Khamis, 11 Ogos 2016

ALL ABOUT YOU..

SOMETIME YOU DON'T WANT TO BE YOURSELF WHEN YOU MAKE SOME MISTAKE EVENTHOUGH SMALL MISTAKE.. BUT WHEN YOU HAVE TO FACE THAT MISTAKE THAT YOU DO.. YOU WILL FEEL THAT YOUSELF IS MORE INTERESTING THAN OTHERS..

Berdasarkan penyataan English tu..kadang-kadang kita merasakan diri kita tak berguna..tak de manfaat lagi kalau hidup..tapi sebenarnya dalam diri kita ada maksud tersirat yang tak kita tahu..sapa yang tau??
mak? ayah? kawan? cikgu?

TAK.. DIAORG PUN SEBENARNYA TAAK TAHU PASAL DIRI SENDIRI MACAM MANA NAK TAHU PASAL ORANG  LAIN..

Semua mengenai kita ada dalam diri kita sendiri..
hanya kita yang boleh tahu semua pasal diri kita..

JADI JANGAN MENYALAHKAN TAKDIR KALAU KITA SENTIASA BERHADAPAN DENGAN UJIAN..

itu semua bertujuan untuk kita mengenali diri kita dengan lebih mendalam..

Tak perlu susah-susah nak amik tahu pasal orang lain..
kalau diri sendiri pun tak reti nak jaga..

SEBAB ITU MENJAGA DIRI BERMULA DENGAN NIAT
SETIAP PERKARA BERDASARKAN NIAT..

RENUNG-RENUNGKANLAH...

Rabu, 16 Mac 2016

MAAF DAN MEMAAFKAN...

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema’afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” 
 - (QS. Al-Imran: 133-134)

“Jadilah engkau pema’af dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari pada orang-orang yang bodoh.”  
- (QS. Al-A'raf : 199)

“Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.”
 - (QS. Al-Baqarah : 263)

Banyak betul potongan ayat-ayat al-quran mengenai MAAF...
Kupasan kali ini masih lagi mengenai perkataan MAAF... 

Pernah tak terfikir..
Nak minta maaf tapi malu...
Nak minta maaf tapi takut..
Nak minta maaf tapi ego...

Antara ketiga-tiga yang diatas mana yang paling baik...
Mari kita huraikan satu-satu...
NAK MINTA MAAF TAPI MALU..
Tak kisah ada sifat malu..
Kalau malu dengan kesilapan sendiri..
Alhamdulillah..
sekurang-kurang kita mengakui kesilapan sendiri...
Jika kita minta keampunan dari Allah..
InsyaAllah..
Allah akan mengampunkan dosa kita..
Jika kita minta ampun sesama manusia mungkin akan terbuka hatinya untuk memaafkan kita..

NAK MINTA MAAF TAPI TAKUT...
Buat apa nak takut??
Takut kawan marah..
Takut Mak/Ibu/Mama/Umi marah...
Jangan takut...
Seorang ibu akan sentiasa memaafkan anak-anaknya walaupun anaknya tidak datang meminta maaf kepadanya..
Tapi sebaiknya kita sebagai anak pergi kepada Mak/Ibu/Mama/Umi minta maaf sendiri..
Lapang hati Mak/Ibu/Mama/Umi bila anak-anaknya minta maaf kepada Mak/Ibu/Mama..
Bukankah redha Allah terletak kepada redha ibu dan ayah???

NAK MINTA MAAF TAPI EGO...
Ini yang paling bahaya...
Ego tak bertempat..
Kita kalau dah tau buat salah..
cepat-cepat pergi minta maaf..
Kalau tak buat salah sekali pun selalu rajin-rajinkan mulut untuk minta maaf..
manusia mana pernah tak buat silap...
Kita bukannya perfect sangat..

Oleh itu...
Jelaslah bahawa ungkapan MAAF memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan kita..

NAFSU VS MARAH...

MARAH.....
NAFSU......

Dua sifat yang boleh memakan diri...
Bila marah timbul ego...
Bila ego timbul nafsu...

