PEMIKIRAN
ISLAM SEMASA
BAB
1
KEFAHAMAN
PEMIKIRAN ISLAM
ISLAM
DAN PERUBAHAN ISLAM
Perkembangan
Islam melalui beberapa peringkat:
1)
Zaman
Rasulullah
2)
Zaman
Khulafa’ Ar-Rasyidin hingga pertengahan abad keempat Hijrah
3)
Zaman
pertengahan abad keempat hingga zaman kejatuhan Baghdad
4)
Zaman
ketujuh Hijrah hingga zaman penjajahan
5)
Zaman
pembaharuan Islam
ZAMAN RASULULLAH SAW
*
Bermula
Nabi diangkat menjadi Rasul untuk mengembangkan ajaran dan agama Islam
*
Sumber
syariat dalam wahyu al-Quran ataupun as-Sunnah
*
Al-Quran
diturun secara berperingkat untuk beri pendidikan secara berterusan
*
Peranan
Rasulullah menyucikan umat manusia daripada syirik, mengajar al-Quran dan
menjadikan keterangan kpd kitab al-Quran yang bersifat umum
*
Sunnah
Rasulullah yg berupa perkataan, perbuatan dan takrir juga sumber wahyu
*
Persoalan
hokum melalui sumber al-Quran dan sunnah
ZAMAN KHULAFA ‘AR-RASYIDIN HINGGA PERTENGAHAN ABAD KEEMPAT HIJRAH
*
Selepas
kewafatan baginda, Khulafa ar-Rasyidin mengambil alih sebagai pemimpin agama
dan negara
*
Meneruskan
tradisi pimpinan dan pengajaran Islam berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah
*
Ulama
dikalangan sahabat di Madinah mula guna Ijtihad untuk menentukan hokum baru
*
Hokum
yang sebulat suara diterima dalam majlis syura dipanggil Fatwa Sahabat
*
Sempadan
Islam mula meluas menyebabkan persoalan hokum semakin bertambah
*
Khalifah
Uthman membenarkan tokoh ilmuan bertebaran di pelbagai daerah
*
Tokoh
sahabat berijtihad mengikut kesesuaian keperluan masyarakat memandangkan mereka
jauh dari pusat pemerintahan
*
Aliran
mazhab fikah berkembang seiring dengan perkembangan pembukuan hadis sehingga
terbentuk imam empat mazhab :
1.
Imam
Malik
2.
Imam
al-Shafi’i
3.
Imam
Hanafi
4.
Imam
Hanbali
*
Hokum
fikah terdiri daripada tiga kelompok:
1.
Hokum
Allah dan Rasul-Nya
2.
Fatwa
sahabat
3.
Fatwa
imam mujtahid
*
Sumber
bagi hokum fikah imam mujtahid dan fatwa imam mujtahid terdiri daripada :
1.
Al-quran
2.
As-Sunnah
3.
Ijtihad
sahabat
4.
Ijtihad
imam Mujtahid
*
Terjadi
perdebatan dalam pengambilan hokum
*
Bermula
pembukuan besar-besaran kitab fikah dan usul fikah bagi keempat-empat mazhab
ZAMAN PERTENGAHAN ABAD KE-4 HIJRAH HINGGA PERTENGAHAN ABAD KE-7
HIJRAH (ZAMAN KEJATUHAN BAGHDAD)
*
Gerakan
ijtihad mula lemah
*
Ulama
fikah lebih cenderung untuk mengkaji pandangan mazhab masing-masing dan
mengahsilkan kitab syarah
*
Para
ulama beranggap tidak ada lagi ulama yang memenuhi syarat mujtahid
*
Mereka
bimbang kesucian agama Islam akan dicemari oleh golongan jahil dan ulama palsu
yang tidak mempunyai kelayakan ijtihad
*
Namun,
para ulama masih ijtihad dalam satu-satu mazhab itupun jika tidak ada hokum
yang terdapat dalam mazhab
*
Kekuatan
ijtihad lemah beriringan dengan lemahnya kerajaan Abbasiyyah
*
Ditambah
lagi dengan serangan Tentera Salib pertama (492 H) hingga perang Salib Tujuh
(647 H)
*
Peperangan
Salib menaikkan semangat orang Kristian untuk merebut bumi Andalusia sehingga
berjaya menawan sebahagian besar bumi itu pada tahun 646 H
*
Kejatuhan
kerajaan Baghdad di tangan orang Monggol menyebabkan proses taklid seemakin
kukuh
*
Berlaku
kerana kerajaan kecil Islam yang lahir drpd kehancuran kerajaan Abbasiyyah
berpegang kepada aliran mazhab yang kuat dalam kerajaan mereka
*
Antaranya
1.
Mazhab
Hanbali – negara di Jazirah seperti Madinah dan Mekah
2.
Mazhab
Shafi’I – negara Yamen, Selatan India dan negara Islam Asia Tenggara
3.
Mazhab
Maliki – negara utara Afrika
4.
Mazhab
Hanafi – Iraq, Iran, Hindi, Samarqand dan China
ZAMAN
ABAD KE-7 HINGGA ZAMAN PENJAJAHAN BARAT
*
Wujud
beberapa kelompok kerajaan yang berasingan
*
Ini
menjadikan umat Islam berada dalam keadaan lemah disebabkan oleh :
i.
Negara-negara
Islam saling bertelagah antara satu sama lain
ii.
Masing-masing
mempunyai kaedah pemerintahan tersendiri
iii.
Berpegang
kepada mazhab rasmi negara sendiri untuk dijadikan rujukan syariat Islam
*
Umat
Islam dileka dengan kegemilangan sehingga ketinggalan dalam pelbagai aspek
berbanding dengan kuasa Eropah
*
Lebih
memburukkan apabila umat Islam di Asia Barat mula melupakan ajaran Islam yang
mana kitab yang disusun tidak lagi dijadikan rujukan
*
Manakala
suasana diEropah pula kian rancak sejak kekalahan dalam perang Salib
*
Merancang
peperangan corak baru yang berbentuk al-Ghazwu al-Fikr
*
Tercetusnya
Revolusi Britain dan Perancis mendorong persaingan untuk meluaskan tanah jajahan
dan negara pertama yang menerima kesan ialah MESIR
*
Ekspedisi
Napoleon Mesir (tahun 1798 – 1801) membuka mata dunia Islam dan menyedarkan
para penguasa dan tokoh Islam dalam kemajuan dan kekuatan Barat
ZAMAN PEMBAHARUAN ISLAM
*
Para
pemuka Islam mula mencari jalan untuk mengembalikan kekuasaan dan kekuatan umat
Islam
*
Hubungan
dgn Barat menimbulkan pemikiran dan kefahaman pembaharuan dan modernisasi di
kalangan umat Islam
*
Beberapa
tokoh membawa gerakan pembaharuan antaranya:
1.
Muhammad bin
‘Abd al-Wahhab – Semenanjung Arab
2.
Muhammad
‘Abduh, Rasyid Ridha dan Hassan al-Banna
– Mesir
3.
Ahmad Khan –
India
4.
