Ahad, 9 Disember 2018

KENANGAN YANG TERINDAH

KINI
Genap sebulan pemergian ayah
9 Nov - 9 Dis 2018

Sudah 4 minggu ayah pergi..
Aku meneruskan kehidupan aku

Kini ada hikmah disebalik kehilangan helmat dan wallet sbelum aku diuji dengan kehilangan sesuatu yang lebih besar..

hampir setiap khamis malam jumaat aku teringat akan ayah
Aku sudah merancang perjalanan hidup aku
kini perancangan tersebut perlu aku teruskan kerana masih ada lagi orang tersayang disamping aku

kali pertama aku tidak pulang kerumah pada hujung minggu
jika dulu aku jarang balik rumah sebb terlalu sibuk dengan program
kini selepas pemergian ayah aku akan sentiasa balik rumah hujung minggu

Banyak benda yang perlu diuruskan
urusan harta arwah ayah
urusan adik-adik nak masuk sekolah
urusan rumah

Bila aku balik ke kolej,
tanggungjawab berada di bahu adik aku
bila aku balik rumah tanggungjawab kembali kepada aku

Tidak semua perkara aku tahu
Namun aku sedar, sebelum ayah pergi meninggalkan kami,
banyak perkara yang ayah ajar aku

Kenapa aku??
Kenapa bukan adik aku yang laki??

Aku percaya ayah yakin dengan aku
ayah yakin aku mampu untuk uruskan keluarga aku
ayah yakin aku dapat menemani ibu untuk mengantikan tempat ayah

AYAH
KAU PERGI BUAT SELAMANYA
NAMUN BANYAK PERKARA YANG KAU TINGGALKAN UNTUK KAMI
SEMOGA DENGAN SENTIAP PERKARA YANG ENGKAU TINGGALKAN MENJADI SAHAM UNTUK MEMBANTU AYAH DISANA

SEMOGA DENGAN SEBUAH MOTOR YANG AYAH BELI UNTUK AKU BAWAK PERGI BELAJAR ILMU AGAMA DISALURKAN PAHALA UNTUK MENERANGI DAN MELAPANGKAN KUBUR AYAH..
AYAH MENINGGALKAN KAMI DALAM KESENANGAN
BUKAN DENGAN KESUSAHAN
SEMOGA AYAH DITEMPATKAN BERSAMA-SAMA ORANG YANG BERIMAN..

AAMIIN..

Tiada ulasan:

Berita Mengejut Tergempar

Hari nie last day untuk Rakan Digital (RD) dan kitaorg jumpa larh like make a farewell day.. Yg dapat join 3 RD, I dgn kak Khai. Kitaorg car...