Khamis, 13 Disember 2018

Nota Pemikiran Islam Semasa Jabatan Usuluddin dan Falsafah,UKM


PEMIKIRAN ISLAM SEMASA

BAB 1

KEFAHAMAN PEMIKIRAN ISLAM

ISLAM DAN PERUBAHAN ISLAM
Perkembangan Islam melalui beberapa peringkat:
1)       Zaman Rasulullah
2)       Zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin hingga pertengahan abad keempat Hijrah
3)       Zaman pertengahan abad keempat hingga zaman kejatuhan Baghdad
4)       Zaman ketujuh Hijrah hingga zaman penjajahan
5)       Zaman pembaharuan Islam

ZAMAN RASULULLAH SAW
*         Bermula Nabi diangkat menjadi Rasul untuk mengembangkan ajaran dan agama Islam
*         Sumber syariat dalam wahyu al-Quran ataupun as-Sunnah
*         Al-Quran diturun secara berperingkat untuk beri pendidikan secara berterusan
*         Peranan Rasulullah menyucikan umat manusia daripada syirik, mengajar al-Quran dan menjadikan keterangan kpd kitab al-Quran yang bersifat umum
*         Sunnah Rasulullah yg berupa perkataan, perbuatan dan takrir juga sumber wahyu
*         Persoalan hokum melalui sumber al-Quran dan sunnah

ZAMAN KHULAFA ‘AR-RASYIDIN HINGGA PERTENGAHAN ABAD KEEMPAT HIJRAH
*         Selepas kewafatan baginda, Khulafa ar-Rasyidin mengambil alih sebagai pemimpin agama dan negara
*         Meneruskan tradisi pimpinan dan pengajaran Islam berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah
*         Ulama dikalangan sahabat di Madinah mula guna Ijtihad untuk menentukan hokum baru
*         Hokum yang sebulat suara diterima dalam majlis syura dipanggil Fatwa Sahabat
*         Sempadan Islam mula meluas menyebabkan persoalan hokum semakin bertambah
*         Khalifah Uthman membenarkan tokoh ilmuan bertebaran di pelbagai daerah
*         Tokoh sahabat berijtihad mengikut kesesuaian keperluan masyarakat memandangkan mereka jauh dari pusat pemerintahan
*         Aliran mazhab fikah berkembang seiring dengan perkembangan pembukuan hadis sehingga terbentuk imam empat mazhab :
1.       Imam Malik
2.       Imam al-Shafi’i
3.       Imam Hanafi
4.       Imam Hanbali
*         Hokum fikah terdiri daripada tiga kelompok:
1.       Hokum Allah dan Rasul-Nya
2.       Fatwa sahabat
3.       Fatwa imam mujtahid
*         Sumber bagi hokum fikah imam mujtahid dan fatwa imam mujtahid terdiri daripada :
1.       Al-quran
2.       As-Sunnah
3.       Ijtihad sahabat
4.       Ijtihad imam Mujtahid
*         Terjadi perdebatan dalam pengambilan hokum
*         Bermula pembukuan besar-besaran kitab fikah dan usul fikah bagi keempat-empat mazhab

ZAMAN PERTENGAHAN ABAD KE-4 HIJRAH HINGGA PERTENGAHAN ABAD KE-7 HIJRAH (ZAMAN KEJATUHAN BAGHDAD)
*         Gerakan ijtihad mula lemah
*         Ulama fikah lebih cenderung untuk mengkaji pandangan mazhab masing-masing dan mengahsilkan kitab syarah
*         Para ulama beranggap tidak ada lagi ulama yang memenuhi syarat mujtahid
*         Mereka bimbang kesucian agama Islam akan dicemari oleh golongan jahil dan ulama palsu yang tidak mempunyai kelayakan ijtihad
*         Namun, para ulama masih ijtihad dalam satu-satu mazhab itupun jika tidak ada hokum yang terdapat dalam mazhab
*         Kekuatan ijtihad lemah beriringan dengan lemahnya kerajaan Abbasiyyah
*         Ditambah lagi dengan serangan Tentera Salib pertama (492 H) hingga perang Salib Tujuh (647 H)
*         Peperangan Salib menaikkan semangat orang Kristian untuk merebut bumi Andalusia sehingga berjaya menawan sebahagian besar bumi itu pada tahun 646 H
*         Kejatuhan kerajaan Baghdad di tangan orang Monggol menyebabkan proses taklid seemakin kukuh
*         Berlaku kerana kerajaan kecil Islam yang lahir drpd kehancuran kerajaan Abbasiyyah berpegang kepada aliran mazhab yang kuat dalam kerajaan mereka
*         Antaranya
1.       Mazhab Hanbali – negara di Jazirah seperti Madinah dan Mekah
2.       Mazhab Shafi’I – negara Yamen, Selatan India dan negara Islam Asia Tenggara
3.       Mazhab Maliki – negara utara Afrika
4.       Mazhab Hanafi – Iraq, Iran, Hindi, Samarqand dan China

ZAMAN ABAD KE-7 HINGGA ZAMAN PENJAJAHAN BARAT
*         Wujud beberapa kelompok kerajaan yang berasingan
*         Ini menjadikan umat Islam berada dalam keadaan lemah disebabkan oleh :
                     i.            Negara-negara Islam saling bertelagah antara satu sama lain
                    ii.            Masing-masing mempunyai kaedah pemerintahan tersendiri
                  iii.            Berpegang kepada mazhab rasmi negara sendiri untuk dijadikan rujukan syariat Islam
*         Umat Islam dileka dengan kegemilangan sehingga ketinggalan dalam pelbagai aspek berbanding dengan kuasa Eropah
*         Lebih memburukkan apabila umat Islam di Asia Barat mula melupakan ajaran Islam yang mana kitab yang disusun tidak lagi dijadikan rujukan
*         Manakala suasana diEropah pula kian rancak sejak kekalahan dalam perang Salib
*         Merancang peperangan corak baru yang berbentuk al-Ghazwu al-Fikr
*         Tercetusnya Revolusi Britain dan Perancis mendorong persaingan untuk meluaskan tanah jajahan dan negara pertama yang menerima kesan ialah MESIR
*         Ekspedisi Napoleon Mesir (tahun 1798 – 1801) membuka mata dunia Islam dan menyedarkan para penguasa dan tokoh Islam dalam kemajuan dan kekuatan Barat

ZAMAN PEMBAHARUAN ISLAM
*         Para pemuka Islam mula mencari jalan untuk mengembalikan kekuasaan dan kekuatan umat Islam
*         Hubungan dgn Barat menimbulkan pemikiran dan kefahaman pembaharuan dan modernisasi di kalangan umat Islam
*         Beberapa tokoh membawa gerakan pembaharuan antaranya:
1.       Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab – Semenanjung Arab
2.       Muhammad ‘Abduh,  Rasyid Ridha dan Hassan al-Banna – Mesir
3.       Ahmad Khan – India
4.       Abu A’la Mawdudi – Pakistan
*         Membawa pembaharuan mengikut aspirasi pembaharuan mereka sendiri
*         Berusaha memberi sumbangan dalam memajukan umat Islam dalam bentuk baru

