTER 1
Tamadun Islam dan Tamadun Asia
Maharat al-Kitabah
Fiqh Ibadat dan Munakahat
Penghantar Qiraat dan Hafazan
Kemahiran Bahasa Inggeris
Perbandingan Agama
Citra Universiti
Citra Universiti
Citra Universiti

SEMESTER 2
Hubungan Etnik
Pengurusan Dan Analitik Data
Maharat al-Istima wa al-Fahm
Fiqh Muamalat dan Jinayat
Sejarah dan Tamadun Islam
Logik dan Pemikirian Kritis
Citra Universiti
Citra Universiti
Citra Universiti

1. MODUL AKIDAH DAN KEROHANIAN
TAHUN 3
SEMESTER 1
Kemahiran bahasa Inggeris
Falsafah Moden
Latihan Ilmiah
Kajian alQuran masa kini
Kajian Ahli Sunnah wa Aljamaah
Firaq Islamiyyah
Tasawwur Islam
Kajian ajaran sesat
Kajian tarekat
Pemikiran akidah dan tasawuf nusantara
Tafsir ayat kawniyyah
Citra universiti

SEMESTER 2
Latihan amali/Industri
Kajian teks Usuluddin dan falsafah
Latihan ilmiah
Kajian hadis masa kini
Isu akidah dalam alQuran dan Hadith
Kajian teks akidah dan tasawuf
Tasawuf perbandingan
Kajian rohaniyyat dan samiyyat
Pemikiran Akhlak Islam
Kajian Tasawuf Sunni dan falsafi

2. MODUL AGAMA DAN FALSAFAH
TAHUN 3
SEMESTER 1
Kemahiran bahasa inggeris
Falsafah moden
Latihan ilmiah
Kajian alQuran masa kini
Kajian ahli Sunnah wa alJamaah
Falsafah Abad Pertengahan
Psikologi agama
Perbandingan Falsafah
Falsafah akhlak
Falsafah polotik dan sosial Islam
Agama Yahudi dan Kristian
Sosiologi Agama
Agama hindu, Buddha dan Sikh
Citra Universiti

SEMESTER 2
Latihan Amali/Industri
Kajian teks Usuluddin dan falsafah
Latihan Ilmiah
Kajian hadis Masa kini
Falsafah Agama
Kajian perbandingan agama masa kini
Falsafah ketuhanan
Falsafah minda
Falsafah kehidupan
Antropologi agama
Agama kristian di Nusantara
Kajian agama-agama timur

Itu sahaja kursus yg akan diambil oleh student2 JUF FPI UKM Bangi..
Untk jabatan lain boleh tanya senior2 yg lain..
Nie nak share sbb saya amik kos Usuluddin dan falsafah..
So..enjoy your study..

Jumaat, 24 Ogos 2018

KELAB IQRA, KUO UKM BANGI



Tada..seperti yg dijanjikan nie senarai program yg aku join sepanjang tahun 1 di KOLEJ UNGKU OMAR, UKM..
Yg jawatan ajk tu under kelab Iqra kerjasama sekretariat Kerohanian..
Nie senarai program yg dianjurkan under sekretariat kerohanian n kelab iqra..
Bengkel zakat
Demam final
Two for Omarians
Ceramah maulidur Rasul
Forum penghayatan quran
Kursus sembelihan dan pengurusan jenazah..

Sebenarnya untk sem 2 banyak aktiviti tangguh sbb UKM busy dgn SUKIPT..
Jadi mungkin akan dibawa ke next year..

Setiap program yg kami anjurkan memang mendapat sambutan..dan selalu kami buat open untk student UKM..
 Nak tau banyak maklumat mengenai Kelab Iqra boleh tengok dekat FB dgn IG..
Kat situ kitaorg update program2 yg kami akan buat..

