Khamis, 8 September 2022

KONSEP BUDAYA MEMBENTUK PERUBAHAN SOSIAL DALAM PERSPEKTIF ANTROPOLOGI

 KONSEP BUDAYA

Budaya menurut kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat membawa kepada beberapa makna iaitu tamadun atau peradaban yang merujuk kepada perkembangan agama terutama agama Islam. Definisi lain yang dikemukakan ialah budaya bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi iaitu cara berfikir dan kelakuan manusia yang dianggap mempunyai unsur-unsur buruk atau negatif. Signifikan budaya adalah untuk mengajar atau mendidik masyarakat supaya berbudaya atau berfikir secara ilmiah. Selain itu, budaya juga untuk membiasakan sesuatu perbuatan yang baik dengan menjadikan budaya dalam masyarakat untuk membentuk tamadun hidup yang lebih baik.

Edward Burnett Tylor pengasas antropologi budaya dalam karyanya yang bertajuk Primitive Culture menyatakan definisi budaya ialah satu sistem yang meliputi semua perkarayang bersifat kompleks yang mana mempunyai unsur-unsur seperti pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang-undang dan juga adat istiadat. Dalam erti kata lain, budaya bukan hanya tertumpu kepada satu bidang tertentu tetapi merangkumi pelbagai bidang yang saling berkait antara satu sama lain.

Manakala menurut Lucy Mair (1965) dalam bukunya yang bertajuk An Introduction to Anthropology menyatakan bahawa budaya merupakan suatu tradisi yang sama yang dimiliki atau diamalkan oleh sesebuah masyarakat dan komuniti setempat yang menjadi lambang identiti masyarakat tersebut.

Ralph Linton ahli sosiologi, telah menyatakan bahawa budaya ialah satu susunan atau sistem perbuatan dan perlakuan yang dipelajari oleh sesebuah komuniti dan mempunyai hubungan dengan kehendak atau fungsi yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat yang digunakan secara bersama dalam kalangan masyarakat itu sendiri. 

Alfred Louis Kroeber (1952) pula telah menyatakan bahawa, idea merupakan sebagai eleman yang penting dalam budaya. Pernyataan berikut adalah penegasan dan pendapat beliau yang ditulis dalam bukunya yang berjudul, The Nature of Culture iaitu:

“…at any rate such human behavior as is influenced or conditioned by ideas of forms and in

turn is engaged producing, maintaining or modifying them”


Justeru itu Alfred Louis Kroebor telah menyatakan pandangan bahawa gaya hidup manusia dikawal dan juga dipengaruhi oleh cara pemikiran idea dan berlaku kepada perubahan atau pembaharuan mengikut kesesuaian dengan kehidupan manusia. 

Richard Kluckhohn pula menjelaskan, budaya merupakan satu aspek dalam kehidupan manusia yang mana ianya akan dipelajari dan diamalkan oleh manusia sebagai perkara yang menjadi kepunyaan kepada kumpulan tertentu dan tingkah laku dan perbuatan yang dipelajari itu dikongsi bersama antara manusia.

Clifford Geetz (1973:4) dalam penulisannya berjudul, The Interperatation of Culture,telah mengambil pandangan Clyle Kluckhohn tentang konsep budaya yang mana menurut beliau budaya dilihat dalam beberapa perkara. Antaranya budaya adalah sebagai sebagai salah satu cara kehidupan manusia yang bersifat menyeluruh. Seterusnya, menurut beliau lagi budaya adalah warisan sosial, cara berfikir serta ringkasan daripada tingkahlaku. Budaya juga merupakan suatu teori ahli antropologi tentang cara sebenar satu kumpulan manusia berkelakuan dan juga ia adalah mekanisme pengawalan normatif tingkahlaku manusia serta suatu teknik atau cara untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran luar dan dengan orang lain.

KONSEP PERUBAHAN SOSIAL


Perubahan sosial berlaku dalam kalangan komuniti masyarakat yang mempunyai pelbagai identiti atau gaya hidup yang berbeza. Selain itu perubahan sosial merupakan perubahan yang berkaitan dengan kehidupan dalam masyarakat bukan individu dan perkara yang berubah adalah merangkumi beberapa perkara. Antaranya ialah 

  • sistem stratifikasi sosial
  • proses sosial, struktur sosial
  • nilai dan norma sosial 
  • keterlibatan masyarkat dalam suatu waktu yang tertentu.