AKAL DAN KEDUDUKANNYA DALAM ISLAM

AKAL MENURUT AL-QURAN
*         Al-Quran meletakkan akal pada kedudukan yang amat tinggi
*         Al-Quran tidak pernah menggambarkan akal sebagai suatu yang antagonistic terhadap agama
*         Mereka yang tidak berakal menurut akal bukan merujuk kpd kurang daya penta’kulan (bodoh) tetapi penyalahgunaan pengetahuan
*         Hujah-hujah al-Quran sendiri dipersembahkan dalam bahasa akliyah
*         Akal yang dimaksudkan dalam al-Quran bukan sahaja wahana naif cenderung kepada perkara yang menjauhi agama
*         Al-Quran tidak membatasi fungsi akal hanya kepada fungsi akal nazari (discursive reasoning) tetapi merangkumi fungsi yang lebih besar

PANDANGAN AHLI BIASA
*         Ibn Manzur dalam kitab Lisan al-‘Arab:
1.       Akal sebagai al-hajr atau al-nahy bermaksud halangan atau tegahan
2.       Orang yang berakal ialah seorang yang menghalang dan memalingkan dirinya daripada hawa nafsu
*         Muhammad ‘Ali al-Jurjani dalam kitab al-Ta’rifat akal sebagai satu unsur  yang berlainan dari benda akan tetapi berkaitan dengan benda dalam aktivitinya…ia juga adalah jiwa natiqah yang dirujuk oleh setiap orang apabila mereka mengatakan ‘aku’…juga membawa makna cahaya didalam hati yang mengetahui yang hak dan batil yang menghalang manusia dari menyimpang ke jalan yang buruk

MAKNA AKAL MENURUT IMAM AL-GHAZALI DAN IMPLIKASINYA TERHADAP AKHLAK
*         Huraian Imam al-Ghazali mengenai akal dalam kitabnya Ihya’ Ulum al-Din ada empat makna utama perkataan akal. Antaranya:
                     i.            Akal sebagai satu sifat atau pembawaan tabi’i yang membezakan antara manusia dan hidupan lain dan yang membolehkannya menerima ilmu-ilmu berbentuk pemikiran dan spekulatif serta menganggap perkara-perkara yang abstrak
                    ii.            Akal membawa makna ilmu-ilmu daruri yang datang kepada kanak-kanak yang sudah mula boleh berfikir tentang kemungkinan dan kemustahilan sesuatu perkara
                  iii.            Akal bermakna ilmu yang didapati melalui pengalaman sepanjang masa berlalu
                  iv.            Akal merupakan keadaan dimana terdapat satu kekuatan yang terbina dalam diri insan yang membolehkannya mengetahui akibat dari pelbagai perkara dan akhirnya berasaskan kekuatan yang dapat mengawal hawa nafsu dan menuju kepada kenikmatan duniawi yang sementara
*         Imam al-Ghazali ingin menegaskan bahawa Islam tidak memisahkan secara dualism antara ilmu rasional dan ilmu berasaskan pengalaman
*         Ahli perbahasan falsafah moral Islam mengaitkan sifat-sifat utama ialah
1.       Kebijaksanaan – al-Hikmah
2.       Keberanian – al-shaja’ah
3.       Kesucian diri – al-‘iffah
4.       Keadilan dengan fakulti-fakulti psikologi insan seperti
                                                                     i.            Jiwa natiqah
                                                                    ii.            Jiwa haiwaniyyah (kehaiwanan)
                                                                  iii.            Jiwa nabatiyyah (tumbuh-tumbuhan)

HUBUNGAN AKAL DENGAN QALB, RUH DAN NAFS
*         Al-Quran tidak memberi makna yang sempit kepada akal
*         Penggunaan selain akal seperti qalb dan ruh atau nafs membawa hakikat yang sama iaitu unsur rohaniah dan membezakannya ialah fungsi atau ahwalnya
*         Ketika ia terbabit dengan proses berfikir atau menanggap – dinamakan ‘aql
*         Ketika ia sedang mentadbir jasad – dinamakan nafs
*         Ketika ia sedang menerima iluminasi yang bersifat ilham – dinamakan qalb
*         Ketika ia kembali kepada unsur abstrak yang tersendiri – dinamakan ruh
*         Al-Quran mengaitkan orang yang mempunyai hati dengan perbuatan berfikir,  menyamakan antara orang yang tidak berakal dengan orang yang tidak mendapat hidayah dan menisbahkan tugas zikir dan taqwa kepada akal

HUBUNGAN AKAL DAN WAHYU
*         Hubungan antara akal dan wahyu seharusnya dilihat lebih bersifat simbiosis (saling memerlukan)
*         Al-Quran diturunkan kepada manusia yang mempunyai akal dan akal manusialah yang akan menanggap, memahami dan meneliti segala isi kandungannya
*         Pandangan yang meletakkan wahyu lebih tinggi dari akal adalah benar kerana akal tidak mampu untuk menjangkau beberapa hakikat yang diketahui melalui jalan wahyu
*         Tetapi akal juga adalah sangat penting dalam memahami dan menjustifikasikan kebenaran perkara-perkara ghaib
*         Imam Fakhr al-Din al-Razi – membicarakan persoalan dalil akal dan naqal meletakkan sepuluh syarat akliah untuk menerima sesuatu khabar wahyu sebagai satu yang membawa keyakinan
*         Jalal al-Din al-Suyuti dalam kitabnya Tadbir al-Rawi – penerimaan hadis sebagai sumber hokum Islam menjadikan penerimaan akal sebagai salah satu syarat penerimaan hadis “sekiranya kamu menjumpai satu hadis yang bertentangan dengan akal atau bertentangan dengan sesuatu yang disepakati perkhabarannya atau bertentangan dengan prinsip yang diterima, maka ketahuilah bahawa hadis itu adalah palsu
*         Ibn Rushd dalam kitabnya Fasl al-Maqal wa Taqrir ma bayna al-Shari’ah wa al-Hikmah min al-Ittisal – bukan sahaja menjustifikasikan kesasihan akal yang diwakili oleh disiplin falsafah atau hikmah sebagai jalan yang sahih untuk manusia sampai kepada hakikat sesuatu

CIRI INTELEKTUALISME ISLAM
1.       PENDEKATAN TAWHID
*         Menjadi asas penting kepada akidah Islam yang memberi kesan kpd semua aspek kehidupan masyarakat Muslim termasuk kehidupan intelektualnya
*         Membolehkan melihat aspek kerohanian dan kebendaan dalam satu kesatuan
*         Terdapat dua unsur yang seakan-akan terpisah dalam pandangan alam Islam dilihat sebagai satu kesatuan yang mana aspek pertama merupakan aspek yang lebih kekal akan sentiasa menjadi asas kepada aspek kedua yang lebih bersifat sementara
*         Prinsip tawhid memberi kesan yang mendalam kepada ilmuan Islam dalam bidang fardhu kifayah
*         Islam tidak menjadikan semua sumber ilmu ini bersifat nisbi sehingga tidak ada satupun yang boleh dipercayai