Abu A’la
Mawdudi – Pakistan
*
Membawa
pembaharuan mengikut aspirasi pembaharuan mereka sendiri
*
Berusaha
memberi sumbangan dalam memajukan umat Islam dalam bentuk baru
AKAL DAN KEDUDUKANNYA DALAM ISLAM
AKAL
MENURUT AL-QURAN
*
Al-Quran
meletakkan akal pada kedudukan yang amat tinggi
*
Al-Quran
tidak pernah menggambarkan akal sebagai suatu yang antagonistic terhadap agama
*
Mereka
yang tidak berakal menurut akal bukan merujuk kpd kurang daya penta’kulan
(bodoh) tetapi penyalahgunaan pengetahuan
*
Hujah-hujah
al-Quran sendiri dipersembahkan dalam bahasa akliyah
*
Akal
yang dimaksudkan dalam al-Quran bukan sahaja wahana naif cenderung kepada
perkara yang menjauhi agama
*
Al-Quran
tidak membatasi fungsi akal hanya kepada fungsi akal nazari (discursive
reasoning) tetapi merangkumi fungsi yang lebih besar
PANDANGAN
AHLI BIASA
*
Ibn
Manzur dalam kitab Lisan al-‘Arab:
1.
Akal
sebagai al-hajr atau al-nahy bermaksud halangan atau tegahan
2.
Orang
yang berakal ialah seorang yang menghalang dan memalingkan dirinya daripada
hawa nafsu
*
Muhammad
‘Ali al-Jurjani dalam kitab al-Ta’rifat akal sebagai satu unsur yang berlainan dari benda akan tetapi
berkaitan dengan benda dalam aktivitinya…ia juga adalah jiwa natiqah yang
dirujuk oleh setiap orang apabila mereka mengatakan ‘aku’…juga membawa makna
cahaya didalam hati yang mengetahui yang hak dan batil yang menghalang manusia
dari menyimpang ke jalan yang buruk
MAKNA
AKAL MENURUT IMAM AL-GHAZALI DAN IMPLIKASINYA TERHADAP AKHLAK
*
Huraian
Imam al-Ghazali mengenai akal dalam kitabnya Ihya’ Ulum al-Din ada empat
makna utama perkataan akal. Antaranya:
i.
Akal
sebagai satu sifat atau pembawaan tabi’i yang membezakan antara manusia dan
hidupan lain dan yang membolehkannya menerima ilmu-ilmu berbentuk pemikiran dan
spekulatif serta menganggap perkara-perkara yang abstrak
ii.
Akal
membawa makna ilmu-ilmu daruri yang datang kepada kanak-kanak yang sudah mula
boleh berfikir tentang kemungkinan dan kemustahilan sesuatu perkara
iii.
Akal
bermakna ilmu yang didapati melalui pengalaman sepanjang masa berlalu
iv.
Akal
merupakan keadaan dimana terdapat satu kekuatan yang terbina dalam diri insan
yang membolehkannya mengetahui akibat dari pelbagai perkara dan akhirnya
berasaskan kekuatan yang dapat mengawal hawa nafsu dan menuju kepada kenikmatan
duniawi yang sementara
*
Imam
al-Ghazali ingin menegaskan bahawa Islam tidak memisahkan secara dualism antara
ilmu rasional dan ilmu berasaskan pengalaman
*
Ahli
perbahasan falsafah moral Islam mengaitkan sifat-sifat utama ialah
1.
Kebijaksanaan
– al-Hikmah
2.
Keberanian
– al-shaja’ah
3.
Kesucian
diri – al-‘iffah
4.
Keadilan
dengan fakulti-fakulti psikologi insan seperti
i.
Jiwa
natiqah
ii.
Jiwa
haiwaniyyah (kehaiwanan)
iii.
Jiwa
nabatiyyah (tumbuh-tumbuhan)
HUBUNGAN
AKAL DENGAN QALB, RUH DAN NAFS
*
Al-Quran
tidak memberi makna yang sempit kepada akal
*
Penggunaan
selain akal seperti qalb dan ruh atau nafs membawa hakikat
yang sama iaitu unsur rohaniah dan membezakannya ialah fungsi atau ahwalnya
*
Ketika
ia terbabit dengan proses berfikir atau menanggap – dinamakan ‘aql
*
Ketika
ia sedang mentadbir jasad – dinamakan nafs
*
Ketika
ia sedang menerima iluminasi yang bersifat ilham – dinamakan qalb
*
Ketika
ia kembali kepada unsur abstrak yang tersendiri – dinamakan ruh
*
Al-Quran
mengaitkan orang yang mempunyai hati dengan perbuatan berfikir, menyamakan antara orang yang tidak berakal
dengan orang yang tidak mendapat hidayah dan menisbahkan tugas zikir dan taqwa
kepada akal
HUBUNGAN
AKAL DAN WAHYU
*
Hubungan
antara akal dan wahyu seharusnya dilihat lebih bersifat simbiosis (saling
memerlukan)
*
Al-Quran
diturunkan kepada manusia yang mempunyai akal dan akal manusialah yang akan
menanggap, memahami dan meneliti segala isi kandungannya
*
Pandangan
yang meletakkan wahyu lebih tinggi dari akal adalah benar kerana akal tidak
mampu untuk menjangkau beberapa hakikat yang diketahui melalui jalan wahyu
*
Tetapi
akal juga adalah sangat penting dalam memahami dan menjustifikasikan kebenaran
perkara-perkara ghaib
*
Imam
Fakhr al-Din al-Razi – membicarakan persoalan dalil akal dan naqal meletakkan
sepuluh syarat akliah untuk menerima sesuatu khabar wahyu sebagai satu yang
membawa keyakinan
*
Jalal
al-Din al-Suyuti dalam kitabnya Tadbir al-Rawi – penerimaan hadis
sebagai sumber hokum Islam menjadikan penerimaan akal sebagai salah satu syarat
penerimaan hadis “sekiranya kamu menjumpai satu hadis yang bertentangan dengan
akal atau bertentangan dengan sesuatu yang disepakati perkhabarannya atau
bertentangan dengan prinsip yang diterima, maka ketahuilah bahawa hadis itu
adalah palsu
*
Ibn
Rushd dalam kitabnya Fasl al-Maqal wa Taqrir ma bayna al-Shari’ah wa
al-Hikmah min al-Ittisal – bukan sahaja menjustifikasikan kesasihan akal
yang diwakili oleh disiplin falsafah atau hikmah sebagai jalan yang sahih untuk
manusia sampai kepada hakikat sesuatu
CIRI
INTELEKTUALISME ISLAM
1.
PENDEKATAN TAWHID
*
Menjadi
asas penting kepada akidah Islam yang memberi kesan kpd semua aspek kehidupan
masyarakat Muslim termasuk kehidupan intelektualnya
*
Membolehkan
melihat aspek kerohanian dan kebendaan dalam satu kesatuan
*
Terdapat
dua unsur yang seakan-akan terpisah dalam pandangan alam Islam dilihat sebagai
satu kesatuan yang mana aspek pertama merupakan aspek yang lebih kekal akan
sentiasa menjadi asas kepada aspek kedua yang lebih bersifat sementara
*
Prinsip
tawhid memberi kesan yang mendalam kepada ilmuan Islam dalam bidang fardhu
kifayah
*
Islam
tidak menjadikan semua sumber ilmu ini bersifat nisbi sehingga tidak ada
satupun yang boleh dipercayai
2.