Perubahan sosial menurut Max Weber dalam bukunya yang bertajuk Sociological Writings adalah perubahan situasi dalam masyarakat sebagai akibat adanya ketidaksesuaian unsur-unsur. Ketidaksesuaian unsur tersebut untuk diamalkan dan dipraktikkan dalam kalangan masyarakat akibat beberapa faktor yang membawa kepada perubahan sosial terutama struktur dan gaya hidup masyarakat. Dalam kalangan masyarakat terdapat pengekelasan yang berdasarkan kepentingan tertentu seperti bentuk kelas berdasarkan ekonomi, status berdasarkan keadaan serta kepentingan sosial dan parti berdasarkan kepentingan politik. Menurut Weber lagi perubahan dipengaruhi oleh elemen rasional yang menjadi corak kepada perlakuan sesebuah masyarakat. 

Antara empat jenis rasional ialah

  • rational tradisional
  • rasional berorientasi nilai
  • rasional efektif
  • rasional instrumen.

Robert H. Lauer menyatakan bahawa perubahan sosial merupakan perubahan dalam segi fenomena sosial di pelbagai lapisan kehidupan manusia, bermula dari seorang individu hingga mencapai kepada peringkat dunia. Menurut beliau, perubahan sosial berlaku apabila terjadi suatu pertukaran atau pemprosesan dalam fungsi dan struktur masyarakat yang mempengaruhi sistem sosial, nilai, sikap, serta perilaku individu dan juga sesebuah kelompok masyarakat.

Perubahan sosial menurut Emile Durkheim adalah perubahan yang terjadi sebagai hasil dari faktor-faktor ekologi dan demografi yang mengubah kehidupan masyarakat daripada kehidupan yang bercorakkan tradisional kepada kehidupan moden dengan dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya perkembangan teknologi dan sebagainya. Tegasnya lagi bahawa perubahan sosial ini merupakan dasar perubahan yang bergerak begitu cepat dan agresif boleh memberi kesan samaada Less Failure (kesalahan yang kecil) dan juga More Failure (kesalahan yang banyak). Ini kerana perubahan sosial bukan sahaja berlaku dari segi struktur lapisan masyarakat malah cara dan gaya hidup seharian juga akan memberi kesan.

Definisi perubahan sosial menurut John Luwis Gillin dan John Philip Gillin adalah perubahan yang terjadi sebagai suatu variasi dari cara hidup yang telah diterima karena adanya perubahan kondisi geografi, kebudayaan material, komposisi penduduk, ideologi, maupun adanya difusi atau penemuan-penemuan baru dalam masyarakat. 

Manakala bagi Selo Soemardjan dalam penulisannya yang bertajuk Sosiologi Suatu Pengantar (2006) konsep perubahan sosial adalah segala perubahan pada lembaga-lembaga kemasyarakatan di dalam sesebuah kelompok masyarakat, yang mempengaruhi sistem sosial masyarakat tersebut termasuk perubahan dari segi nilai-nilai, sikap-sikap dan pola-pola perlakuan atau perbuatan di antara kelompok-kelompok masyarakat.

Isnin, 5 September 2022

RENE DESCARTES

 LATAR BELAKANG RENE DESCARTES

DIRI DAN KELUARGA

  • Lahir 31 Mac 1596 di La Haye yang mana merupakan sebuah bandar kecil Touraine, Perancis
  • Meninggal dunia pada 11 Feb 1650 kerana sakit pneumonia
  • Dari keluarga bangsawan
  • Ayahnya seorang peguam dan ahli parlimen British manakala ibunya saudagar dan pegawai kerajaan
PENDIDIKAN
  • Pendidikan awal di Jesuit Collage of La Fleche (Pendidikan yang berpegang kuat dengan aliran skolastik)
  • 5 tahun mempelajari ilmu bahasa dan kesusasteraan
  • 3 tahun mempelajari ilmu falsafah
PENGLIBATAN
  • Meninggalkan kongkongan dari pengajar serta ideologi sekolahnya bagi menambah pengalaman
  • Pada 1618 beliau ke Belanda untuk menjadi tentera
  • 1619 sertai tentera Elector Maxmiliam
  • Mendapat pengiktirafan dari Queen Christina untuk menyertai halaqah yang diwujudkan di Stockholm dan mengajar ilmu falsafah