2.       WAHYU SEBAGAI ASAS PENGKAJIAN ILMIAH
*         Islam melihat aspek akliyah tidak terbatas kepada aspek discursive dan syllogistic semata-mata sepertimana yang mendasari intelektualisme barat
*         Akal masih bersangkutan dengan wahyu yang mana cakupan intelektual manusia masih tidak tersasar dari ruang lingkup yang ditentukan wahyu
*         Dalam tradisi intelektual, wahyu amat dipertahankan sehingga tidak berlaku pertentangan antara wahyu dan akal
*         al-Quran menjadi sumber motivasi kepada keghairahan menimba ilmu yang berterusan di kalangan ilmuan Islam
*         sebagai sumber rujukan utama, al-Quran sarat dengan istilah-istilah yang digunakan manusia untuk meningkatkan penggunaan akal
*         al-Quran juga menggariskan beberapa istilah penting yang menjadi asas sekaligus memandu halatuju intelektualisme Islam
*         istilah seperti ilm, iman, adab, al-haqq, hikmah,’adl dan lain-lain digunakan dalam disiplin ilmu dengan merujuk kepada makna yang sama dan ini telah mengekalkan keutuhan pandangan Islam dalam tiap-tiap disiplin ini

3.       SIKAP HORMAT-KRITIS TERHADAP ILMU ASING
*         Sikap keterbukaan yg perlu ada pada intelektual Islam untuk menerima khazanah ilmu dari tamadun asing
*         Diperkayakan dengan pelbagai khazanah keilmuan dari Yunani
*         Zaman Keemasan Penterjemahan (767-912) menyaksikan pelbagai jenis karya ilmiah Greek dalam bidang falsafah dan sains diterjemah ke dalam Arab
*         Antara penterjemah Yahya Ibn Masawayh, al-Hajjaj b, Mattar, Yahya b al-Bitriq, Hunayn b. Ishaq, Ibn al-Muqaffa
*         Mereka membawa limpahan khazanah baru ke dalam ilmuan Islam malah telah membuka ruang kepada disiplin –disiplin ini di Barat
*         Walaupun ada bangkangan dari sekelompok ilmuan, namun para sarjana Islam pada umumnya tidak bersikap apologetic dalam menerima ilmu asing kerana Islam menggalakkan usaha tersebut
*         Ilmu-ilmu Yunani dikutip dari tamadun sebelumnya terutama tamadun timur dan sebahagian idea-idea tersebut berkaitan dengan teologi
*         Ini ditambah dengan sikap kritis dan berhati-hati para intelektual Islam dalam menerima ilmu-ilmu asing dengan membuat penyaringan yang teliti
*         Sekiranya ada yang melampaui batas ianya akan segera ditolak oleh golongan yang berautoriti dalam ilmu-ilmu Islam

BAB 3
CABARAN PEMIKIRAN ISLAM SEMASA :
 KEMODENAN DAN KEMUNDURAN DUNIA ISLAM

PUNCA PERUBAHAN SIKAP DAN CARA BERFIKIR
1.       Kejatuhan kekuasaan gereja
2.       Kemunculan kuasa dan pengaruh sains
3.       Lahirnya semangat reflektif hasil dari pengamatan secara kritis
KEJATUHAN KEKUASAAN GEREJA
*         Disebabkan oleh kegagalan ahli-ahli falsafah skolastik iaitu ahli falsafah Kristian yang mempunyai keupayaan dari segi falsafah dan pengetahuan dalam agama dan kehidupan harian masyarakat Barat
*         Berasaskan pengharmonian antara doktrin falsafah dgn ajaran Kristian tidak mampu memenuhi keinginan masyarakat Barat
*         Masyarakat Barat mula mencari kepuasan dari segi ilmu dan semangat ingin tahu apa yang mereka lakukan
*         Ahli-ahli skolastik gagal memenuhi kehendak keilmuan mereka
*         Penerangan isu-isu agama tidak rasional dan berlawanan dengan tabie pemikiran manusia
*         Menyebabkan masyarakat hilang keyakinan terhadap jawapan kepada persoalan keagamaan
*         Kebanyakan doktrin keagamaan sukar difahami secara ilmiah
*         Mula merasakan golongan agama tidak mampu untuk memenuhi dalam soal-soal berkaitan kehidupan seharian dan keagamaan
*         Golongan gereja sering mengeksploitasi masyarakat Barat
*         Menyebabkan sebahagian masyarakat menyedari fenomena ini akhirnya mereka mula mempersoalkan beberapa berkaitan dengan peranan tokoh agama dan gereja
*         Kebanyakan golongan intelektual barat menolak agama dan penerangan yang diasaskan kepada doktrin agama
*         Institusi gereja dipisahkan dari urusan negara