WAHYU SEBAGAI ASAS PENGKAJIAN ILMIAH
*
Islam
melihat aspek akliyah tidak terbatas kepada aspek discursive dan syllogistic
semata-mata sepertimana yang mendasari intelektualisme barat
*
Akal
masih bersangkutan dengan wahyu yang mana cakupan intelektual manusia masih
tidak tersasar dari ruang lingkup yang ditentukan wahyu
*
Dalam
tradisi intelektual, wahyu amat dipertahankan sehingga tidak berlaku
pertentangan antara wahyu dan akal
*
al-Quran
menjadi sumber motivasi kepada keghairahan menimba ilmu yang berterusan di kalangan
ilmuan Islam
*
sebagai
sumber rujukan utama, al-Quran sarat dengan istilah-istilah yang digunakan
manusia untuk meningkatkan penggunaan akal
*
al-Quran
juga menggariskan beberapa istilah penting yang menjadi asas sekaligus memandu
halatuju intelektualisme Islam
*
istilah
seperti ilm, iman, adab, al-haqq, hikmah,’adl dan lain-lain digunakan dalam
disiplin ilmu dengan merujuk kepada makna yang sama dan ini telah mengekalkan
keutuhan pandangan Islam dalam tiap-tiap disiplin ini
3.
SIKAP HORMAT-KRITIS TERHADAP ILMU ASING
*
Sikap
keterbukaan yg perlu ada pada intelektual Islam untuk menerima khazanah ilmu
dari tamadun asing
*
Diperkayakan
dengan pelbagai khazanah keilmuan dari Yunani
*
Zaman
Keemasan Penterjemahan (767-912) menyaksikan pelbagai jenis karya ilmiah Greek
dalam bidang falsafah dan sains diterjemah ke dalam Arab
*
Antara
penterjemah Yahya Ibn Masawayh, al-Hajjaj b, Mattar, Yahya b al-Bitriq, Hunayn
b. Ishaq, Ibn al-Muqaffa
*
Mereka
membawa limpahan khazanah baru ke dalam ilmuan Islam malah telah membuka ruang
kepada disiplin –disiplin ini di Barat
*
Walaupun
ada bangkangan dari sekelompok ilmuan, namun para sarjana Islam pada umumnya
tidak bersikap apologetic dalam menerima ilmu asing kerana Islam menggalakkan
usaha tersebut
*
Ilmu-ilmu
Yunani dikutip dari tamadun sebelumnya terutama tamadun timur dan sebahagian
idea-idea tersebut berkaitan dengan teologi
*
Ini
ditambah dengan sikap kritis dan berhati-hati para intelektual Islam dalam
menerima ilmu-ilmu asing dengan membuat penyaringan yang teliti
*
Sekiranya
ada yang melampaui batas ianya akan segera ditolak oleh golongan yang
berautoriti dalam ilmu-ilmu Islam
BAB 3
CABARAN
PEMIKIRAN ISLAM SEMASA :
KEMODENAN DAN KEMUNDURAN DUNIA ISLAM
PUNCA PERUBAHAN
SIKAP DAN CARA BERFIKIR
1.
Kejatuhan
kekuasaan gereja
2.
Kemunculan kuasa
dan pengaruh sains
3.
Lahirnya
semangat reflektif hasil dari pengamatan secara kritis
KEJATUHAN
KEKUASAAN GEREJA
*
Disebabkan oleh
kegagalan ahli-ahli falsafah skolastik iaitu ahli falsafah Kristian yang
mempunyai keupayaan dari segi falsafah dan pengetahuan dalam agama dan
kehidupan harian masyarakat Barat
*
Berasaskan
pengharmonian antara doktrin falsafah dgn ajaran Kristian tidak mampu memenuhi
keinginan masyarakat Barat
*
Masyarakat
Barat mula mencari kepuasan dari segi ilmu dan semangat ingin tahu apa yang
mereka lakukan
*
Ahli-ahli
skolastik gagal memenuhi kehendak keilmuan mereka
*
Penerangan
isu-isu agama tidak rasional dan berlawanan dengan tabie pemikiran manusia
*
Menyebabkan
masyarakat hilang keyakinan terhadap jawapan kepada persoalan keagamaan
*
Kebanyakan
doktrin keagamaan sukar difahami secara ilmiah
*
Mula merasakan
golongan agama tidak mampu untuk memenuhi dalam soal-soal berkaitan kehidupan
seharian dan keagamaan
*
Golongan gereja
sering mengeksploitasi masyarakat Barat
*
Menyebabkan
sebahagian masyarakat menyedari fenomena ini akhirnya mereka mula mempersoalkan
beberapa berkaitan dengan peranan tokoh agama dan gereja
*
Kebanyakan
golongan intelektual barat menolak agama dan penerangan yang diasaskan kepada
doktrin agama
*
Institusi
gereja dipisahkan dari urusan negara
KEMUNCULAN
KEKUASAAN DAN PENGARUH SAINS
*
Kemunculan
kekuasaan sains suatu cetusan yang berkesan bagi melahirkan semangat bebas
berfikir dan perubahan sikap
*
Bermula karya On
The Revolution of the Celestial Obs oleh Nicolas Copernicus
*
Teorinya diperbaiki
oleh Johannes Kepler dan Galileo Galilei
*
Selepas terbit
karya mereka, masyarakat Barat mula menyaksikan pergelutan antara kekuasaan
gereja dengan kekuatan sains
*
Gereja gagal
mempertahankan kekuasaannya dan golongan intelektual beralih pandangan kepada
penemuan sains yang mengagumkan
*
Sebab ilmu
sains mendapat tempat dalam kalangan inteletual Barat kerana:
1.
Keberkesanan
dan praktikal yang ada pada ilmu sains berbanding penjelasan agama
2.
Masyarakat
Barat suka menghayati kebenaran secara nampak
3.
Metode-metode
saintifik yang menggalakkan aktiviti berfikir dan menyelidik
LAHIRNYA
SEMANGAT REFLEKTIF
*
Suatu
kecenderungan yang wujud dalam masyarakat barat untuk mempraktikkan kebolehan
fikiran dan pengamatan pancaindera
*
Mengamati apa
yang berlaku disekeliling mereka dan membuat analisis sendiri melalui ketajaman
fikiran dan sensitivity
*
Bebas menggunakan
fikiran semaksima mungkin untuk befikir
*
Menggalakkan
masyarakat Barat membuat refleksi dan berfikir secara bebas dan rasional
*
Segi politik –
ciri-ciri moden lebih jelas kelihatan yang mana konflik politik telah dapat
diredakan dengan memihak kepada pengaruh dan kekuasaan negara
*
Segi ekonomi –
masalah perhambaan, system syarikat perniagaan lama telah beransur hilang dan
manusia mula menolak belengggu dan menuntut kebebasan dan menentukan corak
sendiri ekonomi mereka
*
Segi pemikiran
– akal telah menjadi sumber berautoriti. Mahukan kebenaran diperoleh dan
dicapai melalui penyelidikan dan penyiasatan yang bebas dari dogmatik dan
penyataan gereja
CIRI-CIRI DAN
PERIOD PENTING FALSAFAH BARAT MODEN
*
Falsafah Barat
moden bermula dari perbahasan berhubung dengan soal epistemology (teori ilmu)
*
Dibentuk
melalui keyakinan yang tinggi terhadap kemampuan manusia yang mana manusia
disifatkan sebagai penentu dan sumber bagi ilmu pengetahuan
*
Teori ilmu
adalah suatu cabang yang penting – menyentuh soal had ilmu, asal usul atau
sumber ilmu dan kesasihan ilmu
*
Falsafah moden
mengembangkan tiga isu penting:
1.
Metode falsafah
atau perkaedahan falsafah
2.
Pembentukan
sistem falsafah
3.
Humanisme iaitu
kemanusiaan
*
Keyakinan yang
tinggi melahirkan tokoh-tokoh pemikir yang agresif dan bersikap individualistic
1.
