Sabtu, 13 Februari 2016

JAGA-JAGA!!! JANGAN TERGELINCIR..=(

 Numan bin Tsabit atau yang biasa kita kenal dengan Abu Hanifah rahimahullah ,
 atau terkenal disebut Imam Hanafi,
 pernah berjalan bertentangan arah dengan seseorang budak lelaki yang berjalan mengenakan terompah kayu.
Sang Imam berkata
 "Jaga-jaga nak dengan terompah kayumu itu, jangan sampai kau tergelincir" 
Budak itu pun tersenyum dan mengucapkan terima kasih atas perhatian Abu Hanifah. 
"Bolehkah saya tahu namamu,tuan?" tanya si budak kecil itu tadi.
"Nu'man namaku," jawab sang imam.
 "o..jadi,tuankah yang selama ini terkenal dengan gelaran Al-Imam Al-A'dhom (Imam Agung) itu..??" tanya si budak.
 "Bukan aku yang memberi gelaran itu,masyarakatlah yang berprasangka baik dan memberi gelaran itu kepadaku," jawab sang imam.
"Wahai sang imam,berhati-hatilah dengan gelaranmu.Jangan sampai tuan tergelincir ke neraka kerana gelaran itu.Terompah kayuku ini hanya tergelincirkanku di dunia.Tetapi gelaranmu itu dapat menjerumuskan kamu ke dalam api yang kekal JIKA KESOMBONGAN dan KEANGKUHAN menyertainya.."
 Ulama besar yang diikuti banyak umat Islam itupun tersungkur menangis menerima nasihat 'tajam' dari seorang budak kecil.
Imam Abu Hanifah rahimahullah bersyukur.
Siapa sangka,peringatan yang begitu bermakna ,justeru datang dari lidah seorang budak...


Jadi setelah membaca sebuah kisah  mengenai Imam Abu Hanifah..
Apa yang kita dapati?
Mengenai darjat @ pangkat..
Betapa banyak manusia yang tertipu kerana PANGKAT,
tertipu kerana KEDUDUKAN,
tertipu kerana GELARAN,
tertipu kerana POSISI YANG DIMULIAKAN,
tertipu kerana STATUS SOSIAL,
tertipu kerana sebutan gelaran HAJI/HAJJAH,USTAZ/USTAZAH,SYEIKH
dan sebagainya...
Ingatlah jangan sampai kita tergelincir..
Jangan sampai kita menjadi angkuh dan sombong kerana gelaran,pangkat,kedudukan,taraf..

Ingatlah bahawa jika Allah ingin mengkehendaki sesuatu perkara terjadi,
maka terjadilah perkara tersebut..
Firman Allah taala dalam surah Yassin ayat 82 yang bermaksud,
"Sesungguhnya keadaan kekuasaan apabila Dia menghendaki sesuatu benda,hanya Dia berfirman kepada hakikat sesuatu itu: 'jadilah engkau!' maka terus benda itu menjadi"

Jangan kerana pangkat,darjat,kedudukan timbul perasaan riak,takkabur dalam diri..
semua sifat-sifat ini boleh menyebabkan kita terjerumus ke dalam api neraka..
MasyaAllah..Nauzubillah...

Tiada ulasan:

Berita Mengejut Tergempar

Hari nie last day untuk Rakan Digital (RD) dan kitaorg jumpa larh like make a farewell day.. Yg dapat join 3 RD, I dgn kak Khai. Kitaorg car...