KARYA-KARYA RENE DESCARTES

DISCOURSE ON METHOD (1637)

MEDITATIONS ON FIRST PHILOSOPHY (1641)

PRINCIPLES OF PHILOSOPHY (1644)

ALIRAN RENE DESCARTES

Beliau merupakan tokoh utama aliran fahaman rasionalisme dan merupakan seorang tokoh aliran rasionaisme abad ke 17



KEPAKARAN

BIDANG FALSAFAH 

"PENCETUS KEPADA ORANG RAMAI UNTUK MENGGUNAKAN AKAL FIKIRAN DALAM MENCAPAI PENGETAHUAN DAN MENOLAK PENDAPAT SERTA AJARAN DARIPADA GOLONGAN GEREJA"

BIDANG MATEMATIK

"MENGHASILKAN KAEDAH CARTESAN (SEBUAH SISTEM KOORDINAT YANG MENILAI SESUATU TITIK SECARA UNIK DI DALAM SATU SATAH MENERUSI DUA NOMBOR"

PENGALAMAN TOLERANSI

 KONSEP TOLERANSI


KONSEP TOLERANSI MENURUT AGAMA 


ELEMEN-ELEMEN TOLERANSI

SALING BERBELAS KASIHAN ANTARA SATU SAMA LAIN

Sifat berbelas kasihan merupakan suatu prinsip kepada konsep rahmah iaitu keberkatan, kebahagiaan, kenikmatan dan manfaat yang menekankan kasih sayang bukan sahaja kepada umat Islam malah kepada non-muslim. Ini kerana wajar diutamakan sebagaimana Rasulullah tidak bermusuhan atau bertentangan dengan non-muslim. Mereka juga turut diberikan keadilan, saling menghormaati, memelihara hak mereka dan juga bertoleransi dalam beragama selagi mereka taat dan patuh kepada pemerintah Islam 

(Khadijah Mohd Khambali @ Hambali 2008: 1-28)


SALING MENGHORMATI


KEBEBASAN DALAM MEMILIH AGAMA

Menurut Hamka tiada paksaan dalam memeluk agama Islam merujuk kepada firman Allah taala dalam surah al-Baqarah:

Maksudnya:

 “Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas

jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barang siapa yang ingkar kepada

Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul

tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha

Mengetahui”.

(al-Baqarah 2: 256)

Hamka menyatakan bahawa mereka tidak boleh dipaksa untuk memeluk agama Islam namun mereka perlu diajak untuk berfikir tentang kejadian alam sekitar (Hamka, 1980). Bukan sahaja agama Islam menganjurkan tidak memaksa untuk menganut agama Islam, malah agama Buddha juga menganjurkan tiada paksaan dalam memeluk agama mereka. Perkara ini dapat dilihat dalam Dhamma yang mana Buddha tidak mencari pengikut atau mengubah cara hidup seseorang tapi menunjukkan jalan untuk menyelesaikan masalah (Sabar Sukarno).


ADIL


KEPENTINGAN PENGAMALAN TOLERANSI DALAM KALANGAN MASYARAKAT

RUJUKAN

  • Burhanuddin Jalal. 2018. Kepelbagaian Agama, Budaya Perlu Dihormati. Berita Harian Online,15 Disember. https://www.bharian.com.my/kolumnis/2018/12/509258/kepelbagaian-agama-budaya-perlu-dihormati [1 Disember 2019].

  • Giacomo Corneo & Oliver Jeannue. 2009. A Theory of Tolerance. German: Berlin.

  • Kamus Oxford Paperback Thesaurus. 2012. United Kingdom: Oxford Uniersity Press.

  • Kamus Dewan. 2013. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

  • Khadijah Mohd Khambali @ Hambali, Mohamad Kamil Hj. Ab. Majid & Syed Mohammad Hilmi Syed Adbul Rahman. 2008. Islam Agama Rahmah dan Toleransi Beragama: Realiti dan Cabaran. Dlm. Khadijah Mohd Khambali @ Hambali (pnyt.). Isu dan Cabaran Hubungan antara Agama di Malaysia, hlm. 1-28. Kuala Lumpur: Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Universiti Malaya.

  • Maskuri Abdullah. 2001. Pluralisme Agama dan Kerukunan dalam Keagamaan. Jakarta: Penerbit Buku Kompas.

