Selasa, 28 November 2017

FINAL EXAM???

Tak sangka dah lebih 4 bulan aku digelar sebagai mahasiswa UKM..cepat masa berlalu..Hari ini bertarikh 28 November 2017 genap usia kawan aku 20 tahun..Suhaila comel..hehe..

Walaupun usia dia dah genap 20 tahun tapi ada benda yang paling semua student takut..

Apa dia?? FINAL EXAM.. Ya Allah..cepat sangat masa berlalu sehingga kami menjadi alpa dan lalai bahawa masa sentiasa berputar dengan begitu pantas tanpa menunggu manusia yang lupa akan tuhannya..masyaAllah..Tapi disebabkan kita sebagai umat Islam perlu saling ingat mengingati antara satu sama lain kat sini nak cakap larh sikit pasal final exam..

Actually bila tanya kenapa sambung belajar??
Nie kajian aku larh sbb aku nie sorang je pelajar perempuan jabatan usuluddin dari Sultan Muhammad. Aku pulak suka berkawan dengan ramai orang sbb susah sekarang nak jumpa kawan baik yang boleh jadi tempat luahan hati dan perasaan.. eceh..jiwang jap..

Aku ikut perangai ayah aku even aku tak berapa rapat sangat ngan ayah..tapi sebenarnya aku rapat ngan ayah dan ibu sebab aku anak sulung and aku sorang anak perempuan..
kalau sapa first time jumpa aku mesti korang ingat aku nak bongsu yang ada ramai abang..Kenapa dikaitkan dengan abang? aku tertanya-tanya jugak..Kenapa abang? bukan kakak?hmmmm..Musykil..tapi tak tanya lebih-lebih..nanti bangga diri pulak.

Berbalik kepada kenapa sambung belajar..
Selalunya jawapan macam nie : 
"Seronok tengok abg ngan akq aku belajar"
"sebb mak ayah aku suruh"
"Sbb aku minat belajar"
"Sbb aku nak balas jasa mak ayah aku"
"Aku nak jadi..so aku kena sambung belajar"

Itu semua jawapan yang selalu kita dengar..Betul tak?
Kalau kau tanya aku kenapa aku sambung belajar aku jugak akan beri jawapan yang sama.
Sebab apa? Sebab matlamat dan hala tuju pelajar adalah sama..
Pernah tak kita dengar orang cakap dia sambung belajar kerana Allah?

Mungkin takde mungkin jugak ada tapi bila dia cakap ada..
Masa belajar..masa buat esei..
ayat semua cliche..

tapi tau tak ayat-ayat cliche ini lah yang akan membantu kita untuk berjaya..
Pernah dengar bukan setiap kata-kata merupakan satu doa..
Bila kita cakap kat kawan : "Aku sambung belajar sebab Allah"
kawan kau mesti akan cakap "Ye ke? Acah je kau.."

Dari situ sebenarnya Allah telah membuka hati kawan kita untuk mengenal kita dengan lebih rapat.
Cuba kau cakap kat kawan kau yang kau sambung belajar sebab...
Mesti diaorang dah dapat agak apa jawapan korang n perbualan taaruf korang akan berakhir disitu..

Allah sudah bantu kita sejak dari awal sebenarnya..
Melalui perkenalan kerana Allah akan bersambung dengan proses pembelajaran..
Bila dah belajar mesti ada ujian..
Kenapa sbb nak menguji sama ada kita faham atau tidak apa yang kita pelajari..
Bila dah ujian..Datang pulak masalah..Dari apa yang kita belajar kita aplikasikan dalam kehidupan seharian..
Semuanya saling berkaitan dan ianya bermula dengan nama Allah..

Lihatlah bertapa agungnya nama Allah..

so ingat jangan menjadi hamba kepada exam tapi jadilah hamba kepada Allah yang sentiasa mendahagakan ilmu terutama ilmu akhirat.

Salam Sayang...Muah..Hehehe

Isnin, 16 Oktober 2017

KEHIDUPAN DI UKM


Setelah sekian lama tidak menulis, hari ini kembali saya mencoret yang ingin dikongsikan.
Actual saya sudah pun melanjutkan dan sedang belajar di UKM dalam bidang Usuluddin dan Falsafah di Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi.

Kehidupan saya bermula selepas cuti raya Haji sbb sebelum cuti raya Haji kami menyertai 3M iaitu Minggu Mesra Mahasiswa/i.
Sebelum malangkah masuk ke UKM sebenarnya hati ini dah berdebar-debar. Mana taknya, masing-masing dapat kolej (asrama) yang berbeza.

Suhaila - Kolej Pendeta ZABA (KPZ)
Hazirah - Kolej RAHIM KAJAI (KRK)
Hidayah - Kolej IBRAHIM YAKOOB (KIY)
Hajjar - Kolej KERIS MAS (KKM)
Fatin - Kolej AMINUDDIN BAKI (KAB)
Umi - Kolej TUN HUSSEIN ONN (KTHO)
Hannah - Kolej DATO ONN (KDO)
My self - Kolej UNGKU OMAR (KUO)

Itu baru budak perempuan. Yang laki lagi untung..sekurang-kurang masing-masing ada pasangan..Walaupun bilik lain-lain adalah jugak..