Agresif –
mereka yang berani dan bersungguh-sungguh mengeluarka teori dan pendapat mereka
2.
Individualistik
– tokoh-tokoh bangga dengan pencapaian sendiri dalam bidang ilmu pengetahuan
*
Penekanan
kepada persoalan akal dan pancaindera membawa kepada tiga perkara penting
berkaitan dengan ilmu pengetahuan:
1.
Had ilmu
pengetahuan (limition og knowledge)
2.
Asal usul ilmu
pengetahuan (origin of knowledge)
3.
Kesasihan ilmu
pengetahuan (validity of knowledge)
*
Tiga period
penting di awal perkembangan falsafah Barat Moden
*
Period pertama
– tokoh-tokoh falsafah memberi tumpuan kepada persoalan tentang alam dan
universe ini
*
Falsafah
bersifat bersahaja dan tulen
*
Tertumpu kepada
perbincangan mengenai alam dan universe ini
*
Alam falsafah
memperlihatkan dua perkara yang menjadi gambaran kepada sikap masyarakat
1.
Mengakui dan
berpegang kepada alam tabie yang dianggap mempunyai hokum dan peraturan
tertentu yang tidak boleh ditukar ganti
2.
Tokoh-tokoh
waktu ini terlalu mengagungkan pengkajian tentang sains fizik yang dipelopori
oleh Galilei Galileo
*
Period kedua –
peringkat pemusatan manusia dengan mengkaji aspek dalaman atau kejiwaan
*
Tokoh pegangan
ini ialah John Locke. Kemudian Immanuel Kant dan tokoh-tokoh falsafah moden
*
Perbincangan
mengenai minda manusia dan menyebabkan hamper kepada aliran New Humanisme
*
Period ketiga –
masih terpengaruh dengan idea Immanuel Kant dan mula melangkah jauh hingga
membicarakan tentang hubung dengan human concern lebih dr perbincangan falsafah
*
Lahir golongan rationalistic
dan empiricistic yang mana menimbulkan kekeliruan di kalangan pengkaji
falsafah untuk memahami istilah tersebut
*
Untuk
mengelakkan kekeliruan terdapat beberapa fakta untuk membezakannya. Antaranya:
1.
Rationalisme
ialah salah satu sikap yang meletakkan kerja-kerja akal lebih utama daripada
wahyu atau autoriti sebagai punca ilmu maka falsafah moden ialah Rationalisme
2.
Kecenderungan
erti Rationalisme sebagai ilmu pengetahuan yang tulen terdiri daripada
ketetapan yang bersifat sejagat dan semestinya
3.
Timbul masalah
untuk menentukan asal usul ilmu. Antaranya ‘Ilmu pengetahuan yang tulen’ tidak
boleh lahir daripada pengalaman pancaindera tetapi lahir dari pemikiran.
Dinamakan Rationalisme
BAPA FALSAFAH
BARAT MODEN:RENE DESCARTES ATAU FRANCIS BACON
*
Rene Descartes
– tokoh Rationalisme Barat iaitu aliran yang berpendapat akal fikiran ialah
sumber ilmu pengetahuan
*
Hujah yang
mendakwa beliau bapa falsafah moden berdasarkan perkembangan epistemologi atau
teori ilmu yang menjadi titik perkembangan pemikiran Barat
*
Pada awal zaman
falsafah moden dr segi epistemology, ilmu fizik ialah cabang ilmu sains
manakala metafizik ialah cabang ilmu
falsafah
*
Metafizik ialah
cabang ilmu falsafah yang mengkaji teori hakikat
*
Ilmu fizik dan
metafizik adalah dua disiplin yang amat berbeza
*
Berdasarkan
pengertian dan kedudukan falsafah moden, idea-idea Francis Bacon tidak termasuk
dlm falsafah kerana:
1.
Tidak memberi
sebarang spekulasi yang bersifat metafizik
2.
Memberi tumpuan
kepada penemuan-penemuan fizik sahaja
3.
Menghindar diri
dari sebarang spekulasi yang terkeluar dari perbincangan fizik
*
Francis Bacon
layak digelar Bapa falsafah Eksperimental Moden
*
Beliau dianggap
tokoh penggerak kepada sains moden kerana disifatkan oleh tokoh-tokoh sains
yang mengepalai pergerakan induktif
TEORI ILMU: ISU
UTAMA DALAM PERKEMBANGAN AWAL FALSAFAH BARAT MODEN
*
Perbezaan
antara falsafah moden dengan falsafah Greek dan Roman dan falsafah Skolastik di
Abad Pertengahan di Barat
*
Antara
ciri-ciri dianggap faktor yang melahirkan corak pemikiran barat moden ialah:
1.
Berkurangnya
kekuasaan gereja
2.
Bertambah
kuatnya kekuasaan serta pengaruh sains
*
Wujudnya
semangat reflektif yang mana masyrakat mula kebebasan berfikir dan membuat
penaakulan secara ilmiah dan akhirnya membentuk pemikiran baru
*
Budaya berfikir
yang dibentuk awal abad ke-17 – budaya menolak institusi agama dan kekuasaan
gereja
*
Institusi
gereja dijauhkan dari institusi negara dan sebelumnya institusi gereja
memainkan peranan utama untuk menentukan arus perkembangan budaya di Barat
*
Kedua bertambah
kuatnya kekuasaan dan pengaruh sains – kejayaan yang meluas berpunca dari
keberkesanan dan praktikalnya sains berbanding dogma agama Kristian
*
Sains
mementingkan intelektual dan mengenepikan dogma menenangkan hati dan jiwa
masyarakat Barat yang menginginkan ilmu yang bersifat intelektual dan rasional
CABARAN-CABARAN
ZAMAN MODEN
1.
Kolonialisme
2.
Modenisme
3.
Orientalisme
4.
Zionisme
KOLONIALISME
Ø Ialah suatu konsep mengenai penguasaan politik secara keseluruhan
oleh kaum penjajah terhadap tanah jajahan
Ø Orang barat melancarkan gerakan kolonialisme terhadap dunia Islam
melalui peperangan Salib
Ø ‘Perang Salib’ kelihatan seperti suatu peperangan agama tapi motif
utama – meluaskan politik dan ekonomi
MODENISME
Ø Ialah suatu pandangan hidup keduniaan yang bukan sahaja memuja
bahkan mempertuhankan kemodenan
Ø Sifatnya antitradisi, adakala kontra tradisi dan adakala juga
bersikap neutral tetapi selalunya menentang agama
Ø Tradisi dan agama melambangkan kekolotan dan kemunduran
Ø Kemodenan adalah lambang kemajuan dan ketamadunan
BAB
4
ISLAH
DAN TAJDID:
TINDAK
BALAS TERHADAP CABARAN PEMIKRAN ISLAM SEMASA
DEFINISI
TAJDID
TOKOH
|
BAHASA
|
ISTILAH
|
IBN MANZUR
|
Kalimah Arab berasal daripada jaddada – yujaddidu – tajdid bermaksud
menjadikannya baru atau nafas baru
|
|
KAMUS DEWAN
|
|
Pembaharuan yang menurut ulama fikah bererti menghidupkan kembali
ajaran Rasulullah yang semakin ditinggal akibat amalan bida’ah
|
ENSIKPLOPEDIA ISLAM
|
|
Meliputi pembaharuan dalam hidup beragama sama ada berbentuk
pemikiran ataupun gerakan hasil daripada tindak balas atau tanggapan terhadap
cabaran luaran mahupun dalaman
|
RUMUSAN MAKNA TAJDID
|
1.