Semua saling berkait antara satu dengan yang lain..
Kadang-kadang tanpa dikawal...
kerana MARAH...
EGO muncul..
NAFSU menghasut..

Itu sebab bila nak mintak maaf susah sangat..
sedangkan maaf..
Ungkapan yang paling senang nak cakap..
M.A.A.F
S.O.R.R.Y

tapi disebabkan ego yang perasaan marah...pastu campur pulak perasaan ego...nafsu pulak datang untuk menambahkan lagi perisa..
so timbul titik hitam dalam diri...

bukankah seorang Muslim/Muslimah yang beriman mempunyai sifat pemaaf..pemurah...
Sedangkan Allah SWT sendiri mempunyai sifat-sifat terpuji apatah lagi kita yang diangkat martabatnya jauh lebih tinggi daripada makhluk-makhluk yang lain..

Kedudukan manusia itu sungguh mulia..
Firman Allah dalam surah al-Tin ayat 4 yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaanya)"

Oleh itu, kita sebagai hamba patut berfikir kenapa kita diangkatkan darjat??
Kenapa??

Kerana kita  sebagai manusia dikurniakan akal...
Akal untuk berfikir sama ada perkara yang kita buat itu baik atau buruk..
Sifat pemarah..Ego..Dendam...
Adakah semua itu sikap yang baik???

Buanglah semua sifat-sifat tersebut..
Jadikan Rasulullah sebagai ikut..
Akhlak Nabi merupakan akhlak al-quran...

Sabda baginda SAW:
اكمل المؤمنين ايمانا اْحسنهم خلقا
"Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling bagus akhlaknya"
(Ahmad,Musnad Abu Hurairah : 7225) 

Rabu, 2 Mac 2016

MERAJUK DENGAN KAWAN-KAWAN??!!

Merajuk??
Kenapa nak merajuk??
Just sebab tak ajak pergi makan jea??
Hei..come on larh..
Tak matang larh pemikiran..cuba tanya dulu dekat kawan tu..kenapa tak ajak makan??
Padahal dia dah tunggu kau..Tak munasabah lansung..

Jangan kerana perkara kecil kita tarik muka..
Lain lah kalau tak ajak solat berjemaah ke..
tak ajak solat tahajud ke..Tak ajak pergi usrah ke..
Tu memang patut larh..

Pemikiran kita jangan diletakkan terlalu rendah..
Allah sendiri sudah memuliakan kita...
Kenapa kita merendahkan diri kita..Kenapa kita menjauhkan hubungan persahabatan yang sudah terjalin??
Tu semua Islam tidak ajar umatnya..
Islam mengajar supaya kita sentiasa berbaik sangka walaupun dia orang jahat..
Islam mengajar supaya sentiasa memaafkan orang lain..
Islam mengajar bahawa sabar itu indah..
Jadi kenapa tak praktik kan??

Banyak perkara yang Islam ajar semua ke arah kebaikan??
Jadi kenapa perlu dirumitkan??
Muhasabah diri..kenapa aku nak marah2 sedangkan hal kecik..
Muhasabah diri..kenapa aku nak tarik muka sedangkan perkara kecik..

Fikir-fikirkanlah..

Isnin, 29 Februari 2016

CINTA HIGH CLASS








Cinta itu tidak mengenal apa erti perasaan..
Cinta itu tidak mengenal siapa dirinya..
Cinta itu tidak mengenal apa erti HAKIKI..
Cinta itu boleh merosakkan diri..