Syafiq dan Thariq - KKM
Nazrin, Anuar dan Shahron - KRK
Akmal dan Sohail - KAB

Masa minggu MMM paling takut sebab roomate pun ada kawan yang sama sekolah dpt kolej yang sama. Aku??? Hua..menangis..hahahaha

Mana pulak menangis.. Lagi bertambah kawan adalah..Cumanya aku nie jenis yang susah nak ingat nama..Muka tu aku cam larh jugak..Almost time orientasi 50% aku berkenalan tapi aku tak ingat nama..Sorry beb..Tapi aku akan cuba ingat nama korang..ok?

Pasal apa aku dapat ramai kawan..Mungkin sbb aku nie comel? hahaha perasan..actualnya aku ikut perangai ayah..bila jumpa orang acah macm dah lama kenal..Itu cara aku nak mulakan perbualan sbb aku nie susah sikit nak berkomunikasi..

Bagi aku tiada istilah 'KEJUTAN BUDAYA' sbb masa time form 6 aku pun alone jugak..tapi dapat kenal 60 orang dlm masa satu sem..Lamakan satu sem tu..Tapi apa boleh buat..bab nama aku lambat sikit..Bukan lambat sikit..actually lambat sangat..sbb bayangkan aku asyik bertembung orang yang sama tiap kali berselisih tapi tak penah nak sebut nama dia..sbb aku tak tau..HAHAHAHAHAHAHAHA..bukan tak nak tanya tapi mcm kesian pulak..nampak sangat aku nie tak mau nak berkawan dengan dia.

Masa minggu MMM, kitaorang jugak diberi taklimat mengikut fakulti dan jabatan. Masa beratur untuk pergi ke dewan (naik bas sbb jauh kowt dari kolej) apa yang aku perasaan takde budak fpi lelakki yang kolej aku..adoiyai..sume perempuan..tak seronok betul..(baru nak usha-usha)
Takpe larh..sampai kat dewan duduk dlm barisan ikut jabatan...Bdx2 jabatan usuluddin yg kolej sama ngan aku ada 5 orang + aku = 6 orang

susah jugak nak ingat nama diaorang nie..Apa-apa pun salam perkenalan..Masa tu first gambar yang diamik sejak masuk UKM..nampak tak kat situ.

sorry gambar takde..entah mana aku campak pun aku tak tau..
tapi masa dengan taklimat memang seronok sbb ada Ustaz Izhar..yang penceramah terkenal tu..Tapi semua mcm buat elek je..Hahahaha..acah eah sume..padahal sume nak berselfie dengan Ustaz Izhar...Tapi lagi untung budak-budak Syariah sbb dapat belajar dengan dia.

Ok lah cukup setakat itu sahaja..
Nantikan coretan yang seterusnya..ok..
BYE..BYE..

Jumaat, 2 Jun 2017

Interview Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Alhamdulillah...
setelah beberapa bulan menunggu selepas menamatkan pengajian di SMKA Sultan Muhammad..
akhirnya dipanggil juga untuk temuduga..
Dapat juga temuduga fakulti pengajian Islam..

Pengajian Usuluddin dan Falsafah..

Walaupun tak tau sebab apa pilih Usuluddin tapi syukur jua kerana ada peluang untuk sambung belajar..
Untuk jabatan Usuluddin, sekolah aku tak ramai yg pilih..
 3 orang jea..
itu pun termasuk aku..
alone girl..hehe..

Takpe..
nanti sampai sana mesti dpt jumpa ramai kawan..
Hope girl lagi ramai dari lelaki..

hehhehehe..

Doakan saya lulus temuduga..
Hopefully dpt menjadi salah seorg mahasiswi di UKM..
Amiin..

Dilain hari aku cerita pasal temuduga tu..
Nervous jap..
haha..
apa2 pown good luck to myself..

Isnin, 13 Mac 2017

Al-hamdulillah.. Kali ini tak mau cerita yang macam selalu... Skrang nak cerita detik-detik alam PRA-Universiti di SMKA Sultan Muhammad Batu Berendam Melaka.

Masa mai masuk first time tu, terketar-ketar jugak pasai aku sorang je yang dari SMKLC mai datang sekolah hebat.. Takut tak usah cakap.. Seminggu sebelum masuk daftar asyik nangis..
Pasai tak mau pi sekolah...nak masuk kolej..lagi satu aku paling takut semua yang masuk budak pandai-pandai.

Tiba jugak tanggal 5 Mei 2015 masuk jugak lerh terpaksa...mai datang senyum paksa..nak buaik macam mana..Redha je lerh..pada hal hati duk merintih tak mau belajar lagi..

Skrang kan dah pakai sistem baru...Mula larh rasa tertekan..Pasai baru belajar 4 bulan dah amik exam besar..mau aku tak nak belajar..

masuk sem 2 keluar result sem 1.. dapat 2.56 jea..mau tak kecewa..masa hari anugerah pelajar cemerlang STPM penggal 1 aku tak mai datang sekolah...Pasai cemburu orang nak pentas...