KEMUNCULAN KEKUASAAN DAN PENGARUH SAINS
*         Kemunculan kekuasaan sains suatu cetusan yang berkesan bagi melahirkan semangat bebas berfikir dan perubahan sikap
*         Bermula karya On The Revolution of the Celestial Obs oleh Nicolas Copernicus
*         Teorinya diperbaiki oleh Johannes Kepler dan Galileo Galilei
*         Selepas terbit karya mereka, masyarakat Barat mula menyaksikan pergelutan antara kekuasaan gereja dengan kekuatan sains
*         Gereja gagal mempertahankan kekuasaannya dan golongan intelektual beralih pandangan kepada penemuan sains yang mengagumkan
*         Sebab ilmu sains mendapat tempat dalam kalangan inteletual Barat kerana:
1.       Keberkesanan dan praktikal yang ada pada ilmu sains berbanding penjelasan agama
2.       Masyarakat Barat suka menghayati kebenaran secara nampak
3.       Metode-metode saintifik yang menggalakkan aktiviti berfikir dan menyelidik
LAHIRNYA SEMANGAT REFLEKTIF
*         Suatu kecenderungan yang wujud dalam masyarakat barat untuk mempraktikkan kebolehan fikiran dan pengamatan pancaindera
*         Mengamati apa yang berlaku disekeliling mereka dan membuat analisis sendiri melalui ketajaman fikiran dan sensitivity
*         Bebas menggunakan fikiran semaksima mungkin untuk befikir
*         Menggalakkan masyarakat Barat membuat refleksi dan berfikir secara bebas dan rasional
*         Segi politik – ciri-ciri moden lebih jelas kelihatan yang mana konflik politik telah dapat diredakan dengan memihak kepada pengaruh dan kekuasaan negara
*         Segi ekonomi – masalah perhambaan, system syarikat perniagaan lama telah beransur hilang dan manusia mula menolak belengggu dan menuntut kebebasan dan menentukan corak sendiri ekonomi mereka
*         Segi pemikiran – akal telah menjadi sumber berautoriti. Mahukan kebenaran diperoleh dan dicapai melalui penyelidikan dan penyiasatan yang bebas dari dogmatik dan penyataan gereja
CIRI-CIRI DAN PERIOD PENTING FALSAFAH BARAT MODEN
*         Falsafah Barat moden bermula dari perbahasan berhubung dengan soal epistemology (teori ilmu)
*         Dibentuk melalui keyakinan yang tinggi terhadap kemampuan manusia yang mana manusia disifatkan sebagai penentu dan sumber bagi ilmu pengetahuan
*         Teori ilmu adalah suatu cabang yang penting – menyentuh soal had ilmu, asal usul atau sumber ilmu dan kesasihan ilmu
*         Falsafah moden mengembangkan tiga isu penting:
1.       Metode falsafah atau perkaedahan falsafah
2.       Pembentukan sistem falsafah
3.       Humanisme iaitu kemanusiaan
*         Keyakinan yang tinggi melahirkan tokoh-tokoh pemikir yang agresif dan bersikap individualistic
1.       Agresif – mereka yang berani dan bersungguh-sungguh mengeluarka teori dan pendapat mereka
2.       Individualistik – tokoh-tokoh bangga dengan pencapaian sendiri dalam bidang ilmu pengetahuan
*         Penekanan kepada persoalan akal dan pancaindera membawa kepada tiga perkara penting berkaitan dengan ilmu pengetahuan:
1.       Had ilmu pengetahuan (limition og knowledge)
2.       Asal usul ilmu pengetahuan (origin of knowledge)
3.       Kesasihan ilmu pengetahuan (validity of knowledge)
*         Tiga period penting di awal perkembangan falsafah Barat Moden
*         Period pertama – tokoh-tokoh falsafah memberi tumpuan kepada persoalan tentang alam dan universe ini
*         Falsafah bersifat bersahaja dan tulen
*         Tertumpu kepada perbincangan mengenai alam dan universe ini
*         Alam falsafah memperlihatkan dua perkara yang menjadi gambaran kepada sikap masyarakat
1.       Mengakui dan berpegang kepada alam tabie yang dianggap mempunyai hokum dan peraturan tertentu yang tidak boleh ditukar ganti
2.       Tokoh-tokoh waktu ini terlalu mengagungkan pengkajian tentang sains fizik yang dipelopori oleh Galilei Galileo
*         Period kedua – peringkat pemusatan manusia dengan mengkaji aspek dalaman atau kejiwaan
*         Tokoh pegangan ini ialah John Locke. Kemudian Immanuel Kant dan tokoh-tokoh falsafah moden
*         Perbincangan mengenai minda manusia dan menyebabkan hamper kepada aliran New Humanisme
*         Period ketiga – masih terpengaruh dengan idea Immanuel Kant dan mula melangkah jauh hingga membicarakan tentang hubung dengan human concern lebih dr perbincangan falsafah
*         Lahir golongan rationalistic dan empiricistic yang mana menimbulkan kekeliruan di kalangan pengkaji falsafah untuk memahami istilah tersebut
*         Untuk mengelakkan kekeliruan terdapat beberapa fakta untuk membezakannya. Antaranya:
1.       Rationalisme ialah salah satu sikap yang meletakkan kerja-kerja akal lebih utama daripada wahyu atau autoriti sebagai punca ilmu maka falsafah moden ialah Rationalisme
2.       Kecenderungan erti Rationalisme sebagai ilmu pengetahuan yang tulen terdiri daripada ketetapan yang bersifat sejagat dan semestinya
3.       Timbul masalah untuk menentukan asal usul ilmu. Antaranya ‘Ilmu pengetahuan yang tulen’ tidak boleh lahir daripada pengalaman pancaindera tetapi lahir dari pemikiran. Dinamakan Rationalisme
BAPA FALSAFAH BARAT MODEN:RENE DESCARTES ATAU FRANCIS BACON
*         Rene Descartes – tokoh Rationalisme Barat iaitu aliran yang berpendapat akal fikiran ialah sumber ilmu pengetahuan
*         Hujah yang mendakwa beliau bapa falsafah moden berdasarkan perkembangan epistemologi atau teori ilmu yang menjadi titik perkembangan pemikiran Barat
*         Pada awal zaman falsafah moden dr segi epistemology, ilmu fizik ialah cabang ilmu sains manakala metafizik  ialah cabang ilmu falsafah
*         Metafizik ialah cabang ilmu falsafah yang mengkaji teori hakikat
*         Ilmu fizik dan metafizik adalah dua disiplin yang amat berbeza
*         Berdasarkan pengertian dan kedudukan falsafah moden, idea-idea Francis Bacon tidak termasuk dlm falsafah kerana:
1.       Tidak memberi sebarang spekulasi yang bersifat metafizik
2.       Memberi tumpuan kepada penemuan-penemuan fizik sahaja
3.       Menghindar diri dari sebarang spekulasi yang terkeluar dari perbincangan fizik
*         Francis Bacon layak digelar Bapa falsafah Eksperimental Moden
*         Beliau dianggap tokoh penggerak kepada sains moden kerana disifatkan oleh tokoh-tokoh sains yang mengepalai pergerakan induktif
TEORI ILMU: ISU UTAMA DALAM PERKEMBANGAN AWAL FALSAFAH BARAT MODEN
*         Perbezaan antara falsafah moden dengan falsafah Greek dan Roman dan falsafah Skolastik di Abad Pertengahan di Barat
*         Antara ciri-ciri dianggap faktor yang melahirkan corak pemikiran barat moden ialah:
1.       Berkurangnya kekuasaan gereja
2.       Bertambah kuatnya kekuasaan serta pengaruh sains
*         Wujudnya semangat reflektif yang mana masyrakat mula kebebasan berfikir dan membuat penaakulan secara ilmiah dan akhirnya membentuk pemikiran baru
*         Budaya berfikir yang dibentuk awal abad ke-17 – budaya menolak institusi agama dan kekuasaan gereja
*         Institusi gereja dijauhkan dari institusi negara dan sebelumnya institusi gereja memainkan peranan utama untuk menentukan arus perkembangan budaya di Barat
*         Kedua bertambah kuatnya kekuasaan dan pengaruh sains – kejayaan yang meluas berpunca dari keberkesanan dan praktikalnya sains berbanding dogma agama Kristian
*         Sains mementingkan intelektual dan mengenepikan dogma menenangkan hati dan jiwa masyarakat Barat yang menginginkan ilmu yang bersifat intelektual dan rasional
CABARAN-CABARAN ZAMAN MODEN
1.       Kolonialisme
2.       Modenisme
3.       Orientalisme
4.       Zionisme
KOLONIALISME
Ø  Ialah suatu konsep mengenai penguasaan politik secara keseluruhan oleh kaum penjajah terhadap tanah jajahan
Ø  Orang barat melancarkan gerakan kolonialisme terhadap dunia Islam melalui peperangan Salib
Ø  ‘Perang Salib’ kelihatan seperti suatu peperangan agama tapi motif utama – meluaskan politik dan ekonomi
MODENISME
Ø  Ialah suatu pandangan hidup keduniaan yang bukan sahaja memuja bahkan mempertuhankan kemodenan
Ø  Sifatnya antitradisi, adakala kontra tradisi dan adakala juga bersikap neutral tetapi selalunya menentang agama
Ø  Tradisi dan agama melambangkan kekolotan dan kemunduran
Ø  Kemodenan adalah lambang kemajuan dan ketamadunan

BAB 4
ISLAH DAN TAJDID:
TINDAK BALAS TERHADAP CABARAN PEMIKRAN ISLAM SEMASA
DEFINISI TAJDID
TOKOH
BAHASA
ISTILAH
IBN MANZUR               
Kalimah Arab berasal daripada jaddada – yujaddidu – tajdid bermaksud menjadikannya baru atau nafas baru

KAMUS DEWAN

Pembaharuan yang menurut ulama fikah bererti menghidupkan kembali ajaran Rasulullah yang semakin ditinggal akibat amalan bida’ah
ENSIKPLOPEDIA ISLAM