Nie nak promote sikit pasal kelab iqra..
Asal dgn nama2 islamik sikit mesti ingat untk bdx2 fpi..
Sebenarnya tak..
Asalnya untk semua student termasuk yg bukan muslim..
Kelab Iqra diusahakan dgn kerjasama sekretariat Kerohanian..
Kerohanian bukan hanya untk org Muslim sahaja..tetapi digalakkan untk semua manusia termasuk bukan muslim..

Semua orang perlukan didikan kerohanian..
Agama mana yg mahu umatnya mempunyai rohani yg lemah..
Setiap manusia perlukan kekuatan kerohanian mengikut agama masing2..
Sebab itu kelab iqra ditubuhkan untk sama2 membantu menyampaikan dakwah bukan sahaja untk pelajar fpi tetapi untk seluruh manusia..
Tidak kiralah dakwah mengenai apa sekalipun..
Hata dahwah untk mempunyai akhlak yg lebih baik..bukan sahaja untk umat Islam..tetapi agama lain turut menggalakkan mempunyai akhlak yg baik dan sopan..

Banyak lagi aktiviti yg akan dilakukan yg bukan hanya untk orang Muslim tetapi jugak untk semua manusia supya tidak berlaku isu2 perkauman..
Berbaiklah sesama manusia kerana ianya pastikan membawa kebahagian yg tak diduga..
Amiin..

SAYANG YG TAK MAMPU DIUNGKAP

Bosan-bosan nie..apa nak buat?
Lama aku menanti apa2 khabar dr kau..
Nak ajak borak..takde sapa yg free..

Apa2 pun nak ckp kat member jauh..
Selamat hari lahir..
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan..
Khas buat Sham..

Kebelakangan nie ramai pulak tanya sapa Sham..
Bila nak bawak jumpa??
Orang mana?
Baik tak??
Yup..dia baik sangat orang nyer..Dia orang terengganu..Bila nak bawak jumpa rasa nya tiap kali keluar mesti dgn Sham..ramai dah tau kalau aku keluar bawak member mesti dgn Sham..

Tapi ada jugak salah sangka dgn Sham..dia ingat kau lelaki...
HAHAHAHAHAHAHAHAHA..
Dia member perempuan yg satu kepala dgn aku..
Aku suka sangat berkawan dgn dia..
Kitaorg selalu keluar bersama..
Kadang2 bila aku nak keluar mesti dia dah ajak dulu..
Bukan senang nak cari kawan yg boleh memahami kita..
Dari sekolah rendah...
Sekolah menengah..
Tingkatan 6...
Sambung belajar ke UKM..
setiap proses pelajaran tu pasti ada kawan yg paling aku rapat..

Kalau nak sebut tentang diaorg boleh dah kowt bagi tau..
Hahahaha..
Saat2 nie aku kena hargai diaorg..
Sbb aku tau..lepas habis belajar..masuk pulak alam pekerjaan mesti ada org lain yg akan menjadi penganti korang..
Lepas tu alam rumah tangga..suami pulak menjadi penganti untk menjadi peneman isteri..

Saat bahagia nie..aku cuba untk menjadi sahabat yg terbaik buat korang..
Yg pasti hidup larh dlm keredaan Allah..

Sayang korang..
Muuuuuuuuah...

Rabu, 22 Ogos 2018

BIARLAH RAHSIA

Setiap hari aku tengok story dia..
Tiap kali bukak ws mesti tgk last seen dia..
Bila rasa bosan suka skroll ig dia..
Kalau dah suka kenapa tak kongsi bersama??

Rahsia yg aku simpan kemas takde siapa yg tahu..
Walaupun dah tidak saling berhubung tapi aku tetap jugak tau apa yg kau buat..
Rasa bersalah..
Rasa simpati..
Rasa sayang..
Semua nya ada..

Apa yg aku boleh buat???
Hati dan perasaan aku ada pada org lain..
Tak sampai hati nak mainkan perasaan kau..
Tak sampai hati nak berpisah dgn kau..
Tapi ini jalan terbaik supaya tiada keraguan dalam kehidupan..
Tiap kali aku sebut nama org lain pasti kau akan cuba menjadikan ia satu pergaduhan..
Tiap kali aku perlukan bantuan pasti kau mencari alasan dgn kesibukan..