Membebaskan
manusia daripada ajaran yang bertentangan dengan ajaran Islam sebenar dan
membawa manusia kembali ke pangkal jalan serta memajukan pengamalan ajaran
Islam yang betul
2.
Pemikiran
lama tentang Islam ditambah nilai dan disesuaikan mengikut zaman
3.
Menafsir
ajaran agama sesuai dengan perkembangan ilmu pengetahuan dan sosial
masyarakat semasa
|
MAKSUD TAJDID
BERDASARKAN HADITH RASULULLAH : penyegaran
semula pemahaman serta komitmen terhadap nilai-nilai agama dan disertakan
dengan tindakan merealisasikannya selaras dengan tuntutan zaman dan yang
dibenarkan oleh syarak.
TAJDID
DIERTIKAN DALAM TIGA DIMENSI :
1.
Al-ibanat (الابانة) – membezakan antara yang al-sunnah dengan
yang bukan al-sunnah
2.
Al-‘Ibadat (العبادة) – memulihkan ajaran
Islam kepada kemurniaan aslinya daripada
unsur-unsur yang negative yang meragukan serta mengelirukan Islam
3.
Al-‘Ihya (الاحياء) – menghidupkan ajaran Islam dalam konteks
penghayatannya yang sekian lama terbengkalai disebabkan pelbagai halangan
pengalaman
CIRI-CIRI
SEORANG MUJADDID
1.
Menguasai
seluruh ajaran Islam : hikmah dan falsafah pensyari’atan dan penguasaan ‘ulum
al-Quran, ‘ulum al-Hadith dan ‘ulum al-Ahkam
2.
Mempunyai
semangat dan cita-cita yang tinggi dan luhur untuk membela, mengembangkan
ajaran serta pengalaman Islam secara jujur
3.
Bersikap
teliti, cermat dan keikhlasan yang tinggi
PERSPEKTIF SEJARAH DAN MASA KINI
TAJDID PERINGKAT AWAL
*
Semenjak
kewafatan Rasulullah iaitu kemunculan semula unsur jahiliah
*
Umpamanya,
respon umat Islam yang sukar mempercayai Rasulullah benar-benar wafat malah
merasakan seolah-olah Baginda diangkat ke langit seperti Nabi Isa
*
Mujur
ada tokoh seperti Abu Bakar yang segera mengingatkan mereka dengan tegas bahawa
Muhammad SAW sememangnya benar-benar wafat
*
Kata-kata
Abu Bakar memberikan sentakan kuat kepada para sahabat yang terlalu mencintai
Rasulullah sehingga hilang kewarasannya
*
Abu
Bakar secara memulakan tajdid pemurnian Islam, isu yang dihadapi ialah suasana
genting kemurtadan beraamai-ramai serta keengganan membayar zakat atas alasan
ia tidak ada hak untuk diambil selepas kewafatan Baginda
*
Semasa
isu perlantikan khalifah pertama menonjolkan semula sifat assabiyyah, fanatic,
puak dan kaum apabila:
1.
Orang
Ansar merasakan mereka lebih berhak memikul tanggungjawab
2.
Kaum
Muhajirin turut merasakan mereka lebih layak memikul tanggungjawab
3.
Sebahagian
Bani Hasyim merasakan mereka lebih layak dari kalangan Quraisy
*
Abu
BAkar, Umar dan beberapa sahabat lain cuba menghapuskan unsur jahiliyyah
melalui
1.
Kebijaksanaan
2.
Keberanian
3.
Ketangkasan
4.
Berpandangan
jauh
*
Ucapan
Abu Bakar ketika dilantik menjadi khalifah merupakan ucapan seorang mujaddid
yang mencerminkan sifat dan watak yang lembut tetapi tegas, merendah diri namun
tegas dan amat berwibawa
*
Beliau
meneruskan gaya hidup zuhud yang dimulai oleh Rasulullah
*
Kemudian
Umar al-Khattab mengambil alih jawatan Abu Bakar dengan meneruskan gaya hidup
zuhud meskipun negara Islam semakin meluas, kekayaan negara melimpah ruah
*
Perluasan
negara Islam menyebabkan Umar terpaksa memperbaharui pentadbiran negara
1.
Memulakan
pemisahan kuasa kehakiman di wilayah-wilayah
2.
Mengadakan
reformasi cukai dan zakat
3.
Mengulang
kaji semula pengagihan harta dikalangan rakyat
*
Ijtihad
Umar merangkumi aspek pembangunan ekonomi, sosial, politik dan lain-lain
*
Tajdid
pemikiran Umar juga mempelopori suatu metodologi hokum
*
Metodologi
pembinaan hokum Islam mengemukakan perkaedahan qiyas, melanjutkan apa yang
sudah sedia dimulai oleh Umar yang mengambil Sawabiq qada’iyyah sebagai
salah satu cara menentukan keputusan
CIRI-CIRI
TAJDID DAN ISLAH (SHEIKH AHMAD AL-FATANI)
1.
Mengembalikan
ajaran Islam ke landasan yang asal iaitu berpegang kepada Al-Quran dan
al-Sunnah
2.
Memelihara
dan memperkasakan ajaran dan amalan ahli Sunnah wal jamaah
3.
Faham
sebenar al-Quran dan al-Sunnah melalui ulama mursyidin
4.
Mendorong
kepentingan teras amal islami berdasarkan Islam, Iman dan Ihsan dimana
kepentingan amal Islami melalui bermazhab dan bertariqat
5.
Mengintegrasikan
ilmu naqli dan aqli kearah kesepaduan ilmu
6.
Memperbetulkan
fahaman keliru yang terdapat dikalangan umat Islam yang beranggapan bahawa
jenis ilmu dan pekerjaan yang buken dari ibadat secara khusus tidak dituntut
oleh agama
7.
Menyediakan
pemikiran yang strategic dalam menghadapi cabaran, jaringan ukhuwah dan
hubungan diplomatic dengan khalifah Islamiah Turki Osmaniah
8.
Mengikuti
perkembangan dunia luar
DEFINISI ISLAH
TOKOH
|
BAHASA
|
ISTILAH
|
IBN MANZUR
|
Naqid al-ifsad bermaksud
menghilangkan kerosakan
Aslaha al-shai’ba’da fasadihi bermaksud
mendirikan semula sesuatu yang telah runtuh
|
|
KAMUS DEWAN
|
|
ü Usaha untuk mengembalikan sesuatu keadaan kepada suatu keadaan
yang betul, tepat dan selamat
ü Penyelesaian perbalahan dengan jalan baik atau dengan jalan damai
|
RUMUSAN MAKNA ISLAH
|
1.
Menjadikan
seseorang lebih soleh daripada yang sedia ada atau daripada jahat menjadi
baik
2.
Memperbaiki
iman, akhlak dan kehidupan mengikut syariat nizam dan peraturan yang
ditetapkan Allah
3.
Memperbaiki
dan membersihkan Islam daripada pemalsuan dan penyelewengan termasuk islah
terhadap penyelewengan pemikiran
|
CABARAN
PEMIKIRAN ISLAM DI ERA MODEN
1.
DALAMAN
– kemunduran peradaban ummah
2.