Meliputi pembaharuan dalam hidup beragama sama ada berbentuk pemikiran ataupun gerakan hasil daripada tindak balas atau tanggapan terhadap cabaran luaran mahupun dalaman
RUMUSAN MAKNA TAJDID
1.       Membebaskan manusia daripada ajaran yang bertentangan dengan ajaran Islam sebenar dan membawa manusia kembali ke pangkal jalan serta memajukan pengamalan ajaran Islam yang betul
2.       Pemikiran lama tentang Islam ditambah nilai dan disesuaikan mengikut zaman
3.       Menafsir ajaran agama sesuai dengan perkembangan ilmu pengetahuan dan sosial masyarakat semasa

MAKSUD TAJDID BERDASARKAN HADITH RASULULLAH : penyegaran semula pemahaman serta komitmen terhadap nilai-nilai agama dan disertakan dengan tindakan merealisasikannya selaras dengan tuntutan zaman dan yang dibenarkan oleh syarak.
TAJDID DIERTIKAN DALAM TIGA DIMENSI :
1.       Al-ibanat (الابانة) – membezakan antara yang al-sunnah dengan yang bukan al-sunnah
2.       Al-‘Ibadat (العبادة) – memulihkan ajaran Islam kepada kemurniaan aslinya daripada  unsur-unsur yang negative yang meragukan serta mengelirukan Islam
3.       Al-‘Ihya (الاحياء) – menghidupkan ajaran Islam dalam konteks penghayatannya yang sekian lama terbengkalai disebabkan pelbagai halangan pengalaman
CIRI-CIRI SEORANG MUJADDID
1.       Menguasai seluruh ajaran Islam : hikmah dan falsafah pensyari’atan dan penguasaan ‘ulum al-Quran, ‘ulum al-Hadith dan ‘ulum al-Ahkam
2.       Mempunyai semangat dan cita-cita yang tinggi dan luhur untuk membela, mengembangkan ajaran serta pengalaman Islam secara jujur
3.       Bersikap teliti, cermat dan keikhlasan yang tinggi

PERSPEKTIF SEJARAH DAN MASA KINI
TAJDID PERINGKAT AWAL
*         Semenjak kewafatan Rasulullah iaitu kemunculan semula unsur jahiliah
*         Umpamanya, respon umat Islam yang sukar mempercayai Rasulullah benar-benar wafat malah merasakan seolah-olah Baginda diangkat ke langit seperti Nabi Isa
*         Mujur ada tokoh seperti Abu Bakar yang segera mengingatkan mereka dengan tegas bahawa Muhammad SAW sememangnya benar-benar wafat
*         Kata-kata Abu Bakar memberikan sentakan kuat kepada para sahabat yang terlalu mencintai Rasulullah sehingga hilang kewarasannya
*         Abu Bakar secara memulakan tajdid pemurnian Islam, isu yang dihadapi ialah suasana genting kemurtadan beraamai-ramai serta keengganan membayar zakat atas alasan ia tidak ada hak untuk diambil selepas kewafatan Baginda
*         Semasa isu perlantikan khalifah pertama menonjolkan semula sifat assabiyyah, fanatic, puak dan kaum apabila:
1.       Orang Ansar merasakan mereka lebih berhak memikul tanggungjawab
2.       Kaum Muhajirin turut merasakan mereka lebih layak memikul tanggungjawab
3.       Sebahagian Bani Hasyim merasakan mereka lebih layak dari kalangan Quraisy
*         Abu BAkar, Umar dan beberapa sahabat lain cuba menghapuskan unsur jahiliyyah melalui
1.       Kebijaksanaan
2.       Keberanian
3.       Ketangkasan
4.       Berpandangan jauh
*         Ucapan Abu Bakar ketika dilantik menjadi khalifah merupakan ucapan seorang mujaddid yang mencerminkan sifat dan watak yang lembut tetapi tegas, merendah diri namun tegas dan amat berwibawa
*         Beliau meneruskan gaya hidup zuhud yang dimulai oleh Rasulullah
*         Kemudian Umar al-Khattab mengambil alih jawatan Abu Bakar dengan meneruskan gaya hidup zuhud meskipun negara Islam semakin meluas, kekayaan negara melimpah ruah
*         Perluasan negara Islam menyebabkan Umar terpaksa memperbaharui pentadbiran negara
1.       Memulakan pemisahan kuasa kehakiman di wilayah-wilayah
2.       Mengadakan reformasi cukai dan zakat
3.       Mengulang kaji semula pengagihan harta dikalangan rakyat
*         Ijtihad Umar merangkumi aspek pembangunan ekonomi, sosial, politik dan lain-lain
*         Tajdid pemikiran Umar juga mempelopori suatu metodologi hokum
*         Metodologi pembinaan hokum Islam mengemukakan perkaedahan qiyas, melanjutkan apa yang sudah sedia dimulai oleh Umar yang mengambil Sawabiq qada’iyyah sebagai salah satu cara menentukan keputusan
CIRI-CIRI TAJDID DAN ISLAH (SHEIKH AHMAD AL-FATANI)
1.       Mengembalikan ajaran Islam ke landasan yang asal iaitu berpegang kepada Al-Quran dan al-Sunnah
2.       Memelihara dan memperkasakan ajaran dan amalan ahli Sunnah wal jamaah
3.       Faham sebenar al-Quran dan al-Sunnah melalui ulama mursyidin
4.       Mendorong kepentingan teras amal islami berdasarkan Islam, Iman dan Ihsan dimana kepentingan amal Islami melalui bermazhab dan bertariqat
5.       Mengintegrasikan ilmu naqli dan aqli kearah kesepaduan ilmu
6.       Memperbetulkan fahaman keliru yang terdapat dikalangan umat Islam yang beranggapan bahawa jenis ilmu dan pekerjaan yang buken dari ibadat secara khusus tidak dituntut oleh agama
7.       Menyediakan pemikiran yang strategic dalam menghadapi cabaran, jaringan ukhuwah dan hubungan diplomatic dengan khalifah Islamiah Turki Osmaniah
8.       Mengikuti perkembangan dunia luar


DEFINISI ISLAH
TOKOH
BAHASA
ISTILAH
IBN MANZUR
Naqid al-ifsad bermaksud menghilangkan kerosakan
Aslaha al-shai’ba’da fasadihi bermaksud mendirikan semula sesuatu yang telah runtuh

KAMUS DEWAN

ü  Usaha untuk mengembalikan sesuatu keadaan kepada suatu keadaan yang betul, tepat dan selamat
ü  Penyelesaian perbalahan dengan jalan baik atau dengan jalan damai
RUMUSAN MAKNA ISLAH
1.       Menjadikan seseorang lebih soleh daripada yang sedia ada atau daripada jahat menjadi baik
2.       Memperbaiki iman, akhlak dan kehidupan mengikut syariat nizam dan peraturan yang ditetapkan Allah
3.       Memperbaiki dan membersihkan Islam daripada pemalsuan dan penyelewengan termasuk islah terhadap penyelewengan pemikiran

CABARAN PEMIKIRAN ISLAM DI ERA MODEN
1.       DALAMAN – kemunduran peradaban ummah
2.       LUARAN – modeniti, neo-imperialism dan globalisasi
CABARAN DAN IMPAK
*         Penurunan kualiti dan inovasi ilmu
*         Kecelaruan pemikiran dan budaya
*         Perpuakan dan konflik
*         Kemunduran ekonomi
*         Kebergantungan

ISLAH DAN TAJDID: TINDAKBALAS PEMIKIRAN ISLAM
ISLAH
          naqid al-Islah -menghilangkan kerosakan
          aslaha al-shai’ ba’da fasadihi – mendirikan semula sesuatu yang telah runtuh.  Usaha untuk mengembalikan sesuatu keadaan kepada suatu keadaan yang betul, sesuai dan tepat
TAJDID
          sayyarahu jadidan – menjadikannya baru atau bernafas baru. Ia juga ialah ‘pembaharuan bagi menghidupkan kembali ajaran Rasulullah saw yang semakin ditinggalkan akibat dari bidaah, pencemaran dan kekeliruan dalam pemikiran dan kehidupan.