Aku nie pelik sikit bila nampak orang lebih sikit mula larh nak lawan diri sendiri..kononnya tak boleh tengok orang lebih dari aku.. tapi ada jugak kebaikan..pasai apa..kena baca lagi..

Yang aku tau bdx kelas yang dpt anugerah ramai jugak... Akmal,Aaminah,Suhaila,Hazirah,Umi Najah,Syafiqah Mansor ngan Mardhiah... Bdx kelas pertama lagi ramai rasanya..aku bdx kelas kedua jea..takde pandai sangat tak lerh bodoh sangat..sedang2 bak kata orang..

Bila masuk sem 3 dapat pulak result sem 2..dapat lerh naik cikit... 2.75 jea..Kali ini yang dapat anugerah pun ramai..cumanya ada yang dpt sem 1 tak dpt sem 2 pasai ramai sangkut kat am..
seingat aku larh yang dapat Sufia, Umi Najah, Suhaila, Madhiah...tu jea yang aku ingat untk bdx kelas aku..kelas lain maybe yang sama kowt..

Masa tu aku tengok je depa sume naik pentas dapat sijil ngan kupon..mau aku tak cemburu..tak pa..sem 3 aku buktikan yang aku akan kalahkan hang.. cikgu-cikgu yang masuk kelas asyik puji jea..bebulu telinga aku duk dengar..jelous sangat pasai cikgu bangga2kan..aku mai balik umah tak dok cerita ngan ibu..

sedih jugak..buat apo cerita kalau bukan aku naik pentas.. abis sem 3 tunggu result ulangan sem 1 & 2 lepastu result sem 3.. masa dapat result sem 3 terkejut pasai time dapat tu sume ada kat umah..sekali bukak result mak ai..terkejut beruk pasai BA aku still dapat D...yang lain dapat B..bila kira pointer mula takut jugak pasai takut tak lepas 3 pointer..mau aku amik batu lesung pi ketuk bawang..( apa hang ingat aku gilo ko? aku masih waras lagi tau..hehe..) tup tup bila kira punya banggo dpt 3.00 solid..nasib baik..petang tu my daddy belanjo KFC..

Tang dapat result ulangan pulak..time tu aku ngan ibu kuar pegi jalan..temankan ibu nak beli kain kat kamdar..sapa lagi kalau bukan aku driver..nasib naik moto..time tgh makan kat MT..aku bukak result...menjerit aku..tak de kuat benor..pasai result gempak siot.. Ulangan penggal 1 tak hebat mana..bila kira pointer dapat 2.89.. Mai datang ulangan penggal 2 dapat 3.45.. gilo..tersenyum jea sepanjang hari..tapi nak buat cam mana pasai tak dpt kongsi kegembiraan ngan kawan dan cikgu2....tapi ada hikmah..tak dpt naik pentas..tapi bila buat ulangan dpt result gempak kongsi kegembiraan ngan keluarga...sejak dapat result baik tiap2 malam minggu kuar maakan...ado yang belanjo tau..

nia nak cerita time result penuh STPM.. Tanggal 28 Februari 2017..keluar result... ibu sanggup cuti pasai nak teman pegi amik result kat sekolah..mula tu sampai pukul 10 pagi tak de orang pown..Ayah ajak pi makan kat masjid ada warung pi larh ikut..tapi tak mau makan..teman ibu pi tandas dlm masjid..duduk kat tangga bukak internet..pergh..memang dugaan..time nie larh intenet nak lembap..

pasrah pakai SMS...tengah nak pi masuk keta nak pi sekolah balik pasai dekat group ws bdx2 nie suwuh mai dtg..pengetua pown dah sampai..tgh masuk tunggu ayah mai dtg dekat keta dpt mesej..wow..result penuh PNGK. dapat 3.33..mau aku tak terkejut...pi balik sekolah dengan tersenyum riang macam dpt 4 flat pulak..time dengan pengumuman aku dengar nama2 bdx yang penah naik pentas dulu..kiranya nama aku lambat pasal bila baca nama dari 3 pointer dan keatas..bila aku dok kira aku boleh dikira top 10 tau..pasai yang dpat 4 flat seorg..yang dpt 3.85 ada 2 orang..... ada dalam beberapa orang antaranya yang pointer hampir ngan aku..akhirnya dapat jugak aku kalahkan bdx2 kelas yang penah naik pentas masa result sem 1 & 2..kali ni aku duk julang result yang tak seberapa tu..

Sebenarnya aku bukan nak duk canang result aku..
Sebenarnya aku nak cerito yang usaha kita buat kalau tak memuaskan hasil boleh diulang..macam exam sem 1 kalau teruk boleh ulang..tapi bila datang mai satu sikap yang rasa cemburu korang akan usaha sampai dpt..jadi jangan putus asa..

Berita Mengejut Tergempar

Hari nie last day untuk Rakan Digital (RD) dan kitaorg jumpa larh like make a farewell day.. Yg dapat join 3 RD, I dgn kak Khai. Kitaorg car...