LUARAN
– modeniti, neo-imperialism dan globalisasi
CABARAN
DAN IMPAK
*
Penurunan
kualiti dan inovasi ilmu
*
Kecelaruan
pemikiran dan budaya
*
Perpuakan
dan konflik
*
Kemunduran
ekonomi
*
Kebergantungan
ISLAH DAN TAJDID: TINDAKBALAS PEMIKIRAN ISLAM
ISLAH
•
naqid al-Islah -menghilangkan kerosakan
•
aslaha al-shai’ ba’da fasadihi – mendirikan semula sesuatu yang telah
runtuh. Usaha untuk mengembalikan
sesuatu keadaan kepada suatu keadaan yang betul, sesuai dan tepat
TAJDID
•
sayyarahu jadidan – menjadikannya baru atau bernafas baru. Ia
juga ialah ‘pembaharuan bagi menghidupkan kembali ajaran Rasulullah saw yang
semakin ditinggalkan akibat dari bidaah, pencemaran dan kekeliruan dalam
pemikiran dan kehidupan.
AMALAN ISLAH DAN TAJDID
*
Mengekal
dan memelihara kebenaran
*
Tambah
nilai kebaikan
*
Sesuaikan
dengan keperluan zaman
*
Galakan
hubungan dan kemesraan
*
Segarkan
kelesuan
*
Kembali
ke jalan lurus
*
Berkongsi
manfaat
*
Menerima
pembaharuan
BAB 5
POLA TINDAK BALAS PEMIKIRAN ISLAM:
PELBAGAI BENTUK ALIRAN DALAM PEMIKIRAN ISLAM SEMASA
KRISIS
PEMIKIRAN MODEN
1.
PERMASALAHAN
QADHIYYAH AL-GHAZWU AL-FIKRI (PERMASALAHAN SERANGAN PEMIKIRAN)
v Terdapat dua kelompok yang saling bertentangan di kalangan
cendekiawan Muslim
v KELOMPOK PERTAMA
·
Menolak
adanya al-Ghazwu al-Fikri
·
Hanyalah
sebuah rekaan kaum pelampau yang ingin menolak tamadun moden dan menolak
kenyataan adanya revolusi komunikasi dan pengangkutan moden
·
Menganggap
menjadikan manusia terpengaruh dengan tamadun dunia dengan segala bentuk
pemikiran, kebudayaan dan seni
·
Mereka
juga menganggap dalam dunia pemikiran tidak ada serangan apa-apa
·
Pemikiran
dan kebudayaan saling bercampur yang bersifat nasional dan serantau
v KELOMPOK KEDUA
·
Memandang
al-Ghazwu al-Fikri sebagai kenyataan yang berleluasa, sebagai pertarungan yang
terus berkobar dan sebagai peperangan yang terus marak
·
Menegaskan
tentang kekaburan pemikiran, kebudayaan, tamadun dan kemungkinan terpisah dan
terkurung di dalam tempat dan satu masa
·
Pemikiran
dan kebudayaan umpama tentera jika melampaui batas bererti berlaku permusuhan
dan serangan terang-terangan
v Sikap yang perlu kita pilih dapat beristidlal atau memiliki dalil
yang sahih
v Menolak tanggapan yang menggambarkan bahawa dunia ini merupakan
satu tamadun
v Tashawwur kelompok yang mengingkari al-Ghazwu al-Fikri sebagai
salah satu prejudis, tidak ada kebenarannya
v Pembelaan pada umumnya wujud dalam bentuk serangan dengan
melancarkan penyelewengan fakta, memburuk-burukkan pemikiran, tamadun dan
kebudayaan bangsa-bangsa lain
v Kesannya umat Islam akan menjadi hamba yang hina kepada pemikiran
Barat
v Demikian kita tidak menerima pendapat yang memandang dunia ini
memiliki berbagai tamadun yang sama sekali tidak menghubungkan dan dapat mencukupkan diri sendiri tanpa
kaitan dan hubungan dengan orang lain
2.
Qadhiyyah
yang menentukan peranan yang dilalui ketika pemikiran umat Islam berinteraksi
dengan pemikiran, kebudayaan dan pengetahuan Barat.
v Dikaitkan dengan qadhiyyah yang pertama
v Ditegaskan kembali bahawa sikap kaum Muslimin terhadap pemikiran,
kebudayaan dan pengetahuan Barat
v Terdapat tiga tahap untuk melaluinya
TAHAP
PERTAMA
*
Dikenali
tahap kejutan dan kehairanan lansung kaum Muslimin
*
Tahap
dimana kedudukan pemikiran dan ilmu sangat tergugat
*
Mengakibatkan
hilangnya pemikiran Islam dan warisan budaya
*
Muncul
anggapan pemikiran dan tsaqafah Islamiyyah tidak mungkin dapat membentuk
tamadun dan kemajuan
*
Maka
insan Muslim pada masa ini menjadi manusia kecewa dan menerima kekalahan
*
Kekalahan
ini mengakibatkan orang Islam sedia menerima segala yang datang dari Barat
tanpa syarat:
1.
Pemikiran
2.
Kebudayaan
3.
Sains
4.
Pengetahuan
5.
Seni
6.
Sastera
*
Dunia
Islam menyaksikan pengiriman mahsiswa dan pelajar-pelajar ke Barat
*
Mereka
menerima pemikiran dan kebudayaan Barat tanpa tapisan dan saringan dan dunia
Islam mulai membangunkan badan-badan pendidikan model Barat
*
Hamper
semua kegiatan ilmiah bergantung kepada badan-badan pendidikan dan ilmu
pengetahuan dari Barat mentah-mentah
*
Muncul
satu keberanian orang Islam dengan mengatakan “Islam tidak menafikan ilmu dan
tidak bertentangan dengan tamadun” namun dipandang sinis oleh kaum modenis
*
Namun
mereka yang bersetuju beranggapan bahawa kerja kuat kaum Muslimin yang tetap
pendirian dengan Islam dan semangat ulama pada waktu itu ingin mengukuhkan
berbagai jawapan yang bersifat retorikal
*
Bagi
memastikan kaum Muslimin terdorong kepada satu keseimbangan dan berdiri di atas
kaki sendiri dalam menghadapi serangan hebat dan sengit
TAHAP
KEDUA
*
Tahap
yang mulai menampakkan kemantapan jiwa
*
Kaum
Muslimin menemui kembali diri dan sikap ke-Islamannya serta mulai berinteraksi
dengan berbagai hasil pemikiran Barat
*
Mula
mengkaji teori-teori, aliran-aliran dan hasil-hasil pemikiran
*
Lahirnya
1.
Pemikiran-pemikiran
yang seimbang
2.
Kajian-kajian
perbandingan digalakkan
3.
Perbahasan
pertemuan antara Islam dengan kebudayaan Barat
*
Bertujuan
untuk membuktikan bahawa kaum Muslimin memiliki seperti apa yang dimiliki Barat
TAHAP
KETIGA
*
Disebut
marhalah shahwah Islamiyyah, tahap kebangkitan Islam
*
Mulai
mengukuhkan keistimewaan, ciri-ciri dan keunggulan pemikiran, kebudayaan, sistem,
aqidah, jalan hidup, akhlak dan nilai-nilai Islam
*
Mula
mendedahlan penipuan dan kebodohan Barat dan menyingkap bahawa kaum Muslimin
telah lama tertipu, hidup dalam keadaan diserang, dirampas kebudayaan dan
pemikiran serta kehilangan keseimbangan
*
Kaum
Muslimin mula mengembangkan istilah dan pengertian kebangkitan Islam
BAB 6
MODENISME – REFORMISME ISLAM:
ALIRAN PEMBAHARUAN ISLAM
CIRI
UTAMA FALSAFAH MODENISME BARAT
1.