AMALAN ISLAH DAN TAJDID
*         Mengekal dan memelihara kebenaran
*         Tambah nilai kebaikan
*         Sesuaikan dengan keperluan zaman
*         Galakan hubungan dan kemesraan
*         Segarkan kelesuan
*         Kembali ke jalan lurus
*         Berkongsi manfaat
*         Menerima pembaharuan

BAB 5
POLA TINDAK BALAS PEMIKIRAN ISLAM:
PELBAGAI BENTUK ALIRAN DALAM PEMIKIRAN ISLAM SEMASA
KRISIS PEMIKIRAN MODEN
1.       PERMASALAHAN QADHIYYAH AL-GHAZWU AL-FIKRI (PERMASALAHAN SERANGAN PEMIKIRAN)
v  Terdapat dua kelompok yang saling bertentangan di kalangan cendekiawan Muslim
v  KELOMPOK PERTAMA
·         Menolak adanya al-Ghazwu al-Fikri
·         Hanyalah sebuah rekaan kaum pelampau yang ingin menolak tamadun moden dan menolak kenyataan adanya revolusi komunikasi dan pengangkutan moden
·         Menganggap menjadikan manusia terpengaruh dengan tamadun dunia dengan segala bentuk pemikiran, kebudayaan dan seni
·         Mereka juga menganggap dalam dunia pemikiran tidak ada serangan apa-apa
·         Pemikiran dan kebudayaan saling bercampur yang bersifat nasional dan serantau
v  KELOMPOK KEDUA
·         Memandang al-Ghazwu al-Fikri sebagai kenyataan yang berleluasa, sebagai pertarungan yang terus berkobar dan sebagai peperangan yang terus marak
·         Menegaskan tentang kekaburan pemikiran, kebudayaan, tamadun dan kemungkinan terpisah dan terkurung di dalam tempat dan satu masa
·         Pemikiran dan kebudayaan umpama tentera jika melampaui batas bererti berlaku permusuhan dan serangan terang-terangan
v  Sikap yang perlu kita pilih dapat beristidlal atau memiliki dalil yang sahih
v  Menolak tanggapan yang menggambarkan bahawa dunia ini merupakan satu tamadun
v  Tashawwur kelompok yang mengingkari al-Ghazwu al-Fikri sebagai salah satu prejudis, tidak ada kebenarannya
v  Pembelaan pada umumnya wujud dalam bentuk serangan dengan melancarkan penyelewengan fakta, memburuk-burukkan pemikiran, tamadun dan kebudayaan bangsa-bangsa lain
v  Kesannya umat Islam akan menjadi hamba yang hina kepada pemikiran Barat
v  Demikian kita tidak menerima pendapat yang memandang dunia ini memiliki berbagai tamadun yang sama sekali tidak menghubungkan  dan dapat mencukupkan diri sendiri tanpa kaitan dan hubungan dengan orang lain

2.       Qadhiyyah yang menentukan peranan yang dilalui ketika pemikiran umat Islam berinteraksi dengan pemikiran, kebudayaan dan pengetahuan Barat.
v  Dikaitkan dengan qadhiyyah yang pertama
v  Ditegaskan kembali bahawa sikap kaum Muslimin terhadap pemikiran, kebudayaan dan pengetahuan Barat
v  Terdapat tiga tahap untuk melaluinya
TAHAP PERTAMA
*         Dikenali tahap kejutan dan kehairanan lansung kaum Muslimin
*         Tahap dimana kedudukan pemikiran dan ilmu sangat tergugat
*         Mengakibatkan hilangnya pemikiran Islam dan warisan budaya
*         Muncul anggapan pemikiran dan tsaqafah Islamiyyah tidak mungkin dapat membentuk tamadun dan kemajuan
*         Maka insan Muslim pada masa ini menjadi manusia kecewa dan menerima kekalahan
*         Kekalahan ini mengakibatkan orang Islam sedia menerima segala yang datang dari Barat tanpa syarat:
1.       Pemikiran
2.       Kebudayaan
3.       Sains
4.       Pengetahuan
5.       Seni
6.       Sastera
*         Dunia Islam menyaksikan pengiriman mahsiswa dan pelajar-pelajar ke Barat
*         Mereka menerima pemikiran dan kebudayaan Barat tanpa tapisan dan saringan dan dunia Islam mulai membangunkan badan-badan pendidikan model Barat
*         Hamper semua kegiatan ilmiah bergantung kepada badan-badan pendidikan dan ilmu pengetahuan dari Barat mentah-mentah
*         Muncul satu keberanian orang Islam dengan mengatakan “Islam tidak menafikan ilmu dan tidak bertentangan dengan tamadun” namun dipandang sinis oleh kaum modenis
*         Namun mereka yang bersetuju beranggapan bahawa kerja kuat kaum Muslimin yang tetap pendirian dengan Islam dan semangat ulama pada waktu itu ingin mengukuhkan berbagai jawapan yang bersifat retorikal
*         Bagi memastikan kaum Muslimin terdorong kepada satu keseimbangan dan berdiri di atas kaki sendiri dalam menghadapi serangan hebat dan sengit
TAHAP KEDUA
*         Tahap yang mulai menampakkan kemantapan jiwa
*         Kaum Muslimin menemui kembali diri dan sikap ke-Islamannya serta mulai berinteraksi dengan berbagai hasil pemikiran Barat
*         Mula mengkaji teori-teori, aliran-aliran dan hasil-hasil pemikiran
*         Lahirnya
1.       Pemikiran-pemikiran yang seimbang
2.       Kajian-kajian perbandingan digalakkan
3.       Perbahasan pertemuan antara Islam dengan kebudayaan Barat
*         Bertujuan untuk membuktikan bahawa kaum Muslimin memiliki seperti apa yang dimiliki Barat
TAHAP KETIGA
*         Disebut marhalah shahwah Islamiyyah, tahap kebangkitan Islam
*         Mulai mengukuhkan keistimewaan, ciri-ciri dan keunggulan pemikiran, kebudayaan, sistem, aqidah, jalan hidup, akhlak dan nilai-nilai Islam
*         Mula mendedahlan penipuan dan kebodohan Barat dan menyingkap bahawa kaum Muslimin telah lama tertipu, hidup dalam keadaan diserang, dirampas kebudayaan dan pemikiran serta kehilangan keseimbangan
*         Kaum Muslimin mula mengembangkan istilah dan pengertian kebangkitan Islam