  • Muhammad al-Qurtubi. 1993. Al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an. Dar al-Kutub al-‘Arabiyyah: Bairut.

  • Mutsalim Khareng & Jaffary Awang. 2014. Toleransi Beragama & Implikasinya dalam Kalangan Mahasiswa/I Muslim dan Buddha di Prince of Songkhla Uniersity. 5(2): 1-14

  • Nyanaponika Thera. 2006. Brahmaihara – Empat Keadaan Batin Luhur. https://samaggi-phala.or.id/naskah-dhamma/brahmavihara-empat-keadaan-batin-luhur/ [5 Oktober 2019].

  • Sabar Sukarno. t.th. Mengembangkan Toleransi Untuk Menyingkap Potensi Konflik Antarumat Beragama Dalam Perspektif Agama Buddha. t.tp: tpt.

  • Sidek Baba. 2018. Fikrah: Belajar Hidup Santuni Orang Lain. Utusan Online. https://www.utusan.com.my/rencana/utama/belajar-hidup-santuni-orang-lain-1.745421[6 Oktober 2019].

  • Syed Othman Alhabshi & Nik Mustapha Nik Hassan. 1994. Islam and Tolerance. Kuala Lumpur: Institute of Islamic Understanding Malaysia.

  • UNESCO. 1994. Toleraance: The Threshold of Peace- A teaching/learning guide for education for peace, human rights and democracy. Paris: United Naations Educational Scientific and Cultural Organisation.

  • UNESCO. 1995. https://en.unesco.org/ [4 Oktober 2019].

  • Zainal Abidin Safarwan. 1995. Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

  • ___________. 2011. Compelling Truth: What is Christian Tolerance? Should Christians be Tolerant of Other Religious Beliefs?. https://www.compellingtruth.org/tolerance-Christian.html [5 Oktober 2019].


JOHN LOCKE - "FATHER OF LIBERALISM"

 LATAR BELAKANG TOKOH

  • Dilahirkan pada tanggal 29 Ogos 1632 di Wrington, Somerset meninggal pada 28 Oktober 1704 ketika berumur 72 tahun dan beliau merupakan anak sulung daripada dua beradik.

  • Keluarganya berasal dari kelas tengah dan ayahnya memiliki beberapa rumah dan tanah di sekitar Pensford, sebuah kota kecil di bagian selatan Bristol.

  • Pada tahun 1647, Locke belajar di Sekolah Westminster, yang pada waktu itu merupakan sekolah terkenal di Inggris.

  • Pada tahun 1652, Locke mendapat biasiswa untuk melanjutkan pendidikan di Sekolah Gereja Christ, Oxford, dan tinggal di sana .

  • Beliau menunjukkan minat yang mendalam terhadap perkara-perkara fakta berbanding abstrak dan lebih menyukai untuk berhubungan secara langsung dengan manusia iaitu secara lisan daripada berhubungan melalui tulisan


SIAPAKAH BELIAU?
  • Seorang ahli falsafah dan ahli fizik yang dianggap sebagai salah seorang emprisism pertama di Inggris yang mengikuti tradisi yang diawali oleh Francis Bacon.

  • Diberikan gelaran “Bapak Liberalism” kerana banyak memberi perubahan dan sumbangan dalam perkembangan epistemologi dan falsafah politik.

  • Bersama dengan rakannya, Isaac Newton, Locke juga dipandang sebagai salah seorang yang terpenting di Zaman Pencerahan (gerakan intelektual dan falsafah yang menguasai dunia idea-idea di Eropah pada abad ke-18).

  • Selain itu, beliau merupakan orang yang menandai lahirnya era Modern dan juga era pasca-Descartes (post-Cartesian), karena pendekatan Descartes tidak lagi menjadi satu-satunya pendekatan yang dominan di dalam pendekatan falsafah pada waktu itu.



Karya-karya John Locke

The Second Treatise of Government and A Letter Concerning Toleration

(1689)


An Essay Concerning Humane Understanding 
(1689)

A Letter Concerning Toleration

(1689)


Pemikiran dan Ideologi

PENGETAHUAN

  • Manusia mendapat  pengetahuan berdasarkan  pengalaman yang dihadapi di dalam kehidupan melalui pancaindera.

  • Alam memberikan sumbangan yang cukup penting dalam pembentukan sebuah pengetahuan yang baru kerana apabila manusia dilahirkan, keadaan akalnya masih bersih ibarat kertas kosong (tabula rasa) yang  tidak  bertulis.

