Khamis, 20 September 2018

KAU KEMBALI LAGI 2

Sambung cerita yg hari tu..
Start je iklan aku dah ready nak tido..
Kepala memang tak boleh nak tegak dah..
Before that aku bagi tau Abg Amir kalau nak gi mana2 kejutkan aku..

N 1 2 3..
Aku pun tido..nasib baik pakai sweater tebal..selesa sikit mcm dah berselimut pulak..tapi tang kaki sejuk sikit..sbb aku pakai seluar nipis..
Tido memang tak sedar apa2 larh jawabnya..
Sbb aku rasa nyenyak sangat..

Guest what..cerita dah habis Abg Amir kejutkan aku tapi dia duduk sebelah kiri aku..kejap..bukan tadi Abg Amir duduk sebelah kiri aku ke?
And aku bahagian kaki aku ditutup dengan sweater..
Dan sebelah kanan aku sepatutnya Abg Amir eah..orang lain pulak..
Nie sweater siapa pulak..
Aku hulurkan sweater tu kat Abg Amir and
 "dia punya"
And I give back his sweater
"Thanks"
Angguk je??
Ok..

Keluar dari panggung tu fon Saiful berbunyi..
"Hello ma, dah habis dah"
Aku dgr larh jugak dia cakap dia jalan sebelah aku..
"Mama ajak makan. Diaorg dah tunggu kat restoren"
Kami ikut je larh..
Otw nak gi jumpa mama dgn baba tu kami lalu dpn farmasi..
"Abg Amir pergi dulu eah..kejap lagi org dtg"
"Ok" Abg Amir pun pergi and aku ingat si Saiful nie pergi jugak..dia berdiri je sebelah aku..

"Org nak pergi farmasi kejap"
"Jom abg temankan" Kami berdua pun pergi larh farmasi and aku mintak panadol, ubat batuk and ubat selsema..
"Abg bayarkan" Dia pun bayarkan ubat2 aku tu..
Masa dia hulurkan ubat tu dia ada hulur sekali duit..
"Nak buat apa duit nie?" Pelik gak larh dia bagi duit.
"Buat belanja. Pakai larh duit nie" aku pun pikir gak nak buat apa dgn duit nie sbb ayah dah kasi duit belanja untk beli buku..
Ptptn pun dh masuk untk bayar yuran..
Bukan apa aku tak nak dikatakan amik kesempatan..
Duit tu bukan hasil aku..

Aku amik larh duit tu mana tau berguna jap lagi..hehehehe
Kami pun pergi restoran..
Mama dgn baba dah order makan and kami sampai makanan pun dihidangkan..
And ada satu mangkuk sup diletakkan didepan aku..
Kenapa satu je??

Tu je makanan yg aku rasa aku boleh makan..
Nasi pun aku tak sentuh..
Kemusykilan disitu..hahahahaha..
Takde yg musykil..mungkin Abg Amir orderkan untk aku atau dia yg orderkan untk aku..

"Nurul tak sihat ke?"
Ah sudah..takkan aku nak bgtau semalam aku keluar pastu kena hujan..giler wei..tolong sesapa..apa nak cakap nie..
"Ma..tadi kat dlm wayang tadi sejuk sangat..tu abg orderkan sup untk nurul"
Bahang dah muka aku..thank you awak..nasib baik dia perasaan aku jeling kat dia..hahaahha..

"Larh yeke..tu larh..mama ajak teman mama jalan dekat Ikea tak nak..nak jugak ikut si Saiful tu"
Ma bukannya org tak nak ikut..tapi tak larat..sungguh..aku mampu ckp dlm hati je..
"Banyak ke barang mama beli?" Saje aku nak ubah topik..nanti aku jadi bahan pulak..
"Kamu bukan tak kenal dgn mama tu..habis kopak duit baba" dgr dah suara2 merungut..
Mula larh drama mama dgn baba...hahahaha..
Lama sungguh tak berborak dgn baba ngan mama..

Habis makan, mama dgn baba dah nak balik.
Aku pun ok je larh..nak buat apa lagikan..
Sbb malam nie aku ada perjumpaan tanzim..aku nak rehat2 dulu kat kolej..
"Mama balik dulu dgn baba sekali dgn Amir. Nanti Saiful hantar Nurul balik kolej yea,"
Oh no
"Ma..Mama..takpe larh..orang boleh balik naik mrt..kejap je sampai..nanti naik keta dgn jem lagi..lagi pun mamakan naik keta dgn abg Saiful.."
"Mana pulak..Saiful bawak keta sendiri..mama naik keta dgn Amir..Dia drive.."
Oh my God..
Oh no way..
"Ma..mama.."
"Takpe..baba dah cakap dekat Saiful suruh anta kamu balik kolej.Bahaya balik sorang2..Baba tak izinkan naik mrt sorang2"
"Baba..please.."aku dah merengek macm bdx2 kecik dah nie..
"Biar larh abg epul antakan..apa susah..buli je dia" Abg Amir pun tak nak backup kita..
Aku dah buat muka moyok dah nie..

