Khamis, 8 September 2022

KONSEP BUDAYA MEMBENTUK PERUBAHAN SOSIAL DALAM PERSPEKTIF ANTROPOLOGI

 KONSEP BUDAYA

Budaya menurut kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat membawa kepada beberapa makna iaitu tamadun atau peradaban yang merujuk kepada perkembangan agama terutama agama Islam. Definisi lain yang dikemukakan ialah budaya bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi iaitu cara berfikir dan kelakuan manusia yang dianggap mempunyai unsur-unsur buruk atau negatif. Signifikan budaya adalah untuk mengajar atau mendidik masyarakat supaya berbudaya atau berfikir secara ilmiah. Selain itu, budaya juga untuk membiasakan sesuatu perbuatan yang baik dengan menjadikan budaya dalam masyarakat untuk membentuk tamadun hidup yang lebih baik.

Edward Burnett Tylor pengasas antropologi budaya dalam karyanya yang bertajuk Primitive Culture menyatakan definisi budaya ialah satu sistem yang meliputi semua perkarayang bersifat kompleks yang mana mempunyai unsur-unsur seperti pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang-undang dan juga adat istiadat. Dalam erti kata lain, budaya bukan hanya tertumpu kepada satu bidang tertentu tetapi merangkumi pelbagai bidang yang saling berkait antara satu sama lain.

Manakala menurut Lucy Mair (1965) dalam bukunya yang bertajuk An Introduction to Anthropology menyatakan bahawa budaya merupakan suatu tradisi yang sama yang dimiliki atau diamalkan oleh sesebuah masyarakat dan komuniti setempat yang menjadi lambang identiti masyarakat tersebut.

Ralph Linton ahli sosiologi, telah menyatakan bahawa budaya ialah satu susunan atau sistem perbuatan dan perlakuan yang dipelajari oleh sesebuah komuniti dan mempunyai hubungan dengan kehendak atau fungsi yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat yang digunakan secara bersama dalam kalangan masyarakat itu sendiri. 

Alfred Louis Kroeber (1952) pula telah menyatakan bahawa, idea merupakan sebagai eleman yang penting dalam budaya. Pernyataan berikut adalah penegasan dan pendapat beliau yang ditulis dalam bukunya yang berjudul, The Nature of Culture iaitu:

“…at any rate such human behavior as is influenced or conditioned by ideas of forms and in

turn is engaged producing, maintaining or modifying them”


Justeru itu Alfred Louis Kroebor telah menyatakan pandangan bahawa gaya hidup manusia dikawal dan juga dipengaruhi oleh cara pemikiran idea dan berlaku kepada perubahan atau pembaharuan mengikut kesesuaian dengan kehidupan manusia. 

Richard Kluckhohn pula menjelaskan, budaya merupakan satu aspek dalam kehidupan manusia yang mana ianya akan dipelajari dan diamalkan oleh manusia sebagai perkara yang menjadi kepunyaan kepada kumpulan tertentu dan tingkah laku dan perbuatan yang dipelajari itu dikongsi bersama antara manusia.

Clifford Geetz (1973:4) dalam penulisannya berjudul, The Interperatation of Culture,telah mengambil pandangan Clyle Kluckhohn tentang konsep budaya yang mana menurut beliau budaya dilihat dalam beberapa perkara. Antaranya budaya adalah sebagai sebagai salah satu cara kehidupan manusia yang bersifat menyeluruh. Seterusnya, menurut beliau lagi budaya adalah warisan sosial, cara berfikir serta ringkasan daripada tingkahlaku. Budaya juga merupakan suatu teori ahli antropologi tentang cara sebenar satu kumpulan manusia berkelakuan dan juga ia adalah mekanisme pengawalan normatif tingkahlaku manusia serta suatu teknik atau cara untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran luar dan dengan orang lain.

KONSEP PERUBAHAN SOSIAL


Perubahan sosial berlaku dalam kalangan komuniti masyarakat yang mempunyai pelbagai identiti atau gaya hidup yang berbeza. Selain itu perubahan sosial merupakan perubahan yang berkaitan dengan kehidupan dalam masyarakat bukan individu dan perkara yang berubah adalah merangkumi beberapa perkara. Antaranya ialah 

  • sistem stratifikasi sosial
  • proses sosial, struktur sosial
  • nilai dan norma sosial 
  • keterlibatan masyarkat dalam suatu waktu yang tertentu.

Perubahan sosial menurut Max Weber dalam bukunya yang bertajuk Sociological Writings adalah perubahan situasi dalam masyarakat sebagai akibat adanya ketidaksesuaian unsur-unsur. Ketidaksesuaian unsur tersebut untuk diamalkan dan dipraktikkan dalam kalangan masyarakat akibat beberapa faktor yang membawa kepada perubahan sosial terutama struktur dan gaya hidup masyarakat. Dalam kalangan masyarakat terdapat pengekelasan yang berdasarkan kepentingan tertentu seperti bentuk kelas berdasarkan ekonomi, status berdasarkan keadaan serta kepentingan sosial dan parti berdasarkan kepentingan politik. Menurut Weber lagi perubahan dipengaruhi oleh elemen rasional yang menjadi corak kepada perlakuan sesebuah masyarakat. 

Antara empat jenis rasional ialah

  • rational tradisional
  • rasional berorientasi nilai
  • rasional efektif
  • rasional instrumen.

Robert H. Lauer menyatakan bahawa perubahan sosial merupakan perubahan dalam segi fenomena sosial di pelbagai lapisan kehidupan manusia, bermula dari seorang individu hingga mencapai kepada peringkat dunia. Menurut beliau, perubahan sosial berlaku apabila terjadi suatu pertukaran atau pemprosesan dalam fungsi dan struktur masyarakat yang mempengaruhi sistem sosial, nilai, sikap, serta perilaku individu dan juga sesebuah kelompok masyarakat.

Perubahan sosial menurut Emile Durkheim adalah perubahan yang terjadi sebagai hasil dari faktor-faktor ekologi dan demografi yang mengubah kehidupan masyarakat daripada kehidupan yang bercorakkan tradisional kepada kehidupan moden dengan dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya perkembangan teknologi dan sebagainya. Tegasnya lagi bahawa perubahan sosial ini merupakan dasar perubahan yang bergerak begitu cepat dan agresif boleh memberi kesan samaada Less Failure (kesalahan yang kecil) dan juga More Failure (kesalahan yang banyak). Ini kerana perubahan sosial bukan sahaja berlaku dari segi struktur lapisan masyarakat malah cara dan gaya hidup seharian juga akan memberi kesan.

Definisi perubahan sosial menurut John Luwis Gillin dan John Philip Gillin adalah perubahan yang terjadi sebagai suatu variasi dari cara hidup yang telah diterima karena adanya perubahan kondisi geografi, kebudayaan material, komposisi penduduk, ideologi, maupun adanya difusi atau penemuan-penemuan baru dalam masyarakat. 

Manakala bagi Selo Soemardjan dalam penulisannya yang bertajuk Sosiologi Suatu Pengantar (2006) konsep perubahan sosial adalah segala perubahan pada lembaga-lembaga kemasyarakatan di dalam sesebuah kelompok masyarakat, yang mempengaruhi sistem sosial masyarakat tersebut termasuk perubahan dari segi nilai-nilai, sikap-sikap dan pola-pola perlakuan atau perbuatan di antara kelompok-kelompok masyarakat.

Tiada ulasan:

Berita Mengejut Tergempar

Hari nie last day untuk Rakan Digital (RD) dan kitaorg jumpa larh like make a farewell day.. Yg dapat join 3 RD, I dgn kak Khai. Kitaorg car...