Ahad, 9 Disember 2018

PERGI TAK AKAN KEMBALI LAGI

8 NOV 2018 bersamaan hari khamis..

Perancangan nak balik ke UKM esok hari jumaat.
Tapi ketentuan qada dan qadar Allah..
Kita merancang Allah yang tentukan..

Perginya seorang ayah meninggalkan seorang Isteri dan tiga orang anak yang masih belajar. Anak perempuan yang sulung sedang cuti mid sem. Alhamdulillah disaat-saat akhir kehidupan ayah aku dapat berada di samping ayah.

Ayah jemput aku dekat stesen bas
Ayah bagi duit tambang
Ayah belikan barang-barang keperluan

Selama seminggu duduk dirumah ayah yang paling senyap sbb ayah demam..
Kami akui ayah tidak sihat sbb cuaca tidak menentu.. Ibu pun baru lepas sembuh dari demam..

Tibalah hari ayah meninggalkan kami..

Pagi hari khamis, adik-adik pergi kesekolah selepas cuti 3 hari sempena hari Deepavali..
Di rumah hanya ada ibu, ayah dan aku..

Kami bertiga bersarapan bersama..
Nasi lemak, pisang goreng dan air teh'o panas..

Kami borak biasa..
"Bila kakak nak balik?"
"Balik naik apa?"
" Bila nak buat kad bank?"

Lepas habis sarapan, aku buat kerja aku dan ibu bersiap nak pergi kelas mengaji di masjid..
Ayah pulak macam biasa duduk je dlm rumah..

Tengah hari..Ibu balik dari masjid aku pulak siap-siap nak keluar..kami berdua nak pergi tabung haji.nak keluarkan duit...

Ayah ada tanya,
"Nak pegi bank mana"
"Oh..tak pergi bank..Pergi tabung haji je..Kad bank nanti buat kat Bangi je,"
" Pergi naik apa"
"Naik moto dengan ibu. Kejap je..Nanti uwun jemput adik balik sekolah"

Aku pun pergi masjid tanah n balik dalam pukul 1..Ayah ada je duduk rehat dekat kerusi..

pukul 1.30 aku jemput adik balik dari sekolah pun masih sama..Ayah duduk rehat dekaat kerusi cuma nyer ayah pakai tuala..Mungkin nak mandi.. nak solat sbb dah masuk waktu zohor..

Aku pun masuk bilik..rehat-rehat..nampak ibu kat dapur tgh masak nasi..lepas tu ibu pun pergi bilik air nak amik wuduk..

Dalam pukul 2.30 ibu kejutkan ayah..sampai kat dalam bilik dgr sbb rumah bukan besar mana pun..

tiba-tiba ibu panggil aku,
"Kakak..tengok ayah ni kak.."

aku pun keluar..And that time, aku tgk ayah tgh baring macam ayah selalu tido..tapi tido yang nie lain macam..muka ayah pucat..ibu dah menangis panggil ayah..aku...

aku suruh adik panggil jiran sesapa untuk tolong..
Alhamdulillah..masa tu jugak adik lelaki sulung sampai..
ibu suruh dia tengokkan ayah..
ibu pulak keluar panggil jiran..
aku...

terkejut..dlm hati aku dah terlintas..
'Ayah takde ke? ayah dah janji nak antar balik esok..Tolong larh katakan ini semua mimpi..
Esok dah nak balik UKM ni..Tolong larh Ya Allah..'

-sambung-

Tiada ulasan:

Berita Mengejut Tergempar

Hari nie last day untuk Rakan Digital (RD) dan kitaorg jumpa larh like make a farewell day.. Yg dapat join 3 RD, I dgn kak Khai. Kitaorg car...