  • Kedudukan  Empirisme telah menolak pendapat kumpulan Rasionalisme yang mengatakan sumber pengetahuan manusia berasal daripada nisbah dan fikiran manusia itu sendiri.

  • Locke mengatakan terdapat dua bentuk pengalaman manusia, yakni pengalaman lahiriah dan pengalaman batiniyah.


NEGARA
  • Terdapat di dalam bukunya berjudul "Dua Tulisan tentang Pemerintahan" (Two Treatises of Civil Government) yang menjelaskan berkaitan dengan analisis tahap-tahap perkembangan masyarakat.

  • Locke membahagi perkembangan masyarakat menjadi tiga, iaitu keadaan alamiah (the state of nature), keadaan perang (the state of war), dan negara (commonwealth)

  • Memperkenalkan dua idea liberal yang penting: kebebasan ekonomi yang bermaksud kebebasan untuk berharta dan mempergunakannya, dah kebebasan hati (freedom of conscience)

  • Menekankan pemisahan antara urusan agama dan urusan negara disebabkan ole tujuan yang berbeza.


AGAMA
  • Pandangan John Locke mengenai agama bersifat Deisme (pandangan hidup atau ajaran yag mengakui adanya Tuhan sebagai pencipta alam semesta, tetapi tidak mengakui agama kerana ajarannya didasarkan atas keyakinannya pada akal dan kenyataan hidup.

  • Menganggap agama Kristen adalah agama yang paling masuk akal dibandingkan agama-agama lain, karena ajaran-ajaran Kristen dapat dibuktikan oleh akal manusia


Selain menunjukkan kesalahan seseorang, kita juga harus menunjukkan kebenarannya

-John Locke-

KONSEP POLITIK ISLAM ZAMAN RASULULLAH DAN DI MALAYSIA

 KONSEP POLITIK

Perkataan ‘politik’ berasal daripada tradisi Greek manakala perkataan ‘Islam’ berasal daripada perkataan Arab.

Perkataan ‘politik’ berasal daripada perkataan politikus bermaksud berkaitan dengan negara, polities bermaksud warganegara atau negara, polis pula bermaksud kota atau negara dan politeiea bermaksud hak warganegara.

Manakala perkataan ‘Islam’ berasal daripada kata dasar iaitu salima yang membawa maksud taat dan patuh, aman dan damai serta terlepas atau jauh daripada kekurangan zahir dan batin.

Oleh itu dapat disimpulkan politik Islam ialah pentadbiran negara yang selamat, aman serta bahagia.

Sering kali apabila berbincang mengenai politik sentiasa dikaitkan dengan sistem pentadbiran dan juga sistem pemerintahan negara.

Pemerintahan dan pentadbiran pada zaman Rasulullah dikenali sebagai sistem Syura manakala politik di Malaysia dikenali sebagai sistem demokrasi. Kedua-dua sistem ini mempunyai tujuan dan matlamat serta elemen-elemen kepimpinan yang sama namun berbeza dari segi cara pemerintahan dan juga sistem perundangan.

Walaupun Malaysia mengamalkan sistem demokrasi namun ciri-ciri pemerintahan dan pentadbiran Islam masih menjadi tunjang utama negara.


KONSEP SYURA PADA ZAMAN RASULULLAH

Syura berasal daripada perkataan arab iaitu ‘syawara’ yang membawa maksud ‘al-tashawur’ atau perbincangan.


Menurut Ibn Manzur, Syura merupakan sebuah Majlis Perundingan dan penggunaanya adalah untuk menguji atau mencuba serta menganalisa sesuatu perkara untuk mengetahui hal keadaan yang sebenar dan betul 

(Ibn Manzur t.thn: 436).


Menurut ‘Abd Rahman al-Duriy, syura ialah menilai dan menganalisa pendapat orang yang berpengalaman dalam bidang tertentu bagi tujuan untuk mencari kebenaran dan kebaikan.

 (Muhammad Tawfiq al-Syawiy 1992: 81).

Menurut Prof Dr Nurcholish Majdid, perkataan syura disebut juga sebagai musyawarah yang membawa maksud "segala sesuatu yang dapat diambil atau dikeluarkan dari yang lain (termasuk pendapat) untuk memperoleh kebaikan. Beliau menegaskan bahawa keputusan yang dibuat melalui syura adalah perkara yang baik dan berguna serta memberi manfaat bagi kepentingan kehidupan manusia (Muhammad Iqbal 2001: 184-187).