Apabila disebut tentang cinta sudah pasti seorang memilikinya..Tidak kira tua atau muda..Miskin atau kaya..atau sesiapa sahaja..Cinta berlandaskan syariat adalah cinta yang sebenar...Cinta kepada Allah adalah cinta yang HAKIKI..Cinta kepada manusia adalah cinta palsu..Cinta kepada harta adalah cinta yang merosakkan diri..Setiap apa yang dikaitkan dengan cinta pasti akan membawa sesuatu yang baik mahupun sesuatu yang buruk..Misalnya..Cinta kepada Allah dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan dalam diri..Sayang dan Kasihnya kita kepada Nabi Muhammad dapat membantu kita diakhirat kelak...InsyaAllah..Cinta sesama manusia jika berlandaskan nafsu boleh mengaibkan diri...Cinta tanpa ikatan yang salah boleh menyebabkan kita jatuh ke lembah zina..Cinta kapada harta boleh menimbulkan perasaan takbur dan riak..Boleh mengoyahkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah..Jadi ingatlah!!!!!!!!!!Cinta kepada Allah..Cinta kerana Allah..adalah CINTA HIGH CLASS..

JATUH CINTA KERANA ALLAH



Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta. Sebab jatuh cinta indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit. Cinta banyak perkara cinta. Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta. Cinta yang begaimana boleh bawa seseorang ke syurga dan kenapa ada yang masuk neraka lantaran kerana cinta?

Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat-sukat. hati yang merasainya, sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya. Datangnya dari dua sumber yakni dari nafsu dan dari Allah.


Cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta diberi pun untuk dapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasannya. Tidak pula kenal jantina dan kedudukan. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada Allah.

Sumber cinta yang datang dari Allah akan meletakkan Allah yang paling tinggi dan utama. Bila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta pada makhluk maka cinta Allah dimenangkan. Misalnya seorang isteri yang cinta suaminya. Tiba-tiba suami larang isteri melakukan ketaatan pada Allah dalam hal tutup aurat, walhal tutup aurat itu Allah tuntut. Maka kecintaan pada Allah itu akan mendorongnya untuk laksanakan perintah-Nya walaupun suami tidak suka ataupun terpaksa kehilangan suami. Sanggup dilakukan sebagai pengorbanan cintanya pada Allah. Sebaliknya kalau dia turut kemahuan suami ertinya kata cinta pada Allah hanya pura-pura, cintanya bukan lagi bersumberkan Allah tapi datang dari nafsu.

Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah Allah yang kecil, apalagi yang besar, lagi dia gerun. Seorang yang sudah dapat mencintai Allah, cinta yang lain-lain jadi kecil dan rendah padanya.

Cinta pada Allah akan lahir bagi orang sudah cukup kenal akan Allah. Kerana cinta lahir bersebab. kalau wanita cinta pada lelaki kerana kayanya, baiknya, tampan dan sebagainya dan lelaki cinta wanita kerana cantik, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan rasa lebih patut dicurahkan rasa cinta pada Allah kerana segala kenikmatan itu datangnya dari Allah.

Oleh itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malu pada Allah. malah kerana malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat dari Allah. Cintanya tertumpu pada Allah, dan penyerahan diri pada Allah sungguh-sungguh. Setiap saat menanggung rindu lalu masanya dihabiskan untuk berbisik-bisik dengan kekasihnya. Sehingga kerana terlalu mendalam cinta pada Tuhan ada hamba Allah yang berkata, “Wahai Tuhan, aku mencintai Engkau bukan kerana takutkan neraka-Mu. tapi kerana Zat-Mu, ya Allah. Aku rela masuk neraka kalau itulah kemahuan-Mu.”

Itulah rintihan hati seorang wali perempuan Rabiatul Adawiyah dalam munajatnya dengan Allah. Dia menyatakan dua cinta tidak boleh duduk dalam satu hati. Bila cinta Allah sudah penuh dalam hatinya, maka tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu.

Ada orang mangatakan: “jika kau berikan hatimu ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya . tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan- Nya. Ertinya cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat.”

Jadi seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang besar pada Allah, pada Rasulullah dan barulah pada makhluk-makhluk lain di samping-Nya. Itulah perletakan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan juga di akhirat. Itulah dia cinta kita pada Allah swt yang patut kita letakkan.