"Mama nak balik dah nie. Nie ada duit belanja.."
Oh mama ku sayang..
Thank you..
And diaorg pun balik..
Jam dah pukul 3 lebih..
Nampak pulak surau.."pergi larh solat, tak elok lambat2"
"Tak boleh solat ke?" Boleh pulak dia tanya..
"Tak boleh..org tunggu kat luar"

Takde lama sangat nak tunggu lelaki solat..bukan kena bukak tudung pakai telekung..
Lepas siap solat dia tanya..
"Jom jalan2 kat bawah"
Aku on je even pun demam2..still berjalan tau..
Sbb aku dah ada duit..ingat nak beli apa2 yg menarik..banyak jugak kedai kitaorg masuk and sampai satu kedai nie KAISON tak silap..
Dia jual barang2 perhiasan dlm rumah..
And ada jugak bear2 comel...

Ini larh masanya nak spend kan duit..
Aku belek2 bear yg ada and ada satu bear tak besar n tak kecik..sedang2 je..boleh jadi peneman aku..bilik single..takde apa nak dipeluk..and aku lamar dia..
"Bearku yg comel.." aku tgh cakap dgn bear tu and ada jugak yg nak menyampuk..
"Kenapa beli bear?"
"Biar larh..org nak berborak dgn dia dlm bilik,"
"Borak larh dgn abg..Abg kan ada.."
Hmmm..dia nie sibuk je..Takde masa larh nak borak dgn dia..
aku sambung borak dgn bear tu
"Bear comel..saya lamar awak jadi pasangan saya..teman saya selalu yea.."
Nampak dah jelingan maut sebelah aku..
Peduli apa..yg penting aku dpt beli bear baru..
Aku pun bayar pakai duit dia kasi..
Nasib baik aku cepat bayar kalau tak dia bayar dulu..

"Nurul tak nak terima Abg sebagai teman hidup nurul ke?"
Argh...again..
"Abg..please stop..kita cuma berkawan je..bukan org tak boleh terima abg tapi bagi masa n ruang untk org tumpukan benda yg lebih penting"
"Habis tu abg tak penting? Tuntutan berkahwin tak penting?"

Serabut dah kepala otak aku..
Ada jugak aku lari nie..
"Abg park keta dekat mana?"
"Kenapa? Nak balik kolej? Abg hantar yea.."
Yes..aku nak balik kolej tapi aku nak balik sendiri..
"Tak..org nak makan ubat and nak tumpang dlm keta"
"Ok jom"

Nasib baik dkt dgn lif tau..
Masuk dlm kereta, aku duduk kat seat blkg
"Tak yah hidupkan enjen. Org nak tumpang rehat je."
Aku dah siapkan ubat tinggal nak air je..nampak pulak air kat seat belkg..
"Air nie elok tak?"
"Elok je..Pagi tadi abg bawak. Minum larh"
Aku makan ubat yg beli tadi and terus baring kat seat belakang..
Dalam aku lelapkan mata tu, aku try borak dengan dia
"Abg. Bagi masa dkt orng 3 tahun je..biar saya habiskan belajar dulu..baru kita pasal hbgn kita"
"Nurul..3 tahun tu lama..abg tak sanggup tunggu lama dgn tengok nurul keluar dgn kawan lelaki lain"
Ish dia nie..aku sepuk jugak..suka kaitkan dgn member2 aku..
"Abg..diaorg tu member je. Member biasa je."
"Memang larh member biasa tapi lelakikan..abg pun lelaki..abg tau lelaki mcm mana.."
Malas aku betekak ngan dia aku diam kan aje..pura2 tido..kepala dah berat dah sbb makan ubat batuk..
Sejuk wei..even tak bukak aircond keta tapi aku terasa sejuk..
And aku dgr pintu keta bukak and pintu dekat kepala aku terbukak..
Kepala aku dh terangkat sikit and terus aku bangun..
"Abg..please..org nak rehat kejap je..betul2 tak larat nie"
"Ye abg tau..baring atas pangku abg nie"
Aku pun lantak larh..beralas kowt bukan tak alas..
N aku terasa bahagian badan aku diletakan selimut..selesa nyer..
"Abg tau semalam nurul keluar dgn Shamkan pergi jalan naik moto dengan berhujan..
Abg risau bila mama kata nurul nak naik mrt jumpa mama..Abg nak jemput nurul tak nak..kalau tak kebah kejap lagi kita pergi klinik"
Tak larat aku nak jawab..
Aku pun tak sedar bila aku dah tertido..

Aku tersedar bila dia nak alihkan kepala aku dari pangkuan dia
"Dah masuk waktu asar. Abg pergi solat kejap"
"hmmm"
Aku dah rasa ok sikit..
sementara tunggu dia solat aku takde larh tido balik..
baru aku perasan bear yang aku beli tadi ada sebelah aku..
"Jom balik. Abang hantarkan"
Aku diam je sbb aku malas nak pergi meeting..kalau boleh aku nak balik lambat sebagai alasan aku tak nak datang meeting.
Tiba-tiba pulak dia duduk sebelah aku..
"Kenapa? Ada masalah ke? Abang hantarkan yea,"
"Abang.. Jom jalan2 lagi..Awal lagi nak balik kolej,"

Aku rasa mcm nak lari dari semua benda..
kalau boleh aku nak sendirian..
tak mau terlibat dgn tanzim2 bagai
tak mau ada assigment
tak mau ada gangguan2..

-sambung-

Tiada ulasan:

Berita Mengejut Tergempar

Hari nie last day untuk Rakan Digital (RD) dan kitaorg jumpa larh like make a farewell day.. Yg dapat join 3 RD, I dgn kak Khai. Kitaorg car...