Jadi biarlah kita berpisah demi kebahagiaan bersama..
Tiada yg merana..
Tiada yg terasa dipergunakan..
Tiada yg merasai kesedihan..

Yg tinggal hanya lah kenangan bersama..
Yg tinggal hanya lah kerinduan yg tiada henti..
Yg tunggal hanya lah ingatan yg menjadi teman..

Ingatlah..
Disaat tiba waktu..
Jika benar kita  akan bersama..
Tapi jika sebaliknya..
Doa kebahagiaan sepanjang hidup sentiasa mengiringi..

Khas buatmu,
Yg terindah..

PENGORBANAN BERSAMA

ALHAMDULILLAH..
10 ZULHIJJAH 1439 H
BERSAMAAN 22 OGOS 2018 M

Salam hari raya Aidil Adha buat semua..
Hari nie semua umat Islam menyambut hari raya korban bagi mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail as dalm menjalani perintah Allah swt..

Nak kongsi sedikit pengorbanan seorang Ibu dalam menyediakan persediaan untk menyambut hari raya..Tak kisah hari raya apa sekali pun..

Pertama bila tau esok dah nak raya mesti ibu2 mesti pergi dapur..
Untk apa?
Nak check barang larh apa yg takde..yg tak cukup..
Juadah wajib bila raya mesti rendang, ketupat/nasi impit dan kuah kacang..
Lontong tu kalau ada rezeki lebih mesti ibu buat jugak..
Itu baru check..belum tang masak nyer lagi..sapa yg buat? Ibu jugak..

Kedua kemas rumah..
Jadi rutin harian mesti kemas rumah..
Tapi bila nak hari raya kemas rumah lain macam...sume bersih..padahal tiap2 hari kemas rumah..nak tukar langsir, nak tukar pinggan mangkuk...segala2 nya nak ditukar..
Sapa lagi yg buat kalau bukan ibu...

Ketiga persiapan balik kampung..
Ini paling penting..semua kena clear..termasuk baju kotor..
Sbb tu kalau my family nak balik kampung...subuh2 tu mandi..n org terakhir mesti ibu sbb nak basuh baju..nanti kalau tinggalkan berbau..
Lepastu nak kena check dapur lagi..
Lepastu nak kena check tiap bilik lagi...
Sapa lagi nak buat kalau bukan ibu..

Keempat boleh pikir sendiri kowt..
Banyak benda yg ibu2 korang buat..
Dari bangun tido sampai tido balik..
Sapa je yg buat kalau bukan ibu2 korang..

So hargailah ibu2 korang..
Jangan tunggu hari ibu baru rasa nak sayang lebih..hahahahaha..
So selamat hari raya n rajin2kan larh tolong ibu2 kat dapur..penat dah tu..
Hehheheheheh

Selasa, 21 Ogos 2018

KOLEJ UNGKU OMAR, UKM BANGI

Kolej Ungku Omar, UKM Bangi atau singkatannya KUO..
Pada awalnya aku dpt tau aku dpt KUO kecewa jugak larh..Sbb takde member yg dpt sama kolej ngan aku..pergh..takut wei..
Seram siot..hahahahahah..
Memang larh..itu semua permulaan..
Sapa je yg tak takut..
Budak yg 5 tahun baru nak pergi tadika pun dah merengek nak balik..
Tapi aku takde  larh merengek nak balik..

Cuma gelisah je..sbb dpt pulak tau roomate kos lain..fakulti lain...
Pergh..dak2 BM siot..
Gila kau..rupanya budak ganu..dia cakap ganu ngan aku pergh..boleh larh paham sikit2..