Sabtu, 13 Februari 2016

JAGA-JAGA!!! JANGAN TERGELINCIR..=(

 Numan bin Tsabit atau yang biasa kita kenal dengan Abu Hanifah rahimahullah ,
 atau terkenal disebut Imam Hanafi,
 pernah berjalan bertentangan arah dengan seseorang budak lelaki yang berjalan mengenakan terompah kayu.
Sang Imam berkata
 "Jaga-jaga nak dengan terompah kayumu itu, jangan sampai kau tergelincir" 
Budak itu pun tersenyum dan mengucapkan terima kasih atas perhatian Abu Hanifah. 
"Bolehkah saya tahu namamu,tuan?" tanya si budak kecil itu tadi.
"Nu'man namaku," jawab sang imam.
 "o..jadi,tuankah yang selama ini terkenal dengan gelaran Al-Imam Al-A'dhom (Imam Agung) itu..??" tanya si budak.
 "Bukan aku yang memberi gelaran itu,masyarakatlah yang berprasangka baik dan memberi gelaran itu kepadaku," jawab sang imam.
"Wahai sang imam,berhati-hatilah dengan gelaranmu.Jangan sampai tuan tergelincir ke neraka kerana gelaran itu.Terompah kayuku ini hanya tergelincirkanku di dunia.Tetapi gelaranmu itu dapat menjerumuskan kamu ke dalam api yang kekal JIKA KESOMBONGAN dan KEANGKUHAN menyertainya.."
 Ulama besar yang diikuti banyak umat Islam itupun tersungkur menangis menerima nasihat 'tajam' dari seorang budak kecil.
Imam Abu Hanifah rahimahullah bersyukur.
Siapa sangka,peringatan yang begitu bermakna ,justeru datang dari lidah seorang budak...


Jadi setelah membaca sebuah kisah  mengenai Imam Abu Hanifah..
Apa yang kita dapati?
Mengenai darjat @ pangkat..
Betapa banyak manusia yang tertipu kerana PANGKAT,
tertipu kerana KEDUDUKAN,
tertipu kerana GELARAN,
tertipu kerana POSISI YANG DIMULIAKAN,
tertipu kerana STATUS SOSIAL,
tertipu kerana sebutan gelaran HAJI/HAJJAH,USTAZ/USTAZAH,SYEIKH
dan sebagainya...
Ingatlah jangan sampai kita tergelincir..
Jangan sampai kita menjadi angkuh dan sombong kerana gelaran,pangkat,kedudukan,taraf..

Ingatlah bahawa jika Allah ingin mengkehendaki sesuatu perkara terjadi,
maka terjadilah perkara tersebut..
Firman Allah taala dalam surah Yassin ayat 82 yang bermaksud,
"Sesungguhnya keadaan kekuasaan apabila Dia menghendaki sesuatu benda,hanya Dia berfirman kepada hakikat sesuatu itu: 'jadilah engkau!' maka terus benda itu menjadi"

Jangan kerana pangkat,darjat,kedudukan timbul perasaan riak,takkabur dalam diri..
semua sifat-sifat ini boleh menyebabkan kita terjerumus ke dalam api neraka..
MasyaAllah..Nauzubillah...

Khamis, 11 Februari 2016

RESULT VS IMAN?!

---RESULT vs IMAN---

Ramai anak muda hari ini lebih merisaukan RESULT exam berbanding IMAN mereka.😰
RESULT teruk kene tendang drpd study,☹
RESULT tak capai target kene bash dengan tenaga pengajar,😣
RESULT tak mmberangsangkn mulalah tukar hala tuju hidup.🏃
Macam mana pula dengan IMAN yg sedia ada??
Adakah kita memikirkan IMAN sepertimana kita memikirkan RESULT yang bakal diperoleh?
Adakah perasaan risau kita melebihi tahap risau pabila hendak diumumkan result??
Lain orang, lain jawabnya.
Fikirkanlah, mana yang lebih utama?
Hakikatnya, kedua-duanya amat penting.
Tetapi adakah kita membiarkan iman begitu sahaja??
Dan terus memikirkan soal RESULT!! RESULT!! RESULT!! ???
IMAN molek, komfem RESULT baik👍 
bukankah mempelajari sesuatu ilmu itu kerana Allah..
Jika diselaraskan antara dunia dan akhirat pasti tidak akan kejar result semata-mata..
Dengan mempelajari ilmu kita akan menambahkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah..
Memang tidak dinafikan bahawa pelajaran amat penting pada masa kini..
Ye la..
Siapa nak amik pekerja yang bodoh..
Tapi even pun kita kurang cerdik sekalipun...
Jangan abaikan KETAKWAAN kepada Allah..
Ingatlah bahawa tiada perkara yang lebih bermakna jika tidak melakukan sesuatu perkara kerana Allah...=)
Renungkannya