BAB 6
MODENISME – REFORMISME ISLAM:
ALIRAN PEMBAHARUAN ISLAM
CIRI UTAMA FALSAFAH MODENISME BARAT
1.       Penolakan terhadap kewujudan kuasa divine dan supernatural (agama dan ketuhanan)
2.       Penghapusan kuasa autoriti agama
3.       Pemuliaan akal (rasionalisme)
4.       Pengagungan penyelidikan sains tabii
5.       Kebebasan individu dan responsibility
6.       Hormati nilai kemanusiaan, toleransi, kerjasama dan persamaan hak
7.       Berpegang kepada perlembagaan
8.       Hak wanita
CIRI-CIRI POSITIF MODENISME BARAT YANG DITERIMA MODENISME ISLAM
1.       Perbahasan rasional (bukan rasionalisme)
2.       Hak-hak wanita
3.       Bentuk dan corak pendidikan moden
4.       Sains dan teknologi
DEFINISI MODENISME ISLAM
*       Mohammad Mumtaz Ali – Islamic modernization may be redefined as the process of increasing technological skills and knowledge in the physical and social sciences in order to harness the bounties and resources of the natural world on the basis of an Islamic epistemology and toward the regeneration of a new Islamic civilization and its sustainable development. Logically advancement in science, technology and the human sciences based on a western epistemological foundation is necessarily denied or rejected in Islamic modernization.
*       C.C Adams dalam bukunya Islam an Modernism in Egypt – mendefinisikan secara memperturunkan beberapa karakteristiknya seperti reformisme agama yang didominasi oleh pertimbangan-pertimbangan teologi yang berhasrat untuk membebaskan Islam dari kekuatan orthodok Islam dan untuk menunjukkan Islam sebagai agama yang dapat diselaraskan dengan tuntutan kehidupan moden.
*       H.A.R Gibb menulis modenis ialah – Those who do care and sometimes care deeply about their religion but who are in various degree offended by the traditional dogmatics and by the insistence of the conservatives upon the sanctity of the traditional instituitions in the Muslim world. For the majority the issues in dispute are mainly those relating to the practical duties and the social instituitions of Islam.
*       Walaupun dalam pemikiran Islam modenisme bermakna sebagai sebuah pendekatan yang berwawasan terbuka terhadap perkembangan moden dan telaah-telaah rasional serta merupakan kajian secara kritis tetapi ia berbeza dengan rasionalisme-humanis
*       Rasionalisme-humanis sangat bebas dan tidak terbatas yang mempengaruhi pemikiran keagamaan Barat

REALITI MODENISME ISLAM
·         Modenisme Islam adalah satu aliran pemikiran yang bertentangan dengan tradisionalisme dan konservatisme dalam asas karakteristik
·         Sifat reformasinya modenisme Islam berkongsi beberapa sifat atau ciri dengan reformisme atau revivalisme Islam
·         Reformisme hanya menekankan reformasi manakala modenisme menekankan reformasi dan modenisasi
·         Antara tokoh-tokoh yang menggerakkan reformasi ialah:
1.       Sayyid Ahmad Khan (1817-98)
2.       Ameer Ali (1849-1928)
3.       Muhammad Iqbal (1877-1938) di India dan Pakistan
4.       Jamal al-Din al-Afghani, Muhammad Abduh dan Qasim Amin (1863-1908) di dunia Arab
IDEOLOGI DAN METODE MODENIS
1.       Modenisme Islam menegaskan keperluan menghidupkan (membaharui) masyarakat Islam menerusi proses pentafsiran dan reformulasi semula warisan Islam mereka dalam konteks dunia semasa
2.       Menggalakkan untuk mencari gali roh dan objektif pengajaran al-Quran dari hanya berpegang kepada makna literal al-Quran itu
3.       Membuka kembali persoalan hubungan antara iman dan akal dan menanyakan samaada pengakalan (rationalization) mempunyai batasannya atau sama ada ia juga duduk bersama-sama dalam penghukuman atau penilaian keimanan
4.       Membuka ruang kepada hubungan atau rantaian positif antara pemikiran di dalam al-Quran dan pemikiran moden pada tahap tertentu, sehingga menghasilkan integrasi antara institusi moden dengan orientasi sosio-moral al-Quran
5.       Mewakili kalangan liberalisme Islam dan memberikan Islam pentafsiran liberal dan membela keperluan perubahan pada institusi Abad Pertengahan Islam, doktrin dan praktisnya.
6.       Menolak keautoritian mazhab (aliran pemikiran) Abad Pertengahan
SEJARAH PEMIKIRAN REFORMISME-MODENISME MALAYSIA
*         Meneroka perkembangan pemikiran modenisme-reformisme Malaysia paling lewar muncul di awal era kurun ke 20
*         Beberapa gagasan dan visi pemikiran modenis awal yang dipelopori oleh tokoh-tokoh pengasas Al-Imam seperti:
1.       Sheikh Tahir
2.       Al-Hadi
3.       Haji Abbas
4.       Sheikh Muhammad Salim
*         Al-Hadi dipersembahkan sebagai modenis Muslim
-          Mewacanakan pemikiran berkaitan agama, pendidikan dan politik yang tepat dengan kerangka kerja modenisme Islam
-          Tidak meletakkan dasar-dasar spesefik kerangka pemikiran pembaharuan
-          Membuat respon terhadap masalah sosio-keagamaan dan politik-ekonomi Muslim Malaya
-          Pendekatan terhadap Islam, akal dan nilai-nilai Barat moden berbeza dengan kalangan tradisionalis zamannya
PEMBAHARUAN PEMIKIRAN
*         Al-Hadi membincangkan ritual atau peribadatan Islam yang bukan hanya menekankan elemen ketaatan kerohanian kepada Allah tetapi lebih memandang kepada unsur-unsur sosial dan praktikal serta faedah yang dianjurkan dari peribadatan
*         Pemahaman yang ditanam berhubung dengan sembahyang yang kelima-lima waktunya mengambil masa kurang dari dua jam dan sepatutnya tidak membebankan. Begitu juga bentuk pakaian waktu solat bebas selagi mana menutup aurat dari pusat ke lutut.
*         Pandangannya yang liberal dan moden berbeza dengan persepsi tradisionalis yang menggalakkan walaupun tidak mewajibkan memakai kain sarung, baju melayu, serban atau kopiah seperti itu dahulu dipandang negative atau bukan Islamik
*         Peribadatan Islam mahukan kesenangan dan Allah memberikan kerahmatan kepada hambaNya tanpa menyusahkan individu tersebut berdasarkan firman Allah Surah al-Baqarah ayat 286:
لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ ٢٨٦ 
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
*         Pendekatan dan pemahaman selari dengan idea modenis yang mahukan kesenangan dalam keimanan (akidah) dan pelaksanaan amalannya
*         Para pendokong pemikiran modenisme secara terang-terangan mahukan wujudnya ruang terbuka dan luas bagi proses tajdid, islah dan ijtihad untuk Muslim
*         Kumpulan yang beraliran Kaum Muda atau modenis-reformis menolak keyakinan bahawa Imam Mujtahid adalah mengikat Muslim secara individu atau kolektif dan tidak seharusnya pandangan-pandangan yang dipetik dari mazhab tertentu diangkat tinggi pada taraf agama itu sendiri
*         Menurut Za’ba salah seorang sarjana reformis-modenis:
“masyarakat Islam mestilah berijtihad kerana suatu tuntutan adil dan berfaedah bagi muslihat keselamatan dan kemajuan manusia dalam dunia yang sentiasa maju pada serba-serbi ini. Sebaliknya jika pintu ijtihad ditutup bererti masyarakat Islam menutup pintu kemajuan dan memaksa manusia bersifat keadaan mati sebagaimana matinya ulama-ulama pengarang yang telah lalu