First2 masuk dpt kolej paling dpn..cuma penat sbb dpt aras 3..ok larh..tak tinggi mana..
Pastu masa hari first belajar pergi fac jalan kali je..dekat sbb kolej tgh2 ukm..
Paling dekat fst ngan fep..fssk pun dkt sebb ada jalan pintas dkt pusanika..lagi satu dkt dgn PK (Pusat Kesihatan)
Lagi dekat dgn PTSL 24 Jam..cuma kalau nak masuk PTSL jauh sikit..kena lalu Pusanika..

Lagi pasal KUO..
Ada banyak kelab..
Kelab extrem-C
Kelab Iqra
Kelab Mandarin
Kelab seni silat .... (tak tau sbb baru didaftarkan jadi kelab dibawah kuo)
Lagi kelab apa pun tak ingat..
Paling aktif kelab iqra..
Nak masuk kelab extrem-C ada iv..
Sbb ramai nak masuk..
Jadi aku tak amik kelab tu..
Amik kelab iqra..
Banyak aktiviti yg kitaorg buat..
Next nanti aku senaraikan aktivitinya..

Lagi apa ye yg best..
Kafe paling sedap..aku dah try kafe KKM, KPZ, KTHO, KIY, Pusanika, DTAMS..
Sume nie tak boleh tanding dgn KUO..Kuo sedap pastu murah..
Makcik kafe kenal aku tau..bila tiba satu hari tu aku makan nasi kukus..dia mesti tau minggu tu aku beli nasi kukus je..so dia kasi aku 2 ketul ayam..
Aku boleh simpan makn malam..hahahahahaha..
Sbb jarang makan tgh hari..beli siap2 sebelum gi kelas..pastu balik kelas jam 3 4 camtu baru makan...sbb tu aku pelanggan utama kat kafe kuo..#lagipun aku penghuni kuo..hahahaha
Ramai larg yg suka makan kat kuo..pukul 1 2 camtu makn selalu habis..penah sekali aku terjumpa member aku kat parking moto..otw gi balik kelas..dia pulak nak balik kolej..tanya buat apa kat sini?
Dia cakap makan..kafe kau sedap..murah...
Aku pun ooooo kan je larh..gi kafe..tengok2 lauk sume habis..dah larh lapar..nak tunggu nasi yg goreng2 sume malam..
Beli larh roti..
So percaya larh Kafe KUO memang sedap n murah..

Lagi..KUO ada bilik masak, gelanggang squash, bilik teratak seni, bilik parcel, bilik aktiviti..
Sbb mostly kolej lain takde sume nie..
Especially bilik masak..selalu je ada org tempah nak guna..
Pastu kalau nak pos barang KUO terima barang pos..sbb tu korang boleh kenal felo2 KUO..huhuhuhu..diaorg yg jaga..bukan mep ok..kang barang hilang susah pulak..

Lagi apa eak..
Banyak sebenarnya pasal KUO..
Sbb kitaorg terkenal dgn banyak aktiviti kelab..
So kalau KUO buat program boleh join..bestt2 tau..kitaorg selalu open untk sesapa je..
Lagi best kalau join kelab iqra..
Hahahahahahaha..
Nexr year saya memegang jawatan tanzim keusahawanan..boleh support kalau ada apa2 jualan..ok?
Jumpa nanti..bubye..

Resepi kuih badak berendam

"Kalau kakak kempunan boleh suruh ibu buatkan... Kalau ibu kempunan sapa nak buat?"
"Ibu larh buat..Ibu buat sedap"

Dan bebelan terus disambung..
Nak dijadikan cerita semalam ibu puasa ganti..pastu mengidam kuih badak berendam..
Jadi aku pun buat larh sbb ibukan puasa..takkan ibu pulak nak buat..