Rabu, 10 Februari 2016

SETIA KEPADA SIAPA?!!

---SETIA---

Cuba lihat disekeliling anda,
Betapa setianya angin lakukan tugasannya untuk memberi kesejukan, 
walaupun ribut petir menjadi ancaman....
Betapa setianya laut mendamaikan mata yang memandang,
walupun ada badai yang datang....
Betapa setianya ibu ayam yang sanggup menjadi rumah kepada anaknya ketika hujan lebat mencurah.
Tetapi,
Bagaimanakah dengan kita?
Adakah setia dengan Tuhan Yang Esa?
Adakah setia bersama amal ibadah yang mulia?
Adakah setia bersama hati yang suci lagi bahagia?

Bagaimana pula kesetiaan kepada ibu dan ayah??!!
Kesetiaan bukan hanya tertakluk untuk kekasih sahaja..
tiada undang-undang memperuntukkan kesetiaan pasangan tercinta..
tiada..tiada..nehi..nehi..

Setia merangkumi semua aspek..
tak kira dari segi hati dan perasaan..
malahan setia juga dari aspek perlakuan..percakapan..ikrar..

Setiap apa yang kita lakukan..apa yang kita cakapkan..apa yang kita lafazkan..
mesti setia..maksudnya disini..

Contohnya dari segi perlakuan..
Diluh mahfuz kita sudah berjanji bahawa kita akan mengerjakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan...
maka setialah supaya tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang..
setia juga dari segi percakapan bahawa kita telah berjanji tidak akan melakukan perkara maksiat..

Insya Allah setia itu akan wujud jika kita mula didik diri dari awal supaya setia kepada Allah..
Seterusnya setia kepada Rasul dan agama..
Kemudian akan muncul setia kepada ibu bapa dan ahli keluarga..
Akhir sekali muncul setia kepada pasangan kita...
dan KESETIAAN tersebut akan diwarisi kepada generasi kita yang lain..

INSYA-ALLAH..=)

EGO VS SOMBONG...

--Egoisme--

Apabila dibicara mengenai sifat ego, agak mustahil jika tidak ada pada setiap manusia....
Kadang2 kita sendiri tidak perasan ianya hadir dlm diri kita sendiri...
Kadang kala, sifat ego ini perlu tetapi biar kena dengan waktu atau masanya....

Sewaktu bila??

Sewaktu diajak melakukan maksiat..
sikap ego perlu ditonjolkan..
egolah kepada maksiat...

JANGAN LAYAN!!
JANGAN PANDANG!!
JANGAN FIKIRKAN!!

Kalau kita mampu ego dengan Allah, tak solat, tak jaga mulut, malas nk tuntut ilmu.
Mengapa kita tidak boleh ego pada maksiat???

INI SEMUA KERANA NAFSU..
SIFAT SOMBONG DALAM DIRI..

KAWAL..
CEGAH SEBELUM IANYA MEREBAK..
SIKAP SOMBONG AKHIRNYA TIMBUL SIFAT EGO TAK BERTEMPAT..

Orang yang melakukan kebaikan pun dikatakan sombong..sebab apa??
Kononnya nak kejar akhirat..
Wei..tolong larh..Kejar perkara baik tu menyebabkan timbul perasaan sombong dalam diri kita..Terlalu berfikir..