Penolakan
terhadap kewujudan kuasa divine dan supernatural (agama dan ketuhanan)
2.
Penghapusan
kuasa autoriti agama
3.
Pemuliaan
akal (rasionalisme)
4.
Pengagungan
penyelidikan sains tabii
5.
Kebebasan
individu dan responsibility
6.
Hormati
nilai kemanusiaan, toleransi, kerjasama dan persamaan hak
7.
Berpegang
kepada perlembagaan
8.
Hak
wanita
CIRI-CIRI
POSITIF MODENISME BARAT YANG DITERIMA MODENISME ISLAM
1.
Perbahasan
rasional (bukan rasionalisme)
2.
Hak-hak
wanita
3.
Bentuk
dan corak pendidikan moden
4.
Sains
dan teknologi
DEFINISI
MODENISME ISLAM
Mohammad
Mumtaz Ali – Islamic modernization may be redefined as the process of
increasing technological skills and knowledge in the physical and social
sciences in order to harness the bounties and resources of the natural world on
the basis of an Islamic epistemology and toward the regeneration of a new
Islamic civilization and its sustainable development. Logically advancement in
science, technology and the human sciences based on a western epistemological
foundation is necessarily denied or rejected in Islamic modernization.
C.C
Adams dalam bukunya Islam an Modernism in Egypt – mendefinisikan secara
memperturunkan beberapa karakteristiknya seperti reformisme agama yang
didominasi oleh pertimbangan-pertimbangan teologi yang berhasrat untuk
membebaskan Islam dari kekuatan orthodok Islam dan untuk menunjukkan Islam
sebagai agama yang dapat diselaraskan dengan tuntutan kehidupan moden.
H.A.R
Gibb menulis modenis ialah – Those who do care and sometimes care deeply
about their religion but who are in various degree offended by the traditional
dogmatics and by the insistence of the conservatives upon the sanctity of the
traditional instituitions in the Muslim world. For the majority the issues in
dispute are mainly those relating to the practical duties and the social
instituitions of Islam.
Walaupun
dalam pemikiran Islam modenisme bermakna sebagai sebuah pendekatan yang
berwawasan terbuka terhadap perkembangan moden dan telaah-telaah rasional serta
merupakan kajian secara kritis tetapi ia berbeza dengan rasionalisme-humanis
Rasionalisme-humanis
sangat bebas dan tidak terbatas yang mempengaruhi pemikiran keagamaan Barat
REALITI MODENISME ISLAM
·
Modenisme
Islam adalah satu aliran pemikiran yang bertentangan dengan tradisionalisme dan
konservatisme dalam asas karakteristik
·
Sifat
reformasinya modenisme Islam berkongsi beberapa sifat atau ciri dengan
reformisme atau revivalisme Islam
·
Reformisme
hanya menekankan reformasi manakala modenisme menekankan reformasi dan
modenisasi
·
Antara
tokoh-tokoh yang menggerakkan reformasi ialah:
1.
Sayyid
Ahmad Khan (1817-98)
2.
Ameer
Ali (1849-1928)
3.
Muhammad
Iqbal (1877-1938) di India dan Pakistan
4.
Jamal
al-Din al-Afghani, Muhammad Abduh dan Qasim Amin (1863-1908) di dunia Arab
IDEOLOGI
DAN METODE MODENIS
1.
Modenisme
Islam menegaskan keperluan menghidupkan (membaharui) masyarakat Islam menerusi
proses pentafsiran dan reformulasi semula warisan Islam mereka dalam konteks
dunia semasa
2.
Menggalakkan
untuk mencari gali roh dan objektif pengajaran al-Quran dari hanya berpegang
kepada makna literal al-Quran itu
3.
Membuka
kembali persoalan hubungan antara iman dan akal dan menanyakan samaada
pengakalan (rationalization) mempunyai batasannya atau sama ada ia juga duduk
bersama-sama dalam penghukuman atau penilaian keimanan
4.
Membuka
ruang kepada hubungan atau rantaian positif antara pemikiran di dalam al-Quran
dan pemikiran moden pada tahap tertentu, sehingga menghasilkan integrasi antara
institusi moden dengan orientasi sosio-moral al-Quran
5.
Mewakili
kalangan liberalisme Islam dan memberikan Islam pentafsiran liberal dan membela
keperluan perubahan pada institusi Abad Pertengahan Islam, doktrin dan
praktisnya.
6.
Menolak
keautoritian mazhab (aliran pemikiran) Abad Pertengahan
SEJARAH
PEMIKIRAN REFORMISME-MODENISME MALAYSIA
*
Meneroka
perkembangan pemikiran modenisme-reformisme Malaysia paling lewar muncul di
awal era kurun ke 20
*
Beberapa
gagasan dan visi pemikiran modenis awal yang dipelopori oleh tokoh-tokoh
pengasas Al-Imam seperti:
1.
Sheikh
Tahir
2.
Al-Hadi
3.
Haji
Abbas
4.
Sheikh
Muhammad Salim
*
Al-Hadi
dipersembahkan sebagai modenis Muslim
-
Mewacanakan
pemikiran berkaitan agama, pendidikan dan politik yang tepat dengan kerangka
kerja modenisme Islam
-
Tidak
meletakkan dasar-dasar spesefik kerangka pemikiran pembaharuan
-
Membuat
respon terhadap masalah sosio-keagamaan dan politik-ekonomi Muslim Malaya
-
Pendekatan
terhadap Islam, akal dan nilai-nilai Barat moden berbeza dengan kalangan
tradisionalis zamannya
PEMBAHARUAN
PEMIKIRAN
*
Al-Hadi
membincangkan ritual atau peribadatan Islam yang bukan hanya menekankan elemen
ketaatan kerohanian kepada Allah tetapi lebih memandang kepada unsur-unsur
sosial dan praktikal serta faedah yang dianjurkan dari peribadatan
*
Pemahaman
yang ditanam berhubung dengan sembahyang yang kelima-lima waktunya mengambil
masa kurang dari dua jam dan sepatutnya tidak membebankan. Begitu juga bentuk
pakaian waktu solat bebas selagi mana menutup aurat dari pusat ke lutut.