Syura merupakan suatu budaya pengamalan dalam sistem pemerintahan Islam kerana bagi mereka perundingan adalah suatu keperluan dalam menyelesaikan masalah atau pertikaian yang berlaku dalam kalangan umat Islam. Oleh itu, mereka perlu kembali kepada prinsip dan nilai-nilai Islam dan sunnah Rasul terutama apabila mereka tidak dapat membuat keputusan terhadap permasalahan tersebut 

(Omardin Ashaari 2008: 11).



SISTEM DEMOKRASI DI MALAYSIA

Menurut Mahmud al-Khalidi demokrasi adalah ideologi kapitalisme dan manusia yang menggubal sistem tersebut. Rakyat adalah sumber kekuasaan dan manakala pemerintah adalah sebagai kontrak sosial dengan rakyat 

(Mahmud al-Khalidi, 2001).


Menurut Wan Abdul Rahma Wan Ab. Latif sistem demokrasi adalah sistem moden yang secara asasnya berteraskan aspek persaingan dan perwakilan. Perwakilan sinonim dengan nasihat, perundingan dan permuafakatan. Erti kata lain sistem demokrasi beraspekkan perwakilan adalah "sistem pilihan raya yang membenarkan calon-calon bertanding di atas tiket parti politik yang berbeza sebagai satu kaedah mewakili rakyat dalam kawasan tertentu" 

(Mohd Izani Mohd Zain 2007: 44)


Jika dilihat sistem pemerintahan dan pentadbiran di Malaysia, sistem demokrasi diguna pakai lepas berlakunya penjajahan British di Tanah Air.

Sebelumnya kedatangan British, sistem kesultanan telah digunapakai yang mana rakyat perlu taat dan patuh kepada sultan namun selepas berlakunya perubahan sistem pentadbiran, demokrasi telah digunapakai bertujuan untuk memberi peluang kepada rakyat memilih pemerintah sesebuah negara melalui sistem pilihan raya

Walaupun ianya berbeza dengan sistem pemerintahan Rasulullah namun aspek-aspek utama sebagai negara Islam masih digunapakai dalam pemerintahan dan pentadbiran di Malaysia.

Walaupun negara Malaysia tidak mengamalkan sistem syura atau musyawarah, namun elemen-elemen utama pembentukan negara Islam wujud dalam perlembagaan negara seperti Islam sebagai agama persekutuan, hal ehwal agama Islam dijaga dan dipelihara serta jaminan terhadap kedudukan Raja sebagai ketua agama Islam. 

Kepelbagai kaum dan masyarakat di Malaysia menjadikan sistem pemerintahan dan pentadbiran di Malaysia bersifat dinamik yang bersesuaian dengan kehidupan dan cara hidup masyrakat di Malaysia.


RUJUKAN

  • Muhammad Iqbal. 2001. Fiqh Siyasah Kontekstulisasi Doktrin Politik Islam. Jakarta: Penerbit Gaya Media Pratama.

  • Omardin Ashaari. 2008. Sistem Politik Dalam Islam. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

  • Ramli Awang. 2012. Islam: Pemikiran Kenegaraan dan Pemerintahan. Johor Bahru: UTM Press.

  • Mahmud al-Khalidi. 2001. Demokrasi Musuh Syariat Islam. Mesir: Universiti al-Azhar.

  • Mohd Izani Mohd Zain. 2007. Islam, Demokrasi dan Pilihan Raya di Malaysia. Dlm. Wan Abdul Rahman Wan Ab.Latif (pnyt.).  Demokrasi dan Dunia Islam Perspektif Teori dan Praktik, hlm. 43-56. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

  • Jamaluddin Muhammad ibn Mukarram. t.thn. Lisan al-Arab. Jld 4. Beirut: Maktabah al-Fasoliyyah.

  • Muhammad Tawfiq al-Syawiy. 1992. Fiqh al-Syura Wa al-Istisyarah. Al-Mansurah: Dar al-Wafa.

Berita Mengejut Tergempar

Hari nie last day untuk Rakan Digital (RD) dan kitaorg jumpa larh like make a farewell day.. Yg dapat join 3 RD, I dgn kak Khai. Kitaorg car...