'kalau kawan aku asyik buat baik je..mesti dia tak nak kawan dengan aku..tu sebab dia jadi sombong'

OHHHHHH..
kalau macam tu sesiapa je yang buat baik dikira sombong larh sebab tak buat kejahatan..
muhasabah diri balik...
kenapa kita kata orang sombong..
sebenarnya dah timbul sikap ego..
ego tak bertempat..
time buat jahat semua orang egonya runtuh macam bangunan runtuh..
tapi bila bab kebaikan..egonya hanya tuhan yang tahu..tinggi mengalahkan syaitan..
NAUZUBILLAH MINZALIK...
istighfar selalu..

Isnin, 8 Februari 2016

TERIMA KASIH SAYANG

" TERIMA KASIH KAKAK..MUAH..MUAH..MUAH.."
"THANKS SAYANG MAMA.."
SAYANG ANAK MUMMY..THANK YOU.."

Ucapan ni selalu sangat didengar bila ibu..mak..mama..mummy..berasa berterima kasih kat kita..
Apa-apa bantuan yang kita kasi mesti dia cakap 'TERIMA KASIH'

Tapi kita pulak macam mana?
Adakah ucapan ini selalu keluar dari mulut kita?

Mesti korang tertanya-tanya..Kenapa nak ucapkan terima kasih sedangkan dah memang jadi tanggungjawab mak kita bagi kita makan..beri kita didikan..beri kita apa yang kita mahu..
Tapi itulah pemikiran anak-anak muda sekarang..
Ala setakat terima kasih..
Cakap thank you apa lah sangat..

Korang rasa apa perasaan korang bila makwe atau pakwe korang tak cakap terima kasih @ thank you
kat korang bila korang dah buat sesuatu yang bagi korang bermakna untuk dia??!

Mesti rasa tak dihargai..Naak mintak putus..Nak merajuk..
Tapi bila mak korang buat macam-macam untuk korang sekali pun susah untuk korang ucapkan TERIMA KASIH..
mak korang tak pernah nak buang korang..
mak korang tak pernah nak merajuk dengan korang..
mak korang tak pernah nak jauhkan korang dari dia..
Dia terima je apa yang anak dia buat..

Bagi kita (anak-anak) ucapan terima kasih apa lah sangat..
Tapi bagi seorang ibu...
ucapan TERIMA KASIH dari anaknya sangat-sangat terindah..
Susah untuk seorang anak mengungkapkan terima kasih kat mak..ibu..mummy..mama..

SO SAY THANK YOU TO YOUR MOM..

TINGGALKAN DIA?!!

" OH...SAYANG..SAYANG..SAYANG..SEJUTA KALI SAYANG..TIADA YANG KU SAYANG SELAIN KAMU SAYANG.."

Dulu popularkan lagu nie..Lagu nie ditujukan untuk kekasih..
Tapi nak ubah sikit..cuba nyanyi kat depan Ibu..Mummy..Mama..Mak..
Korang rasa apa yang ibu,mama,mummy and mak cakap..

"Kau dah kenapa?angau ke?"
"Buang tebiat ke apa anak aku ni?"

Mesti ayat ni korang fikirkan..
Jangan risau..memang ni punya akan terpancul melainkan mak..mama..mummy..ibu
korang sporting habis..Dia sambung lagu tu..hahaha

" Tiada yang ku sayang selain kamu sayang"
Kalau mak korang sambung..tu tanda nya...dia memang tergila-gilakan Encik Mimpi..
hahaha...Takde larh..Gurau je..
 Dia nak korang tahu tiada orang yang dia sayang selain korang sebagai anak dia..
Dia sayang anak dia..
Dia berharap anak-anak dia berjaya..
Dia berharap anak-anak dia memiliki kehidupan yang lebih baik dari dia..