Aku kongsi sikit resepi..
Kuih badak berendam..
Bahan2 untk inti
1 biji kelapa parut
3 sudu gula merah
2 sudu gula putih
1/2 cawan air

Caranya 
Masukkan gula merah dan gula putih kedalam kuali
Kacau bersama air hingga gula menjadi larut
Masukkan kelapa dan kacau sehingga sebati..
#kalau suka manis boleh tambah lagi gula merah..hehehe

Bahan untk kuah
3 cawan santan
1 sudu tepung beras
Secubit garam

Caranya
Masak santan bersama tepung beras dan garam..
Kacau sehingga menjadi pekat

Bahan untk adunan tepung
1 paket tepung pulut
1 cawan air
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau/merah

Caranya
Gaulkan tepung dengan garam..
Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi seperti doh..#tapi jangan keras sangat n jangan lembik sangat..agak2
Masukkan pewarna..
Uli sehingga rata..
Kemudian ambil sedikit adunan dan dibulatkan..
Masukkan inti kelapa yg sudah siap dibuat
#pastikan air mendidih telah dibuat untk dimasakkan adunan yg telah dialetakkan inti
Kemudian masukkan kuih kedalam air yg telah didihkan
Apabila kuih timbul..tanda dah masak..

Dah boleh makan dgn kuah santan..
Senangkan..
Memang bila baca mcm susah
Tapi bila buat..senang je..
Sedap tau..
My mom said..hahahhaha..
Apa2 pun belajar larh buat..takde larh asyik nak membeli je..
Betul tak? Heheehe
Bubye..

Ahad, 19 Ogos 2018

PERKARA BARU PASTI AKAN MENANTI

Pejam celik pejam celik sudah 9 minggu cuti semester..tinggal 3 minggu sebelum sambung belajar.. Untk pelajar baru ada lagi 2 minggu sbb ada minggu MMM (minggu mesra mahasiswa)..

Mungkin tahun nie tiada even @ program yg dilaksanakan di DECTAR (Dewan Canselor Tun Abdul Razak) sebb masih dlm proses baikpulih..
Tapi apa2 pun tahniah sbb berjaya dpt masuk sambung belajar ke UKM..siapa sangkakan dpt masuk sambung belajar..

Nak kongsi kisah aku..
Masa kecik2 dulu takde impian pun nak masuk mana2 U sbb rasa mcm tak mampu je.. Ibu pulak kalau boleh nak aku jadi cikgu @ pensyarah..ayah tak kisah..tapi bagi aku mcm susah..mcm takde harapan..

Tapi kehidupan aku sikit2 mula berubah sejak masuk ke tingkatan 6.. sbb sebelum dpt twrn smbg tingkatan 6 aku mohon mana2 kolej..sbb tau nak mohon upu konfem tak dpt..
Tapi apakan daya tingkatan 6 jugak jadi pilihan..
Banyak benda baru belajar sbb aku keseorangan pada mulanya..Kalau budak lain mesti ada member yg dia kenali..

Sama jugak masuk ukm..
Dpt kos usul sorang je perempuan..yg lagi sorang lelaki..
Lepas tu kolej pulak aku keseorangan jugak..
Blok aku boleh kira 3 4 org je yg amik FPI..

Jadi banyak benda baru yg aku belajar dgn sendiri..
Siapa kata kalau sorang2 boleh hidup..memang ada yg boleh..
Tapi sepanjang dlm proses belajar, memang tak boleh hidup sendiri..
Sebb assigment mesti buat kumpulan..
Video pun mesti buat kumpulan..
Projek pun mesti akan buat berkumpulan..
Latihan ilmiah lagi larh kau kena buat berkumpulan even lain2 syarikat @ jabatan..

So belajar benda baru menjadikan kita serba boleh..kau akan ada keyakinan..kau akan ada rasa tanggungjwb..kau akan ada rasa perasaan prihatin..benda2 nie akan buatkan semua yg kau rasa tak boleh buat akan jadi boleh buat..
Atasi perasaan takut..malu..kedekut..sombong..

Semua boleh diatasi..
Mempelajari benda baru..
Boleh mengatasi segalanya..

Good luck guys..
Fighting..

SENGKETA MAKIN TERASA PART 4

 Yup kembali kita ke perang di antara dia dan saya.. HAHAHAHAHA Bila ingat balik it was a shit..You know lepas di merentan2 tu, aku try hard...