MUSLIM DAN PERANANNYA
*         Visi dasar modenisme termasuklah usaha-usaha pemurnian Islam melalui membanteras unsur khurafat, tahiyul dan bidaah
*         Kandungan Al-Imam menyeru masyarakat meninggalkan amalan bidaah dan khurafat, menggalakkan menuntut ilmu, membuka institusi pendidikan demi kemaslahatan umat dan masyarakat
*         Terdapat tokoh seperti Haji Wan Musa membuat reformasi beberapa praktik adat keagamaan yang turun-temurun diamalkan oleh masyarakat
*         Beliau menyimpulkan amalan ini bidaah dan ditegah Islam atau keadaan yang memanifestasikan bergolaknya unsur-unsur reformisme-modenisme dalam masyarakat Melayu
*         Menurut Ahmad Syafe’I Ma’arif ideanya yang bercorak non-mazhab dan semangat kembali kepada sumber Islam yang paling otentik iaitu Al-Quran dan sunnah
*         Di Malaysia keterikatan dengan satu mazhab iaitu Syafi’e pada praktiknya tidak dipakai khususnya apabila menyentuh persoalan-persoalan muamalah, ekonomi dan sesetengah ibadat
*         Contoh dalam kes bilangan Jemaah dalammenunaikan solat Jumaat
-          Sheikh Tahir dan al-Hadi = Muslim perlu menunaikan sembahyang Jumaat  di daaerah atau kampong mereka sekalipun bilangan mereka kurang dari 40 orang
-          Mazhab Shafi’e = jumlahnya mesti 40 orang, jika tidak mestilah menunaikan solat zohor sahaja
*         Penafsiran reformis-modenis terhadap Islam ialah satu agama yang sesuai dengan keperluan masa dan keadaan
*         Islam parallel dengan makna kemajuan dan kesejahteraan (al-Salam dan al-Islam), tidak menyekat perkembangan ilmu pengetahuan, sesuai dengan perkembangan akal dan sains
*         Ke arah mencapai matlamat ini, penggunaan akal mestilah diperluaskan semaksima mungkin
*         Modenis Muslim tidak cenderung menerima fahaman tasawuf dan aliran tarekat sama ada di atas hujah atau alas an teologi (konsep immanence dan transcendence Allah) dan bukan teologi (ekonomi dan sosial)
*         Dalam pemikiran moden, liberal dan terbukanya kalangan modenis Melayu terbukti dengan penegasan akal dan sains yang dibawa oleh Barat
*         Contoh Al-Hadi:
-          Mengutarakan ilmu yang dikembangkan di Barat dibawa masuk ke dalam pendidikan formal agama Islam
-          Sewaktu berpindah ke Pulau Pinang dan Melaka, beliau berusaha meniru sistem pendidikan di Singapura yang mengintegrasikan mata pelajaran agama dan bukan agama
*         Bukan setakat galakan pendidikan bukan agama sahaja, para modenis mahukan ruang pendidikan yang luas kepada wanita
*         Menolak perspektif tradisionalis yang melihat nature dan status wanita adalah hina dan lemah sama ada intelektual mahupun fizikal
*         Contoh tokoh ulama Sheikh Abu Bakar al-Ash’ari:
-          Dengan bukunya Pergerakan Kaum Wanita di Alam Islami
-          Terpengaruh dengan idea-idea modenis wanita di Timur Tengah
-          Segolongan pembaharu kontemporari terhadap hal ehwal yang berkaitan status wanita
-          Hasilnya wanita Malaysia mendapat peluang sama rata dengan lelaki
*         Tokoh akademik yang memperjuangkan kedudukan wanita, berusaha mengubah persepsi negative dan inferior  terhadap wanita ialah FAISAL OTHMAN:
-          Didalam bukunya berjudul Woman, Islam and Nation Building
-          Menghuraikan ciri asas pemikiran modenis:
1.       Modenis menyingkap posisi yang berlainan tentang Hadith
·         Sebilangan menolak secara tegas
·         Sebahagian menerima tetapi melalui proses saringan yang teliti
2.       Perbezaan tanggapan terhadap jangkauan dan bidang kuasa akal
·         Bukan sahaja membahagikan golongan pemikir Islam kepada modenis dan fundamentalis
·         Tetapi juga dalam kelompok modenis-reformis sendiri
·         Timbul perselisihan membabitkan kemampuan akal sebenarnya dimana darjah atau takat mana akal mampu berfungsi dan sebaliknya akan berlaku perbezaan
3.       Bersangkutan dengan kedudukan akal
·         Bagaimana persepsi modenis ka atas ilmu falsafah
·         Pintu utama kepada ilmu sains atau alam tabii
4.       Hampir kesemua modenis mempromosikan pengkajian ilmu
·         Para modenis besar dunia Islam membahaskan persoalan kausaliti dan mukjizat
·         Demi menonjolkan kepentingan dan kekuatan hokum sebab dan akibat di alam tabii

ISU REFORMISME-MODENISME ISLAM ASIA TENGGARA
PENTAKRIFAN REFORMISME-MODENISME
v  Barton mentakrikan – ciri-ciri modernisme, secara sederhana dapat dilihat ketika kaum modenis itu keluar dari ikatan kaum Orthodoks dengan mengedepankan ijtihad daripada taqlid, menekankan pentingnya qiyas supaya dapat merebut ‘semangat hukum’ yang tersimpan dalam’tulisan hukum’ dan memilih mengurangi kebergantungan pada Hadis demi mendahulukan al-Quran dan Sunnah Rasul
v  Fazlur Rahman tokoh neo-modenis Pakistan mentakrifkan – “those who have made an articulate and conscious effort to reformulate Islamic values and principles in terms of modern thought or to integrate modern thought and instituitions with Islam”
v  Lapidus mentakrifkan – Islamic modernism was the nineteenth century doctrine of Muslim political elites and intelligentsia and must be distinguished from Islamic reformism which was the doctrime of the ulama. The essential principle of modernism was that the defeat of Muslims at the European powers had revealed their vulnerability and that the restoration of their political power required them to borrow European military techniques, centraliza state power, modernize their economics and provide education for their elites.
v  Hubungan antara modernism-reformis:
-          Reformisme dan modenisme cenderung mengakui terdapat perbezaan
-          Dalam perspektif senjarah sendiri jelas bahawa modenisme lahir berkait dengan pengalaman sejarah Barat
-          Modenisme Islam berkongsi beberapa sifat dan aspek dengan reformisme atau revivalisme
-          Reformisme Islam dikatakan hanya menekankan reformasi tetapi modernisme memfokuskan kedua-duanya reformasi dan modenisasi
-          Reformisme Islam bertanggungjawab memberi respon ke atas pemasalahan dalaman dan luaran yang melanda dan mengugat orang Islam

Berita Mengejut Tergempar

Hari nie last day untuk Rakan Digital (RD) dan kitaorg jumpa larh like make a farewell day.. Yg dapat join 3 RD, I dgn kak Khai. Kitaorg car...