*
Pandangannya
yang liberal dan moden berbeza dengan persepsi tradisionalis yang menggalakkan
walaupun tidak mewajibkan memakai kain sarung, baju melayu, serban atau kopiah
seperti itu dahulu dipandang negative atau bukan Islamik
*
Peribadatan
Islam mahukan kesenangan dan Allah memberikan kerahmatan kepada hambaNya tanpa
menyusahkan individu tersebut berdasarkan firman Allah Surah al-Baqarah ayat
286:
لَا
يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ ٢٨٦
“Allah tidak membebani seseorang
melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
*
Pendekatan dan pemahaman selari dengan idea modenis yang mahukan
kesenangan dalam keimanan (akidah) dan pelaksanaan amalannya
*
Para pendokong pemikiran modenisme secara terang-terangan mahukan
wujudnya ruang terbuka dan luas bagi proses tajdid, islah dan ijtihad untuk
Muslim
*
Kumpulan yang beraliran Kaum Muda atau modenis-reformis menolak
keyakinan bahawa Imam Mujtahid adalah mengikat Muslim secara individu atau
kolektif dan tidak seharusnya pandangan-pandangan yang dipetik dari mazhab
tertentu diangkat tinggi pada taraf agama itu sendiri
*
Menurut Za’ba salah seorang sarjana reformis-modenis:
“masyarakat Islam mestilah berijtihad kerana suatu tuntutan adil
dan berfaedah bagi muslihat keselamatan dan kemajuan manusia dalam dunia yang
sentiasa maju pada serba-serbi ini. Sebaliknya jika pintu ijtihad ditutup
bererti masyarakat Islam menutup pintu kemajuan dan memaksa manusia bersifat
keadaan mati sebagaimana matinya ulama-ulama pengarang yang telah lalu”
MUSLIM DAN PERANANNYA
*
Visi dasar modenisme termasuklah usaha-usaha pemurnian Islam
melalui membanteras unsur khurafat, tahiyul dan bidaah
*
Kandungan Al-Imam menyeru masyarakat meninggalkan amalan
bidaah dan khurafat, menggalakkan menuntut ilmu, membuka institusi pendidikan
demi kemaslahatan umat dan masyarakat
*
Terdapat tokoh seperti Haji Wan Musa membuat reformasi beberapa
praktik adat keagamaan yang turun-temurun diamalkan oleh masyarakat
*
Beliau menyimpulkan amalan ini bidaah dan ditegah Islam atau
keadaan yang memanifestasikan bergolaknya unsur-unsur reformisme-modenisme
dalam masyarakat Melayu
*
Menurut Ahmad Syafe’I Ma’arif ideanya yang bercorak non-mazhab dan
semangat kembali kepada sumber Islam yang paling otentik iaitu Al-Quran dan
sunnah
*
Di Malaysia keterikatan dengan satu mazhab iaitu Syafi’e pada
praktiknya tidak dipakai khususnya apabila menyentuh persoalan-persoalan
muamalah, ekonomi dan sesetengah ibadat
*
Contoh dalam kes bilangan Jemaah dalammenunaikan solat Jumaat
-
Sheikh Tahir dan al-Hadi = Muslim perlu menunaikan sembahyang
Jumaat di daaerah atau kampong mereka
sekalipun bilangan mereka kurang dari 40 orang
-
Mazhab Shafi’e = jumlahnya mesti 40 orang, jika tidak mestilah
menunaikan solat zohor sahaja
*
Penafsiran reformis-modenis terhadap Islam ialah satu agama yang
sesuai dengan keperluan masa dan keadaan
*
Islam parallel dengan makna kemajuan dan kesejahteraan (al-Salam
dan al-Islam), tidak menyekat perkembangan ilmu pengetahuan, sesuai dengan
perkembangan akal dan sains
*
Ke arah mencapai matlamat ini, penggunaan akal mestilah
diperluaskan semaksima mungkin
*
Modenis Muslim tidak cenderung menerima fahaman tasawuf dan aliran
tarekat sama ada di atas hujah atau alas an teologi (konsep immanence dan
transcendence Allah) dan bukan teologi (ekonomi dan sosial)
*
Dalam pemikiran moden, liberal dan terbukanya kalangan modenis
Melayu terbukti dengan penegasan akal dan sains yang dibawa oleh Barat
*
Contoh Al-Hadi:
-
Mengutarakan ilmu yang dikembangkan di Barat dibawa masuk ke dalam
pendidikan formal agama Islam
-
Sewaktu berpindah ke Pulau Pinang dan Melaka, beliau berusaha
meniru sistem pendidikan di Singapura yang mengintegrasikan mata pelajaran
agama dan bukan agama
*
Bukan setakat galakan pendidikan bukan agama sahaja, para modenis
mahukan ruang pendidikan yang luas kepada wanita
*
Menolak perspektif tradisionalis yang melihat nature dan
status wanita adalah hina dan lemah sama ada intelektual mahupun fizikal
*
Contoh tokoh ulama Sheikh Abu Bakar al-Ash’ari:
-
Dengan bukunya Pergerakan Kaum Wanita di Alam Islami
-
Terpengaruh dengan idea-idea modenis wanita di Timur Tengah
-
Segolongan pembaharu kontemporari terhadap hal ehwal yang berkaitan
status wanita
-
Hasilnya wanita Malaysia mendapat peluang sama rata dengan lelaki
*
Tokoh akademik yang memperjuangkan kedudukan wanita, berusaha
mengubah persepsi negative dan inferior
terhadap wanita ialah FAISAL OTHMAN:
-
Didalam bukunya berjudul Woman, Islam and Nation Building
-
Menghuraikan ciri asas pemikiran modenis:
1. Modenis
menyingkap posisi yang berlainan tentang Hadith
·
Sebilangan menolak secara tegas
·
Sebahagian menerima tetapi melalui proses saringan yang teliti
2. Perbezaan
tanggapan terhadap jangkauan dan bidang kuasa akal
·
Bukan sahaja membahagikan golongan pemikir Islam kepada modenis dan
fundamentalis
·
Tetapi juga dalam kelompok modenis-reformis sendiri
·
Timbul perselisihan membabitkan kemampuan akal sebenarnya dimana
darjah atau takat mana akal mampu berfungsi dan sebaliknya akan berlaku
perbezaan
3. Bersangkutan
dengan kedudukan akal
·
Bagaimana persepsi modenis ka atas ilmu falsafah
·
Pintu utama kepada ilmu sains atau alam tabii
4. Hampir
kesemua modenis mempromosikan pengkajian ilmu
·
Para modenis besar dunia Islam membahaskan persoalan kausaliti dan
mukjizat
·
Demi menonjolkan kepentingan dan kekuatan hokum sebab dan akibat di
alam tabii
ISU REFORMISME-MODENISME ISLAM ASIA
TENGGARA
PENTAKRIFAN REFORMISME-MODENISME
v Barton
mentakrikan – ciri-ciri modernisme, secara sederhana dapat dilihat ketika kaum
modenis itu keluar dari ikatan kaum Orthodoks dengan mengedepankan ijtihad
daripada taqlid, menekankan pentingnya qiyas supaya dapat merebut ‘semangat
hukum’ yang tersimpan dalam’tulisan hukum’ dan memilih mengurangi
kebergantungan pada Hadis demi mendahulukan al-Quran dan Sunnah Rasul
v Fazlur
Rahman tokoh neo-modenis Pakistan mentakrifkan – “those who have made an
articulate and conscious effort to reformulate Islamic values and principles in
terms of modern thought or to integrate modern thought and instituitions with
Islam”
v Lapidus
mentakrifkan – Islamic modernism was the nineteenth century doctrine of
Muslim political elites and intelligentsia and must be distinguished from
Islamic reformism which was the doctrime of the ulama. The essential principle
of modernism was that the defeat of Muslims at the European powers had revealed
their vulnerability and that the restoration of their political power required
them to borrow European military techniques, centraliza state power, modernize
their economics and provide education for their elites.
v Hubungan
antara modernism-reformis:
-
Reformisme dan modenisme cenderung mengakui terdapat perbezaan
-
Dalam perspektif senjarah sendiri jelas bahawa modenisme lahir
berkait dengan pengalaman sejarah Barat
-
Modenisme Islam berkongsi beberapa sifat dan aspek dengan
reformisme atau revivalisme
-
Reformisme Islam dikatakan hanya menekankan reformasi tetapi
modernisme memfokuskan kedua-duanya reformasi dan modenisasi
-
Reformisme Islam bertanggungjawab memberi respon ke atas
pemasalahan dalaman dan luaran yang melanda dan mengugat orang Islam