Sebab tu kita sebagai anak wajib taat kat Mak..Mummy..Mama..Ibu..dan seangkatan dengannya..
Tak kira apa yang korang panggil sebagai mak..korang tetap kena hormat dia..
Kalau dia pukul kita sekalipun jika tidak mencederakan..
Itu merupakan pengajaran untuk kita..mesti ada salah yang kita buat..
Mak..Mummy..Ibu..Mama..
Kalau dia pukul kita lepas tu kita merajuk..mesti dia pujuk kita..kadang-kadang sampai ajak belanja makan..Rezeki wei..jangan tolak..Hahahhahaha..
Apa-apa pun jangan sesekali sakitkan hati mak..ibu..mummy..mama kita..
Senangkanlah hati mereka sebagaimana mereka dah berkorban nyawa untuk melahirkan kita..

SAYANG MAMA..SAYANG IBU..SAYANG MUMMY..SAYANG MAK...
LOVE YOU SO MUCH ...=)

 

Ahad, 7 Februari 2016

RINTIHAN ANAK UNTUK YANG TERSAYANG






Ya allah..Kau ampunilah dosa kedua ibu bapa ku..sama ada dosa yang tersembunyi mahupun yang nyata..Ya Allah..Aku ini hanya insan yang lemah..yang mengharapkan pengampunan dan keredaan dari-Mu..
Ya Allah..Kau terimalah amal kebaikan yang telah ibu bapaku lakukan..Kau terima segala amalan yang mereka lakukan walaupun sebesar zarah..
Ya Allah..jika ditakdirkan kedua ibu bapa ku meninggalkan ku terlebih dahulu..Kau matikanlah mereka dalam keadaan orang yang beriman..Kau ringankanlah azab kubur..Kau ringankanlah azab neraka..
Janganlah Engkau seksa mereka disebabkan dosa-dosa yang kami lakukan..Sesungguhnya mereka telah mendidik kami dengan didikan agama yang secukupnya..
Ya Allah..Jika disebabkan dosa-dosa yang kami lakukan menyebabkan kedua ibu bapa kami jatuh kelembah neraka..Kau ampunkanlah kami Ya Allah..
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..
Ya Allah..tempatkanlah kedua ibu bapa kami dalam kalangan orang yang beriman..Tempatkanlah kedua ibu bapa kami didalam mahligai syurga Mu Ya Allah..
Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Pemurah..

SAYANG VS BENCI

" Kakak..nak pergi mana tu?Jangan keluar.."
"Mak kata jangan buat..jangan buat.."
"Kenapa tak dengar apa yang orang cakap?Suka buat orang marah.."


Korang rasa ayat macam ni selalunya buat korang rasa macam nak marahkan..Rasa macam terkongkong..Bila nak keluar macam-macam di tanya..
Nak pergi mana? 
Naik apa?
Keluar dengan siapa?
Bila balik?
Bila nak buat sesuatu pula mesti tak kasi buat..
Jangan buat..
Tak payah...
Ayat tu buatkan kita rasa macam nak buat yang sebaliknya..
kadang-kadang rasa rimas bila banyak patang larang..
Sampaikan rasa macam kita bukan anak kandung pulak sebab banyak betul perkara tak boleh dibuat...
Tapi cuba korang tanya balik kat mak korang..
kenapa asyik tak kasi je buat sesuatu...
kenapa asyik bertanya je bila kita nak keluar..
Korang rasa apa mak korang akan cakap???

"Mak tanya sebab mak sayang kat kau,"
"Ibu tanya sebab ibu tak nak anak ibu rasa yang ibu benci dekat dia..sebab tu ibu tanya.."
"Mama nak anak mama tahu yang mama sayang kat anak mama ni"

Tu ayat akan korang dengar kalau korang sayang kat mak..ibu..mummy..mama...umi korang..Diaorg bukan benci kat korang tapi SAYANG SANGAT kat korang..Sebab tu bila you MOM banyak tanya @ banyak patang larang ikut..KAN NAK JADI ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH...=)
 


Berita Mengejut Tergempar

Hari nie last day untuk Rakan Digital (RD) dan kitaorg jumpa larh like make a farewell day.. Yg dapat join 3 RD, I dgn kak Khai. Kitaorg car...